NUFFNANG ADS

Tuesday, May 31, 2011

Ada artis terpalit tarik pelabur

Isma Halil Hamzah



KUALA LUMPUR - Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).

Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.

Bekas penyampai radio popular, Isma Halil Hamzah, berkata selainnya lebih 20 artis mendaftar sebagai ahli dan menjayakan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati Shah Alam pada pertengahan April 2009.

USTAZ HARUN...diburu BNM


Menurut Isma Halil yang bertindak sebagai pengacara pada konsert itu, antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Yantzen, Rahmat (Mega) dan Nazrey (bekas vokalis Raihan).

“Kami tidak menyangka konsert itu mempunyai agenda tersembunyi dan lebih mengecewakan artis yang membuat persembahan langsung tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Monday, May 30, 2011

Salih Yaacob Berbulan Madu di China

Salih bersama isteri keempatnya, Emi.



KULAIJAYA - “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

40 Tahun Bagaikan Mimpi Sweet Charity



Sebuah buku keluaran terhad yang diberi judul 40 Tahun Bagaikan Mimpi Sweet Charity telah diterbitkan dengan hasil kerjasama Rasamusic setebal 64 muka surat berserta cakera padat digital (DVD) dan audio cakera padat (CD)yang mengandungi perjalanan konsert Sweet Charity.

Apa yang menariknya ialah, kebanyakan foto-foto yang dilampirkan di dalam naskhah tersebut adalah hasil daripada koleksi peribadi kumpulan Sweet Charity dan vokalisnya, Ramli Sarip sendiri. Apa yang pasti, semestinya ia sangat istimewa kerana ia tidak dapat diperoleh daripada mana-mana pihak lain.

Dalam naskhah itu juga, dimasukkan kisah perjalanan dan kegemilangan kumpulan Sweet Charity sepanjang berada di dalam industri muzik Malaysia.

“Audio CD Konsert 40 Tahun Bagaikan Bermimpi Sweet Charity yang turut disertakan dengan buku ini adalah merupakan konsert yang telah dirakamkan ketika di Dewan Esplanade, Singapura pada 31 Mei 2009 lalu.

“Pejam celik, pejam celik tanpa saya sedari, Sweet Charity telah pun masuk tahun ke-40 dalam industri muzik tanah air. Saya bersyukur dan gembira kerana sehingga kini masih ramai yang menyokong dan bernafas dengan muzik-muzik kami,” kata Ramli Sarip pada pelancaran buku tersebut yang berlangsung di Hard Rock Café baru-baru ini.

Ingin menjadikan naskhah ini lebih berharga dan bermakna, buku edisi terhad ini hanya akan dicetak dan dijual sebanyak 2,500 salinan seluruh Malaysia dan jelas Ramli lagi, dia berharap buku ini akan menjadi satu peninggalan sejarah daripada Sweet Charity buat peminat yang sentiasa menyokong dan mengikuti perjalanan seni kumpulan mereka.

“Buku ini adalah sebagai membalas jasa peminat setia kami yang selama ini sentiasa menyokong sehingga berada ke tahap begini dan foto-foto tersebut merupakan hadiah kepada mereka untuk mengabdikannya sampai bila-bila secara eksklusif,” tambah Ramli yang dikenali dengan gelaran Papa Rock Malaya.

Tambah Ramli, 40 tahun baginya merupakan satu angka yang cukup matang dan hanya menunggu masa yang sesuai bagi penghasilan buku tersebut.

Saturday, May 28, 2011

Ameng: Saya reda hukum sebat

Blank menghulurkan sumbangan pada Sabariah sambil diperhatikan rakan artis rock.


KLUANG - 12 hari Ameng Spring menjalani hukuman di Penjara Kluang, namun dia mulai terasa betapa sepinya hari-hari dilalui di sebalik tirai besi. Debarnya kian dirasai menanti detik hukuman sebat 10 kali yang dikenakan ke atasnya.

“Saya terima hukuman sebat itu. Belum lagi dikenakan, tetapi saya reda,” katanya ketika ditemui di Penjara Kluang bersama rakan artis rock.

Biarpun ada artis tempatan lain terjebak dengan dadah, Ameng menjadi artis tempatan pertama dijatuhi hukuman sebat.

Ketika ditangkap polis pada 1 Februari lalu, wajahnya selamba tetapi sewaktu dikunjungi rakan artis rock di Penjara Kluang, Ameng sebak hingga menitiskan air mata.

Bukan mudah untuk Ameng menangis, tetapi Isnin lalu penyanyi lagu Bourgenvilla dan Sampai Hati ini sukar membendung rasa sedihnya, terasa hiba hatinya sebaik terpandang wajah lapan artis rock daripada lapan kumpulan rock membuat kejutan melawatnya di penjara.


Sejak dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka kerana memiliki dan memasukkan dadah dalam badan pada 12 April lalu, inilah julung kali Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dikunjungi rakan seperjuangan dalam bidang nyanyian.

Lebih membuat hatinya terusik apabila melihat anak kecilnya, Wan Amar Haikal, 3, yang turut bersama rombongan artis rock itu, teresak-esak kerana terlalu rindukan ayahnya.

Isterinya, Sabariah Zakariah, 41, dengan nada sebak memberitahu, memang sukar menjelaskan kepada anaknya apa yang menimpa Ameng.

“Tidak seperti sebelum ini, Ameng biasa saja ketika mula masuk penjara, tetapi kali ini nampak dia sungguh sedih. Bukan saja dia terperanjat melihat rakan artis rock datang mengejut tetapi mengenangkan anaknya yang menghidap asma teresak-esak sebaik memandang wajah ayahnya,” katanya.

“Hampir setiap hari anak saya bertanya sambil merengek ke mana papa pergi. Anak kami menghidap asma, apa yang boleh saya jelaskan setiap kali dia bertanya, saya jawab papa work (kerja), papa work. Ini kali kedua saya membawa anak saya melawat ayahnya di penjara.

Melalui sahabat baiknya, Baggio vokalis kumpulan Damasutra, Ameng berkata, dia belum dapat sesuaikan diri menjalani kehidupan di penjara.

“Berkali-kali dia meluahkan rasa kesal dan belum menerima hakikat yang dirinya dipenjara. Selama berkawan dengannya sejak kami bujang, tidak pernah saya lihat Ameng sesedih begini, tetapi di Penjara Kluang ketika memandang kami, dia menangis membuatkan saya pun turut sebak,” katanya.

Friday, May 27, 2011

Penjelasan gosip Shahir dengan Rozita Che Wan



KUALA LUMPUR - “Saya serahkan kepada Shahir untuk membuat penjelasan kerana dia tahu hal sebenarnya. Saya juga berharap hal peribadi seperti ini tidak diperbesarkan lagi atau dijadikan kontroversi.”

Itu kata dramatis jelita Rozita Che Wan mengenai penafian dibuat juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawani mengenai hubungan cinta mereka.

Berdasarkan SMS dihantar kepada media semalam, Rozita mengakui penjelasan diberi Shahir bahawa dia hanya berjenaka adalah benar.

“Saya harap penjelasan Shahir dapat menjernihkan sebarang kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya yang difahamkan sedang menjalani penggambaran drama di utara tanah air.

Semalam, Shahir tampil menjawab gosip panas yang mengaitkan dirinya dengan pelakon utama filem Empat Madu itu dengan menjelaskan Rozita mengiakan khabar angin mengenai percintaan mereka untuk menyedapkan hati orang yang tak henti-henti bertanya kisah peribadi mereka.

Thursday, May 26, 2011

Tomok sunting pramugari MAS calon isteri

Tomok dan Siti Rahayu berkenalan secara kebetulan.



KUALA LUMPUR - Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.

“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.

Tomok berkata, kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Menurut Tomok, selepas majlis akad nikah, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.

“Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.

Wednesday, May 25, 2011

Penggambaran Adnan Sempit 2 bermula

PENGGAMBARAN Adnan Sempit 2 dijalankan sekitar Kuala Lumpur.


Jika Ahmad Idham menjadi pengarah untuk filem pertama, Adnan Sempit ternyata telah mencatat kejayaan tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang memperoleh kutipan melebihi RM7 juta pada tahun lalu. Kini tanggungjawab untuk mengarah Adnan Sempit 2 telah diberikan kepada Ismail Bob Hashim.

Menurut Bob, filem tersebut adalah kesinambungan kepada filem pertama dan langsung tidak berkaitan dengan drama Adnan Sempit yang disiarkan di saluran Astro sebelum ini.

“Apa yang boleh saya katakan untuk filem ini, jalan ceritanya lebih menarik apabila Adnan akan dibentuk menjadi seorang ahli korporat dan perlu mempelajari bahasa Inggeris,” ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

“Bagaimanapun, dia masih lagi kekal sebagai seorang mat rempit, manakala Nadia pula akan dilatih oleh ibunya untuk menjadi suri rumah tangga untuk tempoh yang sama,” ujarnya yang menjadi penolong pengarah untuk filem pertama.

Tambah Bob, untuk sambungan Adnan Sempit ini, dia masih lagi mengekalkan kesemua pelakon-pelakon asal seperti Sam dan Intan Ladyana kecuali Cat Farish dan Julia Hana.

Jelasnya, mengikut perancangan asal filem ini akan mula dihasilkan pada awal tahun, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana mahu memilih skrip dan jalan cerita yang sesuai.

“Untuk skrip sahaja, ia telah dirombak sebanyak enam kali oleh saya dan panel skrip MIG sehinggalah kami tertarik untuk memaparkan jalan cerita yang membentuk Adnan menjadi ahli korporat,” ujarnya.

Tuesday, May 24, 2011

Nama Siti Elizad semakin dikenali ramai

BERGANDING. Siti Elizad dan Nazim pertama kali dipertemukan dalam drama.



Seorang pelakon seawal usia 20 tahun menerusi filem Berlari Ke Langit, nama Siti Elizad atau Ejad mula menjadi sebutan ramai.

Meskipun filem sulungnya itu yang ditayangkan pada tahun 2004 dilihat kurang berjaya, namun ia tidak bermakna karier sebagai seorang pelakon terhenti setakat itu sahaja.

Namanya kemudian mula melonjak setelah dia sekali lagi mendapat kepercayaan Bada untuk membintangi filem Gangster yang telah mendapat sambutan hangat di samping pelakon Rosyam Nor.

Selepas itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi dalam usaha untuk meletakkan namanya sebaris dengan pelakon-pelakon sedia ada serta mendapat kepercayaan pengarah sehingga telah berlakon enam buah filem setakat ini.

Pada masa yang sama, kariernya tidak terhad sekadar bergelar pelakon filem sahaja, malah lakonannya turut dapat disaksikan di kaca televisyen menerusi drama-drama lakonannya.

Bagaimanapun, pada saat namanya sedang dikenali ramai, tiba-tiba pelakon berkenaan terus menghilang daripada persada hiburan lantas menjadi tanda tanya ramai pihak terutamanya peminat.

Sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan bahawa Ejad telah mendirikan rumah tangga secara senyap dan tidak diizinkan oleh suami untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan.

Berkesempatan menemuinya ketika majlis pelancaran drama bersiri Jamilah, I Love You! baru-baru ini, Ejad dengan tenang menjawab segala persoalan mengenai ketiadaannya dalam industri lakonan.

Monday, May 23, 2011

Nostalgia seniwati Mahyon Ismail

Seniwati Allahyarhamah Mahyon Ismail.



Pelakon veteran seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, 69, kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengah hari, Jumaat lalu di Hospital Pakar Ampang Putri, Kuala Lumpur.

Suatu ketika dahulu bukan sahaja bakat lakonannya berjaya menarik perhatian tetapi kejelitaannya juga berjaya memukau pelakon hebat Hussein Abu Hassan sehingga dia disunting menjadi isteri.

Darah seni yang mengalir pekat dalam diri kedua artis ini diwarisi pula oleh tiga orang anaknya iaitu Faizal Hussein, 44, Fairuz Hussein, 46 dan Fadilla atau Dilla Hussein, 47.

Menurut Dilla, kepergian ibunya itu tidak dijangka kerana tidak mempunyai sebarang masalah serius berhubung kesihatan kecuali menghidap penyakit kencing manis sejak 1999.

“Cuma, dia ada mengalami demam panas dan batuk selama tiga minggu,” kata Dilla yang kemudiannya membawa ibunya itu ke klinik sebelum doktor kemudiannya menyarankan ibunya itu dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Menyingkap kembali penglibatannya dalam dunia seni, seniwati yang mempunyai lima orang cucu ini mula dikenali menerusi filem Abu Nawas dan Tun Teja pada tahun 1961. Ketika itu dia hanya berperanan sebagai pelakon tambahan.

Antara filem yang pernah membawa namanya ke puncak ialah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991).

Mengulas lanjut mengenai perjalanan seni Mahyon, dia meletakkan intipati gigih, sabar dan bersungguh dalam membina kerjaya seninya agar tidak pudar sinarnya biarpun dirinya semakin dimamah usia.

Disebabkan itu, Allahyarhamah juga pernah ditawarkan berlakon filem-filem sekitar tahun 2000 dan 2002 iaitu filem Syukur 21 dan Cinta 200 Ela.

Malah, Allahyarhamah baru sahaja selesai penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production minggu lepas.

Bukan itu sahaja, pada era 1960-an, Allahyarhamah sempat berkongsi pentas seni bersama seniman agung Tan Sri P. Ramlee dalam filem Nasib Do Re Mi.

Bakat lakonan Allahyarhamah juga melangkaui sempadan apabila terlibat dalam sebuah filem seram iaitu The Red Spells yang menjalani pengambaran di Sarawak. Filem itu merupakan keluaran penerbitan sebuah produksi Hong Kong.

Sudah lumrah menjadi artis. Allahyarhamah juga pernah dilanda kontroversi apabila sebuah artikel berjudul Mahyon Naik Risau Hussein Kahwin Lagi menyebabkan mahligai indah yang dibina bersama suami tercinta bergolak seketika.

Namun, Allahyarhamah yang sememangnya terkenal dengan diri yang bersifat tenang membiarkan sahaja gosip tersebut berlalu begitu sahaja.

Kehadiran Allahyarhamah sedikit sebanyak memeriahkan industri hiburan tanah air suatu ketika dahulu.

Sesungguhnya selepas kira-kira empat tahun selepas kepergian Hussein pada 26 November 2007 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain, akhirnya Mahyon pula menyusul dan suami isteri itu dikebumikan di tanah perkuburan yang sama di Taman Ibu Kota Muslim di Setapak, Kuala Lumpur.

Ziela Jalil hampir dilupakan ...



Mengimbau sejarah awal penglibatan penerbit yang berusia 41 tahun ini, Ziela Jalil, pernah terlibat secara langsung dalam dunia lakonan sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu usianya baru mencecah 16 tahun.

Tidak meletakkan harapan yang tinggi, Ziela hanya sekadar ingin mencuba nasib dan mengisi waktu lapang ketika cuti persekolahan.

“Pada tahun 1986, saya menghadiri uji bakat untuk menyertai ‘band girl’ untuk filem ‘Mr Os’ arahan A R Badul, sekadar untuk suka-suka sahaja.

“Selepas saya terpilih, saya dijemput untuk menghadiri majlis untuk artis-artis yang dipilih dalam filem itu bersama artis lain.

“Saya ditemani oleh ibu saya pada waktu itu dan saya tidak mengetahui bahawa heroin untuk filem itu adalah saya,” ujarnya.

Selepas membintangi filem itu, namanya semakin menjadi perhatian malah mendapat banyak tawaran lakonan seperti Kembar Siam, Perawan Malam, Ujang, Konstabel Mamat dan banyak lagi.

“Untuk filem pertama saya mendapat bayaran RM3,500 dan pada ketika itu nilainya sangat besar.

“Saya tidak sabar untuk menanti cuti sekolah kerana ketika itulah saya akan berlakon,” katanya yang turut popular dengan imejnya yang seksi.

Bagaimana pun, penglibatannya dalam dunia seni hanyalah seketika setelah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada tahun 1991.

Filem terakhirnya ketika itu ialah ‘Harry Boy’ .

Namun, rasa cintanya dalam industri seni tidak berakhir di situ, kerana beliau tekad mendalami dunia penerbitan menerusi syarikat Production Eleven Sdn Bhd dan kini Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

Saturday, May 21, 2011

Erra Fazira merancang berduet dengan Suhaimi Meor Hassan.

Erra bersama anaknya Aidil.


"Drama Hantu Susu memang seronok. Bukan sahaja perjalanan ceritanya tetapi sepanjang sesi penggambaran para pelakon berjaya menghidupkan suasana komedi.

Kelainan drama berkenaan untuk saluran Astro itu ialah bukannya bergenre seram sebaliknya penuh dengan aksi komedi, kata Erra Fazira, 37.

"Ceritanya mengisahkan empat hantu iaitu puntianak, langsuir, kumkum dan penanggal yang sering berlawan antara satu sama lain,"jelasnya yang akan selesai penggambaran drama berkenaan pada 24 Mei ini.

Dalam perkembangan lain, dia juga tidak sabar untuk mengasah kembali vokalnya sebelum muncul dengan single terbaru.

Masih belum memulakan proses rakaman, kali ini Erra bakal berduet dengan penyanyi bersuara jantan, Suhaimi Meor Hassan.

"Saya masih suka pergi ke spa, kena pergi walaupun sibuk. Kalau diikutkan, memang saya tiada masa untuk hobi diri sendiri, tapi kenalah bijak mengatur jadual. Dulu saya suka bermotosikal besar tetapi sekarang, saya suka bermain badminton bersama teman-teman artis seperti Umie Aida serta rakan seperjuangan yang lain.

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia



PETALING JAYA - Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira jam 1 tengah hari.
Allahyarham adalah ibu kepada pelakon, Faizal Hussein. Dua lagi anak Allahyarhamn ialah Dilla dan Fairuz Hussein.

Suami Allahyarham, Hussien Abu Hassan meninggal dunia pada 25 November 2007.

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

Friday, May 20, 2011

Pengasih: Tiada sebarang sumbangan dari Jamal Abdillah

Pusat pemulihan Pengasih menyediakan kemudahan (gambar kecil- Jamal Abdillah)



KUALA LUMPUR - “Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja,” kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.

Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

“Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.’ Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang,” katanya.

Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.

Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru.

Thursday, May 19, 2011

Video Seks Artis Gegarkan Dunia Seni ?

Pengacara Melodi Zizan juga tidak terlepas daripada gosip panas.



Penyebaran video aksi lucah selebriti tanah air bukan lagi isu baru untuk diperdebatkan. Malah setiap kali ia tersebar, sekelip mata sahaja ia menjadi sensasi dan mencetuskan kekecohan dalam pentas seni tempatan.

Lihat sahaja kesan negatif yang menimpa wajah-wajah ternama yang tidak berfikir panjang dengan merakamkan aksi ranjang mereka buat koleksi peribadi.

Contoh ketara ialah apabila vokalis grup Peter Pan, Ariel dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit mengedar dan merakam video hubungan seksnya bersama Cut Tari dan Luna Maya.

Jelas ia bukan tindakan bijak malah akhirnya memakan diri apabila tanpa disedari bahan-bahan itu didedahkan di internet dan di dada-dada akhbar meragut maruah mereka sebagai insan yang disanjung peminat setia selama ini.

Begitu jua dengan anak seni bernama Zizan Nin. Walaupun telah mendirikan rumah tangga awal tahun lalu, ia bukan satu imuniti buat lelaki berusia 38 tahun itu untuk tidak dihimpit kontroversi serupa.

Berdesing telinga suami kepada penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun itu apabila diutarakan persoalan yang merentap emosinya sebagai seorang aktor yang selama ini memegang imej bersih tanpa gosip liar.

Khabar angin tentang kewujudan sebuah video yang memaparkan aksi mesranya bersama seorang lelaki kini hebat diperkatakan malah turut dikaitkan sebagai punca goyangnya mahligai perkahwinan yang baru sahaja dibina.

Sebagai seorang profesional, Zizan tidak memilih untuk berdiam diri dan mengelak daripada diburu media bahkan menyambut baik soalan-soalan berkait isu panas itu agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya melabelkan dirinya sebagai lelaki songsang.

Wednesday, May 18, 2011

Drama 24 episod di layar tv



Adaptasi sebuah novel berjudul Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha mengisi slot Akasia di TV3 menggantikan drama Cinta Antara Kita.

Mempertaruhkan genre cinta bagi menambat hati penonton setia slot tersebut, drama 24 episod itu membariskan bintang-bintang ternama seperti Aaron Aziz, Siti Saleha dan Wan Sharmila.

Pendukung watak utama, Siti Saleha mengakui memainkan peranan sebagai Nora Elena bukan tugas mudah kerana jalan cerita drama itu menuntutnya bermain dengan pelbagai emosi.

“Nora Elena satu karakter penuh kejujuran dan kelembutan, hatinya juga rapuh kerana sejarah silam yang dialami.

“Saya teruja melakonkan watak tersebut memandangkan ini pertama kali saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada novel,” jelas aktres yang semakin meningkat naik itu.

Berbeza pula dengan Aaron Aziz yang tidak mengalami masalah melakonkan watak Seth Tan dalam drama bersiri terbitan Asian Media Content (AMC) itu.

“Watak Seth Tan tidak sukar untuk dimainkan namun masih ada sedikit kesulitan bagi menunjukkan keberkesanan watak tersebut.

“Saya mengalami sedikit kesukaran bagi menunjukkan emosi sebagai seorang lelaki yang dianggap sebagai perampas walaupun pada hakikat dia bukan seorang perampas,” kata Aaron.

Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.

Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin).

Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).

Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora.

Monday, May 16, 2011

May sambut ulangtahun ke 25



kumpulan musik rock 'May' yang mula ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini sudah mencecah usia 25 tahun.

Kumpulan yang ditubuhkan di Ipoh, Perak itu dianggotai oleh Abu (Mohd. Nassier Yusof), Mus (Mustaffa Din), Man (Mohamad Saarip Yaakob) dan Yus (Mohd, Mohtar Mohd. Madin).

Masih mampu lagi bertahan hingga ke hari ini, lagu-lagu nyanyian mereka juga masih tetap menjadi siulan anak-anak muda seperti Sendiri, Cintamu Mekar Dihati dan Cintaku Sewangi Kasih.

Sempena sambutan jubli perak kumpulan berkenaan, mereka kali ini telah tampil dengan sebuah album istimewa yang berjudul May 25th Anniversary.

Album yang diterbitkan oleh mereka sendiri itu mula dihasilkan pada Oktober tahun lepas dan menjalani proses rakaman di Sinar Studio yang dimiliki oleh oleh Mus.

“Sebanyak 11 buah lagu yang terkandung di dalam album ini, di mana terdapat enam buah lagu baharu telah dihasilkan, manakala lima buah lagu adalah lagu daripada beberapa album terdahulu.

“Sebenarnya album ini akan dilancarkan pada awal tahun ini, namun kami ambil keputusan untuk menangguhkannya agar ia dapat dijual seiring dengan diskografi yang kumpulan May,” ujarnya pada majlis pelancaran album dan sambutan ulang tahun ke-25 May di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya apa yang menarik tentang album itu adalah ia turut disertakan dengan set diskografi edisi terhad yang mengandungi buku biografi, cakera video digital (DVD), video muzik dua buah lagu dan penanda buku 3D.

Ujarnya, menerusi buku biografi tersebut akan menceritakan secara lebih terperinci tentang kewujudan May dan perjalanan mereka dari mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Sunday, May 15, 2011

Faizal Tahir nafi pilih kasih



KUALA LUMPUR - “Walaupun pernah membuat persembahan di atas pentas yang sama dengan Hazama, saya tidak pernah berat sebelah atau membezakannya dengan pelajar Akademi Fantasia (AF) yang lain.

“Saya memberi komen apa yang saya tahu mengenai muzik,” kata penyanyi terkenal yang juga pengkritik undangan AF9, Faizal Tahir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Bukit Jalil, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menolak kritikan peminat AF yang mendakwanya memberi komen berat sebelah kepada Hazama berdasarkan reputasi sebagai artis sebelum ini bukannya sebagai pelajar AF.

Katanya, Hazama membuat persembahan lagu 'Hey Soul Sister' pada malam itu ternyata memukau penonton yang menyaksikannya secara langsung mahupun melalui kaca televisyen.

“Hazama mempunyai jiwa sebagai 'performer' berbanding enam pelajar AF yang lain malah setiap nyanyiannya mampu memikat setiap orang mendengarnya. Jika dijual tiket persembahan, sudah tentu tiket Hazama habis terjual...malah komen saya juga disokong Ogy dan Hattan.

Saturday, May 14, 2011

Rahsia Salih Yaacob Berpoligami

Salih dan Emi


Salih Yaacob diberitakan bakal mencukupkan kuota empat orang isteri. Ia sekali gus menjadikan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat sebagai perkahwinan kelima dalam hidup Salih.

Lebih dikenali dengan panggilan SY, Salih kini hidup berpoligami dengan tiga orang isteri iaitu Norlizah, Norraha dan Norfara. Perkahwinan pertama Salih pada 1980 berakhir dengan perceraian pada 1989.

Perkhabaran perkahwinan terbaru Salih diketahui umum apabila gambar dan artikel Salih bersama calon isteri keempat yang hanya dikenali sebagai Ermi tersiar di dada akhbar beberapa hari lalu.

Masih berahsia tentang nama penuh bakal isteri barunya, Salih yang hanya mahu memperkenal wanita itu sebagai Erm.

"Saya berkahwin bukan atas dasar nafsu tetapi kerana ketentuan Ilahi. Jadi, ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya," katanya yang berdepan bermacam skeptikal sebaik sahaja berita berkenaan tersebar luas.

Bakal berkahwin lagi dengan wanita muda berusia 24 tahun sedangkan Salih, 50, sudah ada tiga orang isteri yang setia, itu satu situasi yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan seorang selebriti. Salih sendiri mengakui, selain ucapan tahniah, banyak juga kecaman yang terpaksa dihadapinya.

Salih mengakui bahawa dia juga sudah penat berdepan rutin hidup sebagai selebriti dalam industri.

Kontrak tahunannya bersama Sinar FM juga bakal berakhir Julai 2011 dan sehingga kini Salih masih berkira-kira untuk meneruskan kerjaya celoteh seawal 6 pagi itu.

Jika tawaran kontrak akan datang dirasakan tidak berbaloi dengan penat lelah, dia rela berundur untuk memberi perhatian kepada keperluan hidup sisi lain, mahu fokus kepada bisnes.

Friday, May 13, 2011

Esok masih ada buat Sarimah

BERPERANG dengan penyakit kanser, Sarimah terharu kerana teman-teman seperjuangan dalam industri masih tidak melupakannya dan meraikan ulang tahun ke-69 baru-baru ini.



Bagi pelakon berpengalaman, Datuk Sarimah Ahmad, dia bersyukur dan tidak menyangka masih dapat menyambut kelahiran pada usia 69 tahun pada 28 April lalu ketika dirinya berperang dengan penyakit kanser otak, hidung dan lidah.

Selepas diberitahu doktor pada tahun lalu yang dirinya hanya berpeluang hidup selama tiga bulan, Sarimah lebih banyak mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Nyawa saya terletak di tangan Tuhan bukan di tangan manusia. Biar seteruk manapun keadaan saya sentiasa istiqamah dan berdisiplin menjaga kesihatan diri.

"Ramai yang tidak tahu penyakit saya kecuali anak bongsu saya Yusarima Puteri," kata Sarimah kepada media selepas sambutan hari jadinya yang ke-69 di Restoran Warisan, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada malam sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia itu, Sarimah kelihatan sedih dan terharu.

Daripada ceria, suasana malam itu bertukar menjadi sayu saat Sarimah memberikan ucapannya.

Ibu kepada pelakon dan pengarah filem Momok Jangan Panggil Aku, M. Jamil itu mengaku, melalui saat-saat getir selama dia menghidap penyakit kanser itu.

Ditanyakan mengenai permulaan dirinya menghadapi penyakit tersebut, Sarimah memberitahu, dia mendapat penyakit tersebut masa berlakon cerita Cinta Madinah pada tahun 2008.

"Saya mula sakit masa pengambaran cerita Cinta Madinah. Sakit tersebut melarat sehingga dua tahun. Saya sudah tidak berdaya lagi.

Sarimah pernah sakit tidak bangun selama sebulan sehingga badannya menjadi kurus kering dan menampakkan sosok tulang rangka.

"Berat badan saya pernah turun sehingga 50 kilogram dan saya terpaksa duduk beralaskan bantal kerana isi tulang pinggul semakin menipis.

"Saya juga pernah melalui masalah lidah mengeras sehinggakan tidak boleh menarik atau menjelirkannya," ceritanya yang terpaksa menolak banyak undangan fotografi dan ceramah.

Menurutnya, dia tidak pernah mengalah untuk melawan penyakitnya itu. Sarimah menolak untuk melakukan rawatan kemoterapi atau pun pembedahan.

Sebaliknya memilih melakukan rawatan alternatif iaitu dengan mengambil ubat yang dicadangkan daripada Profesor Syed Putra Meir.

Selain itu, Sarimah juga bertawakal dan memanjat doa dari Tuhan dengan mengamalkan minum air zam-zam setiap hari, membaca al-Quran dan bersolat tengah malam.

"Kalau datang (lahir) dengan cukup sifat, saya mahu balik (meninggal) dalam keadaan yang sama," katanya yang bersyukur dengan keadaan dirinya yang semakin pulih daripada penyakit kanser.

Wednesday, May 11, 2011

Salih Yaacob bakal punyai 4 isteri....

Salih bersama tiga isterinya.



KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Calon isteri ke 4 Salih Yaacob.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

Tuesday, May 10, 2011

Janda anak satu dari Sabah

Salmah A. Asis@ Salma



Namanya Salma meniti di bibir peminat program Mentor musim kelima dan diangkat sebagai salah seorang protégé (mentornya Erra Fazira) yang berbakat besar, tiba-tiba sahaja status dirinya menjadi hangat. Bergelar janda pada usia 21 tahun bukanlah impian Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis.

Bagaimanapun status diri tidak mahu dijadikan halangan untuknya mengejar impian bergelar seorang penyanyi sekali gus mengubah nasib keluarganya di Kampung Titingan, Tawau, Sabah. Salma tidak mengelak, sebaliknya dia lebih senang menceritakan semua hal sebenar yang selama ini disimpan rapi.

“Ya, saya pernah berkahwin selama setahun lebih dan bercerai pada tahun 2008. Itu sahaja yang saya mampu jawab buat masa ini,” jawabnya.

Tegasnya, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan status diri daripada orang ramai kerana sedar lambat-laun orang akan tahu juga berita itu.

“Sejak awal lagi, saya mahu orang tahu tentang perkara ini tetapi biarlah secara perlahan-lahan, memang tiada niat nak sembunyikan status diri. Saya sedar lambat-laun orang akan tahu juga akhirnya, sebab itu saya rasa lega bila orang tahu mengenainya sekarang.

“Jika saya simpan lama-lama, nanti daripada orang menyokong saya dan meminati saya terus orang tidak suka kerana merasakan yang diri mereka tertipu. Jadi, lebih baik saya cakap yang benar sekarang ini,” tuturnya lagi.

Hasil daripada perkahwinan itu, Salma dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berada di dalam jagaan keluarganya di Tawau. Apabila disoal lebih lanjut mengenai anak dan kisah rumah tangganya, Salma enggan menjawabnya kerana baginya cerita peribadi tidak penting untuk kerjayanya.

“Saya sudah lama bercerai, jadi saya tidak mahu perbesarkan hal ini. Kini, fokus saya hanya pada Mentor, sebaik sahaja habis Mentor, saya berjanji akan menjawab semua soalan tetapi bukan sekarang,” ungkapnya.

Monday, May 9, 2011

Noorkhiriah beriktizam memakai tudung

Noorkhiriah di samping anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah yang kini berusia setahun.



Antara artis yang kini dilihat tampil dengan imej bertudung seperti Wardina, Anne Ngasri, Catriona Ross dan ramai lagi, manakala yang terbaru sekali adalah pelakon Irma Hasmie.

Ketika majlis penyampaian hadiah untuk pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP 2010) baru-baru ini, semua mata tertumpu kepada pelakon serba boleh iaitu Noorkhiriah Ahmad Shapie.

Hadir bersama anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah, satu tahun, pada majlis berkenaan, penampilan pelakon berkenaan dilihat agak berbeza berbanding sebelum ini apabila memakai penutup kepala, lantas menimbulkan tanda tanya terhadap perubahan tersebut.

Ketika ditemui selepas acara tersebut berakhir, pelakon berusia 35 tahun itu memberi penjelasan bahawa ketika ini dia sedang dalam proses untuk mengikut jejak langkah beberapa artis sebelum ini.

“Buat masa ini saya belum lagi bertudung sepenuhnya. Cuma apa yang boleh saya katakan memang saya sedang berusaha ke arah itu secara perlahan-lahan.

“Sekarang kalau keluar ke mana-mana sekalipun saya akan cuba untuk menutup kepala. Sekiranya singgah di mana-mana kedai tudung, saya akan beli satu atau dua helai tudung,” jelasnya.

Namun begitu, pelakon berkenaan menegaskan ketika ini dia akan tetap menerima sebarang tawaran berlakon, meskipun watak yang harus dibawanya itu memerlukan dia tidak bertudung atau menutup kepala.

Ujarnya, dia tidak mahu orang ramai terutama peminatnya salah anggap dan menyangka dia sudahpun bertudung. Tegasnya, memang niatnya mahu bertudung, tetapi dia akan melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit.

“Mungkin apa yang saya nyatakan ini mendapat kritikan ramai pihak. Namun saya sendiri tak kisah, asalkan apa yang mereka kritik itu membawa kebaikan kepada diri saya.

“Sekiranya saya sudah bersedia untuk bertudung, maka segala penampilan saya akan turut berubah, termasuklah dengan cara pemakaian saya,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuat dia secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk berubah, dia menjelaskan ianya adalah disebabkan kesedaran dirinya sendiri.

Jelasnya lagi, biarpun sebelum ini dia pernah menunaikan umrah pada tahun 2009, namun ketika itu pintu hatinya belum terbuka lagi untuk dia bertudung.

“Lama-kelamaan mula timbul kesedaran dalam diri, terutamanya selepas dikurniakan anak kedua. Hati saya tertanya-tanya, kenapa saya tidak melaksanakan perintah Allah, sedangkan saya dikurniakan rezeki yang banyak selama ini.

“Maka, sebab itulah saya ambil keputusan sebegini. Kini apa yang saya harapkan adalah sokongan daripada semua pihak agar saya dapat melakukan perubahan,” ujarnya.

Menurutnya, antara individu yang paling gembira dengan keputusannya itu adalah suaminya sendiri iaitu Azfaidzul Antan kerana suaminya itu memang sudah lama inginkan dia bertudung.

Sunday, May 8, 2011

Zami Ismail makin pulih

Zami di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun kini sudah dipindahkan ke wad biasa.



AMPANG: “Terima kasih kepada rakan artis yang melawat saya dan mereka yang bertanya khabar. Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik,” kata pelawak veteran, Zami Ismail, 67, yang kini menerima rawatan di Hospital Ampang (HA), di sini selepas dimasukkan ke hospital itu kerana sesak nafas, Khamis lalu.

Dia yang terkenal dengan watak Pak Uda dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dikejarkan ke HA selepas mengadu sesak nafas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran bagi program Aidilfitri bertajuk Gulai Tempoyak di Hulu Langat.

“Doktor memberitahu, saya mengalami sesak nafas kerana paru-paru dijangkiti kuman dan bernasib baik sempat diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, penyakit itu sering menyerangnya sebelum ini dan sebab itulah dia sentiasa membawa alat bantuan pernafasan bersama-sama ke mana saja.

“Pada hari kejadian itu, saya juga sudah menggunakan alat bantuan pernafasan berkenaan namun ia gagal memberi kesan. Ketika mula dimasukkan ke hospital, saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun kini sudah dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Saturday, May 7, 2011

Fatimah Juling Dalam Putera Negara

Linda Hashim.



Pelakon Linda Hashim 29, sedang gigih menjalani kelas lakonan bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar dan pengarahnya sendiri selama sebulan, meneliti jalan cerita dan skrip yang dipersembahkan dengan hati terkuak lebar.

Dalam filem Putera Negara, Linda memegang watak sebagai isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman iaitu Allahyarham Toh Puan Norashikin Mohd. Seth.

Semestinya, dia harus melakukan banyak rujukan terutamanya dalam menghayati peribadi wanita yang hidupnya penuh protokol.

“Watak itu memang mencabar. Saya perlu berhati-hati memandangkan watak yang diberi bukannya sembarangan. Kalau tiada aral, penggambaran filem ini akan bermula Jun nanti,” ceritanya bersulam gembira.

Juling satu watak menarik lakonan saya dalam drama Fatimah Juling The Series. Sebenarnya agak menyakitkan dan penat menjulingkan mata dalam tempoh yang agak lama. Lagi pun saya kena menjulingkan mata tanpa menggunakan kesan khas atau kanta lekap untuk menampakkan mata itu juling. Seksa juga tapi seronok.

Nasib baik orang tidak kenal saya dengan kontroversi sebaliknya menerusi bakat. Lebih teruja apabila ada sebilangan peminat yang masih ingat lakonan saya dalam drama Cinta Villa Daddy dan Semarak Naga sekitar tahun 2002.

Friday, May 6, 2011

Ahmad Idham, David Teo tak gaduh



Dengar kabarnya, berlaku perselisihan faham antara pengarah, Ahmad Idham dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth Movies Production (MIG), David Teo sedang hebat diperkatakan.

Jika dahulu timbul krisis persengketaan antara Pierre Andre dengan David Teo, kini Ahmad Idham pula menjadi individu yang dipersoalkan tentang cerita kurang enak itu.

Seperti sudah menjangka akan dihujani persoalan sedemikian daripada media, Ahmad Idham hanya mampu tersenyum dan merungkai segala kekeliruan yang selama ini telah mengeruhkan hubungan baiknya bersama David Teo.

"Saya tidak pernah bergaduh dengan David malah saya masih lagi meneruskan projek filem 8 Jam bersama MIG.

"Itu hanya persepsi orang yang melihat mengapa projek-projek baru saya tidak lagi bernaung di bawah bumbung MIG.

"Sebenarnya saya tidak pernah menjadi pekerja tetap di MIG dan harus diingat kesemua filem arahan saya bersama MIG merupakan kerjasama syarikat saya, Excellent Pictures dengan MIG.

"Sepanjang kerjasama dengan MIG, saya telah mengarahkan 16 buah filem dan kontrak saya bersama mereka juga baru sahaja tamat Mac lalu," jelas Ahmad Idham tanpa selindung.

Pengarah filem Senjakala itu hanya menganggap berita seumpama itu sekadar cerita biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.

Dia turut memberitahu hubungannya bersama David Teo masih utuh malah David Teo sentiasa membuka pintu buat Ahmad Idham untuk bekerjasama dengan MIG.

Pelakon drama veteran didakwa cabul pelajar



KUALA LUMPUR - Seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama “Langit tidak selalu cerah”, Mokhtaruddin Mohd. Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.

Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.

Tertuduh yang juga merupakan pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Thursday, May 5, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu kembali

DARI kiri: Datuk Freddie Fernandez, Imuda, Khatijah Tan, Othman Hafsham dan Zamie Ismail.



PASTI ramai yang masih mengingati sitkom komedi yang pernah popular dan bersiaran di kaca televisyen selama lebih 15 tahun iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT). Akan muncul semula tidak lama lagi.

Apa yang menariknya, sehingga kini, penonton masih lagi mengingati gelagat dan telatah tidak ketinggalan nama-nama watak pelakon seperti Pak Uda, Mak Ngah, Budin, Ana, Mat Deris, Mat Over, Mak Usu, Lucy dan Ravi di bawah arahan Othman Hafsham dan diilhamkan Dr. Hatta Azad Khan.

Sunyum Dalam Tangisan Siti Zaidatul Fiza

Tidak ramai yang tahu derita dan luka yang ditanggung Fiza kerana fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.


Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian walaupun gelora dan badai rumah tangga adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.

Begitu juga dengan wanita jelita bernama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama pentas, Fiza yang mengakui hatinya cukup terusik apabila membicarakan tentang perceraian.

Apatah lagi perceraiannya dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin adalah berpunca daripada agenda pihak tertentu yang ternyata mahu melihat istana cintanya runtuh bagaikan istana pasir.

Sehingga kini, dia kesal dan teramat sedih dengan fitnah yang tersebar luas sehinggakan perkahwinannya yang pada mulanya dapat diselamatkan akhirnya terkandas di pertengahan jalan.

"Kalau diikutkan, saya tidak mahu lagi bercerita tentang perceraian ini kerana saya lebih selesa untuk menumpukan fokus serta perhatian saya terhadap dunia seni.

"Tetapi, mahu atau tidak, kadang-kala apabila memikirkan kembali apa yang berlaku, hati saya menjadi geram dengan fitnah yang melanda perkahwinan saya.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan sehingga sekarang pun, hubungan saya dengan bekas suami dan keluarga mertua masih lagi baik seperti biasa.

"Apa yang saya harapkan cukup-cukuplah dengan cerita kurang enak dan dusta yang berterusan dilemparkan kepada saya," tegas Fiza saat diajak berbicara tentang kehidupannya kini.

Wanita berusia 31 tahun itu ditemui pada majlis pelancaran program terbaru Astro Prima yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fiza dan Ahmad Feriq mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata comel, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2.

Entah di mana silapnya, Fiza sendiri tidak mengerti mengapa ada pihak yang seakan-akan dengki dan iri hati dengannya sebaik sahaja dia meluahkan hasrat untuk kembali aktif sebagai seorang pelakon.

Hasratnya hanya satu iaitu mahu mengisi masanya dengan dunia yang cukup dicintainya di samping dapat bertemu kembali rakan-rakan seperjuangan selepas berehat kerana menumpukan perhatian kepada keluarga.

Wednesday, May 4, 2011

Peserta Sabah ungguli TLTBSS

DATUK M.DAUD KILAU (kanan) bersama peserta yang memilihnya sebagai ikon, Ashraf juga memberikan persembahan yang bertenaga.



Program realiti yang disatukan melalui dua kategori iaitu Mirip Suara Ikon dan Muka Iras Artis menyaksikan dua anak jati negeri Di Bawah Bayu, Sabah telah mengungguli program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri itu.

Peserta termuda TLTBSS ( Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya), Hadi, 18, dari Kota Kinabalu, Sabah membolot hadiah utama apabila merangkul anugerah Penuntut Terbaik yang turut membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Persona berserta wang tunai berjumlah RM10,000.

Program realiti televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS) yang berakhir baru-baru ini menyaksikan kehebatan ramai wajah baharu kelahiran RTM yang bakal mewarnai dunia hiburan.

Hadi atau nama sebenarnya Hadi Jaidi pada malam itu yang ditemani ikon beliau, Mas Idayu, bersyukur kerana berpeluang dididik oleh penyanyi dangdut itu sambil menjelaskan bahawa kemenangannya itu turut didorong oleh usaha keras ikonnya dalam memberikan tunjuk ajar.

“Saya sangat bersyukur kerana berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada Mami (Mas Idayu). Walaupun Mami garang tetapi tetap bersyukur kerana cara itu dapat mendisiplinkan saya,” katanya.

Hadi yang masih tidak membuat apa-apa perancangan selepas berakhirnya TLTBSS bagaimanapun merancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan impiannya sebagai anak seni.

“Saya akan terus menetap di KL (Kuala Lumpur) kerana peluang terbuka luas untuk saya di sini. Saya perlu menetap di sini untuk mencapai impian,” ujarnya tanpa kelihatan gementar di hadapan wartawan.

Selain membawa pulang wang tunai dan sebuah kereta, Hadi turut membawa pulang hadiah iringan berupa trofi, iPad dan hadiah iringan lain.

HADI yang memilih Mas Idayu sebagai ikon muncul juara Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS).


Sementara itu, Masri Koyoi, 38, yang mempunyai wajah persis penyanyi lagu Percaya, Mus May, menggondol anugerah Muka Iras Artis. Dia yang tidak menjangkakan kemenangan itu turut bersyukur kerana usaha kerasnya ketika masih di kampung halamannya di Kudat, Sabah kini menjadi kenyataan di Kuala Lumpur.

“Usaha keras saya sejak sekian lama berbaloi juga pada hari ini. Saya sudah berusaha pelbagai cara untuk tampil diterima sebagai seorang penyanyi ketika di Kudat lagi. Kini ia menjadi kenyataan di sini (Kuala Lumpur).

“Di kampung ramai rakan yang memberitahu bahawa muka saya mempunyai iras Mus May. Apabila mengetahui mengenai program ini saya terus menyertainya kerana saya melihat peluang untuk terus menonjol,” kata Masri yang turut menyimpan impian untuk bertemu Mus May.

Tuesday, May 3, 2011

Hakim kesal sikap bekas isteri AC

Shafnie Zainuddin, 33, bekas isteri kepada pengacara popular AC Mizal



KAJANG - Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam melahirkan rasa kecewa dan kurang minat untuk mendengar kes ubah tuntutan nafkah dua anak pengacara, AC Mizal selepas bekas isterinya, Shafnie Zainuddin tidak hadir mahkamah untuk mendengar prosiding itu.

Hakim Syarie, Abdul Halim Mohamad berkata demikian apabila dimaklumkan peguam syarie, Mohd Ridhwan Husin yang mewakili model dan pengacara televisyen, Shafnie, 36, tidak hadir ke mahkamah semalam kerana berada di luar kawasan.

“Saya tidak boleh terima alasan ini. Lepas ini saya tidak akan timbang lagi jika dia tidak hadir, tolong nasihatkan dia hadir pada tarikh seterusnya. Lagipun defendan (AC Mizal) selalu hadir, dia yang tidak pernah hadir, sedangkan dia plaintif,” katanya.

Abdul Halim kemudian menetapkan 6 September ini untuk sambung bicara kes itu selepas dimaklumkan dua saksi iaitu ibu dan kawan Shafnie juga tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Mohd Ridhwan berkata, ibu Shafnie, Rapiah Ab Talib berada di Hospital Serdang kerana menjalani pembedahan mata, manakala rakannya, Mazlina Alias demam sejak pulang mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.

Abdul Halim menasihatkan kedua-dua pihak melakukan perancangan rapi sebelum prosiding akan datang.
“Tempoh diberi panjang, plaintif dan defendan perlu rancang apa yang perlu dilakukan,” katanya.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 40, hadir di mahkamah bersama peguamnya, Siti Aishah Din.

Pada 5 Oktober 2010, Shafnie memohon tambah nafkah anak RM300 menjadi RM3,770 sebulan selepas mengetahui kemewahan dimiliki bekas suaminya itu menerusi media.

Monday, May 2, 2011

Pengacara Majalah3, Bertunang Dengan Raja Amir

Nurul bersama bakal suaminya, Raja Amir.



KUALA LUMPUR - Pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, akhirnya bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.

Jejaka bertuah menawan hati Nurul ialah Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas, di sini. Pegawai bank bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu.

“Kami tidak bertunang sebaliknya hanya mengadakan majlis merisik dan menghantar tanda secara ringkas di rumah keluarga saya pada Januari lalu.

Nurul yang kini menetap di Kuala Selangor berkata, dia berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Nurul hangat bercinta dengan bakal Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed dan hampir mengikat tali pertunangan namun hubungan itu terputus di tengah jalan.

Sunday, May 1, 2011

Sulaman kasih Shera, Zahiril

Zailan (kiri) menyarungkan cincin pertunangan ke jari Nur Syahirah.



IPOH : Perantara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nur Syahirah Aiyob, 25, atau Shera bakal menamatkan zaman bujang pada 20 November ini dengan pelakon meningkat naik, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mukhtar, 27.

Perkara itu dimaklumkan pasangan berkenaan selepas melangsungkan pertunangan di rumah keluarga Shera di Taman Tasik Indra, Tasek, dekat sini, pagi semalam.

Shera yang anggun menggayakan persalinan merah jambu rekaan Hatta Dolmat sedondon dengan Zahiril yang segak berbaju Melayu berkata, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sini, manakala majlis resepsi perkahwinan berlangsung serentak, 17 Disember di Kuala Lumpur.

Pada majlis pertunangan semalam, Zahiril yang tiba bersama rombongan ahli keluarga dan saudara-maranya jam 11 pagi, memberi tujuh dulang hantaran dibalas 11 dulang hantaran oleh Shera.

Zailan Yussof, 54, ibu kepada Zahiril yang membintangi drama Juvana sedang ditayangkan di TV3, menyarungkan cincin pertunangan disaksikan ibu bapa Shera, Ayob Shaharuddin, 53, dan Noor Azmah Mohd Ali, 50.

“Saya bersyukur majlis berjalan lancar. Saya lega ia sudah berakhir kerana begitu berdebar menanti hari ini.

“Saya bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum membuat keputusan melangkah fasa baru dalam hidup.

“Kami belum memutuskan di mana lokasi melangsungkan majlis resepsi di Kuala Lumpur dan soal jumlah wang hantaran serta mas kahwin juga dalam perbincangan,” kata Shera.
Sementara Zahiril, anak kedua daripada lima beradik, berharap tiada dugaan melanda sepanjang pertunangan.

Pada majlis itu, Shera memakai pakaian rekaan Hatta Dolmat dan dirias Ezan Omar (Arts of Beauty) dengan pelamin dan dulang hantaran disediakan Zaid Sulaiman.

Tajaan:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

RADIOKITA STESEN 2