NUFFNANG ADS

Monday, January 31, 2011

The Kerinting Three hangatkan Suria FM

GANDINGAN Zizi, (kiri) Halim, dan Shiera kini dikenali sebagai The Kerinting Three.



SEGMEN pagi Suria FM iaitu Breakfast@Suria yang sebelum ini menggandingkan Halim Othman dan Zizi kini diceriakan lagi dengan seorang lagi penyampai iaitu Sharifah Shahira (Shiera).

Idea menggandingkan tiga penyampai radio pada segmen pagi dianggap suatu trend masa kini dan bukannya meniru stesen-stesen lain.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusry Abu Samah berkata pemilihan aktres wanita popular itu untuk mengemudi segmen Breakfast@Suria pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 hingga 10 pagi bermula semalam diharapkan dapat menjadikan stesen radio itu lebih versatil.

“Kami memilih Shiera berdasarkan undian yang dilakukan kepada pendengar. Selain itu kami menetapkan untuk memilih penyampai baru dari latar belakang selebriti setelah meneliti kajian dari semua rangkaian stesen radio yang kebanyakannya memilih golongan selebriti sebagai penyampai.

“Kami juga merasakan idea ini mampu memberikan suasana ceria kepada pendengar dan membantu mengekalkan kesetiaan mereka untuk mendengar segmen seterusnya,” katanya pada sidang akhbar pengumuman Shiera sebagai anggota baru Suria FM di Studio V, One Utama sekali gus membubarkan segmen pagi yang dikemudi dua jejaka yang menggelarkan diri mereka The Kerinting Bro sebelum ini.

Tambahnya, stesen radio dengan tagline, Muzik Terbaik 90-an Dan Terbaru itu menggandingkan tiga penyampai itu untuk seimbangkan dari segi jantina penyampai segmen itu yang sebelum ini kedua-duanya lelaki.

“Jadi, sebab itu kita mencari ‘sekuntum bunga’. Lagipun pendengar kita terdiri daripada lelaki dan wanita.

“Shiera juga dilihat seorang yang versatil dan mempunyai disiplin yang bagus, gelaran (kerinting) itu diteruskan memandangkan rambut ketiga-tiga mereka kerinting,” ujarnya lagi mengenai gandingan Halim, Zizi dan Shiera yang kini dikenali sebagai The Kerinting Three.

Halim dan Zizi dalam pada itu ternyata memberikan reaksi yang positif sekali gus mengalu-alukan kehadiran Shiera untuk bergandingan dengan mereka.

Doakan kebahagiaan saya - Tomok



JENAMA Tomok kini semakin kukuh, malah sejak menjuarai program One In A Million (OIAM) musim ketiga Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berjaya mengumpul ramai peminat yang baru.

Namun, sedang namanya menghampiri puncak timbul pula desas-desus yang mendakwa penyanyi berusia 27 tahun bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Julai depan dengan seorang pramugari berusia 31 tahun.

Benar atau tidak berita itu, jawapannya hanya ada pada Tomok. Tidak mengelak saat diajukan soalan berkisar tentang perkahwinan, Tomok mengaku dia akan bergelar seorang suami dalam tahun ini juga.

"Insya-Allah sekarang tengah proses ke arah itu (perkahwinan). Memang akan berlangsung dalam tahun ini tetapi masih belum dapat disahkan lagi tarikh yang sebenar. Harap semua orang dapat doakan yang terbaik supaya semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Meskipun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kekasihnya yang hanya dikenali sebagai Ayu itu, Tomok menjelaskan keputusan untuk berkahwin dibuat setelah melalui proses mengenali hati budi dalam tempoh yang agak lama.

"Kami sudah kenal dan bercinta selama lapan tahun, rasanya tempoh itu cukup untuk saya mengenalinya tetapi buat masa ini dia belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat.

"Bila sampai masanya saya akan beritahu kepada semua orang dan tidak akan rahsiakannya," tuturnya.

Walaupun kerjayanya sedang meningkat naik, Tomok merasakan tiada salahnya jika dia mahu menamatkan zaman bujang kerana percaya peminat kini lebih bersikap terbuka.

"Saya tidak rasa kalau kahwin saham akan turun kerana rezeki tidak terikat kepada status diri sebaliknya produk berkualiti yang dikeluarkan.

"Peminat sekarang lebih bijak menilai dan bersikap terbuka, saya rasa perkahwinan bukan satu masalah untuk kerjaya saya sebagai artis kerana perkahwinan itu satu perkara yang baik. Umur saya pun bukannya muda lagi, lihat sahaja Faizal Tahir, dia tetap diminati meskipun telah berkahwin," luahnya.

Sunday, January 30, 2011

Grup baru tidak berani – Spider

SPIDER kembali menemui para pecinta mereka dengan album Kitasatu yang mengandungi lima buah lagu.



PERTEMUAN bersama Spider diadakan pada satu malam, sewaktu empat tentera muzik ini sedang leka berlatih di studio Luncai Emas milik sifu M. Nasir.

Suasana yang riuh dengan vokal berbalut instrumen diselang-seli celoteh ahli grup tiba-tiba sepi sebaik nama Loloq disebut.

Sebelumnya, penulis ada memberitahu artikel ini akan diterbitkan pada 30 Januari, tarikh sama kembalinya Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq ke rahmatullah.

Hakikatnya, hubungan Spider dengan Loloq amat manis dan sangat rapat. Segalanya dikongsi bersama lebih-lebih lagi pada permulaan Spider mahu bertapak dalam dunia seni.

“Kami sangat kehilangan arwah. Album terdahulu kami, Bintang 12 adalah album terakhir bersamanya. Malah, boleh saya katakan bahawa pacuan Spider datang daripadanya.

“Loloq membuatkan kerja jadi seronok dengan penghasilan liriknya,” ujar Tam, termenung mengingatkan Loloq, lelaki yang setia dengan jenama Converse dan Levi’s.

“Kalau dia ada sekarang, pasti dia yang akan riuh-rendah. Beritahu apa yang bagus dan tidak.

“Malah, kalau sesebuah lagu dihasilkan, dia adalah individu yang akan melompat riang ke sana ke mari,” Tam bersuara.

Nafie menambah serius: “Lirik Loloq kena dengan keadaan semasa. Dia juga masak benar dengan cara hidup dan karakter kami. Itu yang membolehkan kerja jadi senang.

“Sebab itu apabila mahu memulakan album baru ini, kami terbayang-bayangkan arwah.

Penulis bertanyakan rutin arwah menulis untuk Spider yang sangat serasi dengan kumpulan itu.

“Dia memang tahu fiil dan perkembangan kami. Sudah ada idea dan intinya. Ada yang dia terus tulis, sejurus mendengar lagu.

“Lirik Aladin, dia tulis dalam masa 10 minit. Spontan. Ada yang dia minta salinan lagu dan buat kerja rumah dulu.

“Malah, kami juga selalu bincang pasal single dan tajuk sesebuah lagu itu. Jadi bila dia tiada, kami terasa sangat,” ulang Tam lagi.

Nora dedah cerita mesra di jepun

Percutian di tokyo baru-baru ini mengeratkan lagi hubungan putera rayqal dengan bapanya.



WANITA genit ini sekali lagi dihimpit kontroversi. Namanya kembali di bibir peminat industri seni. Ia atas sebab yang cukup klise di kalangan perempuan iaitu lelaki.

Biarpun berulang kali Nora Danish mengatakan dia tidak terlibat langsung dengan perpisahan yang terjadi antara bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai yang merupakan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dengan seorang aktres, tapi Nora tetap diasak dengan persoalan yang sama.

Sekarang ini pula pelakon drama Puteri ini berdepan dengan pelbagai dakwaan negatif seperti gila talak dan penghancur kebahagiaan percintaan orang lain.

Dalam tenang, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu yang ditemui baru-baru ini menerangkan bahawa dia tak pernah berniat untuk mengganggu urusan percintaan mereka.

“Beginilah, isu ini sebenarnya sudah berlanjutan selama tiga tahun, selepas penceraian saya. Malah, saya dah lali kalau orang bercakap yang bukan-bukan tentang saya. Begitu juga tentang kisah perkahwinan yang digembar-gemburkan mereka.

“Tapi yang saya betul-betul tak faham kenapa kali ini ‘perempuan’ itu mengaitkan saya sebagai punca perpisahan? Saya ada bertanyakan perkara yang sama kepada Jejai. Dia cakap ada sebab lain dan bukan saya puncanya.

“Lepas itu keluar dakwaan saya menghasut keluarga bekas mentua agar membenci pelakon itu. Fakta itu sebenarnya salah dan buat saya betul-betul terkilan.

“Satu dunia tahu, keluarga Tan Sri adalah keluarga berpengaruh dan disegani. Mana mungkin, saya yang bekerja sebagai pelakon ini mampu menghasut mereka agar turut membenci pelakon itu,’’ reaksi awalnya tentang hubungan Jejai dengan bekas kekasihnya, Fasha Sandha.

Apa yang menyebabkan Nora menggelengkan kepala apabila ada pihak masih menuding jari ke arahnya walaupun berulang kali dia menafikan.

Tegasnya, “Kalaulah saya ada kuasa untuk mempengaruhi Jejai agar memberitahu kepada semua orang tentang duduk perkara sebenar, sudah pasti saya akan buat sebegitu. Malangnya, tidak. Saya pula dipersalahkan.

“Apa pun, saya sangat bersyukur apabila Jejai bantu bersihkan nama saya dengan mengeluarkan kenyataan di media. Itu yang membuatkan saya terharu setelah sekian lama saya berdiam diri dengan hubungan cinta mereka,” katanya lagi.

Saturday, January 29, 2011

Fasha Sandha: Jangan menjolok sarang tebuan



SETINGGI mana dia terbang memperdagangkan bakat, sebesar itu juga kontroversi yang mengulit. Bukan kehendaknya, namun rencah anak seni yang bernafas di bawah limpahan populariti, Fasha Sandha akur meskipun setiap inci peribadinya dibogelkan.

Peluh dan kerut dahinya yang sukar disembunyi kerana berlari ke lokasi penggambaran drama siri terbaru lakonannya, Samson Delaila dan kembali menguruskan salun miliknya, Salon Chinta yang bakal beroperasi tidak lama lagi, Fasha terus diasak dengan berita mengejut perpisahannya dengan kekasih, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tidak terhenti di situ, sehari kemudian aktres kelahiran Johor Bahru ini berdepan pula kemelut berbalas kenyataan dengan bekas isteri kepada Jejai yang juga dramatis, Nora Danish.

Sejak awal pagi Khamis lalu sejurus segala pengumuman dan perang kenyataan di dada akhbar, aktres terkenal ini tidak henti-henti mendedahkan status ‘berani’ yang cenderung menyerang pihak lawannya di ruangan sosial peribadi Twitter miliknya, @FashaSandha1.

Persoalannya, sampai bila Fasha akan terus mengharungi cerita panas sebegini? Adakah mungkin ia berterusan hingga mencipta satu stigma dan persepsi? Kepada wartawan SELEBRITI, Murshid Eunos, Fasha berkongsi rasa.

“MUSTAHIL saya merancang atau sengaja mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri. Tidak mungkin saya bertindak bodoh seperti itu jika tiada alasan kukuh.

Ternyata, saya terpaksa berbuat demikian bagi menegakkan kebenaran dan keadilan diri sendiri. Saya tidak mahu ada pihak lain sewenang-wenangnya menindas saya dengan bergayut sekali dalam permasalahan yang saya hadapi.

Jujurnya, memang ia sedikit mengganggu perjalanan rutin harian, lebih-lebih saya sibuk di lokasi penggambaran dan terpaksa berlari-lari memantau salun yang hampir siap.

Namun itulah harga yang terpaksa saya bayar atas segala kegemilangan dikecapi. Saya akur dan terpaksa menelan semua itu meskipun rasanya sangat pahit.

Selepas pengumuman pihak Jejai dan saya berhubung perpisahan kami, tidak sepatutnya ada pihak lain yang sibuk ingin merasa tempias publisiti dengan memberi kenyataan atau komen. Cerita itu merungkai segala spekulasi ramai pihak. Namun ada pula yang sengaja ingin memanjangkan isu itu hingga mencabar tahap kesabaran saya sebagai wanita.

Berita di muka depan mengenai perpisahan kami itu sudah cukup dan tidak perlu pula ada orang yang tidak tahu-menahu untuk menambah fakta dan bercakap lebih, sedangkan dia tidak tahu kisah di sebaliknya. Bagai menjolok sarang tebuan, usah bising jika sengatnya membunuh secara perlahan.

Saya terpaksa mendedahkan semua bukti yang saya ada seperti senarai panggilan, mesej dalam telefon bimbit dan beberapa keping gambar bagi membuka dimensi mata peminat atau sesiapa yang tekun mengikuti sorotan kisah ini supaya persepsi kononnya saya hanya bersembunyi di sebalik helah adalah salah.

Saya tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang ia akan mengaibkan sesiapa, namun jika keadaan mendesak seperti mana pernah dicanangkan sebelum ini, saya tidak akan teragak-agak.

Bukan saya ingin membuktikan siapa menang atau dalang mana yang cuba membelit fakta, sebaliknya saya perlu memikirkan soal reputasi yang seolah-olah sengaja dicalarkan berhubung perkara ini.

Saya tidak peduli soal perasaan sesiapa kerana keutamaan adalah diri sendiri. Saya perlu berdiri untuk menegakkan apa yang benar dan mana yang sepatutnya dibicarakan.

Peminat saya arif dan bijak. Mustahil mereka leka dan berbuai dengan segala macam cerita yang timbul. Alhamdulillah, mereka tidak sesekali lari atau merasa benci, sebaliknya semakin kerap pula peminat menghantar kata-kata semangat dan dorongan kepada saya melalui Twitter.

Twitter adalah ruangan peribadi untuk saya berkongsi rasa atau apa saja yang ingin disembangkan. Ia adalah komunikasi bersama peminat dan mereka yang ingin mengikut perkembangan saya.

Justeru, saya tidak melihat perkara itu sebagai satu peperangan atau mencerminkan sifat peribadi seseorang. Usah terlalu dalam memikirkan soal itu.

Saya hanya ingin berkongsi perasaan bersama peminat dan begitu juga dengan sesiapa yang lain. Masing-masing punya hak untuk menaikkan status di Twitter bagi meluahkan perasaan. Senario itu bukan satu peperangan, sebaliknya hanya medium berkongsi rasa.”

Friday, January 28, 2011

Artis mangsa minyak dagu




KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.

“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.

“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.

D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.

“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.

“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya.

Thursday, January 27, 2011

Sharifah Shahirah sertai Suria FM?




SEORANG lagi pengacara popular yang laris mengendalikan majlis besar khabarnya akan disambar sebagai penyampai radio di Suria FM. Mula-mula tu saya turut berteka-teki juga. Takkan Kak Engku yang sudah menaikkan rating Sinar FM bersama Salih Yaacob dan Khairil Rashid pula yang disunting stesen radio berkenaan?

Yalah, Kak Engku kan sudah selesa di radio nombor satu berkenaan. Takkan hendak berpindah ke stesen lain pula.

Risik punya risik, saya sudah dapat nama, sapa lagi kalau bukan Sharifah Shahirah yang juga teman regu Kak Engku. Dua nama besar ini memang kuat berceloteh, malah menjadi kesukaan ramai sebaik saja mereka menaiki pentas.

Malah kedua-duanya juga tidak asing kalau bercerita mengenai malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Kebetulan, mereka berdua pun dicalonkan hingga ke peringkat Top 5 dalam edisi terbaru ABPBH yang akan mencapai kemuncaknya 3 April depan. Pendek kata, kalau mereka duduk dekat-dekat, maka adalah orang yang akan pecah perut nanti dibuatnya.

Jadi tak hairanlah kalau Suria FM mahu menggunakan strategi yang sama dengan pesaing terdekat, apabila mempertaruhkan ibu kepada lima anak itu sebagai penyampai slot pagi mereka. Jika Kak Engku boleh tolong mempopularkan Sinar, Shahirah pula mungkin mampu sama-sama melonjakkan lagi nama Suria.

Oh ya, kalau Saya diberikan slot pagi, rasanya mestilah dia dipasangkan dengan Halim Othman. Ini tekaan saya saja, belum tentu mengena, tapi rasanya sumber Cik Normah itu memang boleh dipercayai sangat-sangat.

Saya cuba juga mengorek rahsia daripada orang yang agak rapat dengan Shahirah, tapi tak seorang pun yang mengiyakan, malah bertanyakan semula kebenaran berita itu. Apa-apa pun, kalau berpeluang bertemu muka dengan wanita langsing itu, pasti saya akan bertanyakan perihal desas-desus berkenaan.

Agaknya jemputan stesen radio terbabit berkaitan dengan pengumuman penyampai radio barunya, ada kena mengena dengan Shahirah tak? saya minta maaflah kalau terpecah lubang awal-awal ya...

Wednesday, January 26, 2011

Nurul serik jaja kisah cinta




PASTINYA bukan mudah untuk seorang wanita yang berstatus janda atau Miss J untuk berdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan.

Apatah lagi apabila terbit kata-kata sinis yang dihamburkan kepadanya gara-gara memegang status itu yang ada kalanya sukar untuk ditelan.

Ditambah pula kisah kegagalan episod cintanya bersama jejaka bernama Ryzal Marzuki beberapa bulan lalu yang didakwa berpunca daripada mulut individu yang dengki padanya.

Lantaran itu, penyanyi hitam manis, Noorul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul lebih berhati-hati menjaga tutur katanya terutama tentang kisah peribadinya.

Katanya, dia kini serik untuk berkongsi hal peribadinya kerana takut disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan haru-biru dalam hidupnya.

Bagi Nurul, rutin kehidupannya lebih tenteram apabila ruang privasinya tidak diceroboh dan diketahui umum.

Pengalaman yang dialami sebelum ini memberikannya seribu satu pengajaran yang penuh makna dan membuatkannya semakin tabah.

"Apabila kisah cinta saya dipaparkan di dada akhbar, ia menjadi modal orang yang berniat jahat untuk memburukkan saya.

"Jadi, biarlah saya sendiri sahaja yang mengetahui sama ada saya sudah berpunya atau pun belum.

"Dengan cara ini, saya lebih selesa untuk bergerak tanpa memikirkan cemuhan orang lain. Siapa saya nak menutup mulut mereka?" luah Nurul ketika ditemui pada sesi fotografi yang diatur di Neo Studio, Taman Danau Kota , Kuala Lumpur baru-baru ini.

D'Loyd temui peminat Malaysia Mei




JAKARTA: Setelah menyepi selama lebih 10 tahun dari pentas hiburan Malaysia, D' Loyd, kumpulan muzik pop era 70-an akan kembali menemui peminat Malaysia dalam konsert nostalgia di Istana Budaya (IB) Kuala Lumpur, Mei ini.

Kumpulan berusia 43 tahun dan sudah merakam ratusan lagu dalam lebih 50 album itu, akan membuat persembahan selama tiga malam mulai 6 Mei dalam konsert yang diberi nama "Semalam Di Malaysia".

Lagu-lagu popularnya di Malaysia pada tahun 70-an termasuklah "Cinta Hampa", "Oh Tak Mungkin" dan "Keagungan Tuhan".
"Kami akan mempersembahkan kira-kira 20 lagu top kami dalam versi muzik original pada persembahan dua jam itu nanti, khusus untuk para peminat kami di Malaysia," kata Barje Van Houten, ketua kumpulan dan pemain gitar utama D''Loyd pada sidang akhbar di sini hari ini.

Barje, yang kelihatan tegap dan bersemangat, walaupun sudah berusia 61 tahun berkata persembahan tiga malam berturut-turut itu akan menampilkan semua anggota kumpulan asal, kecuali pemain keyboard iaitu Chandra Chasmala, yang menjadi pengganti kepada Buddy setelah pemain keyboard asal itu meninggal dunia lima tahun lalu.

"Kumpulan D''Loyd tetap utuh sejak ditubuhkan pada 1968, kami tak pernah berpecah sehingga sekarang dan kami masih mengadakan persembahan-persembahan di seluruh Indonesia walaupun tidak seaktif dulu kerana faktor usia.

"Saya sendiri berusia 61 tahun dan vokalis kami Sam sudah berusia 65 tahun, namun kami akan tetap bersemangat membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti untuk para peminat kami," katanya.
Anggota lain kumpulan D''Lyod ialah Chairul Daud (pemain drum), Juhanny (pemain flute dan saxophone) dan Aviantara (pemain gitar bass).

Barje masih ingat pada zaman kemuncak kumpulan itu membuat persembahan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1978, mereka membawa pulang satu kotak barang-barang kemas berupa cincin dan kalung yang dilemparkan para peminat ke atas pentas sebagai penghargaan.

Pada konsert Mei nanti, lagu istimewa yang akan dipersembahkan mereka ialah "Semalam Di Malaysia" iaitu sebuah lagu ciptaan Saiful Bahari.

Ketua kumpulan D''Loyd itu menjelaskan bahawa lagu berkenaan pada asalnya berjudul "Semalam Di Malaya" nyanyian S. Effendi, namun mereka telah menukarkan judul itu kepada "Semalam Di Malaysia" ketika merakam semula lagu itu pada 1972.

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) akan mengiringi persembahan D''Loyd itu nanti dengan Datuk Ahmad Jais sebagai artis jemputan dari Malaysia pada konsert itu.
Kali terakhir D''Lyod membuat persembahan di Malaysia ialah pada tahun 2000.

Barje berkata semasa konsert itu nanti, mereka akan turut mengadakan lelongan barang-barang original kumpulan itu seperti alat muzik, piring hitam dan kostum sebahagian daripada anggota kumpulan itu untuk para peminat di Malaysia.

Piagam penghargaan yang diraih oleh kumpulan itu daripada industri muzik akan juga dipamerkan pada acara berkenaan, namun ia bukan untuk lelongan, katanya. - BERNAMA

Tuesday, January 25, 2011

Nora Danish lega


Nora Danish


KUALA LUMPUR: “Saya lega kerana Jejai sudah menceritakan perkara sebenar,” kata aktres Nora Danish (gambar) berhubung kenyataan bekas suaminya yang menegaskan dia tidak ada kaitan dengan perpisahan ahli perniagaan itu dengan pelakon Fasha Sandha.

“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” katanya.

Nora atau nama sebenar, Nora Danish Mohd Hanif, 29, berkata dia perlu bertegas dalam perkara itu kerana tidak mahu namanya dikaitkan lagi.

“Saya tidak mahu orang salah faham dan mengaitkan saya dalam perkara itu. Saya kena bertegas kerana sampai bila-bila pun saya akan dikaitkan dengan perkara ini,” katanya.

Nora berkata, sebelum ini dia sedih kerana sering dikatakan masuk campur dalam hubungan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 34, dengan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27.

“Saya sedar ada spekulasi yang sering mengaitkan nama saya kononnya mengganggu hubungan mereka.

“Walaupun gosip itu tidak menyebut nama, saya sedar ia ditujukan kepada saya tetapi saya cuma diam dan membiarkan masa menentukan. Sekarang sudah jelas dan terjawab,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan perhubungan Jejai dengan Fasha kerana mereka bukan lagi suami isteri.

“Kami sudah lama bercerai dan kalau satu hari nanti mereka ditakdirkan berkahwin pun saya tidak ada sebarang masalah.

“Saya sendiri mengaku sedang mengenali seseorang ketika ini seperti yang Jejai katakan dalam akhbar hari ini (semalam),” katanya.

Nora berkata, sebelum mereka bercuti di Jepun pada 30 Disember lalu, Jejai ada menceritakan kepadanya hubungannya dengan Fasha sudah dua bulan berakhir.

“Saya cuma mendengar saja kerana saya tidak mahu mengambil tahu tetapi bersyukur kerana Jejai memberi kenyataan tidak mengaitkan saya dan saya tidak tahu mengenai kenyataan itu sehinggalah membacanya di akhbar.

“Sebelum ini saya sedih kerana ada sesetengah orang hanya mendengar pandangan sebelah pihak saja dan membuat spekulasi sendiri tanpa meminta penjelasan saya,” katanya.

Mengenai kenyataan Fasha, Jejai masih menghubunginya dan menghantar SMS sepanjang ahli perniagaan itu bercuti, Nora berkata, dia tidak tahu apa-apa.

“Mereka sudah putus dua bulan sebelum kami pergi Jepun, kalau Jejai hantar pun mungkin sebagai kawan yang bertanya khabar.

“Selepas hampir tiga tahun bercerai, ini kali pertama saya mengikut keluarga bekas suami bercuti,” katanya.

Monday, January 24, 2011

Hubungan Jejai dengan Fasha Sandha sudah berakhir



KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Mimi One Nation Emcees terjun bidang lakonan



APA sudah jadi? Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi, vokalis kumpulan One Nation Emcees khabarnya sudah berubah sikap menjadi perempuan yang amat ganas atau lebih tepat, psiko. Malah, disebabkan kegilaannya itu, dia sanggup membunuh!

Namun, itu sebenarnya adalah antara karakter lakonan sulung Mimi menerusi filem berjudul, Klip 3GP.

Ia merupakan suatu perkembangan terbaru buat Mimi yang sebelum ini lebih terhad dikenali hanya sebagai vokalis One Nation Emcees.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Mimi boleh terjerumus untuk menjadi pelakon bagi watak yang boleh dikatakan agak mencabar itu.

Filem tersebut yang dilancarkan baru-baru ini di Damansara, Kuala Lumpur itu merupakan hasil arahan pengarah baru, Aidilfitri Mohamed Yunos yang merupakan salah sebuah penerbitan di bawah program Layar Baru yang diusahakan syarikat penerbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Skripnya pula adalah hasil nukilan pendatang baru, Sofea Aliza.

Filem tersebut menampilkan tiga buah kisah mengenai rakaman video yang sering disalah guna oleh masyarakat kini, dan wartawan jelita, Maya Akhtar adalah salah seorang mangsa yang terkena tempiasnya.

Sunday, January 23, 2011

Rahsia kejelitaan Dewi Persik - kekal cantik




JAKARTA: Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kecantikan. Bagaimana rahsia penyanyi dangdut, Dewi Persik menjaga tubuhnya agar kekal seksi dan sentiasa kelihatan cantik?

Menurut Dewi, rawatan kecantikan tidak semestinya mahal. Artis yang terkenal dengan ‘Goyang Gergaji’ itu mengaku dia meminum jamu tradisional secara rutin dua hingga tiga kali seminggu.

“Salah satu daripada ramuan jamu itu ialah kulit manggis yang dijemur, daun sirih, kunyit dan mahkota dewa. Semuanya direbus menjadi satu,” ujarnya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Dewi memberitahu dia meracik sendiri semua ramuan itu. Penyanyi berusia 25 tahun itu mendakwa banyak khasiat jika melakukan sendiri persediaan membuat jamu itu.

“Ramuan jamu saya ini boleh melangsingkan tubuh, memberi stamina, mengurangkan masalah keputihan bagi golongan wanita dan mencegah bau badan. Tubuh juga akan menjadi lebih tegap dan tidak lemah,” tambahnya.

Saturday, January 22, 2011

Wajah terbaru Nursyella

NURSYELLA... berpakaian mengikut kesesuaian majlis


KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.

Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.

“Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.


“Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

“Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi,” katanya kepada Metro Ahad.

Nursyella mempunyai tiga album, bermula dengan judul Manis, disusuli Pasti Kembali dan terakhir pada 2006 dengan album koleksi 60-an. Antara lagu popularnya ialah Menangis Dalam Hujan dan Kaulah Bintang.

Dia yang menjadi artis rakaman ketika berusia 15 tahun, pernah beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi mengenai pembikinan sebuah albumnya di Indonesia, empat tahun lalu.

Ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang VIP hingga sanggup mengeluarkan modal untuk menerbitkan albumnya di negara jiran itu. Dia juga pernah dilabel artis kelas rendah dan dituduh menjadi GRO.

Sejak kebelakangan ini, timbul gosip menerusi blog dan forum hiburan mendakwa dia ‘dibela’ seseorang hingga menyebabkan hidupnya kelihatan mewah.

Nursyella, ketika mengulas kontroversi itu, menjelaskan, segala yang dikecapi dia dan keluarganya ketika ini adalah hasil titik peluh sendiri tanpa menerima bantuan atau tajaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, orang tidak tahu betapa susahnya dia membina perniagaannya hingga berjaya ke tahap sekarang, sebaliknya cuma tahu memfitnahnya dengan pelbagai tuduhan.

“Alhamdulillah, rezeki saya murah. Apa yang saya usahakan memberi pulangan berbaloi, bermula dengan membuka restoran, salun, spa dan kemudian butik pengantin.

Friday, January 21, 2011

Aida Khalida kini tauke tudung

Aida Khalida menunjukkan koleksi tudungnya yang turut dijual pada majlis pelancaran tudung Aida Khalida di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara baru-baru ini.



BERMULA daripada impian, akhirnya ia menjadi kenyataan. Pelakon terkenal, Aida Khalida atau dahulunya cukup sinonim dengan nama Aida Rahim kini sudah mula melangkah ke alam perniagaan pula.

Baru-baru ini, bertempat di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara dilancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Aida Khalida yang menyenaraikan sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar.

Tudung yang berharga antara RM50 hingga RM190 di bawah jenama tersebut termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia.

Kesemua koleksi tudung Aida Khalida kini dijual di Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Aida, perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama Galeri Muslimah Sdn. Bhd. (Galeri Muslimah) itu sejak empat bulan lalu memberi cabang baru buatnya sebagai selebriti.

Namun jelas Aida, melangkah ke bidang perniagaan bukan tanda awal buatnya untuk berundur daripada bidang lakonan yang cukup disayanginya.

"Alhamdulillah, bermula dengan impian siapa sangka rupa-rupanya menjadi kenyataan. Syukur kolaborasi perniagaan dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Johari Mohd. Ghazali dan isterinya, Norashiekin Zakaria akhirnya membuka jalan buat saya memasarkan produk tudung jenama sendiri.

Ayu Raudhah, Zaquan selamat diijabkabul

ZAQUAN Adha Abd Radzak, 23, menyarungkan cincin pernikahan ke jari isterinya Ayu Raudhah Che Wan, 26, selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah di Alor Setar.



ALOR SETAR:--- Pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di sini hari ini.

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis di masjid itu di sini pada pukul 3.30 petang.

Pada majlis itu, Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31.

Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di sini bermula pukul 8 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara.

Thursday, January 20, 2011

Bobo pertama tersingkir

BIARPUN tersingkir awal, kumpulan Bobo telah disenarai pendek untuk muncul dalam program terbitan Astro Prima.


NYATA nasib tidak menyebelahi kumpulan Bobo dan mereka menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak musim kelima yang berlangsung di studio Finas, Hulu Kelang minggu lepas.

Penyingkiran mereka yang diumumkan oleh juri tetap, Sathia adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Berada di tangga terbawah dengan undian sebanyak 4 peratus, kumpulan yang dianggotai Mohd. Hamizi Hashim, 24, (Gbob) dan Mohd. Azwan Sabri, 24, (Wan Awe) ini dikatakan tidak sepatutnya tersingkir.

Jika hendak dibandingkan mereka dengan beberapa peserta seperti kumpulan Kami, kumpulan Bobo dikatakan berjaya membawakan persembahan yang cukup menghiburkan.

Perkara tersebut diakui oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 5, Afdlin Shauki yang meletakkan Bobo sebagai antara peserta yang harus diberi peluang untuk terus beraksi untuk minggu-minggu seterusnya.

Peserta yang menduduki tiga tangga terbawah pada minggu lepas ialah kumpulan Kami dengan 5.3 peratus, kumpulan Kopi O (5.1 peratus) dan seterusnya Bobo (4 peratus) yang menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak.

Kata Afdlin, jika dinilai melalui persembahan di minggu kedua, apa yang dipersembahkan oleh Bobo tidaklah seteruk persembahan beberapa peserta lain.

“Bobo sebenarnya ada potensi pada masa depan, kalau ikutkan juri bukan Bobo yang sepatutnya keluar.

“Mungkin disebabkan topik minggu ini adalah bebas, jadi penceritaan mereka agak kurang menyengat. Ada peserta yang mempunyai idea tapi tidak berani untuk keluar daripada topik,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman penyingkiran Raja Lawak 5 minggu kedua, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi juri tetap yang juga seorang penerbit terkenal, David Teo berkata peserta pada minggu ini terlalu fokus dengan satu topik dan takut untuk menukar topik secara spontan kerana bimbang tidak dapat merealisasikan aksi berkaitan.

“Contohnya Nazmi, dia ada bakat besar, minggu ini topik dia tentang tidak puas hati. Dia cuma ulang-ulang perkataan dahsyat. Cabang dia memang satu tapi sebenarnya dia boleh bermain dengan banyak isu.

Kabarnya..AF sepatutnya sampai musim ke-10?



BEBERAPA hari lalu, Astro mengumumkan rancangan realiti popular mereka, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan yang bakal muncul di kaca televisyen sekitar April nanti ialah AF yang terakhir. Selepas hampir sedekad, program yang melahirkan ramai artis, popular atau sebaliknya itu, akan melabuhkan juga tirainya.

Begitupun, Cik Normah terdengar cakap-cakap daripada mereka yang pernah mempunyai kaitan agak rapat dengan rancangan berkenaan, stesen penyiaran itu kononnya sudah menandatangani kontrak dengan pemilik asal program itu untuk tempoh 10 tahun. Jadi, kenapa pula tiba-tiba ia dihentikan setakat musim kesembilan?

Saat itu, Cik Normah dan beberapa rakan lain pun terfikir benda yang sama. Apakah ia strategi Astro untuk menimbulkan minat yang lebih tinggi di kalangan peminat terhadap program terbabit, apabila mereka dimaklumkan AF9 ialah program realiti itu yang terakhir. Mungkin peminat akan berpusu-pusu menunggu depan televisyen apabila ia disiarkan nanti, mengenangkan rancangan itu tidak lagi akan mereka nikmati selepas ini.

Bukankah AF itu penuh dengan kejutan? Jadi, tidak mustahil juga kalau tiba-tiba sebaik saja AF9 berakhir, ada pula pengumuman mengatakan musim seterusnya akan diadakan juga demi memenuhi permintaan.

Kalau betullah Astro sudah membayar harga untuk 10 musim, ada benarnya juga pertanyaan rakan tadi, kenapa pula hendak membazirkan wang yang dibelanjakan itu dengan hanya menganjurkannya sembilan musim? Takkan hendak dibiarkan semusim lagi itu berlalu bagai debu begitu saja?

Entahlah, Cik Normah tak berani hendak keluarkan teori mahupun hukuman apa-apa berhubung soal AF ini. Sebabnya, minat Cik Normah untuk menonton program itu pun sudah tak berapa banyak yang tinggal lagi. Mungkin faktor usia Cik Normah yang kian meningkat, membuatkan tarikan untuk mengikuti program yang kebanyakannya disertai bakat muda itu berkurang.

Lainlah kalau bakat yang diserlahkan menerusi AF boleh menimbulkan fenomena hebat dalam industri seni hiburan tempatan dan antarabangsa. Paling tidak, macam Carrie Underwood atau Adam Lambert? Ketika itu, mungkin Cik Normahlah orang yang paling awal duduk depan TV, mengikuti setiap episod siarannya.

AF sepatutnya sampai musim ke-10?




BEBERAPA hari lalu, Astro mengumumkan rancangan realiti popular mereka, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan yang bakal muncul di kaca televisyen sekitar April nanti ialah AF yang terakhir. Selepas hampir sedekad, program yang melahirkan ramai artis, popular atau sebaliknya itu, akan melabuhkan juga tirainya.

Begitupun, Cik Normah terdengar cakap-cakap daripada mereka yang pernah mempunyai kaitan agak rapat dengan rancangan berkenaan, stesen penyiaran itu kononnya sudah menandatangani kontrak dengan pemilik asal program itu untuk tempoh 10 tahun. Jadi, kenapa pula tiba-tiba ia dihentikan setakat musim kesembilan?

Saat itu, Cik Normah dan beberapa rakan lain pun terfikir benda yang sama. Apakah ia strategi Astro untuk menimbulkan minat yang lebih tinggi di kalangan peminat terhadap program terbabit, apabila mereka dimaklumkan AF9 ialah program realiti itu yang terakhir. Mungkin peminat akan berpusu-pusu menunggu depan televisyen apabila ia disiarkan nanti, mengenangkan rancangan itu tidak lagi akan mereka nikmati selepas ini.

Bukankah AF itu penuh dengan kejutan? Jadi, tidak mustahil juga kalau tiba-tiba sebaik saja AF9 berakhir, ada pula pengumuman mengatakan musim seterusnya akan diadakan juga demi memenuhi permintaan.

Kalau betullah Astro sudah membayar harga untuk 10 musim, ada benarnya juga pertanyaan rakan tadi, kenapa pula hendak membazirkan wang yang dibelanjakan itu dengan hanya menganjurkannya sembilan musim? Takkan hendak dibiarkan semusim lagi itu berlalu bagai debu begitu saja?

Entahlah, Cik Normah tak berani hendak keluarkan teori mahupun hukuman apa-apa berhubung soal AF ini. Sebabnya, minat Cik Normah untuk menonton program itu pun sudah tak berapa banyak yang tinggal lagi. Mungkin faktor usia Cik Normah yang kian meningkat, membuatkan tarikan untuk mengikuti program yang kebanyakannya disertai bakat muda itu berkurang.

Lainlah kalau bakat yang diserlahkan menerusi AF boleh menimbulkan fenomena hebat dalam industri seni hiburan tempatan dan antarabangsa. Paling tidak, macam Carrie Underwood atau Adam Lambert? Ketika itu, mungkin Cik Normahlah orang yang paling awal duduk depan TV, mengikuti setiap episod siarannya.



Wednesday, January 19, 2011

Azam anak arwah Asri Rabbani

Rabbani Nadamurni


RAWANG: “Saya berazam untuk mengikut jejak langkah arwah ayah untuk menjadi seorang pendidik agama dan penghibur yang berkonsepkan nasyid satu masa nanti,” kata anak kepada vokalis kumpulan Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim.

Muhammad Ilham Fikri Mohd Asri, 12, berkata bagi mencapai impian dan cita-cita itu, kesungguhan dalam pelajaran perlu dilakukannya dengan penyusunan jadual waktu yang tepat bagi mengawal setiap aktiviti harian.

Menurutnya, harapan disandarkan ibu tercinta untuk melihat kejayaannya pada masa depan dijadikan sebagai azimat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan setiap bidang diceburi.

“Bagi mengasah bakat dan kebolehan, saya kerap menyertai pertandingan nasyid dianjurkan di sekolah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Pembiayaan Program Akademik daripada Pertubuhan Amal Seri Sinar (Pass), di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, semalam.

Katanya, sumbangan diterima itu akan diserahkan kepada ibunya untuk digunakan membeli barang keperluan dan membantu sedikit sebanyak perbelanjaan harian adik-beradiknya yang semuanya masih bersekolah.

Sementara itu, seorang lagi penerima sumbangan, Nurul Farzana Azmi, 12, berkata kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas sumbangan bantuan yang diterimanya itu.

“Sumbangan wang tersebut dapat saya gunakan untuk membeli barangan keperluan seperti buku latihan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) penghujung tahun ini,” katanya.

Nurul Farzana berkata, sumbangan yang diperoleh itu nyata dapat membantu kos perbelanjaan keluarganya terutama menjelang awal tahun.

Tuesday, January 18, 2011

Vanidah cuma temankan anak saudara

VANIDAH dan Rashidi


KUALA LUMPUR -
Kehadiran pelakon Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, di Mahkamah Syariah di sini kelmarin sebenarnya tiada kaitan dengan rumah tangga mereka.

Pasangan pelakon itu sebaliknya hanya menemani anak saudara Rashidi yang ingin menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Vanidah yang lebih mesra dengan panggilan Vee sama sekali tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi besar dan disalahertikan oleh banyak pihak.

"Kami ke mahkamah hanya untuk menemani anak saudara menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak dan saya tidak pernah terfikir akan jadi begini.

"Saya tahu bila kami berdua dilihat di sana, ramai yang akan risau termasuk peminat tetapi tidak ada apa yang berlaku antara kami berdua," katanya.

Menurut Vee, dia dan suami sudah banyak kali ke mahkamah itu untuk menemani saudara-mara atau rakan-rakan yang ingin menyelesaikan kes mereka.

Kelmarin, juara sulung program Sehati Berdansa itu mengejutkan pihak media apabila mereka dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tengah hari kelmarin.

Vee menjelaskan, dia dan suami tidak boleh memberikan kenyataan pada hari yang sama kerana sebaik sahaja selesai urusan di mahkamah, dia terpaksa bergegas untuk menghadiri satu mesyuarat sebelum disusuli dengan sesi fotografi pada sebelah petang.

Monday, January 17, 2011

Kelibat Vanidah, Rashidi di mahkamah cetus persoalan

Vanidah Imran


KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.

Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.

Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.

Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.

Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak berusia lapan dan lima tahun.

Sementara itu, sumber rapat pasangan itu yang enggan identitinya didedahkan menyifatkan berita aktres jelita dan suaminya hadir ke mahkamah adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Vanidah menjalani penggambaran sebuah program televisyen di Melaka pada Khamis hingga Sabtu lalu.

Malah, dia datang bersama suaminya dan Rashidi turut menemaninya hingga Sabtu. Cuma Rashidi bergegas pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat kerana ada temu janji penting dan kembali menemani Vanidah pada sebelah malamnya.

“Mereka bukan saja bermalam bersama, malah sepanjang penggambaran dilakukan, Rashidi sentiasa setia menunggu isterinya dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Mengenali Rashidi yang mesra dan gemar berjenaka, mereka tampak biasa dan tidak henti mengusik antara satu sama lain.

“Mana tidak terkejut apabila mendengar berita ini kerana saya tidak nampak pula sebarang masalah atau tanda yang memperlihatkan pasangan itu sedang menyembunyi kemelut kerana sepanjang penggambaran diadakan, kedua-duanya mesra dan romantik,” katanya.

Sementara itu laman sosial peribadi, Twitter milik Vanidah turut tidak memperlihatkan sebarang masalah kerana masih melayan peminat serta teman-teman yang bertanya khabar.

Sunday, January 16, 2011

Usia Bukan Penghalang

PASANGAN pengantin bersanding di pelamin yang indah dan gah di Hotel Flamingo, Ampang, kelmarin.


SEPANJANG penglibatan Rabecca Nur Islam Ahmad, 25, dalam industri hiburan tanah air, sememangnya pelakon berkenaan tidak pernah lari daripada pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Ada kalanya kisah-kisah kontroversinya itu lebih hangat diperkatakan berbanding mengenai perjalanan kariernya sebagai seorang pelakon. Namun, dia dilihat tidak cepat melatah dengan setiap kisah hangat mengenai dirinya yang hangat diperkatakan.

Tentunya yang paling hangat diperkatakan adalah mengenai penampilan imej seksi yang ditonjolkan dan dikatakan tidak sesuai dengan nama yang diberikan oleh ibu bapanya.

Apatah lagi dengan gambar-gambarnya yang banyak tersebar di laman-laman blog sehingga dia mendapat kecaman pelbagai pihak terhadap penampilannya itu.

Tidak ketinggalan juga mengenai hubungan percintaannya yang sering menjadi persoalan sebelum ini. Tiga tahun bercinta, namun Rabecca cukup bijak merahsiakan tentang identiti lelaki yang bertakhta di hatinya itu.

Kemudian segala persoalan akhirnya telah terjawab apabila dia memilih Nor Azam yang merupakan seorang peguam berusia 43 tahun dan duda kepada dua orang anak untuk menjadi suaminya.

Ketika diajukan mengenai perbezaan usia di antara dia dan suaminya itu, Rabecca yang menguntum senyuman manis menjawab dengan tenang persoalan yang diajukan kepadanya itu.

"Biarpun jarak usia kami agak jauh, tetapi apa yang membuatkan saya tertarik dengan suami saya ini adalah sifat kebapaan yang dimiliki olehnya dan dia seorang lelaki yang cukup penyayang.

"Lagipun sudah ditakdirkan jodoh kami berdua dan soal usia tidak menjadi sebarang masalah buat saya. Malah, suami saya sendiri menyifatkan saya adalah seorang wanita yang cukup matang," ujarnya ketika ditemui sebaik selesai majlis pernikahan.

Ana Raffali terpaksa batalkan chat Utusan Online

Ana Raffali


KUALA LUMPUR -
Penyanyi dan komposer yang baru memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25 baru-baru ini, Ana Raffali terpaksa membatalkan sesi chat bersama Utusan Online yang dijadualkan ke udara malam esok kerana kematian neneknya.

Ana ketika dihubungi berkata, beliau meminta maaf di atas pembatalan tersebut kerana beliau perlu menghadiri majlis tahlil yang diadakan di kampungnya di Temerloh, Pahang.

Allahyarham Zaleha Ariffin, 76 meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini, malam tadi.

Saturday, January 15, 2011

Berbikini di Bali: Fasha Sandha akui kesilapan



MULANYA enggan bersuara mengenai kontroversi gambar berbikini ketika bercuti di Bali, yang disifatkan sebagai ruang peribadi yang tidak sepatutnya diceroboh sesiapa, Fasha Sandha lebih selesa membiarkan semua liputan berbaur spekulasi tanpa sebarang kesahihan itu berlalu begitu saja meskipun reputasinya besar dihimpit persepsi negatif.

Bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun itu tidak mampu lagi untuk diam dan bersembunyi apabila teman baiknya yang turut sama mengikutinya bercuti di Bali, Shazwani Zainul tampil mempertahankan dirinya yang teruk dihentam sebagai punca dengan memuat naik gambar percutian itu di ruangan sosial Facebook miliknya.

Fasha Sandha ketika ditemui untuk mengulas kenyataan Shazwani mengenai tuduhan sama bagaimanapun menyifatkan segala kemelut yang timbul hanya salah faham hingga meleret menjadi besar.

Mengakui Shazwani adalah teman rapat, Fasha hanya melihat kesilapan Shazwani memuat naik gambar percutian mereka dan terlupa akan statusnya bergelar selebriti dan bukan berniat menganiayainya.

“Saya sendiri terkejut kerana isu ini menjadi serius dan berlarutan hingga banyak sudut cerita lain yang disangkut sama. Puncanya hanya kecil iaitu salah faham komunikasi dan tersilap langkah dengan memuat naik gambar itu, namun impak yang tinggal sungguh teruk hingga memalukan pihak saya juga.

“Puncanya hanya Shazwani tersilap dengan memuat naik gambar percutian kami di Facebook miliknya dan kemudian diambil untuk diletak di beberapa blog Internet. Kemudian ada pihak lain pula mengambil kesempatan untuk membesarkan perkara itu.

“Memang saya memberi kebenaran kepada Shazwani untuknya meletakkan gambar itu di Facebooknya kerana saya tahu dia juga ingin berkongsi gambar itu bersama teman lain serta keluarganya. Bagaimanapun saya tersilap kerana gagal melihat dulu setiap gambar yang ingin diletakkan kerana yakin dia tahu kesannya kemudian hari.

“Namun semua itu salah saya juga dan bukan kesilapan Shazwani sepenuhnya kerana sepatutnya saya perlu mengingatkan yang mana gambar sesuai dan tidak untuk diletak. Shazwani bukan selebriti dan mungkin dia terlupa akan impak gambar itu kepada saya.

“Jujurnya saya kesal dan tidak menyangka isu ini mengheret nama baik Shazwani hingga ke tahap ini. Empat belas tahun kami bersahabat sejak bersekolah, Shazwani memang teman baik dan saya percaya dia tiada niat untuk memalukan atau menganiayai saya. Dia hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan ketika kami bercuti,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan ibunya yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan menyerang dan menyalahkan Shazwani sepenuhnya, Fasha enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan tindakan ibunya sekadar ingin membela nasibnya yang kian buruk dilempar kontroversi.

“Saya faham situasi kedua-dua pihak, baik Shazwani mahupun ibu saya. Yang boleh saya angkapkan, ibu sangat tertekan dengan segala laporan yang tidak henti-henti diterbitkan mengenai anak gadisnya.

“Justeru dia tampil dengan niat baik untuk menghentikan segala cerita dan membela diri saya. Namun tindakannya saya akui mungkin mengguris hati Shazwani.

“Justeru, saya ingin memohon maaf kepada Shazwani bagi pihak ibu dan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Kontroversi yang membuka lembaran 2011 bagi bintang filem 4 Madu ini bagaimanapun tidak terlalu meletak beban kepadanya meskipun Fasha kini sibuk menguruskan perniagaan salun miliknya.

Friday, January 14, 2011

Rahmat cinta tiga tahun Rabecca-Nor Azam

NOR AZAM menyarungkan cincin di jari manis Rabecca selepas mereka diijabkabulkan di Ukay Perdana, Ulu Klang malam tadi.


KUALA LUMPUR - Selepas tiga tahun bercinta, pelakon seksi Rabecca Nur Al-Islam akhirnya selamat diijabkabulkan dengan seorang duda, Nor Azam Sulaiman pada majlis pernikahan di Ampang dekat sini malam tadi.

Rabecca, 25, dan Nor Azam, 43, yang juga seorang peguam telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim.

Rabecca kelihatan anggun dengan persalinan baju kurung moden rona putih hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo.

Dia menerima mas kahwin sebanyak RM333.33 serta 13 dulang hantaran berbalas 15 kepada pihak lelaki.

Thursday, January 13, 2011

Dayang dapat pujian di Oman



DALAM kesibukan mempromosikan album terbaru, Sayang & Cahaya, penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang, 30, baru-baru ini terbang ke Oman bagi menjayakan persembahan sempena penutupan kejohanan 2nd Asian Beach Games Muscat 2010.

Acara sukan besar itu berlangsung dari 13 hingga 16 Disember lalu di Al Musannah Sports City, Oman dan turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen Emiriyah Arab Bersatu dan saluran sukan ESPN yang mempunyai hampir 50 juta penonton di seluruh dunia.

Dayang mengakui berasa amat bertuah kerana sepanjang 11 tahun pembabitannya dalam dunia nyanyian, inilah kali pertama dia memperoleh peluang untuk menjayakan persembahan di acara besar di luar negara.

Katanya, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang membuka peluang itu apabila memperkenalkannya kepada Hisham, penyanyi terkenal dari Oman lebih kurang tiga tahun lalu.

"Penganjur kejohanan mencari penyanyi Asia kerana kejohanan besar yang mula diperkenalkan pada 2008 di Bali, Indonesia, akan diadakan pula di China pada 2012.

"Hisham mencadangkan nama saya dan meminta kami menghantar keterangan kerjaya juga video rakaman persembahan yang pernah dilakukan. Menerusi Hisham juga, saya difahamkan ahli jawatankuasa penganjuran acara sukan itu bersetuju menjemput saya membuat persembahan kerana kemampuan saya membawakan lagu Inggeris," katanya.

Pada persembahan pada malam penutup di Stadium Al Musannah Sports City itu, Dayang berduet dengan Hisham mendendangkan lagu ciptaan penyanyi Oman itu bersama Yasin, Let's Us Unite.

"Selesai acara penutup, saya turut menjayakan persembahan untuk orang awam dan mendendangkan empat lagu termasuklah berduet bersama Hisham. Mereka melayan saya dengan baik dan saya terharu kerana persembahan saya turut mendapat pujian dari pihak penganjur mahupun Hisham sendiri," katanya.

Menceritakan pengalamannya di Oman, jelas Dayang, dia berasa seronok apabila masyarakat di sana boleh menerima persembahan diadakan, malah mereka turut menari dan menyanyi bersama.

"Tidak dinafikan, apabila mengadakan persembahan besar di luar negara saya berasa gementar terutama apabila memikirkan penerimaan mereka. Tidak sangka sebaik saya menyanyi, mereka mula bersorak dan berdiri untuk menyanyi dan menari. "Sehingga ada seorang wanita yang dipanggil naik ke atas pentas memberitahu saya, sepanjang hidupnya dia tidak pernah menari di hadapan orang ramai. "Bagaimanapun, sebaik mendengar saya menyanyi dia berasa teruja untuk ikut menari bersama hadirin yang lain," katanya.

Pada persembahan itu, Dayang mendendangkan beberapa lagu secara medley antaranya Sweet Dreams dan Single Ladies, You To Me Are Everything, Fantasy juga lagu Need A Break dan Survivor secara penuh.

Wednesday, January 12, 2011

Fasha ke Bali melepaskan tension ??

Jejai


SHAH ALAM - Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.

Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

"Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.

"Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu," beritahu rakan Fasha itu.

Tuesday, January 11, 2011

Fasha dianggap tidak profesional



KUALA LUMPUR – Selepas gambar kontroversinya memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar di Facebook dan disiarkan Kosmo!, pelakon popular Fasha Sandha bertindak menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak.

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.

Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.

Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.

“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.

Monday, January 10, 2011

Perang siber kerana Ana Raffali

ANA RAFFALI bersama trofi juara lagu pada AJL25 kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) anjuran TV3 kelmarin ternyata kurang disenangi sesetengah pihak.

Selain tindakan penonton yang terus meninggalkan Stadium Putra Bukit Jalil sebaik sahaja lagu berkenaan diumumkan sebagai pemenang, terdapat banyak komen yang mempertikaikan pemilihan lagu itu dalam blog tempatan.

Ada yang menulis lagu itu membosankan, tidak ada daya penarik selain tiada kekuatan yang diperlukan untuk diangkat sebagai juara.

Rasa tidak puas hati itu mendorong pihak tertentu melepaskan rasa tidak senang mereka di Internet termasuk mewujudkan akaun Facebook dengan menggunakan nama 'Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL25'.

Kosmo! sempat memetik beberapa kritikan daripada akaun Facebook itu seperti 'Ana Raffali menyanyi sambil menguap tak sedap langsung', 'Tolong Ingatkan Aku? Memang aku tak nak ingat dia yang menang', 'Aku tak kisah orang lain tetapi kenapa Ana Raffali' dan 'Ana Raffali penyanyi syok sendiri suara tak sedap dan lagu entah apa-apa.'

Sunday, January 9, 2011

Ana Rafal: Juara Lagu AJL25

Ana Rafali selepas muncul juara AJL25, malam tadi. Di kanan, Ahmad Izham.


KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafali berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Menerusi kemenangan itu juga, lagu ciptaan dan lirik oleh Ana sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi lagu Drama King dendangan Black dan Meet Uncle Hussain yang berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Kalam. Lagu dendangan Hafiz itu memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Lagu sama membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Faizal Tahir menang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Antara lagu lain yang bertanding pada AJL25 kali ini ialah Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, Black (Sofea Jane), A.P.I (Pelita), Yuna (Cinta Sempurna), Hujan (Mencari Konklusi), Bunkface (Extravaganza), Tomok (Berlari), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Adira (Ku Ada Kamu), Stacy (Jahat).

Barisan juri profesional untuk AJL25 daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M Nasir sebagai Ketua Juri; Habsah Hassan; Hasridz Murshim Hashim (Acis); Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer); Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search); Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) dan Andy Flop Poppy.

Acara gilang-gemilang ini sekali lagi menggandingkan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar untuk memeriahkan suasana.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Francesca Peters menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran, Nash (Pada Syurga Di Wajahmu), M Nasir (Tanya Sama Hud Hud) dan interlude istimewa membabitkan Datuk Sharifah Aini yang mendendangkan lagu pop, Ziana Zain (balada) dan Datuk Siti Nurhaliza (Etnik Kreatif).

AJL25 yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahmad Izham Omar.

Saturday, January 8, 2011

Jamal tanggung risiko

KEMUNCULAN Datuk Dr. Ahmad Nawab dengan tiupan saksofon barunya menambah tenaga kepada J2011-Legenda Jamal di Istana Budaya.


DIA digelar legenda yang masih hidup. Lebih 20 tahun disanjung kerana gema vokalnya yang tiada tandingan, Jamal Abdillah berdepan segala kerenah dunia sepanjang tempoh itu.

Memulakan tahun 2011 dengan konsert meganya bergelar J2011-Lagenda, Jamal sekali lagi berdepan kesulitan. Gelaran legenda belum cukup gah untuk dia bersama syarikatnya Bintang Chanel mendapat sokongan penaja sebagai penyumbang impak kepada konsert yang bermula kelmarin hingga esok, di Istana Budaya itu.

"Mungkin pihak saya sendiri lambat menghantar cadangan kepada penaja atau syarikat korporat. Kita faham bahawa bajet mereka dikeluarkan awal tahun sedangkan kita pula datang penghujung tahun untuk mencari penaja.

"Sebenarnya, bagi membuat persiapan untuk mengadakan sesuatu konsert termasuk penyediaan kertas kerja, ia mengambil tempoh selama setahun sebelum penetapan tarikh konsert," kata penyanyi berusia 52 tahun itu optimis.

Bukan sahaja bajet yang terhad, sepanjang penganjuran konsert J2011-Lagenda, penyanyi tersohor menerusi puluhan lagu berhantu itu turut terkena tempias sensasi, kononnya dia 'anak emas' Istana Budaya (IB). Disebabkan faktor itulah, Jamal didakwa mudah mendapat tempat di Panggung Sari yang menjadi dambaan ramai anak seni.

Sensasi Bintang: Apa masalah utama menyebabkan sukar mendapat kepercayaan penaja?

JAMAL ABDILLAH: Mungkin kertas kerja pihak saya tidak berjaya meyakinkan, penaja perlu tahu apakah keuntungan dan pulangan pelaburan yang mereka perolehi sekiranya menaja konsert seseorang artis. Keyakinan itu yang saya tidak mampu buktikan. Bab itulah yang saya tidak arif. Tak mengapalah, lagi pun tahun lepas juga saya buat konsert tanpa penaja besar.

Untuk konsert kali ini pula, adakah Jamal berpuas hati dengan keseluruhan kelancaran dan perancangan yang telah diatur?

Ikutkan kata hati, saya mahu hasil yang lebih baik setiap mengadakan konsert. Kalau dilihat dari segi masa yang diperuntukkan dengan latihan, inilah hasil terbaik yang telah saya usahakan.

Friday, January 7, 2011

Rosyam harap tiada masalah lagi

( Rosyam bersama anak-anak kesyangannya)


SELEPAS empat minggu bersiaran, program realiti Pilih Kasih terus hangat dengan sensasi yang tercipta secara tidak sengaja. Jika sebelum ini program cetusan idea Rosyam Nor ini panas dengan komen tajam Rosyam sendiri yang menyelar tenaga pengajar tidak memberi 'pendidikan' terbaik buat barisan 14 artis yang bertanding, Pilih Kasih kemudian dikejutkan dengan pengguguran dua artisnya yang dianggap tidak berdisplin.

Belum surut termometer tersebut, pada minggu keempat yang lalu, seorang artis mereka, Raffamie Karama, 25, dengan rela hati mahu meninggalkan pentas Pilih Kasih atas alasan berkaitan masalah peribadi.

"Saya minta maaf kepada semua peminat yang telah mengundi saya selama ini dan terutama sekali kepada Abang Rosyam kerana saya memang ada masalah keluarga yang perlu saya uruskan di luar sana," begitu jelas Raffamie yang telah menyelamatkan tiga artis terbawah pada malam itu iaitu Mira Amnas, Bodt Sharade dan Nur Jannah.

Kecewa dengan tindakan yang diambil Raffamie sewaktu barisan artis lain mula mendapat rentak yang lebih cantik untuk memantapkan persembahan mereka, Rosyam tidak mampu menahan kehendak jejaka dari Sabah itu.

Menurut Rosyam, dia tidak memerlukan seorang artis yang lemah.

"Saya amat terkejut dan tidak menyangka bahawa ada antara artis Pilih Kasih ini yang mempunyai masalah sedemikian.

"Jika saya tahu lebih awal sudah pasti saya akan menyingkirkan Raffamie tanpa rasa ragu dari minggu yang pertama.

Thursday, January 6, 2011

Raudhah taruhan terbaru TV9

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (belakang lima dari kiri) ditemani Johan (belakang tujuh dari kanan) bergambar bersama pengacara yang terlibat pada majlis pelancaran Program Raudhah dan Akademi Al-Quran 5 TV9 bertempat di Sri Pentas baru-baru ini.


STESEN televisyen TV9 nampaknya semakin sinonim dengan pelbagai program berunsur keagamaan. Menyedari kekuatan mereka terletak kepada program-program berunsur demikian, TV9 membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan Raudhah iaitu penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di saluran tersebut.

Raudhah, merangkumi lapan program ilmiah yang terdiri daripada Akademi Al-Quran 5 (AQ5) yang juga merupakan program utama dalam penjenamaan Raudhah. Ia diikuti dengan Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik dan Al-Quran.

Menurut Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar, penjenamaan semula Raudhah diperkenalkan sebagai satu destinasi untuk kesemua penonton Muslim moden mencari isi kandungan rohaniah mereka sekali gus mempelbagaikan ilmu pengetahuan.

“Kami percaya ramai di luar sana yang mengharapkan program-program sebegini wujud dan kami berjanji akan memberi kualiti yang terbaik untuk penonton,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Raudhah di Sri Pentas baru-baru ini.

Sementara itu, program baru, Safiyya pula, ia memartabatkan wanita zaman moden yang menitikberatkan imej muslimah serta nilai-nilai keIslaman.

Wednesday, January 5, 2011

Tun Mahathir janggal diinterviu Siti Nurhaliza

TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.

Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.

“Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.

“Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas,” jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

TAMPIL dengan single berjudul Lagu Mahu Kamu, Aisyaa yakin dirinya mempunyai tempat dalam industri.


JIKA diperhatikan rupanya, pasti ramai yang tidak menyangka empunya nama Aisyaa Hasnaa Umaruddin atau nama komersialnya, Aisyaa Hasnaa baru mencecah umur 20 tahun.

Dia tampak matang daripada usia sebenar dan yakin dengan penglibatan perdananya dalam bidang seni.

Gadis sunti yang berzodiak Leo ini sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil dan pertama kali dia mempersembahkan bakatnya secara rasmi dalam pertunjukan amal BAKTI bagi acara anugerah GIFA yang bertempat di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Malah pada usia 16 tahun, dia juga telah terdedah dengan bidang lakonan.

Memegang watak Scaramouche dalam teater muzikal We Will Rock You terbitan Cempaka Muzikal Production, Aisyaa akui berlakon juga menjadi minatnya selain nyanyian.

Bagaimanapun, bicara pelajar tahun kedua Kolej Universiti Sunway yang mengambil jurusan seni pentas ini, kejayaan dalam bidang nyanyian mahu dicapainya dahulu sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

"Memang Aisyaa minat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan tetapi biarlah Aisyaa tumpukan sepenuhnya kepada nyanyian dahulu.

“Lagipun Aisyaa masih belajar. Takut tidak punya masa untuk melakukan kesemuanya," tutur Aisyaa yang juga adik kepada hos program masakan Icip-Icip, Anis Nabilah.

Dengan penuh yakin juga, Aisyaa merasakan vokalnya akan menjadi taruhan kerana kelainan yang ditampilkan selain genre yang dibawa iaitu pop.

"Aisyaa rasa vokal Aishaa mampu berikan kelainan kepada pendengar dan peminat muzik selain menyampaikan lagu yang berentak pop," ujar gadis kacukan Pakistan Melayu ini.

Aisyaa kini sedang bernaung di bawah produksi Wake The Baby Record milik penyanyi, komposer dan penulis lirik berkaliber, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas.

Taruhan single pertama Aisyaa yang bertajuk Lagu Mahu Kamu telah pun ke udara di corong radio MuzikFm. Lirik dan susunan lagu ini, kedua-duanya telah dicipta dan disusun oleh Ajai.

Bertutur mengenai genre lagu yang dihasilkan bagi single Lagu Mahu Kamu, kata Aisyaa, ia berentak rancak sesuai dengan umurnya yang masih remaja itu.

Antara lagu lain yang akan turut dimuatkan dalam album mininya kelak ialah Chenta, Dusta dan Graviti.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2