NUFFNANG ADS

Wednesday, October 23, 2013

Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz - Pekin Ibrahim


PELAKON Pekin Ibrahim sebelum ini nekad mendakwa kekasihnya, Uqasha Senrose curang kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang pelakon iaitu Sharnaaz Ahmad.

Namun, Uqasha ketika dihubungi Kosmo! semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pekin terhadap dirinya itu.

Dengan nada sedih bercampur kecewa, luah pelakon filem Paku Pontianak itu, dia tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz.

Malah, dia tidak sangka Pekin sanggup memburukkannya dengan keadaan sedemikian rupa.

Atas tindakannya itu, ulas Uqasha, orang ramai akan menuding jari mengatakan dia gadis yang jahat lalu mengaitkan kembali kontroversi lalunya dengan pelawak Nabil Ahmad selepas foto kononnya mereka bercium tersebar di internet.

“Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya.

“Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz,” tegasnya yang terkejut dengan berita mengenai keburukannya dari mulut Pekin.

Bicara lanjut mengenai hubungannya dengan Pekin, kata Uqasha, mereka kini sudah putus tetapi punca perpisahan tersebut bukan kerana orang ketiga.

Jelasnya dengan nada rintih, kalau boleh dia tidak mahu mengaibkan Pekin, namun dia terpaksa memberi kenyataan kerana tindakan bekas kekasihnya itu.

“Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca daripada sikap kasar dan panas barannya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2