Friday, April 30, 2010
Jenaka Minggu Ini: Belajar Huruf Jawi
Hari ini kita belajar huruf NGA .. sebut NGA .. Angaaa ... Bukan nganga le...ishhh2 susah betul la dah ganyut baru nak belajar tu la sebabnyaaaa..
Thursday, April 29, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Seniwati Sarimah tarik balik saman RM1 juta
KUALA LUMPUR 28 April - Seniwati Datuk Sarimah Ahmad hari ini menarik balik saman fitnah RM1 juta yang dikemukakan oleh beliau terhadap penerbit dan pencetak majalah The Malaysian Tatler, lima tahun lalu.
Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Balia Yusof Wahi merekodkan pembatalan kes tersebut dan tiada perintah bagi kos.
Kes itu sepatutnya dibicarakan hari ini.
Sarimah, 68, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 17 Mei 2005 dengan menamakan penerbit majalah bulanan berbahasa Inggeris itu, Illustrated Magazine Publishing Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama dan pencetaknya, Percetakan Osacar Sdn. Bhd. sebagai defendan kedua.
Pelakon veteran itu mengemukakan saman tersebut kerana mendakwa satu artikel bertajuk `Fast Amongst Equals' dan dibawah tajuk kecil SARIMAH AHMAD yang disiarkan oleh majalah berkenaan pada Ogos 2001 telah memfitnah keperibadian dan pegangan agamanya.
Sunday, April 25, 2010
Lisdawati Nafi Berpisah Dengan Suami
“Berbuih mulut saya jelaskan setiap kali berdepan soalan sama seperti ini. Apa lagi yang mampu saya katakan. Demi Allah, saya percayakan suami dan kehidupan kami bahagia seperti hari pertama kami berkahwin dulu.
Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 (FFM16) itu yang dihubungi tidak melenting akan dakwaan seumpama itu.
Sebaliknya dengan intonasi tenang, bintang filem Santau itu sekeras-kerasnya menafikan segala khabar angin yang bertiup kencang itu.
Sebelum ini nama Fauzi pernah dikaitkan dengan isu ‘playboy’ dan kononnya berlaku kecurangan, tetapi dinafikan kedua-dua pasangan terbabit.
Terbaru, Fauzi sekali lagi dikaitkan dengan isu sama meskipun mempunyai dua anak iaitu Nur Aini Farhana, setahun 10 bulan, dan Nur Aina Fazneesya, lima bulan, sejak berumah tangga hampir tiga tahun bersama Lisdawati.
“Bukan sekali cerita seperti ini diajukan kepada saya. Malah, saya naik penat untuk bercerita mengenainya yang ada kalanya melangkaui kisah kerjaya saya. Hubungan saya dan suami berada pada fasa kebahagiaan.
“Tidak sesekali saya mempercayai segala gosip atau spekulasi yang timbul kerana ia tidak berasas dan lebih berbaur cemburu.
“Saya ingin mencabar sesiapa saja yang menjaja cerita busuk seperti ini supaya tampil ke depan, bersemuka dengan saya lengkap bersama bukti sahih. Jangan hanya pandai membawa cerita semata-mata,” katanya.
Aktres kelahiran Kuala Lumpur berusia 31 tahun itu tidak menolak kemungkinan wujud unsur cemburu dan dengki terhadapnya atau suami sehingga cuba meruntuhkan kebahagiaan mereka.
Melihat spekulasi yang masih memperkatakan isu sama, Lisdawati yang sebelum ini pernah menjadi juara Sehati Berdansa bersama Fauzi hanya reda dan terus berdoa untuk dikuatkan semangat.
Dia berkata, tiada siapa mampu menghentikan orang daripada terus bercakap.
“Yang wajib dijadikan panduan adalah sikap optimis terhadap suami dan kekal percaya dengan hubungan cinta kami. Bukan mahu berdiam diri atau berlakon tidak tahu menahu, namun saya sudah selidik dan ternyata ia hanya omong kosong yang cuma ingin mengeruhkan keadaan."
Pasangan yang diijabkabulkan pada 9 September 2007 itu bermula daripada perkenalan di set penggambaran.
Wednesday, April 21, 2010
Ajai, isteri baru dapat anak perempuan
semalam.
KUALA LUMPUR - Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias di sini semalam.
Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh di sini.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 35, yang sentiasa berada di sisi isterinya, bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat. Saya terlalu gembira dan teruja, tidak tahu hendak digambarkan perasaan saya ketika ini," ujarnya.
Tuesday, April 20, 2010
Nasriah Ngasri di ambang perpisahan
Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.
Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.
“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.
Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.
Sunday, April 18, 2010
Jenazah Achik Selamat Disempurnakan
Aziz M. Osman, Puteri Lily bertunang
KUALA LUMPUR : – Pengarah terkenal, Aziz M. Osman, 48, selamat ditunangkan dengan pasangannya, Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras hari ini.
Anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani itu menjadi pilihan Aziz selepas pengarah terkenal itu gagal mempertahankan tiga mahligai perkahwinannya sebelum ini.
Pada majlis tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Enggan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan tersebut memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti.
“Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.
“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,” kata Aziz ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.
Saturday, April 17, 2010
MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.
Thursday, April 15, 2010
Maya Karin Kesepian ??
SEJAK berita pergolakan rumah tangga aktres terkenal Maya Karin menjadi tatapan umum bermula Februari lalu, tiada banyak yang diluahkan oleh anak kacukan Melayu-Jerman itu.
Lebih banyak berdiam diri dan cuba mengelak daripada menjawab soalan terlalu peribadi yang disifatkan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Terbaru, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke cukup terkejut dengan sesetengah pihak yang lebih arif tentang rumah tangganya daripada dirinya sendiri.
Ini berikutan tersebar di Internet kononnya suami Maya yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa telah menghantar notis berhenti kerja dan bakal pulang ke kampung halamannya di England.
"Saya tidak mahu komen tentang apa disebarkan di Internet itu. Biarlah mereka nak cakap apa sekali pun, saya sudah tidak kuasa lagi. Hanya saya yang tahu perkara sebenar apa yang berlaku dalam rumah tangga saya," luahnya dalam nada suara sedikit bergetar.
Tidak melenting atau meradang, Maya ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta terbaru produk tilam Vono cukup terkenal dengan sikap suka berterus-terangnya itu dengan tenang menjawab perkembangan pergolakan rumah tangganya yang dikaitkan dengan kehadiran aktor Remy Ishak.
"Saya akui kehadiran gosip antara saya dan Remy sudah tentu tidak membantu keadaan. Kami hanya berkawan baik tidak lebih daripada itu. Apa yang saya hairan, apabila berlaku keretakan hubungan dalam perkahwinan dan percintaan kenapa mesti dikaitkan dengan orang ketiga?
"Memang saya dan suami ada masalah tetapi apa masalah itu biarlah saya dan suami sahaja yang tahu. Ingin saya tegaskan apa yang berlaku bukan kerana orang ketiga," tuturnya.
Wednesday, April 14, 2010
Tan Sri Mohd Isa Samad Bertemu Jodoh
Tuesday, April 13, 2010
Kes Perceraian aktres Ida Nerina
KUALA LUMPUR: “Selepas kami bertengkar, saya diusir dari rumah, tapi sebelum itu dia suruh saya ceraikannya” kata bekas gitaris kumpulan Blackrose, Sha’arin Mohd Razali dalam perbicaraan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, aktres Ida Nerina Hussin di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Sha’arin, 40, selaku plaintif berkata pada anggarannya, Ida selaku defendan mendengar lafaz cerai diucapkan berikutan jarak antara mereka begitu hampir walaupun Ida tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Bagaimanapun, Sha’arin dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memberitahu dia tidak menyebut jumlah talak dalam lafaz cerai itu. “Ketika melafazkan cerai, saya tidak sebut jumlah talak,” katanya ketika sesi pemeriksaan utama peguamnya, Mahyuddin Md Zahari.
Plaintif berkemeja lengan panjang putih dan berkaca mata gelap hadir ke mahkamah bersama seorang temannya manakala Ida, 45, tidak hadir.
Menurut Sha’arin, ketika lafaz itu dibuat, dia dan Ida berada di dalam bilik mereka manakala pembantu rumah berada di dalam bilik lain. Ketika itu, defendan berdiri hampir dengan pintu bilik dan dia berada dekat katil.
Sha’arin berkata, dia melafazkan cerai selang 10 saat selepas Ida menyuruh dia berbuat demikian. “Selepas itu, saya keluar bilik dan defendan menyuruh pembantu rumah kemas barang dan beri pada saya. Saya ambil barang dan terus keluar kira-kira setengah jam selepas itu,” katanya.
Tambah Sha’arin, dia pulang semula ke rumah pada petang itu juga untuk mengambil barang lain, namun hanya berjumpa pembantu rumah dan mengambil barang berkenaan di tempat letak kereta saja.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga 21 April ini untuk soal balas peguam Ida, Akhbardin Abdul Kader seterusnya giliran defendan memberi keterangan.
Sunday, April 11, 2010
Aleeza Bercerai Talak 1
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita yang juga peragawati terkenal, Aleeza Kassim mengesahkan dia sudah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Mohd Fauzi Che Ros, 45, yang juga seorang ahli perniagaan, Februari lalu di rumah mereka, di Hyatt Saujana, Subang Jaya.
Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu mendakwa perkahwinan yang hanya bertahan hampir empat tahun tanpa cahaya mata itu bukan berpunca daripada orang ketiga, Aleeza yang kini sedang popular menerusi drama bersiri arahan Rashid Sibir berjudul, Kasih Tercipta' bersama dua lagi pelakon popular, Nasha Aziz dan Erra Fazira itu hanya meminta agar pihak media menanti keputusan mahkamah pada 21 April ini bagi mendengar keputusan kesnya itu.
Ketika dihubungi Harian Metro, pada mula dia enggan mengulas mengenai perkara itu, tetapi akhirnya mengakui desas-desus mengenai perceraiannya itu.
Pelakon popular yang juga bintang filem kontroversi, Panas sekitar 90-an, serta pernah membintangi filem XX Ray 2 dan Susuk itu akur ketentuan yang menimpa dirinya dan mengakui ia berpunca daripada perselisihan faham mereka berdua.
Perkahwinannya dengan Fauzi yang berstatus duda beranak dua ketika itu termeterai pada 16 Julai 2006 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, sebelum dirai pada majlis resepsi sebulan kemudian di Hotel Palace of Golden Horses.
Menurut peragawati yang juga pemilik Akademi Peragaan Aleeza Kassim itu, dia redha dengan dugaan yang menimpa dirinya mengharapkan keajaiban akan berlaku terhadap kes penceraiannya itu.
“Suami menceraikan saya pada Februari lalu atas masalah yang berpunca daripada kami berdua. Namun, biarlah masalah itu menjadi rahsia kami.
“Tertekan juga sepanjang beberapa bulan ini kerana ada saja teman akrab yang bertanya. Mungkin mereka sudah dapat menghidu. Bukan saya ingin mengelak atau menipu sebaliknya perkara seperti ini masih baru bagi saya. Sesekali saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk bertindak atas perkara yang berlaku.
“Namun, hubungan antara saya dan bekas suami masih baik dan kami dalam proses memperbaiki perkahwinan kami. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana segala-galanya masih dalam proses penyelesaian,” katanya.
Aleeza dikatakan hadir bersama Fauzi ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya sekitar Mac lalu bertujuan meminta khidmat nasihat pihak mahkamah.
Bagaimanapun perbicaraan kes mereka ditangguh sehingga 21 April ini untuk pembentangan lanjut.
“Saya masih sayangkan perkahwinan ini dan ingin menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.
Saturday, April 10, 2010
ARTIS BERGADUH LEPASKAN GERAM ...
KUALA LUMPUR: “Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.
Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.
Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.
Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.
Episod ‘bidas membidas’ Fasha dengan Nora bermula dari Ahad hingga Rabu lalu sebelum Nora dikatakan menghentikan mesej yang ada kaitan dengan Fasha.
Begitupun, berdasarkan mesej kepada rakan menggunakan medium sama, Fasha menyifatkan ‘perbalahan’ berkenaan sesuatu yang melucukan kerana dia tiada masa untuk bergaduh, apatah lagi dalam keadaan dia kini gembira.
Mengenai isu di ‘boo’ penonton, Fasha berkata, ia tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya.
Katanya, dia tetap bersyukur kerana masih dicalonkan untuk Top 5 ABPBH 2009 kategori Artis Wanita Baru Popular dan Pelakon Drama TV Wanita Popular yang membuktikan dia masih ada pengikut.
“Saya tidak kecewa kerana hanya sebahagian kecil penonton berbuat begitu. Lagipun, ia bukan isu besar dan terlalu remeh untuk diperkatakan.
“Tidak timbul isu tak laku atau populariti jatuh sebab hingga kini saya masih sibuk dengan tawaran berlakon selain terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Dia Atilla sebanyak 26 episod untuk Astro Prima, drama Duyung (20 episod) untuk slot Lagenda TV3 dan Cuci The Series (13 episod) di TV2.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada keluarga, teman rapat dan peminat yang tidak putus-putus memberi semangat serta dorongan untuk terus bergiat aktif dalam industri seni.
“Masih ada yang sayang walaupun ada yang membenci,” katanya.
Ketika ditanya adakah ‘insiden’ itu berlaku kerana pelbagai kontroversi seperti dituduh sebagai perampas suami orang selain dilabel sebagai perosak rumah tangga yang menimpanya, Fasha tidak pasti, namun menyifatkan isu itu sudah basi, apatah lagi sehingga hari ini masih belum terbukti kesahihan fitnah yang dilemparkan.
“Peminat juga sudah pandai menilai. Apapun, kejadian itu tidak sedikit pun melemahkan semangat saya untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini. Ia adalah sebahagian daripada asam garam dalam industri hiburan kita,” katanya.
Sementara itu penyanyi dan pelakon, Mawi, 29, yang turut di ‘boo’ pada anugerah berkenaan menyifatkan kejadian itu adalah sesuatu yang di luar jangkaannya, namun melihat ia daripada sudut positif.
“Saya sedar kehidupan artis tidak selalu berada di atas,” katanya.
Friday, April 9, 2010
Memey Dan Norman Kahwin Julai Ini ??
KUALA LUMPUR: “Abang Norman ada mengajak saya berkahwin Julai ini, tapi saya tak mengambil serius kata-kata itu kerana menganggap dia bergurau,” kata pelakon Suhaiza Suhaimi atau Memey berhubung perkembangan hubungannya dengan pelakon, Norman Hakim.
Memey, 21, berkata Norman, 33, menyatakan hasrat itu ketika mereka buat pertama kali berlakon bersama dalam sebuah telefilem, baru-baru ini.
“Ini kali pertama kami berlakon dalam satu babak sebagai pasangan kekasih, malah sepanjang penggambaran asyik diusik kru.
“Masuk saja set, saya jadi serba tidak kena kerana asyik diusik kru, tapi selepas habis penggambaran, tiba-tiba abang Norman ajak saya berkahwin Julai ini,” katanya yang dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia tidak mahu tergesa-gesa berkahwin kerana perkara itu memerlukan perancangan dan perbincangan.
“Kalau ditanya (berkahwin) memang saya sudi, tapi saya tak mahu tergesa-gesa. Kalau boleh tahun depan.
“Sukar untuk saya jelaskan lebih lanjut kerana bab perkahwinan ini lebih elok pihak lelaki yang mulakan,” katanya.
Memey berkata, keluarga Norman ada bertanya bilakah mereka akan melangsungkan perkahwinan, tetapi keluarganya pula menyerahkan keputusan itu di tangan pihak lelaki.
Menurutnya, buat masa sekarang, dia agak sibuk kerana mendapat tawaran berlakon drama 30 episod sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, Jun depan.
Monday, April 5, 2010
Zizie Bersama Suami Di Malam ABP2009
Thursday, April 1, 2010
Din Beramboi meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.
Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...