NUFFNANG ADS

Wednesday, May 30, 2012

Album baru buat Nora


Selepas kali terakhir muncul dengan album Samudera pada tahun 2006,Nora - pemenang Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-8 itu mengakui agak sukar untuk mencari material yang sesuai dengan dirinya kini.

“Saya mahu mencari lagu yang lain daripada lain dan menyampaikan mesej-mesej positif dalam kehidupan.

“Sepanjang dalam industri, saya sudah belajar banyak perkara dan melalui pelbagai cabaran, malah setiap dugaan itu ada hikmah di sebaliknya,” ujarnya serba ringkas mengenai perjalanan melahirkan album kesepuluhnya itu.

Berhijrah tidak menghadkan bidang nyanyiannya dan Nora tidak menolak sekiranya diminta untuk mendendangkan rangkaian lagu popularnya dahulu.

“Ke mana saja saya pergi, mesti ada yang meminta saya untuk menyanyikan lagu Di Persimpangan Dilema. Selepas berfikir panjang, saya memilih untuk mengubah suai lagu itu menjadi dua versi dan memberikan makna yang lebih positif berbanding sebelum ini,” kata Nora mengenai lagu Di Persimpangan Dilema yang diubah menjadi Hikmah (Dilema ‘12).

Album Hikmah memuatkan 15 buah lagu yang sebelum ini dirakam dan diedarkan sebagai single. Khas buat peminat, album ini turut menampilkan minus one lagu Dilema ‘03 dan Samudera.

Selain itu, album yang sudah mula berada di pasaran itu mengandungi lagu-lagu seperti Doa, Pedoman, Tulus, Cinta Sebenarnya, Gerhana Kasih, Sesuci Kelopak Mawar, Secebis Harapan, Secukup Rasa, Terima Kasih Ibu dan Dari Mata Sedih.

Tuesday, May 29, 2012

Tomok dikurnia cahaya mata lelaki

BAYI sulung Tomok yang dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.




Isteri kepada penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

"Alhamdulillah, perasaan saya tidak boleh digambarkan dan saya sangat gembira apabila dikurniakan kehadiran orang baharu dalam keluarga.

"Saya menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulung saya dan ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya.

"Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi serta isteri saya pun sihat walafiat," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Monday, May 28, 2012

Usia Cahaya Malaika 3 bulan



Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.

"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin.

Ditanya mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu.

"Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan.

"Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan," tambah Mawi.

Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.

Ujar lelaki yang namanya meledak selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) lebih lima tahun lalu itu, dia bahagia melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya.

"Sekarang kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain," luah Mawi berukir senyuman.

Mawi bagaimanapun tidak menolak sekiranya Cahaya mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya sebagai orang seni, namun perlu disusun dan diatur kehidupannya dengan berhemat.

"Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni.

"Kalau dia mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia suka," kata Mawi yang pernah berjauhan daripada Cahaya dalam tempoh empat hari ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Nurul menghitung hari bahagia


Memilih tanggal 6 Jun 2012, Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 35, dan pasangannya, Eric Daniel Depp, 47, bakal diijabkabulkan di Dutchess, Jalan Ampang.

Mengambil masa selama lima tahun, akhirnya Nurul membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan lelaki Perancis selepas kegagalan perkahwinan pertamanya bersama penyanyi dan komposer, Ajai.

Mengakui segala persiapan telah hampir siap, Nurul beritahu, segalanya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, saya hanya tumpu pada majlis yang akan datang dan terpaksa berehat seketika daripada menghadiri majlis hiburan. Selepas itu, karier seni saya akan berjalan seperti biasa dan Eric tidak pernah halang minat dan kerjaya saya,” katanya yang bakal mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini dan tata rias oleh Deq Sha.

Persalinan Eric pula dapat sentuhan daripada Bon Zainal, manakala kek perkahwinan pula tajaan I Can Bake Music, Sid Haleza.

Saturday, May 26, 2012

Rita Rudaini bergadingan dengan Syamsul Yusof




Jika ramai yang beranggapan nama Rita Rudaini telah hilang daripada carta pelakon pilihan televisyen, itu salah. Dalam ikatan yang retak menanti belah dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd. Razak, Rita kini muncul dengan satu lagi konflik khas untuk tontonan peminat.

Bezanya, kisah itu bukan realiti. Ia sekadar fiksyen yang membuatkan Rita bagai dihargai. Dia dipadankan dengan anak teruna Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof, 25, sebagai suami isteri dalam slot Samarinda musim terbaharu berjudul Ameera. Dalam realiti dan fiksyen, satu persamaan yang ketara ialah Rita sekali lagi bersuamikan lelaki yang jauh lebih muda berbanding usianya yang kini mencecah 36 tahun.

“Dalam Ameera, saya bukan berkahwin dengan lelaki muda, cuma watak Amer lakonan Syamsul sahaja dibawa oleh orang muda. Sebelum ini pun saya pernah berpasangan dengan pelakon muda, Aqasha tapi dia nampak lebih matang daripada usia sebenar.

“Cuma wajah Syamsul agak babyface, sudah tentu saya risau kalau-kalau kami tidak kelihatan serasi bila bersama sebagi suami isteri. Seperkara lagi, saya agak bimbang memandangkan selama ini kami tidak pernah beraksi dalam mana-mana drama,” akui Rita yang membawakan watak Ameera dalam drama berkenaan.

Berusaha mewujudkan keserasian dalam usia perkahwinan selama lima tahun, Rita terpaksa menyuntik kemesraan berbanding Syamsul yang disifatkannya pemuda yang sangat pemalu.

“Syamsul terkejut apabila saya yang mula pegang tangannya sebab aksi itu tidak disebutkan dalam skrip asal. Saya kata kepadanya, lakonan harus nampak natural dan saya tiada niat untuk ambil kesempatan. Saya cuma tidak mahu wujud perasaan kekok dan penonton perasan tentang situasi itu. Saya utamakan kerja dan lakonan yang benar-benar nampak hidup,” ujarnya bimbang lakonan itu disalah erti.

Drama arahan Murali Abdullah yang disiarkan setiap Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam manakala Khamis pukul 9.30 malam itu turut dibarisi pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zarina Zainoordin dan Jasmin Hamid,

Ketika Ameera menemui peminat buat pertama kali di TV3 pada Rabu lalu, Rita Rudaini bersama keluarga dan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna telah berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.

Johan Raja Lawak diboikot?



Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat.

Wartawan cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.

Friday, May 25, 2012

Aku Ada, Kau Ada, filem K-Pop Melayu pertama


KINI  penonton dan peminat masih boleh menikmati keindahan negara Korea, cuma bezanya, pelakonnya adalah selebriti Malaysia dan menggunakan sepenuhnya dialog Melayu. Itulah keistimewaan fi lem Aku Ada, Kau Ada??? arahan Rahila Ali yang dibintangi pelakon hebat seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak dan dibantu pendatang baru, Wana Ali, dan Sufi an Ali.

Menjalani hampir 90 peratus penggambaran di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul, Pulau Jeju, penonton pasti akan terpesona dengan keindahan tempat-tempat yang dipaparkan dalam fi lem ini. Malah, pujian harus diberikan kepada Rahila kerana berjaya menampilkan syot menarik, pencahayaan yang cukup dan juga ‘mood’ yang sesuai dengan jalan cerita. Selain itu, keberanian Rahila untuk menyelitkan babak muzikal  termasuk ‘video klip’ runut bunyi fi lem ini, patut diberi pujian kerana bukan ramai penerbit dan Aku Ada, Kau Ada???

Pengarah berani mengambil risiko untuk menampilkan naskhah yang menyelitkan elemen muzikal. Jika tidak kena dengan cara penyampaiannya ia boleh kelihatan seperti filem Bollywood. Apatah lagi, melibatkan Sam dan Yana sebagai pelakon utama dan lakonan mereka memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, Kamal juga sudah mula menunjukkan peningkatan lakonan dengan watak budak ‘poyo’ yang dijayakannya.

Gandingan Sam (Nordin) dan Kamal (Aziz) juga begitu baik, dek kerana perasaan dengki terhadap Nordin, Aziz sanggup buat apa sahaja bagi memalukan Nordin, namun akhirnya setiap perbuatan itu berbalik kepadanya.

Namun, dari segi skrip dan jalan ceritanya, masih banyak kekurangan sepatutnya boleh diperbaiki. Pendapat penulis, terlalu banyak babak pergaduhan antara Nordin dan Tina (Yana) dan ia kelihatan seperti berulang-ulang. Justeru itu, ia menjadi bosan dan bukan lagi rasa lucu. Namun, mengenangkan ia adalah fi lem pertama Rahila, maka wajar di beri peluang kepada pengarah muda ini memperbaiki kesilapan pada masa akan datang.

Thursday, May 24, 2012

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani

YUSRY dan Lisa akan memasuki rumah baharu pada Julai depan.



Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sharifah Aini dimasukkan ke hospital Damansara



Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Damansara, ekoran jangkitan kuman pada paru-parunya.

Rakan baiknya, Shamim Faiz berkata, selain jangkitan kuman, kesibukan Sharifah Aini memenuhi persembahan dan beberapa program hiburan menyebabkan beliau tidak mendapat rehat yang secukupnya.

“Saya tidak pasti berapa hari beliau akan di tahan di hospital, mungkin sehingga dia benar-benar pulih dan doktor kini memberi ubat antibiotik kepadanya.

“Saya tidak bersama dengan dia ketika dia dimasukkan ke hospital dan saya hanya tahu perkara ini selepas dimaklumkan oleh beliau,” katanya.

Sebelum itu, berita mengenai kesihatan penyanyi Bunga Tanjung ini tersebar menerusi laman sosial Facebooknya.

Wednesday, May 23, 2012

Selagi terdaya, saya akan terus dalam dunia hiburan



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sedetik Lebih mendapat sambutan yang menggalakkan ketika membuat persembahan ‘Mother’s Day Gala Night Dinner with Anuar Zain’ sempena Hari Ibu di One World Hotel, Petaling Jaya.

“Sejak awal ditawarkan oleh pihak penganjur untuk membuat persembahan ini, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menerimanya kerana bagi saya, ini adalah peluang terbaik menghiburkan peminat saya di kalangan ibu-ibu.

“Saya gembira dan agak beremosi ketika menghiburkan mereka kerana saya adalah seorang anak yang sangat mesra dengan ibu dan mengakui dialah perkara yang terpenting buat hidup saya,” katanya.

Jelas Anuar, sambutan malam persembahan yang begitu meriah dengan kehadiran golongan ibu, yang datang memenuhi ruang yang disediakan, sememangnya memberi kepuasan tidak ternilai buat dirinya yang begitu teruja dengan keceriaan majlis tersebut.

“Ini adalah pengalaman yang berharga buat diri saya sepanjang bergelar penyanyi. Ia juga peluang baik untuk saya berinteraksi lebih dekat bersama peminat yang selama ini tidak pernah putus memberi sokongan terhadap karier ini.

“Selagi terdaya, saya akan teruskannya sebaik mungkin kerana tidak akan menghampakan peminat yang mahu melihat saya terus beraksi dalam dunia hiburan ini,” katanya.

Tuesday, May 22, 2012

Aaron tunai umrah lagi


Aktor Aaron Aziz kini menunaikan umrah buat kali kedua bersama isterinya, Diyana Halik pada 18 Mei lalu.

Menurut Aaron yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yourgurt di Kuala Lumpur sehari sebelum berangkat ke Mekah, pemergiannya selama 12 hari ke sana juga disebabkan penggambaran drama Adam & Hawa di sana.

"Saya dan kru penggambaran akan menunaikan umrah terlebih dahulu, selepas itu kami akan memulakan penggambaran di luar kota Mekah," ujarnya.

Jika umrah yang dilakukan tahun lalu Aaron berdoa supaya segala urusan pertukaran status penduduk tetap di Malaysia dipermudahkan, umrah kali ini pula, katanya, dia ingin berdoa dan mengucapkan tanda syukur atas kejayaan yang dinikmatinya hari ini.

"Sebenarnya selepas umrah yang pertama, saya dan isteri merancang untuk menunaikan umrah setiap tahun. Namun, jadual saya tahun ini sangat sibuk, Alhamdulillah tidak sangka akan menunaikan umrah sekali lagi walaupun terikat dengan kerja.

"Tujuan saya menunaikan umrah kerana saya ingin berterima kasih dengan Allah atas rezeki, kerjaya dan keluarga yang membuatkan saya bahagia," katanya yang akan membintangi filem Cicakman 3.

Selepas selesai dengan penggambaran drama Adam & Hawa sebanyak 80 episod pada pertengahan bulan Jun depan, Aaron akan sibuk di set penggambaran drama aksi berjudul Dampak.

Monday, May 21, 2012

Adi Putra tak jadi cerai

ADI PUTRA dan Zuhaidah semasa melancong di luar negara sebelum ini.






Pelakon Adi Putra dan isteri mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas sepuluh hari kes itu difailkan pada 11 Mei lalu.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, yang datang bersama-sama ke mahkamah menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan itu hadir ke mahkamah seawal pukul 7.30 pagi untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi pada pukul 8.30 pagi.

Sunday, May 20, 2012

Nurul Elfira Loy jadi heroin


JIKA dulu dia hanya menerima tawaran melakonkan watak kanak-kanak biarpun usianya sudah meningkat remaja, Nurul Elfira Loy, 18, kini boleh menarik nafas lega dan berasa bangga. Ini kerana dia sudah mula diberi kepercayaan untuk membawa watak heroin pula.

Ketika ini, pelakon cantik yang selesa disapa Elfira itu sedang berada nun jauh di Paris selama 11 hari bersama pelakon dari seberang, Randy Pangalila bagi menjayakan telefilem arahan Micheal Ang yang berjudul Dalam Hati Ada Taman.

Bertemu dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pada sidang akhbar memperkenalkan duta baharu Maybelline di Souled Out, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Elfira nyata begitu teruja memberitahu akan melangkah ke kota romantis tersebut buat pertama kalinya.

Ditanya mengenai perasaannya sekali lagi berlakon bersama Randy selepas pertama kali digandingkan dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ujar Elfira, ketika menjayakan telefilem itu, dia dan Randy terlalu bergantung kepada skrip semata-mata.

Bagaimanapun untuk telefilem Dalam Hati Ada Taman, mereka tidak lagi bergantung kepada skrip sebaliknya menggunakan keserasian antara dia dan Randy untuk membina skrip sendiri.

"Saya akan menjayakan telefilem sebanyak 13 episod untuk Astro Ria arahan Micheal Ang. Cerita ini berlatarbelakangkan kota Paris.

"Saya dan Randy tiada sebarang masalah untuk membina keserasian antara kami. Ini kerana sejak berlakon bersama dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain," ungkapnya yang melakonkan watak anak kepada karakter lakonan Amy Mastura dalam telefilem tersebut.

Tidak hanya tertumpu kepada telefilem semata-mata, ungkap Elfira, selepas ini dua buah filem lakonannya akan menyusul yang mana dia akan bekerjasama dengan Micheal lagi.

Mengakui selesa bersama Micheal, luah Elfira, dia sering meraih tawaran daripada pengarah itu yang sering memberikan peluang kepadanya untuk mencuba watak-watak baharu.

"Micheal suka terokai karakter saya. Dia tidak seperti pengarah lain yang sering memberi watak yang sama kepada saya," jelasnya.

Tidak pernah meletakkan had pada karakter yang akan dibawanya dan mahu mencuba semua watak yang ada, Elfira tidak terlepas ditanya tentang masa depannya dalam bidang lain sebaik tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Tanpa mendedahkan keputusan peperiksaan yang diperoleh, ujar Elfira, jika keputusannya tidak elok, bagaimana pula dia boleh ditawarkan biasiswa sebagai pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor.

Adi Putra bercerai kerana Nora Danish?


Pelakon popular Nora Danish menyangkal khabar angin yang tersebar di internet mendakwa dia punca pergolakan rumah tangga aktor Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.

Tegas Nora, dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan antara dia dan Adi memang tiada hubungan istimewa.

"Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi.

"Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya," jelas Nora ketika semalam.

Media sebelum ini melaporkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aida di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu iaitu dua hari selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.

Adi dan Nora sama-sama menunaikan umrah kerana kedua-duanya merupakan duta kepada sebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah.

Nora turut menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan Adi itu kerana aktor kacak tersebut dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah rumah tangga semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

Saturday, May 19, 2012

Anas, Tisha mara ke separuh akhir



SETELAH empat minggu bersaing di pentas Mentor 6, rezeki ternyata tidak memihak kepada Ana Syuhada yang merupakan protege Ramlah Ram apabila gagal layak ke peringkat separuh akhir.

Dalam saingan yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu, Ana gagal mengatasi dua lagi peserta iaitu Anas dan Tisha apabila sekadar mendapat 201 markah, sekali gus markah terendah untuk saingan Kumpulan A.

Ana yang ditemui sebaik sahaja konsert berakhir tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila tersingkir.

"Dengan berat hati saya terima penyingkiran ini dan menganggap ia merupakan satu keputusan yang adil. Namun, ia tidak bermakna saya akan melupakan terus impian untuk bergelar seorang penyanyi.

"Sepanjang menyertai program ini, sudah banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat terutama sekali daripada mentor saya iaitu Ramlah Ram. Begitu juga dengan komen yang diberikan oleh kedua-dua juri turut membantu saya untuk membuat persembahan yang lebih baik setiap minggu," ujarnya.

Pada konsert terakhir Kumpulan A, Tisha yang juga protege kepada Ferhad mendapat markah tertinggi sebanyak 70 markah, diikuti protege Faizal Tahir iaitu Anas dengan 49 markah, manakala Ana pula sekadar meraih 47 markah.

Ana yang mempersembahkan dua buah lagu berjudul Ingkar (Bunga Citra Lestari) dan Tentang Rasa (Astrid) ternyata gagal menarik perhatian Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini selaku juri tetap.

Tidak dapat menahan sebak sewaktu sidang akhbar berlangsung, Ana menafikan dia tidak dapat memberikan persembahan yang mantap disebabkan mengenangkan keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik.

"Dengan keadaan ibu yang kurang sihat telah menyebabkan semangat saya semakin membara kerana tidak mahu mengecewakannya. Namun, keputusan telah diumumkan dan perasaan saya memang sedih kerana penyertaan saya sehingga peringkat awal sahaja," ujarnya.

Mengenai penyingkiran Ana pada malam tersebut, Ramlah Ram menyatakan, dia berpuas hati dengan keputusan tersebut dan berharap protegenya mampu merealisasikan impian untuk bergelar seorang penyanyi.

Selaku mentor kepada Ana selama empat minggu, penyanyi berkenaan berkata dia bersedia membantu sekiranya Ana masih mahu mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar untuk pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian.

Friday, May 18, 2012

Nora Hamil Anak Keempat


Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema, Nora disahkan mengandung anak keempat disaat usianya menjangkau 39 tahun.

Bercerita tentang kehamilannya, Nora juga tidak terkecuali mengalami alahan dan mengidam makanan yang pelik.

"Setakat ini semua berjalan lancar cuma saya cepat penat mungkin kerana faktor usia. Perkara paling pelik saya minta daripada suami pun adalah sup lidah," katanya.

Nora telah pun mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Mohd Syakir Iman, 19, Mohd Syakir Alif, 13, dan Putri Nor Dahlia, 8, hasil perkongsian hidupnya bersama Johan Nawawi.

Adi Putra fail perceraian dua hari selepas pulang umrah

 Perkahwinan Adi (kiri) dan Aida sejak 2006 kini sudah di penghujung.


Selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon popular, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof pada 10 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Lebih mengejutkan, pelakon tersebut memfailkan perceraian ke atas isterinya yang dinikahi pada 14 April 2006 itu selepas dua hari pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 8 Mei lepas.

Adi bagaimanapun menafikan kehadiran orang ketiga dan ketiadaan cahaya mata sebagai punca dia memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya.

Sehingga kini pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata kerana Aida mengalami keguguran sebanyak empat kali.

"Soal saya dapat petunjuk (mengenai kes perceraian) ketika mengerjakan umrah adalah antara saya dengan Allah.

"Apa yang boleh saya katakan, permohonan cerai ini kerana masalah dalaman saya dan isteri.

"Saya telah berfikir panjang sebelum menghantar permohonan cerai, malah isteri saya juga tahu mengenai perkara ini," ujar Adi semalam.

Wednesday, May 16, 2012

Aidil Zafuan batal ceraikan Rita

RITA RUDAINI, AIDIL ZAFUAN




“Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.

Fasha Sandha bunting pelamin



Hampir tiga minggu bergelar isteri, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 28, mengesahkan dia kini telah hamil.

Fasha yang bernikah dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur dalam Twitternya hari ini memberitahu bahawa dia bunting pelamin.

"Rezeki daripada Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, alhamdulillah," katanya yang mendapat ucapan tahniah tidak putus-putus daripada peminatnya.

Fasha ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu, dia kini hamil lebih kurang seminggu.

Pasangan yang baru balik daripada berbulan madu di Pulau Redang itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga.

"Soal anak, bila-bila masa sahaja. Kami tidak merancang. Kalau rezeki cepat, kami terima dengan hati terbuka," kata pelakon drama Seindah Sakura itu ketika ditanya tentang anak sebaik sahaja selesai majlis pernikahannya bulan lalu.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu, yang dia sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapatkan cahayamata.

"Alhamdulillah, selain berikhtiar, doa saya dimakbulkan Allah kerana Dia maha mendengar," katanya.

Tuesday, May 15, 2012

Tuntut RM200ribu: Saiful Apek Akui Tersilap




Tidak sampai seminggu selepas melancarkan ‘perang’ terhadap David Teo, pelakon komedi Saiful Apek semalam mengaku ‘malu sendiri’ dengan kenyataannya itu kerana kes tuntutan RM200,000 yang difailkannya terhadap produser itu sebenarnya sudah selesai tahun lalu.

“Saya akui kesilapan kerana buta undang-undang dan hanya tahu baca skrip saja. Saya reda dengan keputusan itu dan tak berhasrat buat rayuan kerana kes ini sudah lama iaitu lebih tujuh tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Media pada 11 Mei lalu melaporkan Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, mendakwa David gagal menjelaskan baki bayaran RM200,000 hasil lakonannya dalam filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali.

Saiful sebelum ini mendakwa tidak menerima bayaran RM200,000 itu sejak 2005 dan mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengecam David menerusi laman sosial twitter dan facebook.

Saiful memfailkan tuntutan ke atas David di mahkamah pada pada Ogos 2007, namun terkedu apabila David tampil menerusi program Melodi di TV3 Ahad lalu dan menjelaskan tuntutan berkenaan sudah ditolak mahkamah pada September tahun lalu.

Kekasih Syahrini bernama Raja Mohammad Sazni dari Malaysia

Syahrini menjamu selera dengan Bubu @Raja Sazni


Syahrini merasa tak pernah menyewa Bubu agar mau berpura-pura menjadi kekasihnya.

Tampil bersama Bubu di sebuah hotel di Bogor, Syahrini mengaku tak punya uang untuk membayar pria asal Malaysia bernama asli Raja Mohammad Sazni itu.

"Aku tak mampu menyewa kamu. Aku tak cukup uang," ujar Syahrini kepada Bubu yang duduk di sampingnya.Syahrini berharap kehadiran dan penjelasan Bubu sudah cukup untuk mengakhiri berita simpang siur yang terjadi belakangan ini.

Bubu sendiri mengaku sudah mendengar kabar kurang sedap yang menimpa Syahrni. "Saya dengar berita yang kurang enak soal Syahrini. Ada cerita yang tidak bagus," ucapnya.

Bubu datang ke Indonesia menemui Syahrini dengan membawa kakak perempuannya.

Isu ghairah: Nora Danish tutup mulut!

Nora Danish


Kecoh seketika dunia hiburan tanah air apabila aktres kecil molek, Nora Danish, sanggup beraksi ghairah untuk majalah Glam edisi Mei/Jun 2012.

Penampilan heroin drama Tentang Dhiya ini dikatakan terlalu berani sehingga mengejutkan peminatnya. Malah, gara-gara gambar seksinya itu, bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram ini dikritik teruk.

Namun sehingga kini Nora belum tampil memberikan penjelasan, sementelah lagi dia berada di Tanah Suci sepanjang isu ini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, selepas pulang ke tanah air, Sabtu lalu, Nora masih juga belum bersedia.

Ketika dihubungi, pembantu peribadinya, Elly memaklumkan Nora tidak boleh memberikan sebarang jawapan berhubung isu ini.

“Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” jelas Elly.

Bagaimanapun, pihak pengurusan MIG gagal dihubungi.

Sunday, May 13, 2012

Adegan ranjang Rusdi, Nora

Rusdi dan Nora mengakui melakonkan babak ranjang kerana mengikut kehendak skrip filem Mencari Cinta. 




FILEM berjudul Mencari Cinta yang diarahkan oleh Shirin Khuzaimi buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish.

Namun begitu, pihak media yang berkesempatan menonton sebahagian sedutan filem berkenaan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Ipoh, Perak, mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi ketika ditemui berkata dia sendiri tidak menyangka perlu melakonkan adegan yang pastinya mampu mencipta sensasi apabila ditayangkan nanti.

“Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, tetapi bukan mudah untuk saya melakonkan adegan romantik dan ranjang. Apatah lagi melakukannya dengan pelakon cantik seperti Nora Danish dan saya pula sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, saya anggap setiap babak yang kami lakonkan itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Lagipun, sebelum memulakan sesuatu babak itu saya dan Nora banyak membuat perbincangan,” ujar suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) setelah ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. itu sudah tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada bulan Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta.

Saturday, May 12, 2012

Foto Mirip Nora Danish Beredaran ...


HAMPIR dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, akhirnya aktres jelita, Nora Danish selamat tiba di tanah air, 10 Mei lalu.

Rasanya ramai yang mencari Nora kerana sepanjang pemergiannya di Tanah Suci, gambar pelakon drama Tentang Dhiya ini beraksi seksi di sebuah majalah menjadi perbualan hangat.

Penampilan Nora mengejutkan peminatnya kerana biarpun sering tampil dengan imej seksi, namun Nora kelihatan lebih ‘berani’ dalam majalah itu.

Wartawan cuba menghubungi Nora bagi mendapatkan kenyataannya berkenaan perkara itu tetapi gagal. Mungkin Nora masih mahu berehat selepas pulang ke tanah air.

Apa pun, sama-samalah kita tunggu Nora memberikan kenyataannya dalam masa terdekat.

Kesibukan karier, bukan alasan Rozita abaikan anak

Rozita Che Wan bersama anaknya Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14.




Nama Rozita Che Wan antara selebriti tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Bukan sahaja terkenal dengan kejelitaan, tetapi peranan ibu kepada dua anak remaja tidak pernah sesekali diabaikan.

Wanita berstatus ibu tunggal ini juga turut dikenali kerana lakonan mantapnya dalam beberapa drama hebat seperti Kiah Perkasam, Sesuci Cinta Sofia, Anissa, Iparku Diva dan Goyang Syafiq.

Malah, biarpun ramai pelakon pelapis membanjiri industri, Rozita masih mempunyai tempat dan populariti tersendiri. Nyata, ibu kepada Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Semakin sibuk dengan kerjaya, aktres yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini mengakui bersyukur kerana masih diterima dalam dunia seni tanah air.

Jelas wanita yang usianya telah pun menginjak ke angka 41 tahun ini, rezeki yang diterima tidak pernah putus sejak bergelar pelakon.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan kehidupan kini, saya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak. Yang penting makan dan minum mereka sentiasa ada.

“Sekarang pun, baru sahaja habis satu penggambaran, sudah ada tawaran lain yang menanti. Bagaimanapun, selain berlakon saya juga tidak lupa memberikan tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan. Harapan saya, keduanya mampu berjalan dengan seimbang,” ujarnya.

Berbicara mengenai karier dan anak, Rozita menegaskan, komitmen yang diberikan kepada karier bukanlah alasan dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Jelas aktres popular ini, anak tetap menjadi keutamaan dalam kehidupannya.

“Saya telah berkecimpung dalam bidang seni agak lama, malah sejak kecil anak telah biasa dengan kerjaya saya. Jadi, faktor tanggungjawab tidak pernah timbul.

“Sepanjang membesarkan mereka saya sentiasa memberikan yang terbaik, saya mahu mereka tahu saya sentiasa menyayangi mereka.

“Doa saya, hubungan dengan anak-anak kekal mesra, lagi pun setakat ini saya tidak pernah ada masalah dengan mereka,” katanya.

Diusik dengan pertanyaan adakah dia masih mempunyai waktu untuk bersama anak, jelas Rozita kesibukan bekerja tidak pernah membatas waktu untuk bersama anaknya.

“Memang saya sibuk dengan pelbagai penggambaran drama dan acara-acara lain. Bagaimanapun, saya masih berkesempatan berjumpa mereka.

“Selalunya, habis sahaja penggambaran saya akan terus pulang ke rumah. Jadi dapatlah saya meluangkan masa dengan mereka.

“Bila ada masa terluang atau cuti panjang, saya akan membawa makan malam selain bermain boling,” katanya.

Jelasnya juga, dia turut mengamalkan menyuap makanan kepada anak-anak untuk mengeratkan hubungan mereka.

“Anak saya memang macam tu, walaupun sudah berusia belasan tahun tetapi mereka tetap mahu disuapkan. Kalau tak suap nanti merajuk pula,” katanya mesra.

Friday, May 11, 2012

Saiful Apek lancar ‘perang’ terhadap David Teo

Saiful tuntut RM200,000



Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.

Thursday, May 10, 2012

Maya Karin Sudah Ada Buah Hati ?


Maya Karin Roelcke nampaknya semakin sibuk tahun ini selepas memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011.

Cukup laris sebagai pelakon dan pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki popular, namun sehingga kini hati wanita berusia 31 tahun itu masih kosong sejak bercerai dengan bekas suaminya, Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.

Akui Maya yang semakin jelita ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular di Holiday Villa, Subang baru-baru ini, dia ingin kembali bercinta.

" Hati saya sudah terbuka untuk kembali bercinta sejak Disember tahun lalu, tetapi setakat ini hati saya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.

"Tetapi saya mengaku yang saya pernah keluar dengan beberapa lelaki. Kami pergi makan malam bersama tetapi hubungan itu tidak pergi lebih jauh.

Menurutnya, untuk mencari lelaki yang benar-benar sesuai. Sebenarnya mungkin kerana kesibukan kerjaya membataskan saya untuk mengenali dengan lebih dekat hati lelaki yang saya minati. Bayangkan kami pergi makan malam, kemudian saya sibuk dengan kerja, dua bulan selepas itu baru saya teringat untuk hubunginya semula. Jadi, agak sukar untuk lelaki menerima jadual kerja saya.

Wednesday, May 9, 2012

Zahid mengaku sudah tak popular




ZAHID berharap tahun 2012 memberi dia sinar yang lebih baik selepas kerjayanya agak suram sejak empat tahun lalu.


SELAMA empat tahun penyanyi bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF), Ahmad Zahid Baharuddin atau Zahid AF, 32, menyepikan diri dalam bidang seni. Cuma, baru-baru ini sahaja dia muncul sebagai penyampai radio Era menggantikan Reza dan program lawak di Astro Warna iaitu Super Spontan.

Begitupun, kehadirannya dalam kedua-dua platform tersebut tidak begitu menyerlah. Lebih-lebih lagi Super Spontan apabila dia menjadi mangsa pertama tersingkir dalam program lawak spontan tersebut.

Bertemu dengan juara Akademi Fantasia musim kedua itu ketika Minggu Setiausaha Zahid bersama pelakon Ady Putra yang berlangsung di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zahid mengakui ‘sejuk’ dalam kerjaya seninya sekarang. Dia juga mengaku sudah tidak popular selain memberitahu dia sedar dulu dirinya mentah sehingga keliru terhadap jalur muzik sendiri. Ikuti perbualan Kosmo! bersama Zahid.

Tuesday, May 8, 2012

Beego tidak mengaku bersalah berkhalwat

 Pelakon dan penyanyi, Beego





Pelakon dan penyanyi, Beego mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam, terhadap tuduhan berkhalwat di sebuah rumah, Febuari tahun lalu.

Selain Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, dua lagi rakan lelakinya, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menjelaskan mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Pada prosiding itu, dua rakan wanita mereka, Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Mahkamah mengarahkan Azlina dan Hadijah didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara.

Kedua-dua wanita tersebut kemudian membayar denda berkenaan.

Berdasarkan  fakta kes, kesemua mereka ditahan sekumpulan Pegawai Penguat kuasa Agama Islam Selangor di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini, jam 6 pagi pada 23 Februari 2011.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

Beego yang pernah menganggotai kumpulan Phyne Ballerz mendirikan rumah tangga dengan Intan Shahira Mohd Shahrul Bahari pada 28 Disember 2007.

Perkahwinan mereka berakhir 16 Mac 2009 selepas Beego sah melafazkan cerai talak satu terhadap Intan Shahira.

Monday, May 7, 2012

Jimmy Shanley dakwa isteri akui mengandung anak luar nikah

 Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam. 




Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.

Pelakon itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.

Bagaimanapun, Jimmy memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.

Terdahulu, Jimmy memberitahu mahkamah pada 24 Januari tahun lalu, dia pergi ke rumah ibu mentuanya selepas dipelawa wanita itu.

Sunday, May 6, 2012

Mawi - Ekin muncul di khalayak


Selepas melahirkan anak sulungnya, 28 Februari lalu, isteri kepada Mawi, Ekin Rahmat sudah mula muncul di khalayak.

Penampilan Ekin dan suaminya mencuri perhatian ramai ketika majlis persandingan Watie dan Azza Elite, di Bandar Baru Bangi, Selasa lalu.

Sudah semakin langsing, Ekin kini sedang menikmati saat bahagia sebagai ibu kepada Cahaya Malaika, 2 bulan, setelah dua kali keguguran.

Untungnya Ekin kerana biarpun ini pengalaman pertamanya, Mawi sentiasa membantu Ekin menguruskan anak mereka.

Saturday, May 5, 2012

Harun merajuk tidak mempertahankan jawatan presiden kerana Zed Zaidi ?




Sejak awal April lalu, Zed Zaidi memanaskan industri hiburan tempatan. Semuanya gara-gara kelantangannya mempersoalkan kemenangan bintang dari Singapura, Aaron Aziz yang diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2011. Akibat kenyataannya, Zed dikecam banyak pihak.

Tidak berganjak dengan apa yang telah dimulakan, Zed meneruskan agenda itu secara berpersatuan. Apatah lagi kuasa Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang dipegangnya digunakan sebaik mungkin untuk menjadi hero buat penggiat seni sehingga ada pihak yang mendakwa dia mendahului Presidennya, Harun Salim Bachik.

Belum selesai dengan isu mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz, kini timbul pula spekulasi tentang hubungan profesionalnya dengan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik itu.

Minggu lalu, Harun membuat pengumuman tidak lagi mahu bertanding dalam merebut jawatan presiden Seniman yang diadakan pada 26 Mei ini.

Ada pihak menyatakan bahawa tindakan Harun itu berikutan sikap Zed yang sering mendahuluinya dalam membuat keputusan.

Bagaimanapun, dalam konteks Zed, dia mendakwa terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan kerana terlalu sibuk dengan aktiviti Seniman. Karismanya kini dilihat lebih menyerlah dalam berpersatuan berbanding dunia lakonan.

Bukan sahaja sibuk menyusun jadual untuk menganjurkan majlis minum petang warga Seniman bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tetapi Zed kini memberikan perhatian kepada tuntutan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) untuk mendesak stesen televisyen menaikkan bayaran.

Friday, May 4, 2012

Awaluddin-Norazean berbulan madu di New York






Episod percintaan yang terjalin lebih dua tahun antara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 28, disempurnakan dengan ikatan perkahwinan apabila pasangan pelakon serta pengacara popular itu selamat diijabkabulkan, jam 9.15 malam tadi.

Upacara akad nikah dilakukan bapa mempelai perempuan, Syed Mahadzir Syed Kecik Al-Yahya sambil disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Salman Idrus di Pullman Lakeside, di sini .

Hanya dengan sekali lafaz berserta mas kahwin RM2,050, Ahmad Awaluddin yang popular dengan panggilan Awal dan Sharifah Norazean atau Scha yang kelihatan berseri-seri dengan persalinan rekaan Syaiful Baharim, sah bergelar suami isteri.

“Syukur Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Ini tanggungjawab baru buat kami berdua dan doakan semoga kami menjalani bahtera rumah tangga dengan baik serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Scha kini sah menjadi isteri saya dan tentunya sebagai suami, saya mahu menjaganya sebaik termampu. Saya tidak menghalang Scha aktif dalam bidang seni asalkan dia tahu batas seorang isteri,” kata Awal yang menangis kegembiraan, begitu juga isterinya.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan, namun pasangan itu sepakat merahsiakan wang hantaran yang diserahkan pihak lelaki.

“Wang hantaran terlalu peribadi untuk kami ceritakan. Apa yang penting, perkahwinan ini didorong atas dasar kasih sayang dan keikhlasan yang wujud sepanjang kami menjalin hubungan,” kata Scha sambil memberitahu dia dan suami berbulan madu di New York, Amerika Syarikat.

Mengimbas perkenalan pasangan pengantin baru itu, mereka berkenalan ketika sama-sama terbabit program ‘Sehati Berdansa’ dan selepas setahun digosipkan, mereka yang terkenal dengan gelaran ‘Schawal’ mendedahkan mereka bercinta.

Hadir sama pada majlis pernikahan itu, bapa Awal, Ashaari Ahmad dan Aishah Mohd Amin serta ibu bapa Scha, Syed Mahadzir dan Junainah Hashim, anggota keluarga serta rakan artis antaranya Tam Suhaimi, Dynaz, Farish dan Sazzy Falak selain wakil media.

Selesai akad, pasangan pengantin menyempurnakan majlis berinai. Mereka mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkolaborasi dengan Atiqah’s Songket.

Awal-Scha sah digelar suami isteri

Pasangan Scha dan Awal selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya, malam ini.




Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan  Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mas kahwin adalah RM2,050.

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.

Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman meninggal dunia



Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Detik bersejarah Watie, Joey

Watie (Elite) dan Joey (Exist), akhirnya mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka kepada umum.




Kontroversi gara-gara merahsiakan perkahwinan mereka, Watie (Elite) dan Joey (Exist), akhirnya mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka kepada umum.

Ketika ditemui di majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir, 1 Mei lalu, pemilik nama Norwati Sadali ini menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk berselindung mengenai perkara itu.

Menurutnya, dia dan Joey mempunyai sebab mengapa mereka enggan mendedahkan berita pernikahan mereka ketika itu.

“Sebenarnya, memang kami ingin berkongsi bersama semua pihak mengenai berita gembira ini. Namun, ada sesuatu yang membuatkan kami merahsiakannya,” katanya turut diakui Joey.

Telah mendirikan rumah tangga selama lima bulan, Watie dan Joey sebenarnya selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwalikan adiknya, Mohd Nor Azni Sadali.

Bercerita mengenai detik bersejarah itu, Watie berkata, dia tidak pernah menyangka akan menjadi isteri kepada Joey dalam masa terdekat.

“Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai majlis pernikahan yang dilangsungkan. Ketika itu, memang Joey ada mengatakan hendak menghantar keluarga dia bertemu dengan keluarga saya, tetapi saya ingatkan hanya majlis merisik sahaja.

“Sebaliknya, ketika tiba di rumah, kakak menyuruh saya supaya bersolek dan mengenakan pakaian yang cantik. Apa yang paling mendebarkan, di saat itulah saya tahu bahawa rombongan lelaki yang datang sebenarnya untuk tujuan pernikahan,” ujarnya sambil tersenyum manis.

Sementara Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berkata, dia sengaja merahsiakan perkara itu kepada Watie kerana ingin membuat kejutan kepadanya.

“Hampir dua bulan saya menyorokkan perkara ini daripada dia, bahkan segala urusan untuk bernikah, saya yang uruskan. Tetapi, keluarganya telah mengetahui mengenai rancangan saya ini. Cuma dia sahaja yang tidak tahu.

“Bagaimanapun, saya lega kerana semuanya berjalan dengan lancar dan kini, kami bahagia menjadi pasangan suami isteri,” katanya.

Kontroversi mengenai hubungan pasangan ini bermula apabila dikatakan menjalin hubungan sewaktu terlibat dalam sesi penggambaran drama bersiri, Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exist mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5 tahun hasil perkahwinannya yang lalu bersama bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir.

Manakala Watie pula mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Afif Danial, 5 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.

Hadir sama memeriahkan majlis itu kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Kamaruzzaman. Sebagai kejutan, Tengku Kamaruzzaman telah menaja percutian ke Pulau Tioman kepada pasangan pengantin ini sebagai hadiah berbulan madu.

Sementara itu, rakan artis yang meraikan perkahwinan mereka termasuklah Mawi dan Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin.

Menariknya, majlis resepsi Watie dan Joey turut dikongsi bersama Azza Elite dan suaminya, Azlan Zulaily.

Watie yang anggun mengenakan busana pengantin daripada rona emas memberitahu berasa teruja dapat bersanding dengan rakan baiknya itu.

“Alhamdulillah, syukur sangat bila ada yang menaja majlis perkahwinan ini lebih-lebih lagi ia dikongsi bersama kawan baik sendiri.

“Bagaimanapun, saya memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua rakan-rakan di majlis ini,” katanya yang bakal menyertai karnival perkahwinan pasar raya di Mydin Subang Jaya, pada 7 Julai ini.

Tuesday, May 1, 2012

Zizan dijangka keluar wad hari ini





PELAKON dan pelawak terkenal, Mohd Razizan Abdul Razak atau dikenali sebagai Zizan Razak dilaporkan semakin sembuh setelah dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Ahad lalu akibat masalah keradangan otot.

Menurut Pengurusnya, Marina Juki, kejadian berlaku sewaktu Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menjayakan siaran live Melodi Jom Heboh.

“Kami tiba di unit kecemasan hospital tepat jam 1.30 pagi. Doktor membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil ujian darah  tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘acute myositis’ atau keradangan otot.

“Sepanjang proses rawatan, Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk mengembalikan tenaganya.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang dia telah stabil dan insya-ALLAH, akan dibenarkan keluar wad hari ini, cuma batuknya masih belum berkurangan,” katanya ketika dihubungi.
Jelas Marina, doktor menasihatkan Zizan supaya berehat sekurang-kurangnya dua minggu bagi memastikan dia pulih sepenuhnya.

“Sebarang aktiviti seninya terpaksa diberhentikan buat seketika. Dia juga perlu menangguhkan penggambaran filem Tokan buat masa sekarang.

“Menerusi filem itu, Zizan sebagai pelakon utama, tetapi hanya beberapa babak ringan sahaja yang tinggal memandangkan babak penting telah disiapkan sebelum ini.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri. Saya rasa dalam minggu hadapan dia sudah boleh memulakan kerjanya seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Marina berkata, Zizan turut berterima kasih kepada peminat dan sahabat yang mendoakan kesejahteraannya di Twitter dan Facebook.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2