NUFFNANG ADS

Sunday, December 17, 2017

Farid Kamil, Aaron Aziz bergelar Datuk


PEMANGKU Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini.

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pada istiadat itu, isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang juga Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya, mengetuai senarai 167 penerima, dengan dikurniakan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Seramai 20 individu lain turut dianugerahkan SSAP iaitu Penasihat Undang-Undang Pahang Datuk Shamsulbahri Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussain.

Penerima lain Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk  Amer Awal dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz, Pengarah Urusan Wirajaya Tuah Sdn Bhd Datuk Azman Ismail, Pengarah Kotamas Development (M) Sdn Bhd. Datuk Wong Haw Ran, Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Urusan Kharisma Wira Sdn Bhd. Datuk Azri Murad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Rail Link Sdn Bhd. Darwis Abd Razak dan Pengurus Singaport Technologies Engineering Pte. Ltd., Lim Seng Hock juga dikurniakan SSAP.

Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk Indera’ iaitu Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd. Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Madya (Maritim) Datuk Mohd Taha Ibrahim, Timbalan CEO (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Mohd Nizom Sairi, Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan Datuk Zainal Abidin Pa'wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Mohd Aripin Daud.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada 12 individu termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman DCP Datuk Saiful Azly Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman DCP Datuk Mohd Roze Shaari, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abd Halim, Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.

Turut menerima DSAP ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Ab Qahar Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar Raja Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia Kementerian Luar S.Jojie Samuel, Pakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd. Tong Yuw Choy.

Sementara itu, 76 individu pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd.Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim, CEO Felcra Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Kastam Kelantan Datuk Mohd Nasir Yusoff, Anggota Dewan Negara Senator Zahari Sarip dan Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Profesor Dr Nasehir Khan E.M Yahya.

Anugerah DIMP turut dikurniakan kepada Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Norzuhdy Mohammad Nordin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO Mohd Zulkifli Mohammed, Pengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd. Farah Zarina Johari Faisal Stephen, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang Sawalludin Ahmad dan Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan, Jabatan Penjara Mohd Zawawi Ab Rahim.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Ahli Lembaga Pengarah TESDEC Services Sdn Bhd. Saiful Bahri Baharuddin, Ketua Unit Kardiologi Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Profesor Madya Dr Oteh Maskon, Ketua Jabatan Pakar Perunding Kanan Neurosurgeri Hospital Sungai Buloh Dr Azmin Kass Rosman juga dikurniakan DIMP.

Turut menerima DIMP ialah Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan  Brigedier Jeneral Dr Rushdi Abdullah, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Udara Brigedier Jeneral Md Fauzi Saleh, CEO Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd. Leftenan Kolonel (B) Mohd Fadzar Suhada, Pengarah Eksekutif Kumpulan Gading Leftenan Kolonel (B) Shafiee Mahat dan Ketua Databank DNA Makmal Forensik Bukit Aman SAC Hussein Omar Khan.

Penerima lain ialah Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur SAC Marzuki Kamaruzaman, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia Ronald Gan Yong Hoe dan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman SAC Dr Mustafa Khan Abdul Samat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Ekonomi, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Surina Saad, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Amanah Pelaburan Bhd.Sulaiman@Mohamed Helmi Mohd Ilyas dan Ketua Cawangan Agensi Penguatkuasaan Bahagian Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bukit Aman, SAC Fauzi Khan Ismail juga menerima DIMP.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman SAC Abdul Aziz Majid,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor SAC Azman Ayob,Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Pahang Mohd Basri Abdul Manaf, CEO MAFA Holdings Sdn Bhd. Dr Mohd Faudzi Musa, CEO Excel Force MSC Bhd. Mohd Fauzi Yaakub dan Setiausaha UMNO Bahagian Paya Besar Salihudin Ishak turut menerima DIMP.

Bendahari UMNO Bahagian Temerloh Mohd Yusop Nong, Pengarah Urusan Kurnia Industries Enterprise Roslan Muhamad, Pengarah Urusan Premium Proaktif Sdn Bhd. Mohd Kamarul Haneff Yusop dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar Safariah Awang Ngah juga dikurniakan DIMP.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah  Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam individu, Setia Mahkota Pahang (SMP) (8), Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) (6) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu. – Bernama


Monday, December 11, 2017

Abam Bocey kini bergelar suami


DENGAN sekali lafaz, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, telah selamat bernikah dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali, 26, pada jam 5.35 petang tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal Salan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM3,000.00 dan wang hantaran sebanyak RM13,888.00.

Selain itu, Hidayah turut menerima seutas rantai leher sebagai hadiah perkahwinan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan terima kasih atas doa semua.  Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya mohon maaf jika sebelum ini ada yang menganggap saya merahsiakan tentang perkahwinan kami. Tidak berniat untuk merahsiakan tetapi saya bimbang apa yang dirancang tidak berlaku," ujarnya.

Dalam majlis pernikahan ini, pihak lelaki memberi 9 dulang hantaran berbalas 11.

Antara rakan yang hadir adalah Fad, Achey dan Ali Puteh.

Friday, December 8, 2017

Tauke bergelar suami kali keempat


SELEPAS lima tahun menduda, Tauke (Jambu), 41, kembali bergelar suami apabila menikahi wanita pilihannya, Nadia Mohd Affendi, 28, dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Al'Itisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mohd Affendi Mohd di De’ Laman Event Space, Bukit Jelutong pada jam 11.55 pagi tadi.

Pada upacara itu, pemilik nama sebenar Zamratul Amri Zakaria ini menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin dan wang hantaran RM30,000.

Pengantin perempuan pula menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki.

Pasangan mempelai tampil dengan sepersalinan rona putih bahkan majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri hampir 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan sama cantik sama padan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung pada sebelah malam di lokasi  sama.

Ini merupakan pernikahan kali keempat Tauke. Hasil perkahwinan terdahulu, bekas peserta program Raja Lawak ini dikurniakan enam cahaya mata.

Sebelum itu, pasangan sejoli ini sudah pun mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2