MUHD. KHAIRUN (kanan) menyatakan sesuatu kepada
Surijaningsih dan dua anaknya iaitu Zaidee Nasir (kiri) dan Zakaria di
Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itu
yang berlaku kepada menantu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee,
Surijaningsih Bakar, 43, apabila nasib dia sekeluarga dibela pelbagai
pihak.
Pihak terbabit terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli-ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Universiti Limkokwing yang bertindak
membantu keluarga tersebut dengan pelbagai cara.
Ia dibuktikan apabila Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO
melunaskan baki tunggakan cukai pintu kediaman warisan P. Ramlee itu
yang terletak di Taman Setapak Jaya di sini sebanyak RM5,766.50.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya berjaya
mengumpulkan dana tersebut dalam sehari iaitu sejurus berita mengenai
nasib malang wanita tersebut dilaporkan media.
“Dana yang berjaya dikumpul daripada masyarakat dan biro aduan
sendiri kita gunakan untuk melunaskan tunggakan tersebut,” katanya pada
sidang akhbar selepas melawat Surijaningsih semalam.
alhamdulillah, ada yang membela...
ReplyDelete