NUFFNANG ADS

Sunday, November 12, 2017

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga


SELEPAS setahun kehilangan isteri, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, kembali bergelar suami apabila menikahi wanita pilihannya, Rapidah Abd Ghani, 44, dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Lokman Abd Ghani sambil disaksikan Imam 1 Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Ustaz Mohd Faisal Mohd Noor di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, pada jam 10.55 pagi tadi.

Pada upacara itu, bintang filem Panggilan Pulau ini menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala jumlah wang hantaran sebanyak RM12,000.

Pengantin perempuan pula menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000.

Pasangan mempelai tampil dengan sepersalinan rona putih bahkan majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri lebih 100  tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat .

Difahamkan, pengacara Who Wants To Be A Millionaire ini berkenalan dengan Rapidah melalui laman sosial, Facebook, sejak Ramadan lalu.

Rapidah pula seorang ibu tunggal anak empat yang juga merupakan adik kepada rakan karib Jalaluddin.

Sebelum ini, Jalaluddin kehilangan isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan akibat komplikasi pelbagai penyakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada 5 November 2016.

Ini merupakan pernikahan ketiga Jalaluddin.

Pernikahan kedua adalah bersama pelakon Ridani Ghani pada 2 Februari 1997. Namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Sepanjang 40 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini memiliki lapan anak dan 14 cucu.

Wednesday, September 6, 2017

Jihan Muse umum hamil empat bulan


PELAKON dan pelawak Jihan Muse mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan selepas setahun melangsungkan perkahwinan bersama Ungku Hariz yang juga seorang pelakon.

Berita gembira itu dikongsi Jehan ketika menjadi pengacara mengantikan Neelofa dalam rancangan hiburan Meletop malam tadi bersama Nabil Ahmad.

Menurut Jihan, beliau mengalami alahan teruk di awal kehamilan namun sudah kembali baik ketika memasuki trimester kedua.

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja.

“Kepada yang berteka-teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu,” katanya.

Menurutnya, ketika beliau di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja,  secara kebetulan watak Sabatini yang dijayakan sedang hamil dan tidak sangka beliau memang betul-betul sedang mengandung.

Jihan, 34, berkahwin dengan Ungku Hariz, 32, selepas sembilan tahun menyulam kasih.

Sunday, June 11, 2017

Sebelum Wafat, Julia Perez Sempat Jual Cincin Berlian untuk Bangun Mushala

# Julia Perez didampingi Yuni Shara saat memberikan keterangan pers di RSCM, Jakarta, Rabu (15/2/2017). Julia Perez alias Jupe, gagal menggunakan hak suaranya di TPS 15 karena tidak memiliki surat pindah memilih atau formulir A5 karena belum terdaftar sebelumnya di kelurahan TPS 15.

JAKARTA - Ibunda pedangdut Julia Perez (36), Sri Wulansih mengatakan bahwa putri sulungnya sebelum meninggal dunia, telah menjual cincin berlian kesayangannya.

Rupanya, uang hasil penjualan cincin berlian itu digunakan Jupe untuk membangun sebuah masjid atau musholah di kawasan Serang Banten yang sudah direncakan oleh wanita yang akrab disapa Jupe.

"Masalah jual berlian itu karena Jupe mau bangun mushola di Serang, Banten. Masalahnya sejak Jupe sakit, orang-orang yang mengurusi pembangunan mushola enggak mau minta dana," kata Sri Wulansih sambil menangis.

Hal itu ia katakan saat ditemui di kediaman Julia Perez, di Rafles Hills Cibubur, Jawa Barat, Minggu (11/6/2017) malam usai tahlilan.

Sri menjelaskan, menjual cincin berlian untuk pembangunan mushola, diduga Jupe membaca percakapan Sri dengan yang membangun mishola di Serang itu.

"Tapi mungkin dia (jupe) baca percakapan Mama kalau itu (mushola) kurang ini kurang itu," ucapnya.

"Setelah tahu, dia (Jupe) bilang ke Diana dan hari itu dia minta tolong cincin berlian Jupe dijual uangnya kasih mamah. Hari itu pula kita kasih ke mushola," sambungnya.

Saat ini musahola tersebut sedang diperbaiki dengan menggunakan uang dari janda Gaston Castano itu.

Meski belum rampung, mushola itu sudah bisa digunakan untuk solat tarawih.

"Bagaimanapun caranya harus diteruskan harus dilanjutkan niat baik Jupe. Alhamdulillah saya senang banyak yang ingin bantu. Semua nya teman Jupe baik-baik alhamdulillah," ujar Sri Wulansih seraya menangis.

Tuesday, May 23, 2017

Saya buat sebab nak ajar cara beradab'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan moderator Datuk Rosyam Nor menerima permohonan maaf pelakon dan pengarah ketika program Dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana malam kemarin.

PELAKON dan pelawak Sulaiman Yassin berkata, beliau tidak kesal diatas tindakan 'kasarnya' terhadap penerbit filem David Teo.

Menurut Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Mat Over, menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian kerana mahu mengajar David 'mengenai adab terhadap pemimpin'.

"Minta maaf saya cakap, saya tidak kesal...Apa yang saya buat semalam saya fikir dahulu,dan lagi satu ketika itu saya masih waras, cuma perilaku yang saya buat itu untuk mengingati dia (David) supaya tidak berkelakuan kurang ajar di hadapan PM.

“Kita dipanggil oleh PM untuk berbicara bersama-sama, sekurang-kurangnya kita kena beri pengajaran kepada dia (David) itu sahaja, agar dia tidak kurang ajar depan Tuan Rumah (PM), kita selama ini telah diajar untuk beradab dan sopan santun sesama kita," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, katanya beliau tidak akan menyimpan dendam dan sudah memaafkan David berhubung insiden semalam.

"Saya tidak akan menyimpan dendam yang berlalu biar berlalu," katanya lagi.

Dalam pada itu,menurut David pula berkata, dia beranggapan insiden semalam sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

"Saya sudah memaafkannya, kerana anggap dia tidak sengaja lakukan perbuatan itu,dan anggap sudah selesai," katanya.

Terdahulu, kecoh seketika majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam  apabila berlaku satu insiden memalukan.

Difahamkan insiden memalukan itu berlaku di hadapan Najib apabila seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi bersama selebriti dalam program berkenaan.

Namun, pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.

Sunday, May 21, 2017

Shahir sedia kahwini Erra Fazira


PENYANYI yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi mengakui dia dan bintang terkenal, Erra Fazira kini berkawan rapat.

Bahkan jejaka berusia 29 tahun ini juga bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

"Apa yang boleh saya katakan saya memang serius berkawan dengannya (Erra).

"Langkah seterusnya, Insya-ALLAH, doa-doakanlah semuanya dipermudah dan dipercepatkan. Cuma buat masa ini saya rasa belum manis untuk saya berkongsi.

"Bila sudah tiba masanya saya tidak keberatan untuk berkongsi," katanya.

Malah menurut Shahir, setakat ini tiada halangan dari pihaknya untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

"Apa yang boleh saya kata proses seterusnya yang berkaitan dengan adat-adat saya serahkan pada orang tua," ujarnya ketika ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di Gombak, petang tadi.

Ditanya adakah dia sudah menemui ibu Erra, Shahir berkata, dia belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia juga bersedia untuk kembali aktif dalam industri seni selepas lebih tiga tahun menghilang.

"Saya tahu mungkin ada yang fikir saya main-main atau mungkin ada yang dah hilang kepercayaan kepada saya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan kehilangan saya sebelum ini kerana kerja dan tanggungjawab lain. Saya juga tidak mahu susahkan pihak lain andai tidak dapat beri komitmen sepenuh masa.

"Jadi tidak ada kena mengenalah dengan masalah kesihatanlah, keluargalah, merajuklah.

"Insya-ALLAH selepas raya ini saya akan muncul dengan sebuah program TV dan saya juga merancang untuk merakam single baru yang sudah lama tertangguh.

Harap perancangan kali ini dipermudahkan," jelasnya.

Monday, April 3, 2017

Sharnaaz selamat bergelar suami


MEMILIH tarikh 31 Mac, sebagai hari bersejarah, Sharnaaz selamat bergelar suami kepada Nabila dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz dengan mas kahwin RM1,000, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Selain itu, kakak kepada selebriti popular, Neelofa itu turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pengantin lelaki.

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan cukup baik.

“Saya bersyukur kerana Noor Nabila sudi menjadi suri...rumah di hati saya.

“Insya-ALLAH, saya dan isteri akan terus berbahagia selama-lamanya.

“Doakan agar penyatuan ini juga direstui ALLAH SWT,” katanya.

Majlis akad nikah berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat pasangan pengantin baru.

Seronok dengan status baru, pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini bagaimanapun sedar akan tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti.

“Saya gugup bukan kerana perlu berhadapan dengan ramai. Saya sendiri dah pernah buat pelbagai live show.

“Tapi, keadaan itu timbul kerana memikirkan tugas yang bakal dipikul selepas ini.

“Saya akui saya rasa sangat bangga hari ini. Today, I became a man,” katanya sambil tertawa.

Majlis resepsi bagi pihak perempuan akan diadakan di lokasi sama hari ini, manakala majlis bertandang pula bakal berlangsung di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang pada 8 April nanti.

Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini melamar bakal isterinya pada 4 September 2016, seterusnya mengadakan majlis merisik pada 18 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila saling mengenali sejak hampir dua tahun lalu.

Sunday, March 12, 2017

Adira AF kini bergelar ibu


PENYANYI, Adira Suhaimi kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan seorang bayi perempuan, semalam.

Perkara tersebut turut disahkan oleh suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau turut dikenali sebagai Datuk Red.

"Alhamdulillah, syukur #Anggerik #Enamsudah," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Adira menamakan puteri sulungnya itu dengan nama yang unik iaitu Anggerik yang dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya dan bayi.

"Nama Anggerik dipilih kerana saya meminati bungan klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas itu," katanya kepada BH Online.

Ahli keluarga dan para peminat juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Adira dan suami dengan kelahiran cahaya mata mereka itu.

Monday, March 6, 2017

Aliff Aziz menanti kelahiran anak sulong


KELAHIRAN anak pertama tentu menjadi memori indah yang tidak mungkin dilupakan dalam perkahwinan.

Begitu juga yang dirasakan oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 26, dan pasangannya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23, yang kini sedang menanti detik kelahiran anak pertama mereka.

Aliff Aziz memuat naik gambarnya bersama isterinya dan menulis kata-kata perhargaan buat wanita tersebut.

"Kepada bakal ibu anak kami, saya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang cantik dan dalam beberapa bulan lagi ahli keluarga kami akan bertambah.

"Membesar dengan baik anakku, ibu dan ayah menanti kelahiranmu," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu di Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam dan majlis resepsi diadakan pada sebelah malamnya dalam suasana yang cukup meriah di Top Glove Tower, Setia Alam.

Tuesday, February 28, 2017

Hans Isaac pilih ratu cantik


SEKIAN sekian lama berteka-teki, selebriti terkenal, Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang juga bekas ratu cantik Malaysia, Gabriella Robinson pada 29 Julai depan.

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan di Gereja Saint John Cathedral, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi pula dilakukan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Hans dan Gabriella saling mengenali ketika pelakon berusia 46 tahun itu menjadi juri untuk pertandingan Miss Universe Malaysia pada 2011, lapor Media Hiburan.

Bagaimanapun, hubungan itu terputus seketika dan mulai kembali rapat pada 2016.

"Selepas terpisah seketika, kami bertemu semula dan mula berkawan rapat sejak tahun lalu.

"Dia sangat istimewa di hati saya. Walaupun bergelar ratu cantik, dia sebenarnya seorang yang sangat simple dan merendah diri," katanya ketika ditemui di sidang pengumuman majlis bahagianya, hari ini.

Sebelum itu, pasangan ini selamat bertunang pada 29 Januari lalu, selepas pelakon filem J Revolusi tersebut melamar kekasihnya di Gereja Cathedral of The Good Sheperd di Singapura.

Saturday, February 25, 2017

Jep sah jadi suami Sari Yanti


SETELAH sekian lama berteka teki dalam perhubungan, status dua selebriti tanah air, Jep Sepahtu dan Sari Yanti akhirnya terjawab.

Persoalan mengenai hubungan kedua artis ini terlebur menerusi perkongsian terbaharu daripada akaun Instagram rasmi Sari Yanti yang menunjukkan gambar Jep Sepahtu sedang melafazkan akad nikah.

Foto tersebut juga mengesahkan khabar angin yang pasangan ini merancang untuk mendirikan mahligai bahagia.


"Hidupku. Matiku. Cintaku. Yang aku mahu lihat, dia. Aku mahu dilihat, dia, yang mahu aku dengar, dia. Aku mahu didengar, dia. Yang mahu aku tahu, dia. Dan aku mahu dia tahu.. Dalam banyak banyak hati, dia punya hati yang paling cantik.

"Dalam banyak banyak rasa, pada dia ada rasa yang termahal. Datanglah yang hebat-hebat, dialah yang paling dasyat. Tiada tanding tiada banding. Yang paling teristimewa.. Suami,si pemilik hati, sang cinta. Assalamualaikum  @jepsepahtu.  25 .2. 2017," kata Sari Yanti menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, hari ini.

Difahamkan, cinta kedua mempelai ini disatukan di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi dan diakadkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Datuk Mohamad Nazari.

Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat tanpa kehadiran media.

Sementara itu, tinjauan Sinar Online di Instagram rasmi milik Jep Sepahtu juga memaparkan foto sama dengan kapsyen mengucapkan syukur dan penghargaan di atas doa semua pihak.

"Alhamdulillah, terima kasih di atas doa kalian semua," kata Jep Sepahtu pula.

Perkongsian kedua mempelai ini mendapat reaksi positif daripada seluruh peminat tanah air dan rata-ratanya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah ke atas kedua selebriti tersebut.

Friday, February 17, 2017

STACY SELAMAT BERSALIN ANAK PEREMPUAN


Tahniah diucapkan kepada penyanyi terkenal, Akim Ahmad, isterinya, Stacy telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 5.17 petang tadi.

Berita baik itu dikongsi sendiri oleh pelantun lagu Potret menerusi akaun Instagramnya. Bagaimanapun wajah anak mereka masih belum didedahkan lagi.

“17.02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami.

“Syukur, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih diatas doa anda semua,” tulis Akim sambil menunjukkan kaki bayi yang comel itu.

Monday, February 6, 2017

Neelofa ada hubungan dengan kerabat Selangor??


PELAKON popular Neelofa memilih untuk berdiam diri berhubung dakwaan dia kini dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang kerabat seperti yang tersebar di laman-laman sosial.
Bagaimanapun, pengacara tersebut tidak menafikan dia berkawan dengan kerabat raja Selangor itu. "Iya kami memang berkawan tapi anda semua cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang ini. "Keluarga tidak pernah mengatur persahabatan ini dan mereka tidak pernah bertanya tentang desas-desus yang tersebar," ujarnya. Noor Neelofa Mohd Noor, 28, yang ditemui ketika menghadiri pada majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya yang diadakan bertempat di Black Box, Publika, sebentar tadi. Dalam perkembangan lain pula, selepas cawangan kedua dirasmikan bertempat di dalam pusat membeli belah Publika, Neelofa buat masa ini belum lagi merancang untuk membuka cawangannya di luar negara.

Tuesday, January 31, 2017

Asmidar makin popular di Indonesia


PENYANYI Asmidar mengakui bukan mudah menempatkan diri dalam bidang seni suara meskipun sudah lebih 15 tahun mencuba nasib.

Mungkin ramai tidak tahu, pelantun lagu Biar Sampai Ke Bintang ini pernah menyandang gelaran Naib Juara Bintang RTM (2001) di mana ketika itu dia bertanding bersama Azharina, Misha Omar, Sarah Raisudin dan Farawahida.

Walaupun agak lambat dikenali berbanding rakan-rakan seangkatannya itu, Asmidar atau namanya penuhnya, Norhasmidar Ahmad tidak sesekali putus asa mahupun usaha untuk membuktikan bakatnya sekali gus menyumbang sesuatu dalam bidang seni.

“Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang berada di dalam situasi ini, tetapi ramai juga rakan-rakan artis yang berdepan dengan cabaran seperti ini. Biarpun berbakat dan sudah lama berada dalam bidang seni namun nama masih belum begitu dikenali.

“Saya anggap masih belum rezeki untuk menyerlah sebagaimana orang lain namun itu tidak bererti akan berhenti berusaha untuk menonjolkan bakat sehingga dilihat dan diterima peminat,” katanya yang juga dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu asli dan tradisional.

Siapa sangka penyertaannya di dalam pertandingan nyanyian dangdut D’Academy Asia di Indonesia baru-baru ini membuka lembaran baru dalam kerjaya seninya apabila berjaya mencuri perhatian peminat di negara tersebut.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka mendapat sedikit perhatian daripada peminat di sana walaupun tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir.

“Pada mulanya ingatkan biasa-biasa sahaja, namun minggu demi minggu sokongan yang diberikan semakin kuat sehingga ada yang menubuhkan kelab peminat yang dikenali sebagai Asmidarling,” ujarnya yang berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat Top 12.

Biarpun tidak berjaya ke peringkat akhir, Asmidar mula mendapat pelbagai tawaran mengadakan persembahan di negara tersebut membuatkan penyanyi ini sering berulang-alik Kuala Lumpur-Jakarta.

“Jalan sudah ada, semestinya saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang diperoleh dan cuba dengan sebaik mungkin untuk mengembangkan bakat.

“Ketika menyertai pertandingan tersebut, saya juga sempat bertemu dengan beberapa penerbit dan komposer dari sana yang menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama, sekali gus membantu menembusi pasaran Indonesia.

“Buat masa ini saya sedang menyusun beberapa perancangan sebagai persiapan untuk ke sana, selain bekal sokongan daripada peminat yang mengikuti perkembangan menerusi pertandingan D’Academy Asia, ” katanya lagi.

Ceburi bidang lakonan, pengacaraan

Melengkapkan perancangan itu juga, Asmidar kini dalam proses mencari syarikat pengurusan untuk membantu memudahkan perjalanan kerjaya seninya di sana.

“Selepas tidak lagi bersama Warner Music, saya cuba menguruskan kerjaya seni sendiri dalam usaha belajar selok-belok industri, namun untuk permulaan kerjaya di Indonesia ini, rasanya adalah lebih baik bergerak bersama syarikat pengurusan.

“Buat masa ini segalanya masih di peringkat perbincangan, namun berharap segalanya berjalan lancar dan kami dapat memulakan langkah dalam masa terdekat sementara sokongan peminat masih ada,” ujarnya.

Monday, January 23, 2017

Hanez Suraya fail permohonan cerai


PELAKON Hanez Suraya hari ini memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Menurut portal tempatan, sumber berkongsi maklumat mengatakan pelakon berusia 32 tahun itu hanya diwakili oleh peguamnya di mahkamah pagi tadi.

Berita pergolakan rumah tangga Hanez atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz sudah lama menjadi perhatian umum bagaimanapun ia reda apabila pasangan tersebut sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan bercuti ke luar negara baru-baru ini.

Namun begitu, percutian itu nyata gagal untuk menyelamatkan rumah tangga pelakon tersebut serta masih tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Sementara itu, Hanez juga pernah menyuarakan hasrat untuk kembali aktif berlakon walaupun suaminya, Romie tidak memberi keizinan kepada beliau untuk kembali ke dunia seni.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya berusia 13 bulan.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2