NUFFNANG ADS

Wednesday, January 15, 2014

Shila Amzah diberikan dana RM5 juta oleh Shanghai Media Group

Shila Amzah

Penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, Shila Amzah, 24, telah disenaraikan oleh sebuah akhbar sebagai antara lima selebriti wanita Malaysia yang menerima pendapatan melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, Shila dikatakan menerima pendapatan berjumlah RM2.5 juta hasil daripada perjanjian kontrak syarikat rakamannya di Shanghai, China, royalti daripada penjualan album dan lagu, serta bayaran sebagai duta produk kecantikan.

Bagaimanapun, ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor semalam, Shila yang ditemani ibunya, Fauziah Sarman berkata, jumlah tersebut ternyata terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

“Saya akui, selepas memenangi pertandingan nyanyi Asian Wave dua tahun lalu, saya telah diberikan dana sebanyak RM5 juta oleh Shanghai Media Group (SMG) bagi memulakan karier nyanyian di sana.

“Bagaimanapun, dana tersebut tidak dikira sebagai pendapatan ataupun aset kerana ia digunakan untuk membiayai setiap kos yang diperlukan untuk penghasilan album dan lagu saya,” kata Shila yang menerima bayaran di Shanghai bukan secara kontrak tetapi mengikut jumlah projek yang dijayakannya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini turut berkongsi, dia ada menerima tawaran untuk berlakon drama dan filem oleh pihak SMG tetapi terpaksa ditolak atas sebab ingin mengukuhkan jajahan muziknya di sana terlebih dulu.

“Saya ada menerima beberapa tawaran tetapi biarlah orang di sana mengenali saya sebagai penyanyi. Lagipun, saya harus memantapkan penguasaan bahasa Cina sebelum merancang sesuatu yang lebih besar,” katanya yang baru-baru ini terlibat dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian Sing for China yang berlangsung di Beijing bulan lalu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2