NUFFNANG ADS

Tuesday, May 23, 2017

Saya buat sebab nak ajar cara beradab'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan moderator Datuk Rosyam Nor menerima permohonan maaf pelakon dan pengarah ketika program Dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana malam kemarin.

PELAKON dan pelawak Sulaiman Yassin berkata, beliau tidak kesal diatas tindakan 'kasarnya' terhadap penerbit filem David Teo.

Menurut Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Mat Over, menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian kerana mahu mengajar David 'mengenai adab terhadap pemimpin'.

"Minta maaf saya cakap, saya tidak kesal...Apa yang saya buat semalam saya fikir dahulu,dan lagi satu ketika itu saya masih waras, cuma perilaku yang saya buat itu untuk mengingati dia (David) supaya tidak berkelakuan kurang ajar di hadapan PM.

“Kita dipanggil oleh PM untuk berbicara bersama-sama, sekurang-kurangnya kita kena beri pengajaran kepada dia (David) itu sahaja, agar dia tidak kurang ajar depan Tuan Rumah (PM), kita selama ini telah diajar untuk beradab dan sopan santun sesama kita," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, katanya beliau tidak akan menyimpan dendam dan sudah memaafkan David berhubung insiden semalam.

"Saya tidak akan menyimpan dendam yang berlalu biar berlalu," katanya lagi.

Dalam pada itu,menurut David pula berkata, dia beranggapan insiden semalam sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

"Saya sudah memaafkannya, kerana anggap dia tidak sengaja lakukan perbuatan itu,dan anggap sudah selesai," katanya.

Terdahulu, kecoh seketika majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam  apabila berlaku satu insiden memalukan.

Difahamkan insiden memalukan itu berlaku di hadapan Najib apabila seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi bersama selebriti dalam program berkenaan.

Namun, pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.

Sunday, May 21, 2017

Shahir sedia kahwini Erra Fazira


PENYANYI yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi mengakui dia dan bintang terkenal, Erra Fazira kini berkawan rapat.

Bahkan jejaka berusia 29 tahun ini juga bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

"Apa yang boleh saya katakan saya memang serius berkawan dengannya (Erra).

"Langkah seterusnya, Insya-ALLAH, doa-doakanlah semuanya dipermudah dan dipercepatkan. Cuma buat masa ini saya rasa belum manis untuk saya berkongsi.

"Bila sudah tiba masanya saya tidak keberatan untuk berkongsi," katanya.

Malah menurut Shahir, setakat ini tiada halangan dari pihaknya untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

"Apa yang boleh saya kata proses seterusnya yang berkaitan dengan adat-adat saya serahkan pada orang tua," ujarnya ketika ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di Gombak, petang tadi.

Ditanya adakah dia sudah menemui ibu Erra, Shahir berkata, dia belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia juga bersedia untuk kembali aktif dalam industri seni selepas lebih tiga tahun menghilang.

"Saya tahu mungkin ada yang fikir saya main-main atau mungkin ada yang dah hilang kepercayaan kepada saya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan kehilangan saya sebelum ini kerana kerja dan tanggungjawab lain. Saya juga tidak mahu susahkan pihak lain andai tidak dapat beri komitmen sepenuh masa.

"Jadi tidak ada kena mengenalah dengan masalah kesihatanlah, keluargalah, merajuklah.

"Insya-ALLAH selepas raya ini saya akan muncul dengan sebuah program TV dan saya juga merancang untuk merakam single baru yang sudah lama tertangguh.

Harap perancangan kali ini dipermudahkan," jelasnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2