NUFFNANG ADS

Thursday, January 30, 2014

Lan Kristal Bakal Timang Anak Lelaki


Tahniah diucapkan buat vokalis kumpulan Kristal, Lan yang akan menimang cahaya mata lelaki pada bulan Julai ini. Isteri Lan, Shila telah disahkan mengandung dan usia kandungannya itu sudah mencecah hampir lima bulan.

Sebelum ini, mereka sudah pun mengetahui tentang berita tersebut tetapi belum bersedia untuk berkongsi tentangnya dengan umum.

"Sebelum ini, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tetapi selepas doktor mengesahkan jantinanya lelaki, barulah kami rasa selesa untuk berkongsi. Lan juga hampir melompat di dalam bilik doktor sebaik sahaja mendapat tahu anak yang bakal dilahirkan ini lelaki.

"Tetapi mengandung kali ini, saya mengalami alahan yang cukup teruk. Saya sentiasa muntah setiap kali makan dan tidak boleh memakai sebarang alat solek selain tidak boleh menghidu apa jua jenis pewangi atau pun pembersih rumah. Apa pun, kini Lan sedang gigih mencari nama anak lelaki yang ada empat huruf," kata isteri Lan, Shila ketika dihubungi pagi tadi.

Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang masing-masing berusia tiga tahun lebih dan setahun lebih. 

Wednesday, January 29, 2014

Personaliti TV3 sah bercerai

HASFIZZA (kanan) dan Afief Farhan ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor semalam.

Personaliti TV3, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 32, sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan, Afief Farhan Fauzi, 33, selepas mereka bersetuju untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Klang semalam.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin meluluskan penceraian pasangan tersebut setelah meneliti dokumen perjanjian kedua-dua pihak sebelum membenarkan Afief Farhan melafaskan cerai talak satu ke atas Hasfizza.

Hasfizza yang hadir berbaju kurung merah jambu menitiskan air mata selepas mendengar lafaz cerai daripada ahli perniagaan tersebut.



Tuesday, January 28, 2014

Yana nafi tunggu lamaran Fadzil

Berkecimpung dalam bidang seni sejak tahun 2008, pelakon Yana Samsudin jarang disentuh dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah peribadinya.

Cuma sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai cerita yang timbul membabitkan dirinya, terutamanya dikaitkan dengan Fadzil Zahari yang juga merupakan adik Farid Kamil, selain dikatakan bertunang dengan anak tokoh korporat serta dituduh pula membuat pembedahan hidung.

Terbaharu, timbul pula cerita yang mengatakan bahawa kini pelakon yang mula dikenali menerusi filem Adnan Sempit itu mengeluarkan kenyataan dia sedang menunggu lamaran perkahwinan daripada Fadzil ketika ditemu bual oleh wartawan semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth (MIG) yang berlangsung di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Bagaimanapun, Yana yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini menafikan sekeras-kerasnya ada menyatakan perkara sedemikian seperti yang telah dilaporkan oleh sebuah laman portal hiburan sebelum ini.

" Dalam temu bual yang berlangsung itu, saya cuma cakap tidak pasti bila akan berkahwin, meskipun sudah bersedia ke arah itu pada tahun ini. Sebagai seorang perempuan, saya cuma menunggu lamaran, tidak pula menyatakan lamaran daripada Fadzil.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu orang ramai, terutamanya peminat melihat saya ini pula yang terhegeh-hegeh, malah saya turut ditegur oleh bapa apabila cerita sebegitu dipaparkan.

Apakah status hubungan Yana dengan Fadzil sekarang ini?

Apa yang boleh saya katakan tentang hubungan kami adalah masih lagi berkawan seperti dahulu dan tiada sebarang perubahan. Lagipun, kami sudah lama berkenalan iaitu sejak saya mula-mula berkecimpung dalam bidang seni dahulu.

" Sebenarnya itu bukanlah menjadi penyebab utama saya masih lagi solo. Saya akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang, namun belum berjumpa jodoh yang sesuai lagi.

Pihak MIG, terutamanya David Teo memang tidak pernah menghalang saya untuk mendirikan rumah tangga, malah beliau sentiasa mendoakan agar saya cepat bertemu jodoh.

Monday, January 27, 2014

Kilauan Emas: Misi cari ‘otai berbisa’


Selepas menyaksikan Mior Yazid Ahmad dinobatkan sebagai juara musim ketiga program Kilauan Emas tahun lalu, Astro membuka lembaran baru tahun ini dengan meneruskan misi pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ bagi musim terbaru.

Masih mengekalkan format asal, program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian bagi generasi berusia 40 tahun ke atas ini memulakan sesi uji bakat di enam lokasi seluruh Malaysia bermula dengan 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Februari depan.

Uji bakat diteruskan ke pusat beli-belah Hills di Kuching, Sarawak (15 Februari), Berjaya Megamall, Kuantan (22 Februari), Berjaya Waterfront Mall, Johor (1 Mac), Megamall Pinang, Seberang Perai (8 Mac) dan diakhiri di SACC Mall, Shah Alam (15 dan 16 Mac).

Bagaimanapun, hanya 300 peserta terawal dipilih di setiap lokasi dengan syarat tidak merakamkan album dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh uji bakat.

Setiap uji bakat dibuka jam 9 pagi hingga 1 petang dan calon peserta digalakkan untuk hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Untuk kali ini, hadiah lebih lumayan berbanding program sebelum ini apabila menawarkan juara RM100,000 berserta sebuah kereta Toyota Camry dan trofi manakala naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear.

Sementara pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang wang tunai RM30,000 dan RM15,000 beserta trofi.

Pemenang untuk kategori Anugerah Juri pula bakal menggondol wang tunai RM10,000 dan trofi.

Mizz Nina tinggalkan dunia hiburan


PENYANYI Mizz Nina mula mengambil keputusan berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada 25 Oktober tahun lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Terkini, Mizz Nina, 34, melalui satu lagi fasa baharu apabila mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pula.

Anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim itu mengakui mahu berhenti menyanyi untuk memberi fokus pada ibadah dan juga perniagaannya.

Berangkat ke Mekah mengerjakan umrah bersama suami dan keluarga pada hari ini (Isnin), Mizz Nina juga berkongsi mengenai rasa hati apabila mengambil keputusan meninggalkan kerjaya nyanyiannya. Selain itu, Mizz Nina turut menyebut tentang ‘bayi pertama’nya.

"  Ini adalah perkara baharu yang saya dapati dan fahami selama saya menuntut ilmu daripada beberapa ahli agama. Pengalaman yang pernah saya lalui selama ini juga memaksa saya untuk berubah. Selepas ini saya akan mengurangkan aktiviti nyanyian. Saya tidak akan membuat persembahan dalam kalangan penonton yang bercampur. Saya hanya akan membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.

Adakah keputusan Nina ini dipengaruhi oleh sesiapa?

Tidak. Keluarga sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Begitu juga Noh, dia sentiasa menyokong keputusan saya.

Nyanyian dan tarian sudah sebati dengan Nina sebelum ini. Jadi, adakah sukar bagi Nina untuk membuat keputusan ini?

Terpulang kepada sama ada anda mahu fokus dunia atau akhirat. Saya sendiri sudah puas melalui zaman tersebut dan saya tidak menyesal meninggalkan bidang nyanyian.

Sekarang saya mahu fokus pada ibadah dan juga perniagaan pakaian Muslimah iaitu Madeena.

Saturday, January 25, 2014

Zizan Kuasai Pencalonan Akhir ABP2013


Membawakan tema 'Magis Alam', Anugerah Bintang Popular 2013 akan kembali ke pusat percutian tanah tinggi Genting Highlands pada 6 April depan.

Majlis pengumuman 'Top 5' untuk kategori yang dipertandingkan telah diadakan semalam menyaksikan penguasaan pelawak terkenal, Zizan Razak yang mengungguli pencalonan di lima kategori.

Berikut senarai penuh calon akhir setiap kategori untuk ABP2013;

Artis Baru Lelaki Popular
1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular
1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
4. Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Adiputra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular
1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Penyanyi Lelaki Popular
1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo / Berkumpulan Popular
1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

KATEGORI ONLINE

Artis Lelaki Stailo
1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo
1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar
1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafril & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
4. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular
1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular
1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi YouTube Paling Popular
1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM Merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-Kanak Riang (Mat Luthfi)

Friday, January 24, 2014

Isteri Awie Tidak Mahu Dengar Gosip Dengan Wanita Lain


Jika difikir balik, pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk membenarkan suami kembali bercinta dengan bekas kekasih lama.  Tapi, itulah yang dilakukan oleh Rozana Misbun, isteri kepada Awie.

Menurut Rozana, dia tidak berfikir panjang untuk menyatakan persetujuan apabila suaminya meminta izin untuk berlakon kembali dengan Erra Fazira di dalam Konsert Teaterikal Suara Kita pada Mac akan datang.

"Mula-mula agak terperanjat juga bila Awie nyatakan hal itu.  Saya ada tanya tidakkah nanti akan terdetik atau terimbau kisah lama.  Tapi, bila saya fikir balik masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.

"Jadi, saya terus kata OK dan tidak menghalang pun.  Saya tidak mahu fikir benda lain, kerana percayakan suami.  Lagi pula, itu kan urusan kerja.  Selama ini pun, saya menyokong setiap apa yang dilakukannya," ujar Rozana yang ditemui di sidang media konsert itu semalam.

Namun, satu perkara yang tidak diingini berlaku dalam perhubungan mereka ialah gosip dengan wanita lain.

"Sepanjang kami bersama, saya tidak pernah kacau kerja dia.  Gosip lain saya tidak kisah, tapi jangan gosip fasal perempuan.  Dari mula kahwin lagi saya sudah cakap tentang hal itu," kongsinya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga menambah, dia tidak meletakkan syarat tertentu untuk suaminya kembali bergandingan bersama Erra.

"Saya kenal siapa suami saya dan saya percayakannya 100 peratus.  Lagi pun, saya juga merupakan peminat Erra Fazira," ujarnya lagi.

Thursday, January 23, 2014

Shazleen Shahbi Selamat Lahirkan Bayi Kembar


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shahzleen Shahbi, 40, yang telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar di Pusat Perubatan Gleneages Intan pada kira-kira jam 9 pagi, Isnin lalu.

Memetik laporan sebuah akhbar, sungguhpun teruja dan bersyukur dengan kelahiran anak kembarnya, Shazleen tetap mengharapkan keprihatinan ramai untuk memberikan petua serta teknik penjagaan terbaik untuk bayi kembar.

"Penjagaan anak kembar agak berbeza dan saya banyak mencari info menerusi Internet mengenai pemakanan untuk mereka dan bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman tentang cara menjaga dan menyusukan mereka," ujarnya.

Shazleen mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Badrul Hisham Md Isa, pada tahun 2002 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Alham Akhyar, 11, Putri Dulillah, 7, dan Putri Doa, 3 tahun.

Sebelum ini Shazleen begitu dikenali dengan lakonan dalam drama dan filem seperti 'Layar lara', 'Momok The Movi'e dan banyak lagi. Selain itu, dia turut aktif membintangi iklan-iklan komersil seperti  Lipton, Perodua, Kent dan Lux.

Wednesday, January 22, 2014

Kes khalwat Shah Jaszle 8 April depan


Mahkamah Rendah Syariah Petaling semalam menetapkan perbicaraan kes khalwat pelakon Shah Jaszle pada 8 April depan selepas representasi untuk menggugurkan kesnya ditolak bahagian pendakwaan.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafidzi Ahmad.

Pada 12 November tahun lalu, Shah Jaszle atau nama sebenar Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, didakwa berkhalwat dengan bekas pekerja bank, Farah Nurizzati Salleh, 22.

Tuesday, January 21, 2014

Kakak Datuk Siti Nurhaliza sudah temui pengganti

SAIDA selesa berkawan dengan duda anak dua yang dipanggil Apit.

SELEPAS sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya pada tahun 2011, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 6, Siti Nursaida Tarudin pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki termasuk yang berpangkat Datuk.

Bagaimanapun, menurut laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza itu kini sudah berjumpa pengganti baharu.

Memetik laporan sebagai berkata, ibu kepada empat anak itu (Siti Nurunnyssa, 17, Anas, 15, Khalid, 11, dan Siti Nurul Mashitah, 8) sering memuat naik foto bersama seorang jejaka kacak di laman sosial Instagram dan mendapat respons positif daripada peminat.

Alhamdulillah, masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing dan saya ikut resmi ‘go with the flow’ (ikut arus) saja.

Siapakah lelaki itu sebenarnya?

Saya panggil dia Apit dan sejujurnya memang dia lelaki paling rapat dengan saya sekarang. Dia berasal dari Pulau Pinang, bekerja sendiri dan seorang duda anak dua. Walau usianya empat tahun lebih muda daripada saya, rasanya tiada masalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

" Kami berkenalan dua tahun lalu dan insya-Allah kalau sudah serasi akan ada fasa seterusnya. Dia rakan perniagaan saya dan bertemu pun ketika bekerja. Buat masa sekarang kami cuba dulu mengenali satu sama lain.

" Dia seorang lelaki yang memahami dan tidak mendesak. Persefahaman itu penting dalam membentuk keharmonian dalam sesebuah perhubungan, jadi dia faham saya dan saya faham dia, maka tiada sebarang masalah" sambungnya.

Sunday, January 19, 2014

Ustaz Don timang cahaya mata pertama


PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.

Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.

Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia. 

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," tulisnya, namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini.

Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.

Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini.

"Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari.

"Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami...Alhamdulillah syukur," tulisnya lagi.

Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana.

Saturday, January 18, 2014

Awal Ashaari - Scha Al-Yahya bakal timang anak pertama

Tahniah diucapkan kepada pengacara popular, Awal Ashaari yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Scha Al-Yahya telah disahkan hamil anak sulung mereka.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri Awal menerusi akaun Facebooknya.

"Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InshaAllah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with this rezeki. Terima Kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, Amin. #schawal #babyschawal #pregnant #secondtrimester #alhamdulillah."

Untuk rekod pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 4 May 2012. Tahniah!

Thursday, January 16, 2014

Azwan Ali putus Keluarga?


Sebelum ini, pernah meletus mengenai pertelingkahan dalam keluarga pengacara kontroversi, Azwan Ali di kaca TV. Terbaru, pengacara yang dikenali sebagai 'Diva AA' sekali lagi menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya apabila memuatnaik beberapa keping gambar di majlis amal bersama anak yatim.

"TIADA SIAPA LAGI YG MENGISI KEHIDUPAN AZWAN ALI ! EX FAMILI DI BUANG KERANA TAK BERMUHASABAH ! ANAK YATIM JADI PENGGANTI! OHHH TUHANNNN"

Itu merupakan 'caption' yang ditulis bersama gambar yang dimuatnaik. Media lantas mendapatkan penjelasan lanjut Azwan mengenai statusnya itu.

"Saya menjelaskan isu itu kerana ianya adalah kenyataan hidup. Saya bangga dapat mendedahkan isu itu dan tidak peduli mengenai pandangan masyarakat kerana yang dibidas dan dihentam itu adalah bekas darah daging saya.

 "Bagi saya tidak perlu merapatkan hubungan dengan orang-orang sedemikian yang tidak ada perasaan untuk bermuhasabah dan tidak memaafkan sesama sendiri!"

Menurut Azwan lagi, adik-beradik yang masih dianggap ahli keluarga hanyalah YB Azmin Ali sekeluarga serta abang sulungnya, Azman Ali sekeluarga.

"Lupakan seketika mengenai pandangan politik mereka. Bagi saya hanya mereka ahli keluarga saya sekarang manakala selebihnya yang kerap kali melagakan keluarga, busukkan nama keluarga dan enggan bermuhasabah bukan darah daging saya!

"Selama hari ini, disedari atau tidak, saya Azwan Ali telah bergelumang dengan kontroversi yang tidak langsung menguntungkan karier hanya kerana berada bersama 'ex-family'.

"Alhamdulillah, selepas tidak berhubungan dengan mereka, rezeki saya semakin melimpah ruah. Saya akui dahulunya adalah kesilapan besar. Sebentar tadi saya baru sahaja menghubungi agensi pelancongan dan insyaAllah menjelang Ramadan saya akan menunaikan umrah untuk kali ketujuh dan doakan selepas umrah ketujuh ini saya akan menunaikan Haji pula," ujarnya.

Ditanya mengenai punca tercetusnya pertelingkahan antara dia dan adik-beradiknya yang lain, Azwan memberitahu dua tahun lalu dia mengirimkan satu SMS mengajak mereka bermuhasabah diri.

"Saya hanya mengajak mereka bermuhasabah bukan untuk mereka sahaja tetapi untuk diri saya juga, dengan kata-kata yang baik. Namun begitu, mereka memberi respon yang tidak saya jangkakan. Mereka meroyan, mencaci malahan menghina saya dengan kata-kata nista!"

Menyentuh hubungannya bersama ibunya, Azwan mengambil langkah tidak mahu bercakap banyak. Baginya Mak Tom tetap ibunya dan dia tidak pernah putus mendoakan agar ibunya sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Wednesday, January 15, 2014

Shila Amzah diberikan dana RM5 juta oleh Shanghai Media Group

Shila Amzah

Penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, Shila Amzah, 24, telah disenaraikan oleh sebuah akhbar sebagai antara lima selebriti wanita Malaysia yang menerima pendapatan melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, Shila dikatakan menerima pendapatan berjumlah RM2.5 juta hasil daripada perjanjian kontrak syarikat rakamannya di Shanghai, China, royalti daripada penjualan album dan lagu, serta bayaran sebagai duta produk kecantikan.

Bagaimanapun, ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor semalam, Shila yang ditemani ibunya, Fauziah Sarman berkata, jumlah tersebut ternyata terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

“Saya akui, selepas memenangi pertandingan nyanyi Asian Wave dua tahun lalu, saya telah diberikan dana sebanyak RM5 juta oleh Shanghai Media Group (SMG) bagi memulakan karier nyanyian di sana.

“Bagaimanapun, dana tersebut tidak dikira sebagai pendapatan ataupun aset kerana ia digunakan untuk membiayai setiap kos yang diperlukan untuk penghasilan album dan lagu saya,” kata Shila yang menerima bayaran di Shanghai bukan secara kontrak tetapi mengikut jumlah projek yang dijayakannya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini turut berkongsi, dia ada menerima tawaran untuk berlakon drama dan filem oleh pihak SMG tetapi terpaksa ditolak atas sebab ingin mengukuhkan jajahan muziknya di sana terlebih dulu.

“Saya ada menerima beberapa tawaran tetapi biarlah orang di sana mengenali saya sebagai penyanyi. Lagipun, saya harus memantapkan penguasaan bahasa Cina sebelum merancang sesuatu yang lebih besar,” katanya yang baru-baru ini terlibat dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian Sing for China yang berlangsung di Beijing bulan lalu.

Tuesday, January 14, 2014

Didie Alias hamil di usia 40 tahun

TAHNIAH, diucapkan kepada pelawak serta pelakon popular Didie Alias,40, atas berita kehamilannya.

Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali dilaporkan hamil tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan suami keduanya, Norisham Ismail.

Memetik laporan akhbar tempatan, Didie berkata, dia dan suami berasa begitu gembira apabila mengetahui dirinya hamil.

"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham.

Mengulas lanjut, Didie menambah, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya kepada rezeki yang diberikan Tuhan.

"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh ALLAH kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya.

Monday, January 13, 2014

Puteri Sarah calon isteri Syamsul Yusof

Datuk Yussuf bersama isteri bergambar bersama Puteri Sarah

PENGARAH filem terkenal, Syamsul Yusof bakal bernikah dengan pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana bulan depan.

Perkara itu disahkan ibunya sendiri, Datin Patimah Ismail.

Menurut Patimah, majlis pernikahan bulan depan itu atas permintaan Syamsul sendiri.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas (semalam) dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.

"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya.

Kata ibunya, Syamsul menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah pada 28 Disember lalu.

Syamsul memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di Tanah Suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.

"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Makkah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Sunday, January 12, 2014

Ezzaty Abdullah lebih populer melalui iklan


Mungkin nama Ezzaty Abdullah belum dikenali seperti Izara Aishah, Nur Fathia dan Miera Liyana, namun, wajahnya sudah acapkali terpampang dalam komersial di kaca TV dan di dada akhbar.

Paling terbaru, pelakon berusia 23 tahun ini tampil menerusi iklan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang popular dengan dialog ‘Merah Sangatlah Mak Ngah’.

Versi baru iklan arahan Khabir Bhatia ini ternyata cepat mempopularkan pelakon yang bermula sebagai ekstra kerana apabila ke mana-mana, ramai yang memandangnya dengan penuh minat.

Berbanding dengan pelakon lain, tuah ternyata menyebelahi bekas graduan jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini kerana memperoleh laluan mudah untuk mencipta nama sebagai pelakon.

“Ketika belajar, saya jadi model untuk pelajar lain untuk tugasan mereka. Selepas itu saya disarankan untuk menjalani sesi uji bakat iklan dan ternyata prosesnya bukan mudah.

Saturday, January 11, 2014

Sharifah Aleya Hotfm nikah lagi

Sharifah Aleya selamat bernikah dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah.

SETELAH hampir dua tahun bersendiri, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya kembali menemui cinta baharunya.

Lebih mesra dipanggil Leya, anak sulung kepada Fatimah Abu Bakar itu dilaporkan telah selamat bernikah dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah.

Memetik laporan Facebook Artis Malaysia, mereka berdua diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara Petaling dalam majlis serba sederhana.

Leya bercerai bekas suaminya pada 29 Februari 2012 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan Aza Ameena dan Asha Ameena.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitter adiknya yang juga pelakon popular, Sharifah Amani dipetik sebagai berkata, "syukur alhamdulillah. Selamat semuanya.

"Terima kasih ya ALLAH. Restui mereka dengan cinta, kedamaian dan kegembiraan sehingga ke jannah. Insya-ALLAH. Amin," katanya

Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'

Linda Onn bersama suami

WALAUPUN sebelum ini penyampai radio popular, Linda Onn enggan berkongsi hari bahagianya bersama pemberita sekaligus menghalang peminatnya menatap wajah suaminya, namun semalam Linda telah berkongsi wajah pasangan hidupnya.

Linda, 36 yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember lepas telah berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar di laman sosialnya.

"Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari jurufotor rasmi tadi.

"Terima kasih suami ku Ungku Azhar untuk gambar itu.

"Sayang kamu 'like a love song'...muahh," tulisnya di laman mikro itu.

Linda dilihat memakai busana berwarna putih sedondon dengan suaminya.

Friday, January 10, 2014

Irma Hasmie menunggu kelahiran anak ke 2


Pengacara, Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini dikongsi oleh Redza Syah Azmeer menerusi gambar di Instagram yang memaparkan gambar bayi yang telah 'discan’.

“Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!

“Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,” tulisnya di instagram.

Pasangan ini dikurniakan anak sulung pada 29 Mac tahun lalu yang diberi nama Redza Syah Irfhan Shah Redza.

Thursday, January 9, 2014

Noh terpaksa tangguh umrah demi AJL

Noh dan Aizat

KURANG dari tiga minggu lagi, acara berprestij Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) bakal menggegarkan industri muzik tanah air.

Pastinya peserta yang berjaya ke peringkat akhir ini teruja untuk beraksi sebaiknya di malam AJL 28 nanti.

Namun berbeza pula dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang merupakan komposer, penulis dan penyanyi lagu In Love With You kolaborasi bersama Aizat Hamdan ini mengakui keterujaannya lebih kepada perancangan menunaikan umrah bersama isterinya, Miss Nina pada 27 Januari ini.

Menurut Noh, pada saat awal diberitahu lagu ciptaannya berjaya ke pentas akhir AJL 28, perkara pertama yang berada di fikirannya adalah untuk menarik diri dari terus bertanding.

"Sebenarnya, tarikh penerbangan asal yang kami terima pada 20 Januari. Kami dapat tarikh itu sebelum pihak AJL umumkan tarikh pertandingan akhir.

"Sudah tentu saya akan memilih untuk menunaikan umrah tambahan pula ini kali pertama kami pergi bersama dengan ke dua belah keluarga. Jadi semuanya terpulang kepada Aizat sama ada untuk teruskan atau tidak," katanya ketika di temui pada sidang media, AJL 28, Empire Hotel, Subang Jaya, kelmarin.

Bagaimanapun, Noh bersyukur kerana isteri dan keluarga memahami situasi dan kariernya dan bersetuju menundakan tarikh umrah sehari selepas malam akhir AJL 28.
"Kalau diikutkan, saya memang tidak kisah untuk menarik diri, tapi Nina dan keluarga menundakan tarikh penerbangan supaya saya terus bertanding.

"Tapi hati saya memang lebih teruja untuk tunai umrah," katanya.

Wednesday, January 8, 2014

Nedim nafi bakal nikahi Nora Danish


Lelaki yang dikaitkan sebagai kekasih aktres Nora Danish, Mohamed Nedim Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Nedim menafikan desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Nedim, 31, juga menegaskan, dia dan Nora tidak pernah membincangkan rancangan tersebut.

Anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena ulang tahun kelima anak Nora, Putera Rayqal Rizal Ashram di Ampang, Hulu Klang di sini semalam.

Tuesday, January 7, 2014

Kalau ingin melamar, ikut syarie - Heliza

Penyanyi jelita, Heliza Helmi, tiba-tiba bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim keempat itu dikatakan telah dilamar oleh pencipta lagu dan penyanyi terkenal, Hafiz Hamidun.

Cerita sensasi tersebut timbul berdasarkan kenyataan Hafiz dalam sebuah akhbar semalam tentang desas-desus lamarannya untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang kini merupakan penceramah bebas.

Biarpun tidak menyatakan nama wanita yang dilamarnya itu, namun ramai yang menyangka bahawa individu yang dimaksudkan itu ialah Heliza, berdasarkan maklumat yang dinyatakannya dalam akhbar berkenaan.

Ketika dihubungi media semalam, ternyata Heliza sangat terkejut apabila namanya telah dikaitkan memandangkan dia sendiri tidak mengetahui cerita mengenai lamaran yang dibuat.

" Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan.

Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.

" Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam), tegasnya.

Heliza akui mempunyai hubungan dengan Hafiz tetapi tidak lebih daripada sekadar sahabat. Lagipun, kami berdua sentiasa terlibat dengan program atau acara berbentuk keagamaan bersama-sama.

Ella sedia berhijab


RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.

“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya kepada media.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.

“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.

Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.

“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.

“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya.

Sunday, January 5, 2014

Pelakon Nisha Dirr selamat bertunang


Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan, pelakon Nisha Dirr, 30, akhirnya selamat melangsungkan pertunangan dengan Edi Khusyairi Ab. Kadir, 34, di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur petang tadi.

Pada majlis itu, Nisha atau nama sebenarnya, Nik Shahri'ah Nik Dir menerima sebentuk cincin emas putih yang disarungkan oleh bakal mertuanya, Datin Norizan Abd. Manaf.

Nisha berkata, walaupun dia dan Edi merancang tarikh pertunangan tersebut kira-kira dua minggu yang lalu, kesudian beberapa pihak yang ingin memberikan tajaan sedikit sebanyak membantu melancarkan majlis yang berlangsung secara sederhana itu.

"Kami berasa sungguh bersyukur kerana diberi tajaan walaupun keputusan untuk melangsungkan majlis petunangan ini dibuat pada saat-saat akhir.

"Alhamdulillah, tempoh dua minggu itu berjaya digunakan untuk merealisasikan majlis pertunangan kami pada hari ini," ujarnya kepada pemberita selepas selesai majlis itu.

Mengulas lanjut Nisha memberitahu, dia dan Edi mengikat tali pertunangan selama setahun sebelum melangsungkan majlis pernikahan.

"Saya dan Edi begitu sibuk dengan jadual kerjaya masing-masing.

"Justeru, tempoh itu akan saya gunakan untuk membuat persiapan majlis perkahwinan sebaiknya," ujarnya lagi.

Pada majlis itu, Nisha turut menerima lima dulang hantaran dan di balas tujuh kepada pihak lelaki.

Antara hantaran yang diterimanya termasuklah telekung dan sejadah, manisan dan biskut.

Saturday, January 4, 2014

Mila Jirin bakal kahwini VIP?


SUATU ketika dulu, penyanyi kecil molek ini pernah dikaitkan dengan seorang VIP yang berbangsa Cina, punya jet peribadi dan pernah menaja klip videonya.

Meskipun pada mulanya bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) enggan mengambil pusing dengan dakwaan itu, mamun lama-kelamaan ia semakin menjadi buah mulut orang.

Menyedari dakwaan itu akhirnya menjejaskan kredibiliti dan imejnya, Mila Jirin, 27, kemudiannya tampil memberikan penjelasan.

Menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, jelas Mila, VIP itu merupakan kenalan rapat bapanya di Pulau Pinang yang menetap di luar negara. Pengakuannya itu sekali gus meredakan gosip yang bertebaran di saat itu.

Kini, setelah beberapa tahun berlalu, Mila mengakui hatinya sudah dimiliki. Di tebak pertanyaan, apakah jejaka itu juga merupakan seorang yang berstatus VIP, Mila bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasih hatinya itu.

“Saya kenal dia dah lama, dia seorang ahli perniagaan dan kami baharu saja menjalinkan hubungan yang lebih serius.

"Saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang memahami dan tahu apa matlamat hidup saya," katanya yang mengakui jejaka itu sering memberikan sokongan padanya untuk meneruskan empayarnya menjadi selebriti dan seorang usahawan yang berjaya.

Jelas Mila, dia juga tidak mahu terlalu mencanangkan perihal mereka kerana khuatir hubungan mereka tidak menjadi. Bagaimanapun, lumrah sebagai pasangan kekasih, mereka sudah ada perancangan untuk ke arah lebih serius.

"Perancangan tu ada. Tapi saya tak mahu letak sebarang sasaran dan bercerita lebih-lebih, kerana saya tak tahu bila."

Thursday, January 2, 2014

'Suatu hari nanti saya masuk Islam' - Akui Stacy

Lima tahun bersama penyanyi Akim Ahmad dengan pengakuan kepada peminat bahawa mereka sekadar kawan rapat, Stacy disoal mengenai perancangannya pada tahun 2014.

Dia juga disoal tentang fasa hubungannya bersama Akim serta kesediaannya menganut agama Islam andai dia jadi berkahwin dengan Akim kelak.

"Isu agama agak sensitif untuk dikatakan. Namun, saya percaya agama merujuk pada satu Tuhan. Saya tidak boleh komen lanjut mengenainya kerana ingin menjaga hati keluarga.

"Namun, jika pada suatu hari nanti saya masuk Islam, ia adalah atas kehendak hati bukan kerana cintakan dia (Akim)," ujar pemilik nama penuh Stracie Angie Anam usai mengadakan persembahan bersama kumpulan KPop Indonesia, SM*SH di Wisma Bentley, Petaling Jaya.

Mengakui Akim banyak bercerita tentang agama Islam setiap kali mereka berjumpa, luah Stacy, sedikit sebanyak dia mulai memahami dan kagum dengan agama tersebut.

Pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam sejak memasuki Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan juga selepas enam tahun bergelar penyanyi turut mendedahkannya mengenai agama Islam.

"Dulu semasa di kampung halaman di Kota Kinabalu, pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian.

"Namun, selepas masuk AF dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya hormat dengan komuniti di sini terutama cara-cara Muslimah berpakaian.

"Sejak itu, hati saya mula terbuka untuk memahami dan mendalami mengenai agama ini dengan lebih mendalam," ujarnya yang turut memberitahu ada dalam kalangan adik-beradiknya yang sudah menganut agama Islam selepas berkahwin.

Hani Hatim tinggalkan Fly FM


PENYAMPAI radio Fly FM, Hani Hatim telah menamatkan kontraknya bersama stesen radio berbahasa Inggeris itu berkuatkuasa 31 Disember 2013.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pengundurannya daripada meneruskan tugas di konti adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan keluarga selain sibuk untuk menyiapkan album terbarunya.

Dengan ketiadaan Hani, pendengar setia Fly FM tentu akan merindui celoteh bersahajanya yang sentiasa berjaya mencuit hati.



Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2