SAMA ada sedar atau tidak, nama Dayang Nurfaizah kini tidak sehangat
dahulu. Biarpun begitu, ada nilai eksklusif terpancar setiap kali
kelibatnya melintas depan mata.
Popular menerusi lagu-lagu hit seperti Dayang Sayang Kamu, Seandainya
Masih Ada Cinta dan Erti Hidup, Dayang sebenarnya tidak menyepi. Dia
sebaliknya masih ligat.
"Jika ada yang kata saya mendiamkan diri, mungkin saya hanya diam
dengan pihak media sahaja. Tetapi kerjaya seni masih berjalan seperti
biasa. Lagipun rancangan hiburan (nyanyian) di televisyen kini semakin
berkurangan. Jadi sedikit sukar untuk nampak saya di televisyen,"
ujarnya yang tampil bergaya elegan menghiburkan peminat menerusi
Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
Seperti kata pepatah yang menyebut, diam-diam ubi berisi, Dayang juga
begitu. Tanpa banyak bunyi, Dayang bakal tampil dengan single keempat
berjudul Perlukan Cinta tidak lama lagi. Single itu sebenarnya dipetik
daripada album Sayang & Cahaya yang memuatkan 12 buah lagu. Itu
pertaruhan terbaharu Dayang setelah empat tahun tidak menghasilkan
sebarang album.
"Insya-Allah pada minggu hadapan saya akan melancarkan lagu single keempat berjudul Perlukan Cinta.
"Selain itu permintaan mengadakan persembahan di seluruh negara tidak
pernah putus. Mei nanti saya akan mengadakan persembahan di Dewan
Orkestra Philharmonik bersama Anuar Zain," ujar wanita berusia 30 tahun
itu.
No comments:
Post a Comment