NUFFNANG ADS

Monday, October 31, 2011

Cinta Johan dan Izreen retak kerana Fasha Sandha ??

Johan dan Izreen.



PERTEMUAN yang diaturkan dalam satu sesi fotografi baru-baru ini secara kebetulan telah mempertemukan dua bintang baru Izreen Azminda Aznam, 26, dan Johan Ariff Asaari, 25 yang mana mereka kini dilanda kontroversi cinta membabitkan aktres Fasha Sandha.

Hubungan mesra dan foto-foto berdua Johan dan gandingannya dalam drama popular Cinta Elysa, aktres terkenal Fasha Sandha didakwa menjadi punca hubungan cinta Johan dan Izreen retak.

Enggan sebenarnya untuk digandingkan bersama dalam foto pada mulanya, namun atas dasar profesional, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan Kosmo! meskipun air muka kedua-duanya jelas membuktikan hubungan dingin antara mereka.

Tidak banyak berbicara ketika sesi fotografi berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, baik Izreen mahupun Johan tidak mahu konflik yang berlaku antara mereka dipanjangkan kerana mereka sedar industri hiburan tempatan tidak sebesar mana.

Izreen ternyata tetap dengan pendiriannya yang mendakwa dia dan Johan merupakan pasangan kekasih sejak bulan Mei tahun ini.

Sebaliknya pula dengan Johan yang sehingga kini, tidak mengaku pernah bercinta dengan Izreen tetapi hanya mengaku mereka sekadar teman rapat.

Pertelingkahan Lisdawati dengan Nadia Mustafar selesai

LISDAWATI


Selepas enam tahun bertelingkah, kemenangan akhirnya berpihak kepada pelakon, Lisdawati apabila rakan artis, Nadia Mustafar diarah oleh Mahkamah Sesyen di sini, supaya membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepadanya berhubung artikel fitnah mengenai kegagalan menjelaskan hutang di majalah Media Hiburan.

Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.

"Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif (Lisdawati)," katanya.

Lisdawati dan Nadia bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam dan mereka diwakili peguam masing-masing iaitu Sangeet Kaur Deo bagi Lisdawati manakala Nadia pula oleh Siti Julaini Mohd. Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob.

Pada 21 April lalu, Lisdawati memfailkan saman terhadap Nadia kerana mendakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap dirinya.

NADIA


Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Hanif tidak dipanggil sebagai saksi kerana telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan artikel berkaitan pada 8 hingga 14 Januari 2005.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa, artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia.

Sunday, October 30, 2011

Neelofa dipilih hos program Nona

Neelofa



Pelakon jelita, Neelofa Mohd. Noor, 23, yang dipilih untuk menjadi hos program Nona terbitan TV3 tahun hadapan mahu menjadikan rancangan itu sebagai detik permulaan untuk beliau mengembangkan bakat dan peluang dalam bidang pengacaraan.

Anak ketiga daripada sembilan beradik yang lebih disenangi dengan panggilan Love itu memberitahu, beliau sungguh terkejut apabila ditawarkan oleh pihak TV3 untuk menjadi pengacara dalam rancangan popular seperti Nona.

Katanya, dia tidak menyangka akan terpilih memandangkan dirinya masih baharu dalam persada hiburan tanah air.

“Saya mendapat tawaran ini bulan lepas dengan misi menyuntik pembaharuan dalam Nona agar ia lebih segar.

“Bagi saya, ini peluang keemasan yang sukar dirasai oleh ramai orang dan saya menyatakan komitmen untuk melakukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi malam kelmarin.

Neelofa dipilih hos program Nona


Neelofa




Pelakon jelita, Neelofa Mohd. Noor, 23, yang dipilih untuk menjadi hos program Nona terbitan TV3 tahun hadapan mahu menjadikan rancangan itu sebagai detik permulaan untuk beliau mengembangkan bakat dan peluang dalam bidang pengacaraan.

Anak ketiga daripada sembilan beradik yang lebih disenangi dengan panggilan Love itu memberitahu, beliau sungguh terkejut apabila ditawarkan oleh pihak TV3 untuk menjadi pengacara dalam rancangan popular seperti Nona.

Katanya, dia tidak menyangka akan terpilih memandangkan dirinya masih baharu dalam persada hiburan tanah air.

“Saya mendapat tawaran ini bulan lepas dengan misi menyuntik pembaharuan dalam Nona agar ia lebih segar.

“Bagi saya, ini peluang keemasan yang sukar dirasai oleh ramai orang dan saya menyatakan komitmen untuk melakukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi malam kelmarin.

Saturday, October 29, 2011

Rumah tangga Abby Abadi retak ?

Kenangan Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin.


Harapan yang bersulam indah selama tiga tahun saling menyayangi hanya tinggal kenangan,
hubungan cinta pasangan popular, Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin atau Zul sudah berakhir. Perkhabaran ini mula tersebar selepas Abby meluahkan isi hati di blog peribadinya pada Selasa lalu.

Namun dia reda biarpun hakikatnya kisah sedih itu sangat pedih untuk ditelan.

Ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, Abby dengan rendah hati meminta supaya perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Bukan tidak memahami tugas media, namun dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan keadaan yang sebenar.

“Saya bukan tidak mahu berkongsi, tetapi cukuplah dengan penjelasan yang saya tulis dalam blog pada 25 Oktober lalu. Saya meluahkan apa yang dirasa selepas kira-kira tiga minggu kami tidak bertemu.

“Adakalanya apabila kita sayangkan seseorang, kita kena bersedia melepaskannya. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik dan apa penyebab hubungan kami renggang, itu tidak boleh saya ulas kerana terlalu peribadi. Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Zul.

Secara kebetulan kisah ini tersebar pada hari itu Zul menyambut ulang tahunnya ke-25. Abby secara terbuka mengakui sangat menyayangi aktor berdarah kacukan Melayu Belanda itu, namun apakan daya, keadaan dan nasib tidak menyebelahi mereka.

Abby tidak menafikan ujian ini sangat berat baginya, malah tiada kata-kata dapat menggambarkan kesedihan yang bersarang di tangkai hati. Enggan meletakkan sebarang harapan, Abby berkata biarlah takdir yang menentukan apa kesudahan hubungannya dan Zul.

Friday, October 28, 2011

Tomok bakal bergelar ayah !!

TOMOK bakal ke London untuk menjalani penggambaran klip video bersama band One Night Only pada November ini.


Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, gembira bukan kepalang saat kakinya kembali menjejak bumi Malaysia.

Gembiranya dilahirnya dalam panjat syukur atas nikmat dan rezeki sulung yang dilimpahkan yang Maha Esa, akhirnya tidak lama lagi Tomok juga bakal menukar statusnya menjadi bapa.

Biarpun usia kandungan isterinya, Siti Rahayu Abas, 32, baru mencecah dua bulan, keterujaan luar biasa dilihat dari raut wajah pemenang rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu.

“Saya berada di Istanbul selama dua minggu dan pada minggu pertamanya saya mendapat panggilan telefon dari Malaysia pada pukul 5 pagi.

“Debaran cemas bertukar ceria apabila isteri memaklumkan dia mengandung selepas membuat ujian menggunakan alat pengesan kehamilan,” katanya yang ditemui ketika majlis sidang akhbar pengumuman 30 lagu ke separuh akhir Muzik-Muzik 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, Selangor.

Hadiah paling bermakna buat dirinya itu disimpan untuk pengetahuan pasangan suami isteri itu saja sepanjang tempoh Tomok berada di Istanbul, Turki.

Namun, sepanjang tempoh seminggu berbaki di bumi anbiya itu sang suami tidak putus-putus menanyakan khabar si isteri di tanah Malaysia.

“Gembira tidak terkata selepas dapat tahu berita gembira itu, selepas khabar itu saya macam tidak boleh tidur malam dan setiap hari bertanya khabar dia,” luah Tomok yang melangsungkan perkahwinannya dengan Ayu pada 1 Julai lalu.

Pulang dari Istanbul, pasangan sejoli itu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan yang tepat mengenai status kandungan isterinya.

“Selepas pemeriksaan, doktor mendapati isteri saya sah mengandung dua bulan dan selepas itu barulah kami suami isteri memaklumkan khabar gembira ini kepada keluarga terdekat,” ujarnya yang sememangnya bersedia menimang cahaya mata.

Terkini, isterinya Ayu sekadar muntah-muntah namun belum mengidam makanan yang pelik-pelik. Betapa terujanya Tomok apabila dia pula mengambil tugas Ayu membuat kerja rumah.

“Katanya, badan selalu tidak selesa dan sekarang saya akan membantunya membuat kerja rumah, buat masa sekarang saya memintanya berhenti bekerja seketika sehingga selepas dia bersalin,” ceritanya yang tidak kisah dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan.

Thursday, October 27, 2011

Kemuncak permasalahan FDAM - Gafim

KANAN: Mat London (kanan) turut menyertai sidang akhbar anjuran FDAM.KIRI: Mokhtar (tengah) pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.


TINDAKAN Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) campur tangan dalam isu peletakan jawatan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London amat dikesali pihak FDAM.

Lebih memburukkan keadaan apabila Presiden Gafim, Jurey Latif Rosli, membuat kenyataan akhbar mengenai tindakan tidak teragak-agak pihak Gafim untuk menggugurkan mana-mana persatuan yang dianggap mempunyai masalah daripada menjadi ahli gabungannya.

Tindakan yang dilakukan Presiden Gafim itu disifatkan FDAM sebagai bertentangan dengan perlembagaan Gafim.

“Saudara Mat London telahpun mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Presiden FDAM dengan alasan ada masalah peribadi pada bulan Mei 2011. Peletakan jawatan beliau tidak perlu dimaklumkan kepada Gafim dan mesyuarat ahli jawatan kuasa FDAM pada 20 Mei tahun yang sama telah secara sebulat suara menerima peletakan jawatan beliau itu. Sebagai menghormati dan mengenang jasanya, mesyuarat juga dengan sebulat suara melantik beliau sebagai penasihat FDAM mulai tarikh itu.

“Berdasarkan perlembagaan, FDAM tidak perlu memaklumkan Gafim berhubung peletakan jawatan tersebut asalkan ia masih tidak melanggar undang-undang Gafim. Apatah lagi, Gafim bukan merupakan satu persatuan tetapi gabungan 11 persatuan lain,” kata pemangku Presiden FDAM, Mokhtar Abu Bakar dalam sidang akhbar bagi menjawab isu itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebelum ini, peletakan jawatan Mat London menjadi kecoh apabila Gafim meminta FDAM menulis surat tunjuk sebab.

Kata Mokhtar, mereka terpanggil menjawab isu tersebut kerana terkilan dengan surat tunjuk sebab yang diminta pihak Gafim mengenai isu terebut. Sedangkan, FDAM yakin tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak perlu mengemukakan surat tunjuk sebab.

“Memang kami kesal dan hampa dengan kenyataan Presiden Gafim dalam sebuah akhbar. Kami ambil sikap setia kawan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus berjumpa bukannya melalui kenyataan akhbar seperti itu yang sedikit sebanyak menjejaskan nama baik FDAM,” katanya.

Berhubung mengenai pengguguran persatuan yang dimaksudkan Gafim, kata Mokhtar, para ahli Gafim tidak berhak membuat sebarang keputusan kecuali jika kesemua persatuan sebulat suara menggugurkan FDAM.

Wednesday, October 26, 2011

Ning Baizura terbitkan buku "Suka duka dunia seni"

Ning Baizura.




Penyanyi yang dikenali dengan vokal soprano iaitu Ning Baizura Sheikh Hamzah, 36, atau nama komersialnya Ning Baizura, peristiwa pahit manis yang dilaluinya sepanjang bergelar artis membuatkan dirinya menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni.

Berbekalkan cerita yang ‘dikumpul’ melalui tempoh 18 tahun tersebut, Ning Baizura atau lebih mesra disapa Ning, ingin menghasilkan sebuah naskhah autobiografi mengenai diri serta pengalamannya untuk menjadi pengajaran kepada umum yang membaca.

“Saya memang sudah lama ingin menghasilkan buku seperti biografi atau kisah benar mengenai perjalanan karier seni Ning Baizura.

“Bercerita mengenai perkara ini, saya sebenarnya telah berjumpa dengan penulis yang mana jika perancangan ini jadi, ia merupakan projek selama dua tahun kerana saya ingin melancarkan ia pada genap 20 tahun saya berada dalam industri seni,” bicara wanita tinggi lampai ini ketika ditemui di pelancaran muzik video single terbaharunya, Bila di Red Box, The Garden, Kuala Lumpur.

Tambahnya, menerusi buku tersebut, dia mahu menceritakan kisah sebenar apa yang pernah berlaku pada diri dari awal pembabitannya hingga kini. Ini kerana Ning merasakan masyarakat yang mengenali dirinya patut tahu kebenaran di sebalik setiap kisah tanpa berselindung.

Selain itu, bicara Ning lagi, kewujudan buku ini bukan bertujuan untuk mengungkit kisah lama, namun ia semata-mata untuk menceritakan pengalamannya supaya ia dapat dimanfaat oleh artis baharu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran ketika ingin menapak atau membina nama di dalam industri hiburan tempatan.

“Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa namun perkara ini harus kita ceritakan kerana perjalanan seni saya tempuhi setakat ini banyak pahit dari manisnya, dan saya rasa ia perlu diceritakan.

“Bukan juga mahu megah diri kerana kejayaan yang diraih namun ia sekadar ingin memberi pengajaran kepada setiap yag membaca kelak terutamanya artis baharu. Harap saya tidak akan disaman pula kerana menceritakan kisah-kisah tersebut,” cerita Ning sambil ketawa kecil.

Menurut Ning lagi, berkemungkinan naskhah ini akan dihasilkan di dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta ingin menjadikan autobiografi ini sebuah naskhah yang tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh semua.

Tuesday, October 25, 2011

Penyanyi Zainal Abidin dituntut nafkah anak RM167,102.04

ZAINAL Abidin hadir bersama peguamnya pada perbicaraan tuntutan nafkah oleh bekas isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.



Bekas isteri penyanyi, Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu Hijau mendakwa dia telah menanggung semua perbelanjaan persekolahan dua anaknya bagi mengelakkan mereka diberhentikan daripada sekolah dan tidak dapat menduduki peperiksaan jika bayaran tidak dibuat mengikut masa.

Natasya Gabriel Abdullah berkata, dia telah menempatkan dua anaknya itu di sekolah yang bagus dan mendakwa kedua-dua permata hatinya itu telah membesar dengan baik.

Wanita berusia 52 tahun itu berkata demikian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ketika disoal oleh peguam syarie yang mewakilinya, Norhusniah Husin dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah anak yang dikemukakannya terhadap bekas suaminya itu.

Natasya setakat hari ini telah mengesahkan 85 daripada 224 dokumen yang mengandungi bukti-bukti pembayaran yang ditandakan sebagai keterangannya dalam kes tersebut.

Ia merangkumi bayaran persekolahan di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta (pelajar khas) bagi anak lelakinya, Mikhail, 18, yang menghidap autisme serta resit-resit pembayaran persekolahan anak perempuannya, Timur, 16.

Bayaran tersebut termasuk yuran sekolah yang dibayar secara tahunan dan bulanan, tambang pengangkutan ke sekolah, pakaian seragam sekolah, buku-buku serta kos-kos tambahan yang berkaitan.

Natasya yang merupakan bekas model menuntut nafkah anak berjumlah RM167,102.04 ke atas bekas vokalis kumpulan Headwind pada tahun lalu.

Jumlah tersebut merangkumi yuran persekolahan, kelas agama dan bayaran perubatan sejak tahun 2002 sehingga kini.

Natasya bernikah dengan Zainal, 52, atau nama penuhnya, Zainal Abidin Mohamed pada 24 Mac 1987 dan bercerai pada 12 Disember 2000.

Zainal Abidin yang diwakili oleh peguam syarie, Abdul Halim Bahari turut hadir memakai seluar jeans biru, kemeja putih dan bersongkok.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain bersambung 15 November ini.

Monday, October 24, 2011

Rozita Che Wan bersama Ally Iskandar pengacara Anugerah Skrin

ALLY ISKANDAR dan Rozita Che Wan kali pertama digandingkan sebagai rakan pengacara. Mereka yakin mampu melakukannya dengan baik.



Rozita Che Wan diumumkan sebagai pengacara majlis anugerah berprestij, Anugerah Skrin bersama dengan Ally Iskandar yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November depan.

Ramai tertanya-tanya, mampukah wanita berusia 38 tahun itu menggalas tanggungjawab sebagai pengacara sebuah majlis besar sedangkan sebelum ini dia langsung tidak pernah mencuba bakat dalam bidang pengacaraan.

Rozita yang ditemui pada majlis sidang akhbar Anugerah Skrin dengan tema Golden Glamor di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, baru-baru ini menjelaskan dia pada mulanya berat hati untuk menerima tawaran yang diberikan pihak TV3 kepadanya.

Alasan yang diberikan adalah dia bimbang tidak mampu memikul tanggungjawab berat serta bimbang dikritik oleh orang ramai andai dia gagal meneraju majlis anugerah itu dengan baik.

“Ini memang kali pertama saya akan menjadi pengacara. Ketika tawaran itu datang saya tidak terus terima sebaliknya saya mengambil masa selama dua minggu untuk membuat keputusan.

“Keputusan dicapai selepas saya diyakinkan oleh Ally yang dia akan membantu saya di atas pentas kerana dia lebih banyak pengalaman sebagai pengacara, lagipun akan ada sesi latihan sebelum majlis sebenar,” tutur Rozita.

Akuinya, dia cukup bimbang akan dihentam oleh orang ramai, jika prestasinya nanti tidak seperti yang diharapkan.

“Bagi saya kalau pihak TV3 beri kepercayaan kepada saya, kenapa saya tidak percaya pada diri sendiri yang saya boleh lakukannya.

“Dulu masa mula-mula nak jadi pelakon, saya juga menghadapi situasi yang sama kerana tidak pernah berlakon sebelum ini. Selepas kali pertama berlakon, keyakinan dan keseronokan itu datang, saya harap bidang pengacaraan juga akan berlaku hal yang sama,” kata ibu kepada dua orang anak ini lagi.

Sunday, October 23, 2011

Kanser Payu dara serang Azean Irdawaty semula ?

Persatuan Seniman dan Biro Kesenian dan Kebudayaan Pemuda UMNO memberi sumbangan dan lawatan kepada Seniwati Azean Irdawaty di Hospital Beacon, Petaling Jaya.



Sebelum ini ada khabar menyatakan sudah semakin sembuh, pelakon Azean Irdawaty perlu meneruskan lagi sesi rawatan setiap enam bulan sekali di Hospital Pakar Beacon, Petaling Jaya.

“Sebelum ini masalah penyakit Kak Yan sudah semakin sembuh, namun sekarang kembali lagi.

“Sesiapa yang menghidap barah memang tidak boleh berada dalam tekanan. Sekarang Kak Yan kembali berasa tertekan, sebab itu kanser itu menyerang semula,” katanya.

Selain bertarung dengan penyakit yang dihidapi, seluruh peminat juga turut mengetahui anak lelakinya, Benjy telah dihukum menjalani perintah sekatan dan perlu berada di Kuantan, Pahang sejak 17 Mac tahun lalu dan itu semestinya menambahkan lagi tekanan seorang ibu.

“Walaupun tertekan namun Kak Yan syukur dengan apa yang telah ditetapkan ini. Setiap-tiap malam Kak Yan akan berdoa kepada Tuhan supaya permudahkan segala urusan, tabahkan hati Kak Yan sendiri. Sepanjang berada di sini Kak Yan memang tidak bertemu dengan anak Kak Yan,” katanya sekaligus merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak memberi sumbangan kepada dirinya selama ini.

Isnin lalu, persatuan Seniman dengan kerjasama dengan Pemuda UMNO, bersama beberapa artis terkenal telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Azean.

Pemuda UMNO dan Seniman turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Azean. Antara artis yang turut serta adalah, Fizz Fairuz, Yatt, Zamrul Hisham, Maria Farida dan Fiza.

Fizz Fairuz menganggap Kak Yan adalah seorang pelakon yang ternyata mempunyai cukup kreateria sebagai seorang lagenda negara.

“Sebelum ini, kakak ipar saya turut mengalami penyakit kanser, Kak Yan banyak memberikan semangat kepada kakak ipar saya. Dia menyuruh kakak saya supaya selalu happy dan jangan fikir tentang penyakit yang sedang dihidapi. Syukur kepada Allah, kakak ipar saya ketika ini sudah kembali pulih.

“Kak Yan mempunyai banyak pengalaman, dia juga tidak kedekut ilmu, dia memang seorang artis yang tidak pernah lokek ilmu, dia banyak bagi tunjuk ajar kepada artis baru seperti saya,” jelas Fizz.

Saturday, October 22, 2011

Ada pihak boikot AIM18 ??

BARISAN penganjur serta sebahagian karyawan muzik yang akan memastikan kemuncak AIM18 di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 November berlangsung penuh prestij.



Sejak pengumuman jumlah kategori yang dipertandingkan sehinggalah kepada pemberitahuan senarai pencalonan, episod sidang media AIM18 tidak pernah tenang sebaliknya berakhir dengan emosi tegang. Ada sahaja isu yang tidak dapat dileraikan.

Menjelang malam kemuncak AIM18 yang dijadualkan pada 12 November nanti, bahang kepanasan AIM18 belum bersisa. Belum selesai kaedah penjurian dan pencalonan yang dipertikaikan sesetengah karyawan, isu boikot-memboikot kini mengisi dewan sidang akhbar.

Biarpun tiada sepanduk atau demonstrasi, ombak gerakan memboikot AIM18 dikatakan berlaku secara senyap melibatkan individu dan pihak yang tidak puas hati terhadap penganjuran AIM tahun ini. Resolusi boikot termasuk tidak mahu memberikan sokongan kepada sebarang aktiviti promosi atau terlibat pada malam kemuncak nanti.

"Saya ada terdengar tentang boikot ini. Siapa yang boikot itu, rasanya kami tahu, tetapi tidak perlulah ia diperbesarkan. Memang susah untuk memuaskan hati semua pihak lagipun tahun ini banyak perubahan besar yang dilakukan. AIM18 juga kali pertama dikendalikan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

"Sekarang, kami tidak boleh hentikan soal orang tidak puas hati, mungkin selepas penganjuran AIM nanti baru boleh kita perbaiki semula kelemahan tahun ini. Bagaimanapun, saya harap isu boikot ini sekadar satu khabar angin," jelas Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18, Andrian Lim yang ditemui pada majlis pengumuman barisan penyampai dan persembahan artis AIM18 di ibu negara.

Menambah kenyataan daripada Adrian, Rosmin Hashim yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM18 menjelaskan, tiada sebab kenapa orang dalam industri harus memboikot majlis berkenaan kerana jelas penganjurannya sendiri bermotif untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik tempatan.

"Saya faham hasil penjurian AIM18 tidak memuaskan hati semua pihak, tapi ia dilakukan oleh juri profesional yang dilantik.

"Selepas malam kemuncak nanti, mungkin pada pertengahan November, kami akan adakan satu sesi bedah siasat antara jawatankuasa penganjur, karyawan dan media. Di situ nanti, saya harap semua aspek penganjuran AIM18 akan dibincangkan. Saya alu-alukan pandangan semua pihak untuk memperbaiki segala kekurangan AIM18," kata Rosmin.

Thursday, October 20, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa ?

BERJAYA. Empat peserta pertama iaitu Epiit, Asmidar, Mafa dan Boby meloloskan diri menerusi bakat mereka untuk minggu pertama Vokal Bukan Sekadar Rupa.


Sudah memulakan tirai konsert realiti televisyen terbaharu TV 3, Vokal Bukan Sekadar Rupa, yang pertama pada 16 Oktober lalu, rancangan tersebut menampilkan 10 peserta yang memiliki kekuatan dari segi vokal berbanding paras rupa.

Untuk konsert sulung yang diadakan di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, buat permulaan lima orang peserta telah bersaing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Antara yang bersaing seperti Norhasmidar Ahmad (Asmidar), Mafarikha Md. Akhir (Mafa), Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff (Epiit), Mohd. Janizam Jamaluddin (Boby) dan Azmarul Azuan Harun (Azmarul).

Selain itu, para peserta turut diadili dua orang juri tetap yang akan mengadili para peserta sehingga minggu terakhir iaitu komposer Azmeer dan Erra Fazira serta Datuk Siti Nurhaliza selaku juri jemputan.

Menariknya tentang rancangan tersebut, para peserta terlebih dahulu akan menyanyi di sebalik tirai tanpa dapat dilihat dan ketiga-tiga orang juri akan mengundi sama ada peserta berkenaan layak ataupun tersingkir.

Namun begitu, hanya empat orang peserta yang berjaya pada persembahan minggu pertama dan tuah ternyata tidak menyebelahi Fakhrullah apabila tersingkir lebih awal setelah tidak mendapat undian daripada ketiga-tiga orang juri.

Biarpun tampil dengan persembahan yang mantap ketika menyampaikan lagu berjudul Bila Cinta nyanyian asal Filianti Vlee, ternyata ia belum dapat memikat hati para juri sehingga mereka terpaksa mengundinya keluar.

Ketika ditemui selepas acara berakhir, Fakhrullah yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah tersingkir awal menyatakan dia sudah buat yang terbaik dan memberi sepenuh tumpuan ketika membuat persembahan.

Wednesday, October 19, 2011

Sindrom artis popular Malaysia

Kumpulan SEPAH yang telah berpecah.



Biasanya dengan menyanyi satu atau dua lagu dalam sesuatu persembahan, seseorang penyanyi popular menerima bayaran RM5,000 dan ke atas. Malah, jangan terkejut pada persembahan tidak sampai satu jam, ada yang memperolehi pendapatan sehingga RM30,000.

Semua itu diraih sewaktu mereka sedang popular. Justeru, ramai artis yang rambang mata dan seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk menggunakan peluang tersebut. Paling teruk, timbul pula sifat tamak sehingga ramai di antara mereka lupa daratan. Itu adalah antara sindrom artis yang sedang popular di negara ini.

Kemewahan segera itu menyebabkan mereka lupa diri. Kalau dulu tidak pernah menikmati hidup mewah, maka sekarang ini adalah masanya mereka merasai semua itu.

Namun, ramai yang lupa untuk merenung seketika masa tua mereka. Artis antara golongan pekerja yang tidak mempunyai Skim Wang Simpanan Pekerja. Ini bermakna, mereka tiada jaminan kewangan apabila tua kelak. Begitu juga dengan skim insurans atau perubatan.

Sayangnya, segala kekurangan itu pula seakan-akan tidak menyedarkan mereka. Banyak kali berita artis veteran atau yang kurang bernasib baik menagih simpati kerana mereka tidak mampu lagi berkarya disiarkan melalui pelbagai medium media massa. Namun, ia hanya tinggal berita.

Senario yang sedang berlaku itu semacam suatu trend dalam bidang hiburan di negara ini. Setiap kali ada artis baru yang nama mereka sedang melonjak, sindrom itulah yang sering menimpa mereka. Terbaru sindrom itu menimpa kumpulan lawak Sepah.

Sepah kini bukan sahaja hanya dianggotai oleh Mamat, malah dua anggotanya iaitu Jep dan Shuib turut menubuhkan kumpulan baru yang dikenali sebagai Sepahtu. Bukan mahu mencari salah mahupun menyebelahi mana-mana pihak tetapi ramai yang boleh melihat permasalahan mereka.

Dalam keadaan dihimpit populariti yang menjulang, ditambah lagi dengan poket yang sentiasa penuh, sukar untuk mendepani situasi tersebut.

Masalah itu sedikit sebanyak mempengaruhi disiplin dan tahap profesionalisme kerjaya mereka.

Sepah yang menjuarai pertandingan Maharaja Lawak dengan menggondol hadiah wang tunai RM350,000 tetapi berpecah baru-baru ini. Sejak era kegemilangan Senario pada awal tahun 1990-an mereka belum ada pengganti.

Tanpa kekuatan tiga tonggak dalam kumpulan itu, mereka sukar bergerak jauh melainkan mereka mampu menjadi pelawak solo serba boleh seperti Datuk Jamali Shadat.

Perkara itu seharusnya disedari semua artis dan pelbagai langkah juga harus dilakukan bagi mengatasinya termasuklah daripada golongan pakar.

Tuesday, October 18, 2011

Produk Khadijah's Kitchen di pasaran Singapura

KHADIJAH IBRAHIM



Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim, minatnya terhadap masakan dan melancong telah memberinya insipirasi untuk menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan namun mudah untuk dibawa.

Bermula dengan membuka restoran yang diberi nama Khadijah's Kitchen di Petaling Jaya, Selangor, Khadijah atau lebih mesra disapa Khaty, telah meluaskan perniagaannya dengan menghasilkan satu produk perencah masakan Melayu.

Ujar pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka ini, jika kebiasaannya perencah sebegini diproses dalam bentuk pes, namun bagi produk terbaharu Khaty, ia dibuat di dalam bentuk serbuk yang mana setakat ini mempunyai empat perencah iaitu rendang tok, paceri nenas atau terung, laksa johor dan sambal ikan bilis.

“Biasanya apabila kita membeli perencah makanan segera ini, mereka akan hadir di dalam bentuk pes, tapi, produk Khadijah's Kitchen ini, kami hasilkan ia di dalam bentuk serbuk supaya ia senang dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja.

“Serbuk ini juga boleh disimpan lama iaitu selama dua tahun. Harganya tidaklah terlalu mahal kerana sekotak hanya dijual dengan harga RM6. Selain itu, kami juga ada menghasilkan pek khas yang mempunyai kesemua resipi tersebut yang dijual dengan harga RM35 satu set,” ujar Khaty yang turut memberitahu set khas itu mempunyai kotak yang boleh disimpan sebagai kenangan dan ia terhad kerana 1,000 set sahaja dikeluarkan.

Tambahnya, setakat ini produk tersebut hanya dijual di Restoran Khadijah's Kitchen dan belum lagi dilancarkan di Kuala Lumpur. Iai juga akan dilancarkan di Singapura kelak di dalam sebuah ekspo yang akan diadakan di sana pada November ini.

Monday, October 17, 2011

kes saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia 31 Oktober

Lisdawati.




Keputusan kes saman fitnah oleh pelakon Lisdawati terhadap rakan artisnya, Nadia Mustafar enam tahun lalu berhubung satu artikel di sebuah majalah hiburan akan diketahui pada 31 Oktober ini.

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan oleh kedua-dua peguam yang mewakili pelakon-pelakon itu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

Lisdawati diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo manakala Nadia atau nama sebenarnya, Siti Naziyah Sheikh Mustafar selaku defendan pula diwakili oleh peguam-peguam, Siti Noor Julaini Shahar dan Mohd. Lustfi Yaakub.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menyaman Nadia, 35, kerana mendakwa pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu telah memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel yang ditulis oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Hanif telah meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 18 Julai 2009 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel yang bertajuk Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati? disiarkan oleh majalah mingguan berkenaan bertarikh 8-14 Januari 2005.

Sehubungan itu, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara tersebut yang didakwa telah menyebabkan imej dan 'periuk nasi' aktres itu terjejas.

Sangeet dalam hujahannya berkata, mahkamah harus mempertimbangkan tindakan defendan yang telah memulakan kenyataan-kenyataannya sejak 2003 serta menghebahkan isu hutang dalam beberapa wawancara selain wawancara di majalah itu.

Sangeet memetik keterangan saksi plaintif ketiga iaitu Editor Media Hiburan, Intan Zabidin bahawa Hanif adalah seorang wartawan yang dipercayai, mempunyai kredibiliti, tidak memutarbelitkan fakta dan hanya menulis berdasarkan maklumat yang diberitahu kepadanya.

''Defendan juga dalam pembelaannya bersetuju bahawa Hanif tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dan keterangan itu tidak disoal balas oleh peguam defendan,'' kata Sangeet.

Mohd. Lustfi sebaliknya menegaskan, defendan langsung tidak pernah menyebut nama plaintif sebagai peminjam wang di dalam artikel terbabit dan sehubungan itu, plaintif telah gagal membuktikan dakwaan wujud fitnah terhadap dirinya.

Beliau turut memetik keterangan Intan yang bersetuju bahawa tiada sebarang fitnah terhadap plaintif yang terkandung di dalam artikel terbabit dan tajuk artikel itu bukan ditentukan oleh defendan.

Berkenaan tajuk artikel itu yang ditulis dengan ayat berbentuk soalan, Mohd. Lustfi merujuk kepada keterangan Intan yang menyatakan, tiada kepastian sama ada individu yang dirujuk oleh defendan adalah plaintif atau pelakon lain.

Sunday, October 16, 2011

Bob Lokman bukan beri ceramah ?

Bob Lokman.





KLANG - "Buat apa Bob Lokman jumpa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sedangkan dia tidak pernah memberi ceramah," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Menurutnya, Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, hanya menceritakan tentang pengalaman yang pernah dilaluinya kepada umum untuk dijadikan pengajaran.

"Dia hanya mahu menceritakan bahawa apa yang pernah dilakukannya dahulu dan dia sudah berubah dengan kembali ke jalan yang sepatutnya.

"Bagi saya tidak timbul isu Bob Lokman kena bekerjasama dengan Jais dengan tampil memberi keterangan," katanya kepada wartawan ketika ditemui pada majlis makan malam bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Hokkien, di sini.

Abdul Rani berkata, Jais seharusnya memberi nasihat dan kaunseling kepada pelakon dan penulis lirik berkenaan sebelum ini (ketika dalam dunia artis), bukannya selepas berubah.

"Tidak perlu tertumpu pada Bob Lokman semata-mata, banyak lagi tugas yang harus dipikul, tambahan lagi sekarang banyak masalah sosial yang melibatkan masyarakat Islam seperti buang anak, minum arak dan sebagainya yang perlu diberi perhatian," katanya.

Sebelum ini, Jais mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat awam mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003.

Saturday, October 15, 2011

Shahz Jaszle dan Miera Liyana rancang 'berkahwin'

Shahz bersama Miera.


Pasangan secantik dan sepadan, Shahz Jaszle dan Miera Liyana sudah pun merancang untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai bahagia bersama-sama. Masing-masing sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.

Walaupun usia Miera baru mencecah 19 tahun tetapi keyakinan yang diberikan oleh Shahz untuk menjadi suami dan ketua keluarga meyakinkan gadis tinggi lampai itu untuk menamatkan zaman solonya. Impian dan harapan murni mereka berdua juga mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

Ketika ditemui sewaktu menjalani penggambaran telefilem Teguh arahan MP Roslin di Serdang, Selangor, Miera memberitahu hatinya kembali tenang selepas dihambat kontroversi bermula dengan fesyen baju yang dipakainya dan pelakon Lash Mokhtar mendakwa mereka berdua dilamun cinta.

“Saya tidak kisah lagi orang mahu anggap saya seperti apa dan siapa saya. Baru-baru ini ada pula yang menuduh saya mabuk. Selepas bertemu semula dengan Shahz sehingga menimbulkan bibit cinta antara kami, hati dan perasaan saya lebih aman berbanding dulu.

“Tumpuan saya kini hanya pada cinta kami dan kerjaya seni. Kami sudah pun memikirkan untuk menyimpul ikatan hati yang lebih kukuh namun segalanya terpulang kepada ketentuan Allah SWT. Hidup ini mesti ada perancangan di samping berdoa kepada-Nya, mohon diberikan yang terbaik.

“Kalau ikut kata hati kami berdua, perkara yang baik itu mahu disegerakan. Jangan bimbang apabila sahih kami akan bertunang dan tarikh dah dapat, akan saya beritahu pada semua. Tiada apa yang mahu dirahsiakan malah kami mohon doakan kebahagiaan kami,” katanya.

Ini bukan kali pertama mereka berlakon bersama-sama. Miera dan Shahz pernah berkongsi lokasi dalam drama on-line GUA, Luna Fantasiku dan filem Rentaz.

Friday, October 14, 2011

Jue Aziz masih solo

JUE menyarankan pihak yang mendakwa dirinya sudah berkahwin supaya mencari bukti kukuh terhadap dakwaan tidak benar terhadap dirinya itu.


Zuliana Abdul Aziz atau nama komersialnya Jue Aziz, 28. Biar beberapa kali diusik sama ada kini sudah bergelar isteri orang, Jue setegas-tegasnya menafikan dakwaan itu.

Katanya: "Sudah lama saya single dan sampai ke saat ini saya masih lagi single, tiada apa yang perlu dihurai lanjut."

Bertebar tawa Jue menerobos ruang atmosfera lokasi temu bual di Kellie's Castle, Batu Gajah, Ipoh Perak itu tat kala ditebak soalan itu. Malah ujarnya lagi, segala cerita itu nyata sekali direka-reka.

"Sudah tentu tidak betul sama sekali, saya tak faham macam mana orang dapat cerita itu, memang benar tiada sesiapa lagi di hati saya," tutur Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran Nilapura, drama terbaharu lakonannya itu.

Menjawab lagi asakan yang diberikan tentang kebenaran akan gosip yang bertebar baru-baru ini ditambah pula secara tiba-tiba menghilangkan diri, Jue akui sering berulang-alik ke sebuah negeri di Pantai Timur sepanjang tempoh kehilangan itu.

"Saya ada rapat dengan sebuah keluarga dari Kelantan yang kini sedang menetap di Terengganu, itu keluarga angkat saya yang saya baru kenal awal tahun ini. Tujuan ke sana untuk merasai suasana kampung memandangkan kampung saya cuma di Kuala Lumpur.

"Mungkin jiran-jiran di sana yang tidak tahu akan kebenaran hal ini yang bercerita, mungkin ini cuma desas-desus, tidak betul sama sekali.

"Kalau benar saya sudah kahwin boleh semak sendiri di Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), sebab kalau saya tipu mesti sudah ada rekod saya ini isteri orang," hurai pelakon drama Janji Kekasih itu.

Berkahwin dan mempunyai anak-anak menjadi impian Jue paling agung. Tambahnya, detik bahagia bergelar seorang isteri bukan untuk disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Thursday, October 13, 2011

Maharaja Lawak Mega 3: Malaysia, Singapura dan Indonesia.

NIZAM (berdiri tujuh dari kanan) bersama calon peserta Maharaja Lawak Mega yang menawarkan ganjaran wang tunai RM350,000 buat juara.



Program komedi yang diminati ramai, rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak sememangnya telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton sehingga mengangkat bidang lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kemunculan kedua-dua rancangan tersebut, ia dilihat sudah mencungkil begitu ramai pelapis pelawak tempatan sedia ada yang telah mewarnai lagi industri hiburan tanah air.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi itu, maka pihak Astro telah membuat satu lagi kejutan apabila bakal menghasilkan sebuah lagi rancangan komedi menarik yang dikenali sebagai Maharaja Lawak Mega.

Apa yang menariknya tentang rancangan ini, ia bakal membabitkan para peserta di kalangan pelawak yang lebih berpengalaman dalam bidang komedi dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, rancangan komedi terbaharu Astro itu menggunakan format dan konsep yang hampir serupa dengan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

“Jika kedua-dua rancangan sebelum ini membabitkan peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, kali ini kami bawakan pula para peserta yang boleh digelar sebagai otai lawak dan sudah lama dalam bidang komedi.

Wednesday, October 12, 2011

Pian Cecupak Harus mohon maaf

IMBAS: AIDA menunjukkan kenyataan Pian yang mendakwa akan berkahwin dengannya.





“Saya beri Pian seminggu untuk memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida, itu pun kalau dia ‘gentleman’ dan masih menganggap saya sebagai kawan baik,” kata bapa tiri model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23, Datuk Mohd Rozi Md Jamil.

Itu nasihat dan tawaran diberikan Mohd Rozi kepada Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, atau Pian Cecupak selepas pelakon terbabit mengeluarkan kenyataan bakal mendirikan rumah tangga bersama Aida tanpa pengetahuan keluarga model itu.

Media semalam melaporkan model itu menafikan merancang mendirikan rumah tangga bersama Pian dan menganggap hubungan mereka hanya sebagai kawan, biarpun sebelum ini Pian pernah membantunya menguruskan rumah sewa dan mendapatkan beberapa peluang menjadi model.

Mohd Rozi ketika ditemui di sini, semalam kesal dengan tindakan Pian dan menganggapnya sebagai mencari publisiti murahan.

“Saya tidak akan menyaman Pian. Cuma saya mahu dia menyesali semua kesalahan dan memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida baik secara terbuka atau melalui telefon,” katanya.

Menurut Mohd Rozi, dia mengenali Pian sejak 2008 selepas diperkenalkan seorang kawan dan pernah berurusan dengan Pian ketika menjadi pelakon pada 2008 dan 2009. Antara drama lakonan Mohd Rozi ialah Setulus Kasih Abah dan Cinta Kartika.

“Saya pernah menyelami dunia pelakon dan saya tahu usaha Pian ini mencari publisiti murahan. Kalau mahukan publisiti bukannya dengan mengaibkan orang tetapi dengan mengubah sikap.

“Walaupun Pian melakukan kesalahan, saya tidak berdendam, apa lagi mencari musuh, cuma saya mahu dia tampil memohon maaf,” katanya.

Tuesday, October 11, 2011

Tak ada tauliah, Bob Lokman ditahan

Bob Lokman.


SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan telah menahan Bob Lokman kerana berceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, malam kelmarin.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, siasatan awal mendapati bekas artis itu tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah di masjid atau surau di negeri ini dan tindakannya itu menyebabkan beliau ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor.

“Bob juga tidak pernah memohon tauliah daripada Jais,” katanya.

Penahanan itu, katanya, dibuat atas maklumat awam.

Difahamkan, ketika ditahan, penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan rock, Search itu baru selesai menyampaikan kuliah Maghrib kepada kira-kira 70 ahli jemaah masjid itu.

Bob yang nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, pada 19 Februari lalu menyerahkan borang menyertai Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di Alor Setar.

Beliau juga adalah cicit kepada ulama terkenal dari Kelantan, Muhammad Yusuf Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Kenali. Bapa saudaranya, Mawardi Ahmad pernah menjadi Adun Pas Lundang, Kelantan selama beberapa penggal pada 1980-an.

Bob juga pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, beberapa tahun lalu.

Marzuki berkata, Jais tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan tauliah kepada individu yang ingin mengajar dan menyampaikan tazkirah atau ceramah di masjid dan surau di negeri ini.

Katanya, ketetapan yang diterima pakai oleh Jais selaras dengan peruntukan undang-undang Islam di negeri ini, termasuk arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Bagaimanapun beliau menyatakan, pihaknya mengamalkan dasar terbuka untuk menerima pandangan semua pihak berhubung perkara itu termasuk perbincangan yang ingin diadakan oleh parti politik dengan Jais.

Sementara itu, Bob dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily berkaitan penahanannya, mempersoalkan mengapa Jais menahannya setelah menjadi baik, tidak ketika dia bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Selepas ditahan di Masjid Sungai Lui, Bob dikatakan dibawa ke Balai Polis Batu 18, Hulu Langat dan dibebaskan kemudiannya.

Penyanyi 60an Ahmad Jais meninggal dunia

Allahyarham Ahmad Jais.



KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Budi Setahun Segunung Intan” yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Monday, October 10, 2011

Pelakon Lisdawaty saman malu pelakon Nadia

Pelakon, Lisdawaty bersama suaminya hadir di mahkamah bagi mendengar perbicaraan kes saman malu beliau terhadap pelakon, Nadia Mustafa di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sunday, October 9, 2011

Lan A to Z akhiri zaman menduda

Lan bersama Ain memilih pakaian untuk persiapan perkahwinan mereka.


Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.

Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di KKDSTTM yang menaja sepenuhnya majlis itu Pasangan ini tidak bertunang dan memutuskan untuk terus berkahwin.

Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka. “Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.

“Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.

“Dia juga suruh saya bina hidup baru dan saya maklumkan kepadanya mengenai perkahwinan ini. Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang nak temukan Ain dengan anak-anak di England nanti,” katanya.

Mengulas mengenai perkahwinan mereka yang ditaja, Lan berkata ia berlaku secara spontan ketika berkunjung ke KKDSTTM untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.

“Saya baru jadi ahli kelab ini sebulan lalu dan hadir untuk mengetahui aktiviti mereka. Ketika berbual mengenai perkahwinan saya, tanpa disangka, penaungnya, Baharuddin Mohd Yusoff bersetuju menaja majlis kahwin saya sepenuhnya. Macam tidak percaya dibuatnya kerana kami bercadang untuk buat urusan yang wajib sahaja.

“Malah saya terharu kerana mereka akan mengadakan majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan,” katanya.

Friday, October 7, 2011

Kakak Siti Nurhaliza sah bercerai talak satu

Siti Saida Taruddin.




KUALA LUMPUR – Penyanyi Saida Taruddin sah bercerai dengan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri dengan lafaz talak satu secara khuluk (tebus talak) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Suhaily Rosli memerintahkan badan hakam yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga itu untuk mengendalikan proses lafaz cerai setelah Mohd. Ghazali enggan untuk menceraikan isterinya.

Lafaz cerai talak satu tersebut terhadap Saida dilakukan oleh seorang pegawai mahkamah selaku wakil hakam bagi pihak Mohd. Ghazali.

Thursday, October 6, 2011

Sepah bubar ganti 'Sepahtu'

Dari kiri: Mamat, Shuib dan Jep hadir bersama sewaktu program rakaman Melodi Raya pada Ramadan lalu.



Ramai yang terkejut dengan berita pembubaran 'Kumpulan Sepah' yang dianggotai oleh Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat) 26, disifatkan jenama Sepah sudah cukup kuat apabila kumpulan itu menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak mengalahkan pelawak popular yang lain.

Belum pun reda dengan isu pembubaran kumpulan yang berasal dari Johor itu, baru-baru ini dua bekas ahli kumpulan Sepah, Jep dan Shuib mengumumkan mereka kini bergerak bersama di bawah nama Sepahtu. Ketiadaan Mamat dalam Sepahtu menjelaskan krisis yang berlaku ketika mereka masih dalam kumpulan Sepah.

"Sebenarnya ketika dalam program Raja Lawak musim ketiga lagi kumpulan kami (Sepah) bagai retak menanti belah dan ingin berpecah. Saya ingatkan ketika di atas pentas final saya ingin umumkan kami berpecah begitu juga halnya ketika program Maharaja Lawak, tetapi tidak adil untuk peminat yang mengundi kami, jadi saya diamkan sahaja masalah kami.

"Saya sudah bersabar terlalu lama. Bukan sekali dua kali tetapi sudah tiga tahun, saya memberi peluang, ruang dan nasihat kepada Mamat untuk memberi komitmen pada kumpulan Sepah sehingga sampai satu tahap kami sudah tidak boleh buat apa. Jadi jalan penyelesaian terbaik adalah berpecah meskipun kami bertiga sedar ramai yang tidak mahu melihat kami berpecah," ujar Jep yang menceritakan masalah sebenar yang dihadapi Sepah selepas dipaksa berkali-kali.

Jelas Jep lagi, perpecahan berlaku selepas dia berfikir semasak-masaknya dan berbincang sesama mereka bertiga. Malah, perpecahan Sepah adalah untuk kelangsungan jangka hayat mereka dalam bidang seni.

"Kalau satu kumpulan banyak masalah yang timbul ia akan menyusahkan banyak pihak. Bukan kami sahaja tetapi orang sekeliling yang bekerja dengan kami, jadi lebih baik berpecah dan ikut haluan masing-masing. Sebelum berpecah saya sedih dan tertekan tetapi apabila kami berpecah umpama beban di bahu saya hilang serta saya rasa lega," luah Jep sambil berhati-hati menutur kata bimbang kata-katanya melukai mana-mana pihak.

Disoal lagi mengapa tidak teruskan sahaja dengan nama kumpulan Sepah jawab Jep: "Mamat kata Sepah itu dia yang punya, jadi kami pun pilih guna nama baharu. Lagipun, nama Sepah itu untuk kami bertiga, saya, Shuib dan Mamat dan rasanya tidak adil untuk Mamat kalau kami guna nama Sepah."

Tambah Shuib yang merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah: "Sepahtu bermaksud Sepah dua atau sepatu yang digabungkan bermaksud kasut, kasut ada kiri dan kanan dengan jumlahnya dua. Oleh itu, sesuailah namanya dengan kami berdua."

Wednesday, October 5, 2011

Raja lawak ditahan polis

Kumpulan Raja Lawak dari Sabah, yang pernah menyertai program tersebut.



Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

Tuesday, October 4, 2011

Rumah tangga Ning Baizura gegar ??



Penyanyi dan pelakon popular, Ning Baizura Sheikh Hamzah atau Ning Baizura, 35, menafikan berita rumah tangga dibina hampir empat tahun lalu sedang bergolak gara-gara orang ketiga.

Sebelum ini beberapa laman blog dan akhbar menerusi ruangan gosip melaporkan suami Ning, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar), menjalin hubungan skandal dengan perempuan Cina, yang juga dikatakan setiausahanya.

Ditemui pada majlis ramah mesra di kediaman pelakon dan pengarah, Erma Fatima di Taman Melawati, di sini, semalam, Ning mengakui tahu akan berita yang disiarkan selepas pulang daripada bercuti panjang di London, Britain.

“Saya terkejut apabila ada rakan bertanya kepada saya sendiri mengenai berita disebarkan. Perkara itu tidak benar dan Omar tidak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan,” katanya.

Jelas Ning lagi, kenyataan mengatakan Omar menjalinkan hubungan dengan perempuan Cina yang juga setiausahanya juga tidak benar kerana suaminya sudah lama berhenti kerja dan kini menguruskan kerjaya seninya sepenuh masa.

“Mana mungkin rumah tangga kami sedang bergolak sedangkan saya dan Omar bahagia. Kami baru saja pulang bercuti panjang dan menyambut Aidilfitri bersama anak di London,” katanya.

Sementara itu, Omar yang turut hadir bersama Ning pada majlis terbabit mengakui terkejut dengan berita yang disebarkan dan percaya ia ditimbulkan dengan niat tidak baik.

“Saya sendiri keliru, bagaimana cerita itu boleh tersebar kerana saya sentiasa berada di sisi Ning, terutama selepas saya menguruskan kerjaya seninya sepenuh masa.

“Kalau ada yang mengatakan melihat saya dengan perempuan Cina, baru-baru ini, sudah tentu tidak benar kerana sebelum Ramadan lagi saya sudah bersama Ning bercuti ke Las Vegas, kemudian ke London untuk melawat keluarga saya di sana hampir sebulan. “Kami baru pulang pertengahan September lalu dan tidak dinafikan saya terkejut mendengarnya (gosip) apabila ramai yang bertanya sebaik saja kami sampai ke tanah air,” katanya lagi.

Omar turut menjelaskan, dia tidak pasti dari mana datangnya gosip berkenaan dan apa tujuan ia ditimbulkan. Bagaimanapun, Ning mahupun dirinya tidak melatah dengan berita berkenaan kerana masing-masing tahu kedudukan sebenar apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Monday, October 3, 2011

Pelakon Jasmine tidak setuju tawaran suami

Jasmine yang memegang watak 'Suria' dalam drama bersiri.



Pelakon wanita utama yang membintangi drama bersiri Mr. Mama, Jasmine Mohamad Ashraff tidak bersetuju dengan tawaran penyelesaian berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang dikemukakan oleh suaminya, Muhammad Darren Jibran.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Muhammad Darren selaku plaintif dalam tuntutan hak penjagaan anak lelaki pasangan tersebut, Muhammad Daniel Jibran yang berusia setahun tujuh bulan.

Menurut peguam itu, Jasmine, 31, juga tidak bersetuju terhadap permohonan Muhammad Dareen, 30, yang menuntut agar terma hak lawatan kanak-kanak tersebut dipinda kepada tanpa kehadiran dramatis berkenaan.

''Kedua-dua pihak melalui permohonan inter-parte (antara pihak) pada prosiding 7 April lalu bersetuju terhadap terma hak lawatan kepada Muhammad Darren dalam seminggu sekali dan dimestikan dengan kehadiran Jasmine.

''Oleh demikian, anak guam saya memohon agar terma hak lawatan itu dipinda dengan 'tanpa kehadiran Jasmine','' ujar Azmi di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Peguam syarie, Abdul Halim Bahari yang mewakili Jasmine selaku defendan kemudian memberitahu, kegagalan penyelesaian itu tidak boleh dipersalahkan kepada anak guamnya kerana terdapat beberapa cadangan yang diusulkan oleh defendan tidak dipersetujui oleh Muhammad Darren.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain kemudian menjelaskan, mahkamah tidak boleh menetapkan sebarang keputusan berhubung pindaan itu kerana persetujuan sebelum ini dibuat secara inter-parte.

Beliau menjelaskan memandangkan ia dibuat menerusi inter-parte, setiap pihak mestilah bersetuju secara bersama jika hendak meminda terma hak lawatan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini untuk perbicaraan berhubung tuntutan hadanah tersebut.

Jasmine yang memegang watak 'Suria' dalam drama bersiri itu hadir ke prosiding hari ini dengan beberapa ahli keluarga terdekatnya.

Muhammad Darren yang bekerja sebagai jurutera turut hadir ke mahkamah hari ini. Beliau memfailkan tuntutan hadanah itu terhadap Jasmine pada 17 Februari lalu.

Sunday, October 2, 2011

Bilal Duda bertemu Noraniza Janda Dipelaminan

KETULUSAN hati Jeffri berjaya membuka hati Noraniza untuk memberanikan dirinya kembali ke gerbang rumah tangga.



Meskipun keputusan untuk menamatkan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak bukan sesuatu yang mudah, namun jauh di sudut hatinya masih membuka ruang untuk golongan lelaki sekali gus kembali bergelar isteri.

Tanggal 29 September lepas, bertempat di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru menjadi bukti apabila jiwa wanitanya berjaya ‘dicuri’ seorang usahawan dan juga bilal, Jeffri Hudi, 52.

Warga Singapura itu yang merupakan duda beranak empat sah bergelar suami kepada Noraniza Idris, hanya dengan sekali lafaz. Upacara bersejarah itu turut disaksikan anak kedua-dua pasangan, keluarga terdekat dan orang ramai termasuk peminat yang hadir pada majlis yang diadakan secara terbuka itu.

Pasangan tersebut yang mula berkenalan tahun lalu dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak pada pukul 2.45 petang dengan mas kahwin berupa senaskhah al-Quran.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran berupa sirih junjung, alat solek, telekung, sejadah dan cincin dibalas tujuh dulang daripada pihak Noraniza iaitu sirih junjung, senaskhah tafsir al-Quran, songkok serta kain pelekat, minyak wangi, sejadah, tasbih dan cincin.

Kedua-dua mempelai anggun mengenakan busana berwarna putih mutiara sedondon rekaan Eilla Faizshah dari Butik Busana Cinta@Ratu Cinta.

Majlis akad nikah tersebut diadakan besar-besaran sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 dan Noraniza dan suami pula disandingkan dua hari kemudian di lokasi sama.

Noraniza adalah penganjurnya bersama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Gerakan Belia 4B, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, UDA Mall, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Juwein e’zain Bridal Gallery, Pasific Arena Pte. Ltd. dan Adabi.

Saturday, October 1, 2011

Memey mahukan 4 anak



“Jika diizinkan saya mahu empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan,” kata pelakon sensasi yang baru melangsungkan perkahwinan pada 24 September lalu, Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 23, di sini, semalam.

Menurut Memey, dia dan suami, Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, tiada halangan sekiranya mereka dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat.

“Dari dulu saya mahukan empat anak dan berdoa supaya impian ini dimakbulkan Allah SWT, bagaimanapun, kami hanya merancang, tetapi kekuasaan-Nya melebihi segalanya.

“Buat sementara, saya berehat seminggu selepas selesai majlis perkahwinan untuk merehatkan badan kerana letih sejak melakukan persiapan majlis ini sepanjang empat bulan lalu,” katanya.

Menurut Memey, alam rumah tangganya berjalan lancar walaupun dia dan Norman masih dalam proses menyesuaikan diri selepas bergelar pasangan suami isteri.

“Seakan-akan tidak percaya kerana saya sudah menjadi isteri orang dan saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam hubungan ini,” katanya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2