NUFFNANG ADS

Friday, August 29, 2014

Datuk Ramli MS & Alyah Ada sebab Sorok Perkahwinan

Selepas kisah perkahwinan Ramli MS bersama penyanyi Alyah diketahui umum semalam, konduktor muzik terkenal ini menegaskan mempunyai alasan tersendiri mengapa merahsiakan kisah rumah tangga mereka.

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," ujarnya menerusi portal mStar.

Dalam pada itu, Ramli juga merasakan kisah perkahwinannya terlalu diperbesarkan seumpama mereka melakukan kesalahan.

"Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.

"Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah... haha," tambahnya.

Semalam, sebuah akhbar mendedahkan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu di Batam, Indonesia.

Pasangan ini dijangka akan menyerahkan dokumen asal perkahwinan mereka kepada Jais pada 2 September ini untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak.

Wednesday, August 27, 2014

Ezany mahu teruskan kes nusyuz


Pelakon Ezany Nizariff bertekad mahu meneruskan kes nusyuz iaitu perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd. Zani @ Mohd. Zohri Mohd. Nizariff, 41, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari, Petaling Jaya, hasrat berkenaan ketika sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar semalam.

Mohd. Nurulazhar menasihati pelakon yang terkenal dengan jolokan 'tauke belacan' itu agar melantik peguam syarie bagi mengendalikan kes tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 September ini bagi sebutan kes nusyuz terbabit dan permohonan cerai oleh isterinya Lizda Nuryanti, 32, diadakan serentak pada pukul 9.30 pagi.

Lizda Nuryanti bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.

Monday, August 25, 2014

Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000

PELAKON terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 38, memohon tuntutan RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, dekat sini.

Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail," katanya.

Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.

"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal.

"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,"katanya.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga Kapten Harimau Malaya bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Sebelum ini, pada 8 November 2012, pelakon tersebut memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak mereka yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

Tuntutan nafkah tertunggak tersebut difailkan pada awal Januari lalu.

Wednesday, August 13, 2014

Meniikah Kerabat DiRaja: Neelofa segan angkara gosip panas

Neelofa berbual dengan Nik Abdul Aziz ketika mengadakan kunjungan di kediaman pemimpin itu di Pulau Melaka baru-baru ini. 

Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.

“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya.




Tuesday, August 12, 2014

Adam, Fiza rujuk kembali

RAMADAN lalu memberi rahmat kepada pasangan selebriti, Fiza Elite dan Adam AF yang kembali bersama 17 Julai lalu selepas bercerai pada 28 April lalu.

Memetik laporan media, pasangan ini dikhabarkan telah mendaftarkan rujuk semula perkahwinan mereka di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Shah Alam, Selasa lalu jam 11 pagi.

Sebelum ini, Adam dan Fiza sah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September tahun lalu.


Thursday, August 7, 2014

Nora Danish Paling popular Di Instagram


Pelakon Nora Danish mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi selebriti pertama negara yang berjaya mengumpul jumlah 'follower' Instagram melebihi satu juta orang.

Kejayaan ini tentunya berjaya dicapai menerusi populariti di alam maya di mana  Nora tidak lokek berkongsi sebahagian kisah hidupnya bersama peminat yang sentiasa dahagakan kisah terbarunya.

Kontroversi mahupun kerjaya, populariti Nora dilihat tidak susut tambahan pula kisah cintanya turut menjadi buruan netizen. Tahniah Nora!


Monday, August 4, 2014

Che Ta & Zain Bakal Dapat Anak Perempuan


Tahniah diucapkan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin apabila mereka bakal dikurniakan anak perempuan.  Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh pasangan ini ketika ditemu ramah oleh Media Hiburan.

“Alhamdulillah, hasrat Che Ta yang inginkan anak perempuan tercapai.  Jadi, doakan agar semuanya selamat,” ujar ringkas Zain.

Memasuki usia kandungan enam bulan, pastinya pasangan ini teruja untuk menyambut cahaya mata sulung mereka kelak.

“Dari awal sehingga kini memang kami teruja dan gembira.  Rasa berdebar itu belum ada lagi, mungkin bila nak bersalin nanti.  Apa pun, semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.  Dari segi persiapan, baju-baju dan kelengkapan bayi sudah disediakan.  Ada yang kami beli di luar Negara, dan tidak kurang juga ada pihak yang sudi menaja,” ujar Che Ta.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2