YouTube telah memeterai perjanjian pelesenan dengan
Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) yang akan
membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia mendapat pendapatan di
YouTube.
Pengarah pengurusan produk YouTube Asia-Pasifik,
Adam Smith berkata pendapatan akan dikumpulkan apabila iklan dipaparkan
di video rakan YouTube.
"Untuk kali pertamanya di bawah perjanjian ini, pencipta Malaysia akan
menerima bayaran dari persatuan mereka apabila pemegang hak
mengagihkannya," kata beliau dalam taklimat media di sini hari ini.
Bersempena dengan pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan kerjasama
perjanjian dengan syarikat-syarikat media terkemuka Malaysia termasuk
Astro Malaysia dan KRU Studios.-
No comments:
Post a Comment