NUFFNANG ADS

Saturday, November 22, 2014

Zizan Razak jelaskan isu saman

KES saman yang membabitkan pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak dengan bekas pengurus peribadinya, Marina Juki masih berlarutan hingga kemuncaknya melibatkan saman berjumlah RM500,000 pada 6 November lalu. Saman yang dikemukakan oleh Marina kepada Zizan itu merupakan susulan kepada tindakan Zizan yang melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani ketika bersama syarikat Wirefame Entertainment Sdn. Bhd.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 30, didapati melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain ketika perjanjian bersama Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. masih belum tamat yang mana akan berakhir pada 5 Mei 2015.

Kemelut antara mereka tercetus semenjak khabar angin penyingkiran Emma Maembong yang pernah menjadi artis naungan syarikat itu sekitar bulan Februari lalu ekoran sering bermasalah. Tambah parah apabila Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar telah bertindak membekukan akaun bank syarikat hingga menjejaskan pembayaran pendapatan artis lain.

Bertemu pada majlis sidang akhbar pengumuman pengacara dan persembahan Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zizan menjelaskan situasi yang sedang berlaku.

"Saya pernah cuba bercakap dengan pihak terbabit, namun diarahkan untuk menyelesaikan perkara yang telah berlaku menerusi peguam masing-masing. Jadi saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana hal ini membabitkan undang-undang. Risau sekiranya saya tersalah beri kenyataan dan hal menjadi lebih teruk. Lebih baik saya serahkan kepada individu yang lebih bijak (peguam) untuk menerangkan perkara ini kelak.

"Bukan saya yang saman orang, tapi saya disaman. Sekiranya ada masalah bersifat peribadi, rasanya tidak perlulah saya menyebarkan kepada orang ramai. Kalau dahulu ketika syarikat itu ditubuhkan tidak kecoh-kecoh, kenapa baru sekarang mahu memperbesarkan hal. Saya berharap niatnya baik dan tidak perlu untuk mengadakan sidang akhbar", tegasnya.

Friday, November 21, 2014

Ezad Exist ditahan reman tuduhan memiliki dadah

Perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad berlangsung dalam suasana menyentuh hati apabila isteri penyanyi itu, Nor Azeana Ramli berkali-kali mengungkap perkataan I love you so much (Saya sangat cintakan awak) sebaik Ezad tiba di Mahkamah Majistret Selayang, semalam.

Nor Azeana yang setia menunggu Ezad selama lebih satu jam sejak pukul 9 pagi turut sempat berkata, Take Care B (Jaga diri B) kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini itu selepas selesai perintah tahanan reman tersebut.

Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang kelmarin.



Tuesday, November 18, 2014

POP 60an A. Rahman Hassan akan kahwin lagi..

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penyanyi terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan menjadi sebutan sejak hujung minggu lalu. Semuanya gara-gara laporan sebuah akhbar yang melaporkan penyanyi itu bakal menamatkan zaman dudanya dengan pelakon senior, Fadilah Mansor pada penghujung tahun ini.

Pada mulanya penyanyi berusia 67 tahun tersebut enggan berkongsi cerita mengenai perancangan pernikahannya dengan pelakon berkenaan kerana beranggapan itu adalah privasi yang tidak perlu dikongsi bersama umum. Sementelah, pada usianya yang bukan lagi seperti orang muda yang ghairah untuk berkongsi hal-hal sedemikian.

Bagaimanapun, A. Rahman yang menduda sejak pemergian isterinya, Allahyarham Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser akhirnya mengaku bahawa Fadilah Mansor merupakan wanita pilihan hatinya.

Ujarnya, Fadilah yang merupakan ibu tunggal selepas bercerai dengan pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London, seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

" Insya-Allah, majlis itu akan berjalan pada penghujung tahun ini mengikut laporan berita yang telah keluar".jelasnya,


Wednesday, November 12, 2014

Perceraian ini salah saya – Raja Azmi

Produser filem sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengakui, penceraian kali kedua dalam perkahwinannya dengan gitaris, Mohd. Eddie Ghazali, 45, berpunca daripada kegagalan dia menjadi seorang isteri yang baik kepada suaminya itu.

Raja Azmi tanpa berselindung mendedahkan rumah tangga mereka bergolak disebabkan oleh tindakannya yang sering keluar rumah tanpa meminta kebenaran, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati setelah ditegur oleh suami.

“Saya yang bersalah di sini kerana gagal melaksanakan tugas sebagai seorang isteri kepada Mohd. Eddie.

“Saya terasa apabila ditegur oleh suami secara serius, ketika itulah bermula episod sering bercanggah pendapat dan pelbagai masalah lain timbul,” ujarnya ketika ditemui wartawan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,Kuala Lumpur semalam.


Tuesday, November 4, 2014

Che Ta, Zain umum nama anak minggu depan

baby baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin

PASANGAN romantis, Zain Saidin dan Rozita Che Wan hanya akan mendedahkan secara eksklusif nama puteri sulung mereka kepada umum menerusi program HLive! pada minggu hadapan.

Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta selamat melahirkan kira-kira jam 2.18 petang, Sabtu lalu di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan menerusi foto-foto yang dikongsi di laman sosial, Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.


Sunday, November 2, 2014

Baby baru Che Ta



 Pelakon popular, Rozita Che Wan, 41, atau Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan pukul 2.18 petang semalam di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur.

Menurut suaminya, Zain Saidin, bayi seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, buat masa ini Che Ta dan bayi itu berada dalam keadaan baik. Che Ta sedang berehat,” ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Berkongsi perasaannya, Zain, 30 memberitahu, dia sangat bersyukur dan bagaikan tidak percaya anaknya itu kini berada dalam dakapannya.

“Saya macam tidak percaya tetapi sangat seronok dan bersyukur,” ujarnya lagi.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2