NUFFNANG ADS

Thursday, October 31, 2013

Zain Saidin nafi berkahwin 11 Disember


"KAMI tak pernah beritahu sesiapa untuk bernikah pada tarikh itu!," tegas pelakon Oh! My English, mengenai dakwaan bakal berkahwin pada tarikh keramat, 11 Disember depan.

Menurut Zain Saidin, 29, perkara ini hanyalah andaian daripada segelintir pihak setelah  pelakon ini dan pasangannya, Rozita Che Wan sepakat memilih Disember sebagai bulan perkahwinan mereka.

"Memang kami pilih Disember, namun tidak semestinya tarikh itu. Malah, kami tidak pernah terlintas untuk memilih tarikh itu kerana pasti banyak majlis yang diadakan pada tarikh popular itu.

"Kami akan membuat sidang media untuk mengumumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat ini. Segalanya akan terjawab dalam sidang media itu.

"Sidang media itu akan dibuat setelah saya selesai menjalani penggambaran telefilem, Oh! My English, di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini," katanya yang mengadakan majlis merisik pada 29 September lalu di Carcosa Seri Negara secara tertutup.

Wednesday, October 30, 2013

Abby sudah tidak hormat pada suami?


Mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.

Monday, October 28, 2013

Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU


Seniman negara, Datuk Rahim Razali, 74, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Sunway dekat sini pada pukul 1 tengah hari semalam akibat pendarahan otak selepas dia jatuh dan pengsan ketika sedang menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang.

Anak perempuan pengarah dan pelakon tersohor negara itu, Nadia Abdul Rahim, 41, ketika dihubungi berkata, pemeriksaan doktor kemudian mendapati pembuluh darah pada bahagian kepala bapanya itu telah pecah sehingga mengakibatkan berlaku pendarahan di dalam otak.

“Bapa saya tidak cukup rehat sehingga menyebabkan timbul tekanan. Dia sebenarnya telah mengadu sakit kepala seminggu yang lalu ketika menjalani penggambaran drama tersebut.

“Sampai satu tahap, bapa mengalami sakit kepala yang teruk sehingga tidak boleh berjalan dan menyebabkan tekanan darahnya meningkat ke tahap merbahaya,” jelas Nadia.

Sunday, October 27, 2013

Adam nafi rumah tangga goyah


Apabila membaca kisah rumah tangga pasangan pengantin baharu, Adam AF2 dan isterinya Fiza (bekas anggota kumpulan Elite) yang kini dikatakan sedang goyah tersenarai dalam sebuah akhbar tempatan keluaran Ahad lalu.

Penulis akhbar tersebut mendakwa memperoleh berita tersebut (rumah tangga Adam, Fiza goyah) daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baharu.

Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut menyebut Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, berbual dengan bekas kekasih ketika mereka secara kebetulan bertemu di sebuah stesen minyak.

Pergaduhan yang disifatkan penulis itu seperti ‘perang dunia ketiga’ bermula apabila pasangan tersebut pulang ke rumah.

Sumber kepada penulis itu juga memaklumkan, semasa pertelingkahan antara Adam dan Fiza terjadi, penyanyi yang kini mempunyai sebuah pusat perubatan Islam sendiri iaitu Nur Khalifah Al-Hasani di Kota Damansara, Selangor itu sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.

Akibatnya, mereka bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya.

Sumber tersebut juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu. Akibatnya, rumah tangga pasangan suami isteri yang berlangsung kira-kira sebulan lalu itu goyah.

Adam dan Fiza, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pada 26 September lalu.

Friday, October 25, 2013

Chacha Maembong Patah Tangan Kanan


Adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha dilaporkan patah di bahagian pergelangan tangan kanannya akibat terjatuh di lokasi penggambaran drama slot akasia, pada 25 Oktober lalu.

 Media Hiburan online yang menghubungi pengurusnya iaitu Faliq, mengesahkan hal tersebut.

"Ya, Chacha terjatuh selepas keluar dari tandas. Mula-mula dia diamkan saja tetapi selepas kesakitannya mulai terasa, dia memberitahu pihak produksi. Kemudian dia dibawa ke klinik.

"Melihatkan sesuatu yang dirasakan serius, doktor merujuknya ke hospital. Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mengesahkan pergelangan tangannya retak. Tangan Chacha perlu disimen untuk tempoh tiga minggu," ujar Faliq.

Saraf suara bengkak, FaFau diarah berehat





Pengacara Nona yang juga penyampai radio Media Prima Berhad Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal Oktober ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’ membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.

“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak bertambah serius,” katanya.

Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.

Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.

Kata Fara yang juga dikenali dengan panggilan FaFau, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis tertentu.

“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.

“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.

Thursday, October 24, 2013

Faizal Ismail Hotfm letak jawatan secara mengejut


Penyampai radio Hot FM, Mohd. Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI meletak jawatan secara mengejut dari stesen radio itu bermula semalam.

Penyampai radio berusia 37 tahun itu membuat pengakuan mengenai peletakan jawatan itu menerusi akaun Twitternya.

Ia berbunyi:

"Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini pada 24 Oktober 2013."

Beliau turut mengemas kini isu peletakan jawatan itu di dalam akaun Facebook miliknya.

Wednesday, October 23, 2013

Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz - Pekin Ibrahim


PELAKON Pekin Ibrahim sebelum ini nekad mendakwa kekasihnya, Uqasha Senrose curang kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang pelakon iaitu Sharnaaz Ahmad.

Namun, Uqasha ketika dihubungi Kosmo! semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pekin terhadap dirinya itu.

Dengan nada sedih bercampur kecewa, luah pelakon filem Paku Pontianak itu, dia tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz.

Malah, dia tidak sangka Pekin sanggup memburukkannya dengan keadaan sedemikian rupa.

Atas tindakannya itu, ulas Uqasha, orang ramai akan menuding jari mengatakan dia gadis yang jahat lalu mengaitkan kembali kontroversi lalunya dengan pelawak Nabil Ahmad selepas foto kononnya mereka bercium tersebar di internet.

“Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya.

“Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz,” tegasnya yang terkejut dengan berita mengenai keburukannya dari mulut Pekin.

Bicara lanjut mengenai hubungannya dengan Pekin, kata Uqasha, mereka kini sudah putus tetapi punca perpisahan tersebut bukan kerana orang ketiga.

Jelasnya dengan nada rintih, kalau boleh dia tidak mahu mengaibkan Pekin, namun dia terpaksa memberi kenyataan kerana tindakan bekas kekasihnya itu.

“Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca daripada sikap kasar dan panas barannya.

Perginya Madonna Malaysia

 NAMA Noreen Noor barang kali sedikit asing bagi generasi muda, namun wanita berusia 54 tahun ini pernah mendapat jolokan Madonna Malaysia sekitar tahun 1980-an.

Namun semalam, industri seni kehilangan sebutir lagi permata berharga apabila Noreen menghembuskan nafas terakhir jam 5.50 pagi di di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, disebabkan komplikasi buah pinggang.

Ternyata pemergian Allahyarhamah mengejutkan ramai khas peminatnya kerana Noreen tidak pernah memaklumkan penyakit dihadapinya kepada umum, sebaliknya hanya teman rapat yang mengetahui perkara tersebut.

Jenazahnya disembahyangkan dan dikebumikan di kampung halamannya di Kilometer 16, Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor, hari sama.

Noreen juga meninggalkan dua orang anak hasil dari dua perkahwinannya.

Nama Noreen Noor mula dikenali selepas menceburkan diri dalam dunia lakonan pada era 80-an menerusi filem pertama lakonannya, Talak.

Bakatnya dilihat pada usia lima tahun dan berada di bangku sekolah, apabila dia berani tampil dalam satu pertandingan menyanyi dan menjadi juara.

Sekali lagi bakatnya telah dibuktikan selepas memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Monday, October 21, 2013

Aida mohon semua pihak bersabar


Reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.

Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.

"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

"Namun,  ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

"Saya tahu perkara itu  dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.

Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan  kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.

Sunday, October 20, 2013

Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir

Diana dan Habib bersama Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar K David Teo

 PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.

Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.

“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.

“Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.

Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.

Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Thursday, October 17, 2013

Serina sibuk mengendalikan empat perniagaan

Serina Redzuawa bersama suami dan anak-anaknya.

Wanita ini 10 tahun yang lalu dan sekarang, banyak perbezaannya. Jika dulu, dia sama seperti remaja lain yang memburu cita-cita menjadi anak seni. Kini ibu kepada dua cahaya mata itu mampu berbangga dengan empat perniagaan hasil usahanya sendiri.

Justeru, kesibukan mengendalikan empat perniagaan itu menjadi sebab mengapa wajahnya semakin jarang dapat kita tatap di kaca televisyen dan layar perak.
Meskipun lakonan dan pengacaraan bukan lagi tumpuan utamanya sekarang, namun kecintaannya terhadap seni belum sedia dilepaskan.

Dalam kesibukan mengendalikan keluarga dan perniagaannya, Serina Redzuawan, 30, masih aktif berkarya.

“Kali terakhir saya ‘shooting’ bulan April lalu. Terus-terang, memang rindu hendak masuk set penggambaran tetapi saya terlalu sibuk untuk berbuat demikian. Kalau boleh saya benarkan diri saya untuk terbabit pun, bukanlah untuk tempoh penggambaran yang lama. Jika masa tidak panjang bolehlah dipertimbangkan.

“Perniagaan yang saya usahakan iaitu Cosway Farmasi, Restoran Char Koay Teow Simply Delicious bersama sahabat saya, Anggun Serina dan produski YKS Film Makers Sdn Bhd memerlukan komitmen dan perhatian yang tinggi daripada saya.

Wednesday, October 16, 2013

Gelar Darah Biru Untuk Penyanyi Rossa Dari Kerajaan Penang, Malaysia


Jika tak ada aral melintang, tanggal 24 Oktober nanti, Roslaina Sri Handayani  alias Rossa akan menerima gelar Dato dari kerajaan Penang, Malaysia. Rossa mengaku sangat bersyukur karena di ulang tahunnya yang ke-35 ini banyak doa dan hadiah buatnya.

"Iya, selain aku dapat kado juga mendapat doa dari banyak fans, teman, sahabat dan keluarga. Terima kasih untuk semuanya ya, " tutur janda satu anak ini.

Kado yang spesial agaknya bakal datang dari kerajaan Penang. Maklum saja, selama ini Rossa tidak mengira bakal mendapat gelar Dato dari Raja Penang. Rossa yang bersahabat dekat dengan putri Raja  sudah dianggap sebagai kakak dan adik keluarga kerajaan.

Bahkan jika keluarga kerajaan menggelar  hajatan, penyanyi asal Sumedang ini selalu ikut dilibatkan.

"Mungkin karena sudah dekat dengan keluarga Kerajaan ya atau mungkin juga aku dianggap telah memberikan kontribusi bagi masyarakat di Malaysia, jadi nanti InsyaAllah aku diberi gelar Dato,"imbuhnya.

Yang membanggakan, masih menurut cerita Rossa, seseorang yang bergelar Dato di Malaysia maka di seluruh negeri tersebut  bakal memanggil namanya dengan awalan Dato. "Ya nanti jadi Dato Rossa deh, " timpalnya, sambil tertawa.

Bukan hanya Rossa yang bangga, kedua orang tuanyapun ikut serta berbahagia. "Iya, kata Mamaku, eh si Neneng yang orang Sumedang dapat gelar Dato di Malaysia. " tirunya.

Tuesday, October 15, 2013

Aeril kesal anaknya dilabel anak "Luar Nikah"


Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, baru-baru ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

Friday, October 11, 2013

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerangkan status mereka berdua pada sidang media.


Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku telah berkahwin dua kali pada tarikh 25 Fabruari 2012 dan 4 Februari 2013 di lokasi yang sama iaitu Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Perkahwinan dua kali itu dilaksanakan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Perkara itu didedahkan Aeril dalam sidang akhbar tergempar di Restoran Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya hari ini. Wawa Zainal turut hadir dengan imej berhijab.

Pernikahan Aeril dan Wawa kali pertama berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan disaksikan oleh pengurus peribadi Aeril, Shahriman Wahab.

Menerusi pernikahan pertama, Aeril dan Wawa mengaku telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.




Tuesday, October 8, 2013

Fida berkeras engan mohon maaf kepada pengarah telefilem


Perjalanan karier seni Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Fida Ibrahim tidak selancar yang disangka.

Bermula dengan kisah cinta sehinggalah ke kontroversi berpakaian dan bertudung, nama Fida bagai tidak sudah-sudah terpalit dengan kisah kontroversi.

Terbaru, Fida telah dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran telefilem Kampungku dan Aidil Adha di Baling, Kedah.

Merasakan dirinya adalah artis yang teraniayai, tegas Fida dia tidak akan sesekali memohon maaf kepada pengarah telefilem tersebut, Shuhaimi Lua.

"Sebenarnya isu minta maaf telah lama selesai sebelum perkara ini tersebar kepada pihak media. Saya juga pelik kenapa dia perlu menabur fitnah dan memburukkan nama saya kepada semua orang sedangkan perkara ini telah lama selesai.

"Apa yang boleh saya jelaskan dia juga perlu tampil meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar terhadap saya.

"Pelbagai kritikan yang saya terima mengenai isu terbabit sehingga saya dilabel artis bermasalah. Namun, saya akur sebagai insan biasa lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan menerimanya dengan reda.

"Saya juga memandang pada sudut positif setiap fitnah yang diberikan itu ada hikmah sebaliknya," katanya kepada Zass.

Ditebak mengapa dia mendiamkan diri sebaik pihak produksi memaklumkan dia lari dari lokasi, Fida menjelaskan, dia mengambil pendekatan tersebut kerana enggan memanjangkan lagi isu itu.

"Sebenarnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini, sedangkan segala tuduhan yang dikatakan itu tidak benar sama sekali yang melabelkan saya sebagai artis bermasalah dan lari dari set penggambaran.

"Saya melakukan sedemikian kerana mempunyai alasan yang kukuh hanya orang yang berada di tempat tersebut akan mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi.

"Dalam hal ini, saya tidak kisah kalau pihak tersebut nak saman jika saya tidak tampil memohon maaf, kerana saya ada segalanya bukti dan penjelasan kukuh kenapa saya bertindak sebegitu," ujarnya.

Monday, October 7, 2013

Kereta Jimmy Shanley kena bakar

ANGGOTA polis melakukan siasatan terhadap kereta Jimmy.


Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di Kampar,Perak.

ereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.

Menurutnya, orang awam yang mengesyaki ia ada kaitan dengan perbuatan jenayah lalu segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk memaklumkan kejadian itu.

“Berikutan itu, anggota peronda bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar.

“Anggota polis menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley,” katanya, semalam.

Menurutnya, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat pemiliknya, Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

“Polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kereta itu. Malah, tiada satu pun barang milik mangsa di dalam kenderaan itu yang terselamat.

“Kes itu kini diambil alih pihak polis Ipoh untuk siasatan lanjut dan Jimmy dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, saya anggap kes ini pelik kerana kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya.

Jimmy sebelum ini pernah mendapat liputan meluas media apabila kes penceraian dan tuntutan penjagaan anaknya berlarutan selama hampir dua tahun.

Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

Sunday, October 6, 2013

Rumah RM7.2juta: Hadiah Nadim untuk Nora Danish?


"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah RM7.2juta untuknya.

Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.

Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.

Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.

Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.

"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.

"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.

Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.

"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.


Saturday, October 5, 2013

Harith Iskander timang anak kedua


HARITH Iskander menerusi laman mikro Twitternya petang semalam berkongsi berita gembira buat semua peminat atas kehadiran orang baru dalam keluarganya bersama isteri, Jezamine Lim.

Isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11.26 pagi semalam.

Setakat ini tiada maklumat lanjut berkaitan kehadiran cahaya mata kedua pasangan tersebut.

“This little girl arrived at 11:26am. My wife is a champion,” tulis Harith Iskander bersama sekeping gambar pertama anak keduanya itu.



Thursday, October 3, 2013

Nurul selamat melahirkan bayi lelaki

Penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Nurul Huda Abdul Wahab atau Nurul, 31 telah selamat melahirkan bayi  lelaki yang digelarnya sebagai "Z" pada jam 10.28 pagi, hari ini.

Nurul yang dipetik di laman blognya, menyatakan bayinya itu dilahirkan secara normal dan seberat 3.03 kilogram.

Menurutnya, yang telah menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp pada Jun tahun lalu, pengalaman kedua melahirkan bayi itu terasa mudah.

"Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan bayi ‘Z’ jam 10.28 pagi tadi.

"Bayi sihat dan begitu juga aku. "... Aku sakit tak lama, bermula jam 10.30 malam, semalam, 1 jam sekali sakitnya, jam 3 pagi langsung ke hospital.

"Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku," katanya yang sempat menulis berita itu, selepas melahirkan bayinya pagi tadi.

Bagaimanapun buat masa ini Nurul masih belum ingin mengumumkan siapakah nama sebenar bayi lelakinya.

Untuk makluman, bayi ini merupakan anak pertama hasil daripada perkahwinan Nurul dan Eric Deep.

Sebelum ini, Nurul pernah mempunyai seorang anak, Ayu Nazirah, 15, bersama hasil perkahwinannya dengan Mohd Faizal Maas atau Ajai.

Raja Azmi Nikah 13 Oktober


PRODUSER penuh kontroversi, Raja Azmi khabarnya akan melangsungkan majlis pernikahan bersama tunangnya, Mohd Eddie Ghazali pada 13 Oktober 2013.

Difahamkan majlis pernikahan dan persandingan mereka akan diadakan di Laman Santai, Istana Budaya pada jam 7.30 malam.





Wednesday, October 2, 2013

‘Fida mesti minta maaf’


“Biro Pengaduan SENIMAN (Persatuan Seniman Malaysia) ada berjumpa dengan saya untuk bertanyakan mengenai aduan yang dibuat Fida dan pada pertemuan itu saya bawakan sekali beberapa keping gambar lokasi di hutan, gambar hotel penginapan, skrip dan jadual penggambaran.

“Nampaknya SENIMAN berpuas hati dengan penjelasan dan saya pun tiada apa yang mahu disembunyikan,” jelas produser Langkah Karya Sdn Bhd, Hazmimi Johar yang menerbitkan telefilem Kampungku Aidiladha. Menurut Hazmimi pada pertemuan itu, SENIMAN tak mahu memanjangkan isu itu dan mahu ia diselesaikan dengan cara baik.


“Fida mesti minta maaf dengan saya secara lisan dan juga bertulis. Pun begitu, saya tahu yang artis ada ego sendiri dan sukar mohon minta maaf. “Pada masa sama, pihak TV3 juga bertanya saya mengenai isu yang timbul dan saya sudah jelaskan pada mereka,” katanya. Berhubung permohonan maaf daripada Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, Hazmimi berkata, SENIMAN bertanya kepadanya apakah cara lain selain daripada permohonan maaf untuk menjernihkan keadaan. “Dia perlu minta maaf dengan saya kerana saya menanggung malu,” katanya.


Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2