NUFFNANG ADS

Tuesday, January 28, 2014

Yana nafi tunggu lamaran Fadzil

Berkecimpung dalam bidang seni sejak tahun 2008, pelakon Yana Samsudin jarang disentuh dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah peribadinya.

Cuma sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai cerita yang timbul membabitkan dirinya, terutamanya dikaitkan dengan Fadzil Zahari yang juga merupakan adik Farid Kamil, selain dikatakan bertunang dengan anak tokoh korporat serta dituduh pula membuat pembedahan hidung.

Terbaharu, timbul pula cerita yang mengatakan bahawa kini pelakon yang mula dikenali menerusi filem Adnan Sempit itu mengeluarkan kenyataan dia sedang menunggu lamaran perkahwinan daripada Fadzil ketika ditemu bual oleh wartawan semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth (MIG) yang berlangsung di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Bagaimanapun, Yana yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini menafikan sekeras-kerasnya ada menyatakan perkara sedemikian seperti yang telah dilaporkan oleh sebuah laman portal hiburan sebelum ini.

" Dalam temu bual yang berlangsung itu, saya cuma cakap tidak pasti bila akan berkahwin, meskipun sudah bersedia ke arah itu pada tahun ini. Sebagai seorang perempuan, saya cuma menunggu lamaran, tidak pula menyatakan lamaran daripada Fadzil.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu orang ramai, terutamanya peminat melihat saya ini pula yang terhegeh-hegeh, malah saya turut ditegur oleh bapa apabila cerita sebegitu dipaparkan.

Apakah status hubungan Yana dengan Fadzil sekarang ini?

Apa yang boleh saya katakan tentang hubungan kami adalah masih lagi berkawan seperti dahulu dan tiada sebarang perubahan. Lagipun, kami sudah lama berkenalan iaitu sejak saya mula-mula berkecimpung dalam bidang seni dahulu.

" Sebenarnya itu bukanlah menjadi penyebab utama saya masih lagi solo. Saya akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang, namun belum berjumpa jodoh yang sesuai lagi.

Pihak MIG, terutamanya David Teo memang tidak pernah menghalang saya untuk mendirikan rumah tangga, malah beliau sentiasa mendoakan agar saya cepat bertemu jodoh.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2