NUFFNANG ADS

Friday, June 29, 2012

Osman Kering meninggal dunia




Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.

Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru.

Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.

Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Thursday, June 28, 2012

Memey hamil 6 minggu


SEMBILAN bulan melayari bahtera perkahwinan bersama aktor, Norman Hakim, akhirnya pelakon, Memey Suhaiza, disahkan hamil.

Setelah mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor, usia kandungan Memey kini mencecah enam minggu.

Teruja dengan berita gembira itu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 24, memberitahu, Norman adalah insan pertama yang mengetahui perkhabaran itu.

“Sebelum dapatkan pemeriksaan doktor, saya buat ujian sendiri melalui alat pengesan kehamilan.

“Ketika itu, saya belum beritahu abang (Norman) lagi kerana belum pasti. Bila beritahu abang, dia terus peluk saya dan berpesan agar menjaga kandungan dengan baik. Abang juga menghubungi pihak produksi agar memantau keadaan saya di lokasi.

“Doktor turut berpesan agar saya mengurangkan aktiviti seni kerana usia kandungan masih baru. Namun, mungkin saya akan menyiapkan dahulu kontrak yang telah ditandatangani,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Jerangkap Cinta, untuk siaran RTM.

Memey memberitahu, Norman inginkan anak lelaki. Pun begitu, dia tidak kisah mengenai jantina anaknya itu.

“Apa yang penting, kandungan saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

Norman dan Memey selamat diijabkabulkan pada 24 September 2011.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim,7, dan Maria Danisha Hakim,4.

Wednesday, June 27, 2012

Sasha enggan dedah punca cerai

Shasha dan Salyo pada majlis resepsi perkahwinan mereka pada 1 Disember 2007 selepas menjalani akad nikah pada 11 November di Jakarta, Indonesia.



TANGGAL 25 Jun lalu, kehadiran pelakon dan penyanyi Sasha Mohamad Saidin, 35, bersama ibunya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur telah menarik perhatian segelintir pihak media yang sedang membuat liputan satu kes khalwat seorang pelakon.

Ketika itu Sasha yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite dilihat berbaju kurung dan berselendang hitam telah memasuki kawasan yang menempatkan Jabatan Agama Islam daerah Gombak Timur sebelum masuk ke mahkamah rendah bersama ibunya.

Apabila ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya di situ, ternyata artis jelita kacukan Melayu-Inggeris itu agak terkejut. Namun, dia sekadar memberi alasan mempunyai urusan berkenaan hal keluarga.

Bagaimanapun,Sasha menjelaskan, Sebenarnya tujuan hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono.

" Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang kenyataan atau menceritakan mengenai perkara yang sebenar sehingga saya membuat keputusan untuk bercerai. Mungkin kalau sudah tiba masa yang sesuai nanti, barulah saya akan mendedahkan tentang permasalahan yang berlaku antara kami berdua. Namun, sekarang ini lebih baik saya berdiam diri sahaja terlebih dahulu.

Tuesday, June 26, 2012

Keluarga Aziz Sattar tolak kunjungan Seniman





Ahli keluarga seniman Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis,tolak kunjungan anggota Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran,  di Hospital Ampang, tengah hari semalam, .

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

Monday, June 25, 2012

Aziz Satar diserang sakit jantung


Seniman veteran, Datuk Aziz Satar (gambar), 87, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang, selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan pada Sabtu lalu.

Pelakon yang terkenal dengan beberapa filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu mengadu sakit dada selepas melakukan senaman pada satu program kesihatan yang diadakan pada hari tersebut.

Menurut menantunya yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, bapa mertuanya itu telah dihantar ke Hospital Ampang oleh rakan-rakan yang pergi bersama dengannya pada program berkenaan.

Katanya, Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta kini dirawat di unit berkenaan dengan pemantauan sepenuhnya oleh pihak hospital.

"Keadaannya kini dilaporkan stabil dan tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan.

"Pelawat hanya dibenarkan masuk pada waktu yang ditetapkan dan hanya dua orang sahaja dibenarkan melawat pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi semalam.

Sunday, June 24, 2012

Perang artis: Seniman tunggu e-mel Neelofa

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) masih menunggu maklum balas dan e-mel tuntutan daripada Neelofa bagi membantu menyelesaikan persengketaan pelakon utama filem Azura itu dengan Anzalna secepat mungkin.

Presidennya, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, pihaknya sudah mempunyai formula untuk membantu menyelesaikan pertelingkahan kedua-dua artis itu, namun memerlukan komitmen Neelofa untuk menjelaskan tuntutannya terhadap Anzalna.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Seniman sudah bertemu dan berbincang dengan Neelofa serta Anzalna. Kami melihat perkara ini secara serius kerana membabitkan imej artis.

“Namun, apa saja keputusan dan langkah bakal diambil Seniman selepas ini, ia masih bergantung kepada kerjasama kedua-dua pihak. Kalau Neelofa mahu teruskan tuntutan mahkamah, kami tidak boleh buat apa-apa melainkan menjadi pemerhati saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Saturday, June 23, 2012

Anuar Zain kesal radio Era FM


ANUAR ZAIN bukan calang-calang penyanyi dalam industri muzik tempatan. Itu kenyataan yang tidak boleh diketepikan jika melihat kepada pencapaian pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM) yang sudah tiga kali menyaksikan kemenangannya dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik (Lelaki).

Dia juga menggondol anugerah Lagu Terbaik dalam AIM 2003 dan AIM 2011 menerusi lagu Keabadian Cinta dan Sedetik Lebih. Namun album terbaharu Anuar Zain yang mengandungi lagu-lagu seperti Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Pernahkah, Simpati Cintamu, Terindah dan Cinta Harus Memiliki kurang mendapat sambutan stesen-stesen radio.

"Lagu-lagu saya juga seperti tidak dilayan oleh pihak radio. Saya juga agak terkejut apabila diberitahu bahawa lagu-lagu baharu saya tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan stesen radio. Saya agak terkilan.

"Bukan mahu membangga diri, tetapi sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, sudah semestinya saya tahu tahap kualiti sesebuah lagu," katanya dengan nada kesal.

Suara hati Anuar Zain bagaimanapun tidak disambut dengan terbuka pihak stesen radio. Dalam satu laporan, beberapa orang kanan radio tempatan tampil mempertahankan polisi stesen masing-masing bahkan ada yang mengakui terguris hati dengan sikap Anuar.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran dalam satu kenyataannya menyebut, dakwaan Anuar itu langsung tidak berasas.

"Dakwaan Anuar bahawa kami tidak membantu dan memutarkan lagu-lagunya adalah tidak berasas. Lagu-lagunya sering diputarkan mengikut permintaan, antara dua hingga tiga kali sehari. Paling kurang sekali sehari berdasarkan permintaan pendengar," jelas Nazri.

Dalam nada merajuk Anuar berkata: "Sudah hampir empat tahun saya tidak mendengar radio kerana genre muzik yang dimainkan tidak dipelbagaikan. Lebih baik saya dengar lagu menerusi cakera padat (CD).

"Saya tidak kata lagu-lagu yang diputarkan itu tidak bagus, tetapi bukankah lebih meriah lagi jika semua konsep muzik diperdengarkan?"

Keterbukaan Anuar bercakap tentang peranan stesen radio itu diluahkan dalam sebuah majlis eksklusif bersama media sempena pelancaran album terbaharunya di Bistro 42, Bangsar Village, petang Rabu lalu.

Friday, June 22, 2012

Ras Adiba botak demi RM50,000

Rambut Ras Adiba dipotong Winnie.





Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah sebati berambut panjang membotakkan kepalanya secara tiba-tiba, tetapi itulah yang dilakukan personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan drastik itu bukan untuk menarik perhatian mana-mana pihak, sebaliknya demi menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser.

Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian.

“Saya mendapat jemputan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk terbabit dalam kempen Jom Botak ini sebagai menyatakan sokongan kami kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak.

“Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi.

“Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ras Adiba membotakkan kepalanya di salun A Cut Above, di sini dan rambutnya dipotong pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Beliau berkata, dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha saya tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang pesakit hadapi khususnya kanak-kanak.

“Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna.

Sementara itu, Ketua Projek Kempen Jom Botak, Datuk Dr Arunan Selvaraj berkata, kempen itu bermula sejak sebulan lalu dan baru-baru ini, pihaknya menjayakan rakaman klip video bagi meraih sokongan masyarakat.

Thursday, June 21, 2012

Isteri Jimmy Shanley Mahu Selesai Secara Baik

Saat bahagia bersama anak mereka.






Menyedari kemelut yang melanda hubungan mereka, isteri kepada pengacara popular, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy telah mengambil langkah bertemu suaminya untuk menyelesaikan kes penceraian mereka secara baik.

Menurut sebuah portal berita, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, Suhaila telah mencadangkan kepada Jimmy agar dapat berpisah secara baik selain mengharapkan hubungan mereka kekal menjadi seperti sahabat.

"Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah.

"Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini," ujar Suhaila pada Majlis Amal Seni Premier V3 di sini pada Rabu lalu.

Namun begitu, Suhaila menjelaskan, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih berkeras untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.

Wednesday, June 20, 2012

Shahrizal merisik Redzwani

SHAHRIZAL akhirnya memilih teman baik yang kini menjadi kekasihnya, Redzwani sebagai bakal tunang.



Keputusan Shahz Jaszle untuk menukar namanya ke Shahrizal mungkin membawa berkat.

Berdasarkan sekeping gambar di Instagramnya, pelakon tampan yang sebelum ini sering digosipkan dengan beberapa artis wanita terkenal seperti Maria Farida dan Neelofa, bakal merisik kekasih hatinya, Redzwani Puteri.

Ketika dihubungi baru-baru ini, Shahrizal dengan nada sedikit teruja mengesahkan perkhabaran tersebut dan mengatakan semua perancangan sedang diuruskan pihak keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurutnya, setelah setahun berkawan, sudah tiba masanya untuk mereka membawa ikatan tersebut pada langkah seterusnya.

Shahrizal mengakui 15 Julai ini
bakal merisik kekasih hati, Redzwani Puteri. Buat masa ini, pihak keluarga kami berdua sedang sibuk menguruskan segala perancangan untuk majlis tersebut. Jadi saya hanya mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh mereka kelak.

Tuesday, June 19, 2012

Heboh: Remy dikatakan meninggal dunia




“Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.

Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.

Monday, June 18, 2012

HEBOH: Aziz Sattar Bercerai

Datuk Aziz Sattar dan isterinya, Datin Hashimah Delan



Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.

Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.

"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.

"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya.

Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam. Perkenalan pasangan itu bermula di sebuah majlis anjuran Klasik FM di Taman Nirwana, Ampang pada 2005 menjadi titik tolak perhubungan mereka.

Sunday, June 17, 2012

Suriana kena santau

Suriana Ab Wahab atau Keena


“Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis.

Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan.

Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan.
Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan.

“Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula.

“Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.

Saturday, June 16, 2012

Anzalna sahut cabaran Neelofa

 
Neelofa dan Anzalna


Industri hiburan minggu ini diasak dengan berita-berita peperangan antara dua dewi - Neelofa dan Anzalna yang lahir menerusi program Dewi Remaja 2010/2011.

Perbalahan itu dikatakan berpunca dari kenyataan Anzalna menerusi artikel bertajuk 'Anzalna bidas Neelofa' - mendakwa Neelofa sememangnya seorang yang busuk hati, selepas juara Dewi Remaja itu dikatakan mempertikai kemenangan Tasha Shila sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Ekoran daripada kenyataan Anzalna yang disiarkan menerusi sebuah akhbar tabloid Ahad lalu, Neelofa telah mengadakan satu sidang media tiga hari kemudian, menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah.

Tidak berdiam diri, Anzalna juga telah melantik peguam, Fakhrul Azman untuk mengendalikan kes ini.

"Saya serahkan segalanya kepada peguam saya untuk uruskan perkara ini dan saya akan buktikan, saya bukan pemfitnah," katanya kepada Zass.

Anzalna berkata, dia tidak berdendam dengan teraju utama Azura itu dan bersedia untuk bersemuka dan berbincang mengenai perkara ini.

Malah, andai ditakdirkan mereka digandingkan untuk mana-mana filem, drama atau sesi fotografi selepas ini, Anzalna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama.

"Dunia hiburan ini tidaklah sebesar mana dan saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan dia. Malah, sebelum ini pun, kami pernah bersua dalam majlis yang sama.

"Apa pun saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin," tuturnya.

Friday, June 15, 2012

Pasang tatu ditangan, Awi mohon maaf


Heboh seketika apabila portal-portal hiburan yang menyiarkan foto seorang penyanyi lelaki yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, ramai yang dapat meneka bahawa penyanyi itu adalah Awi Rafael.

Menyedari dirinya kini ‘diburu’ ramai pihak, pelantun Bila Aku Jatuh Cinta ini tampil memberi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, kelmarin.

Menurut Awi, gambar yang dimuat naik itu adalah sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.

Mengakui sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama, Awi mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah.

Malah, Awi juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran.

Thursday, June 14, 2012

Khalwat: Razak didenda RM2,900


Selepas enam tahun perbicaraan kes khalwatnya di mahkamah, pelakon Razak Ahmad akhirnya didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya, selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang pengusaha butik.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi tuduhan khalwat yang dihadapi pelakon itu sejak April 2006.

Semasa membacakan penghakimannya, Wan Mahyuddin berkata, beberapa isu utama diambil kira mahkamah termasuk waktu dan masa tangkapan kes tersebut iaitu pada 2.15 pagi. Mahyuddin berkata, ketika ditangkap, pihak  pendakwaan membuktikan melalui saksi-saksi yang dipanggil, pelakon utama siri Geng Surau itu berada dalam keadaan yang meragukan dan boleh mendatangkan fitnah kerana berada dalam sebuah bilik gelap dengan berpakaian  tidak lengkap.

“Alasan tertuduh yang datang ke apartmen Selamah pada waktu tersebut untuk mengambil baju ditaja wanita itu untuk latihan satu program disertainya tidak disokong dengan kehadiran saksi-saksi lain,” katanya.

Sementara itu, Razak yang diwakili peguam Mohd Azman dalam rayuannya merayu kepada mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas anak guamnya memandangkan beliau seorang selebriti selain terpaksa menanggung anak-anak dan isteri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Razak Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli.

Ayu Dewi pilih 16 Jun

Ayu Dewi


TEKA-TEKI mengenai pernikahan aktres, Ayu Dewi, kini terjawab apabila dia mengumumkan tarikh keramat itu. Memilih 16 Jun sebagai hari istimewanya untuk disatukan bersama pilihan hati, Regi Datau, Ayu berharap agar   pernikahannya berjalan dengan lancar.

Menurut pengurus peribadi Ayu, Nanda Persada, majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya, 17 Jun. “Majlis akad nikah, 16 Jun dan resepsinya 17 Jun, di Shangri-La. Pun begitu, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup mengikut permintaan Ayu dan pasangannya.

“Namun, kami akan mengkhabarkan apa jua yang berlaku dan  berita gembira itu,” kata Nanda ketika sidang media majlis pernikahan Ayu.

Wednesday, June 13, 2012

Tuduhan Anzalna: Neelofa kemuka 2 tuntutan



Pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna Nasir bagi membuat penjelasan dan mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang ditujukan kepadanya melalui media, baru-baru ini.

Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya.

Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.

“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa.

Tuesday, June 12, 2012

Osman Kering masih kritikal



Pelakon dan pelawak, Osman Kering


KHABAR angin yang mengatakan mengenai kematian pelakon dan pelawak, Osman Kering,58, kelmarin adalah tidak benar sama sekali.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika melawat Osman di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM), semalam.

Bagaimanapun, menurut Zed Zaidi, Osman kini masih berada dalam keadaan kritikal.

"Buat masa sekarang, dia bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan yang disalurkan. Saya tidak pasti sehingga bila bantuan pernafasan tersebut akan diteruskan.

"Bagaimanapun, saya dan ahli persatuan yang lain mendoakan yang terbaik untuknya," katanya.

Jelas Zed, pihak persatuan juga tidak ketinggalan menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Osman.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli keluarga Osman. Apa pun, saya harap mereka tenang menghadapi apa yang berlaku," katanya.

Osman Kering atau nama sebenarnya, Osman Kassim dikejarkan ke HUKM, selepas rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras, kelmarin.

Osman sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas sebelum ini dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Monday, June 11, 2012

Kes Jaga Anak Jimmy - Nursuhaila Eliani Belum Selesai



Perbincangan hak penjagaan anak kepada pengacara, Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan syarat dan tawaran yang diberikan antara satu sama lain.

Perkembangan terbaharu itu akhirnya membuatkan Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam menetapkan 28 Ogos depan bagi perbicaraan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap anak tunggal pasangan suami isteri itu, Zahrah Shanley, 11 bulan yang dituntut oleh Nursuhaila.

Pada prosiding semalam, peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan tawaran plaintif (Nursuhaila) pada Jumaat lepas apabila mencadangkan Jimmy hanya boleh melawat anak perempuan mereka tetapi tidak boleh bermalam.

Malah, Jimmy katanya tidak bersetuju dengan cadangan agar lawatan itu pula hanya boleh dilakukan di rumah Nursuhaila dan anak mereka tidak boleh dibawa keluar dari kawasan rumah tersebut.

"Pada prosiding yang lepas bersetuju untuk menjaga anak secara bersama bergilir setiap minggu tetapi apabila kami tunggu surat, dia kata mahu bincang dengan ahli keluarga lain.

"Namun selepas puas menunggu, 22 Mei lalu kita hantar surat memberi cadangan supaya seminggu itu pecah kepada dua iaitu Isnin Selasa, Rabu atau Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad tetapi baru menerima cadangan baharu tadi pada Jumaat lepas," katanya di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man di sini semalam.

Sunday, June 10, 2012

Juliana Evans kekasih Zizan Razak ??







HUBUNGAN akrab antara aktres muda Juliana Evans atau Jue dengan aktor, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Namun, baik Jue mahupun Zizan tidak pernah memberi pengesahan secara rasmi tentang status hubungan mereka. Jawapan klise yang diberikan hanyalah sebagai teman rapat sahaja.

Bagaimanapun kemesraan luar biasa antara Jue dan Zizan disaksikan ketika mereka bertemu sempena ulang tahun kedua Mesra Mall di Kerteh, Terengganu yang turut menayangkan filem terbaharu lakonan mereka iaitu Mael Lambong.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kali selepas lima bulan Jue meninggalkan tanah air demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Jue pulang ke tanah air pada minggu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini.

Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak kala berjauhan, jawapan yang diberi juga cukup jujur.

Sambil memandang Zizan, 28, yang berada di sebelahnya, Jue berkata: “Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi.”

Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.

“Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia,” ucap Jue malu-malu.

Jue dan Zizan yang sudah berkenalan selama lima tahun masih memilih untuk mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat, meskipun kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga antara satu sama lain. Zizan juga tanpa berselindung memberitahu, dia menyayangi Jue.

“Saya sayangkan Jue tetapi masih ada pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue,” kata Zizan tanpa berselindung.

Jue juga memberitahu, keluarga tidak membantah persahabatannya dengan Zizan, malah ibunya juga cukup senang terhadap perhubungan mereka.

“Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa),” seloroh Jue yang membawakan watak seorang ejen perisik bernama Maria dalam filem Mael Lambong.

Saturday, June 9, 2012

Nur Syuhada Bercerai setelah 17 hari berkahwin




Bergelar janda dalam usia muda bukanlah status yang diimpikan oleh mana-mana wanita. Apatah lagi, inai di jari masih belum hilang. Biarpun pahit untuk ditelan, Nur Syuhada atau Adda akur apabila bekas suaminya, Ridzuan Mohammad mengambil keputusan untuk bercerai meskipun usia perkahwinan baru menginjak 17 hari.

Duka di hati, hanya Tuhan yang tahu, apatah lagi empunya diri masih belum sempat merasai nikmat bergelar isteri kecuali pada hari persandingan sahaja.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Adda mengakui reda dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan buatnya.

"Kami berkahwin pada 30 Mac lalu, dan bercerai pada 17 April. Sejujurnya, tiada apa lagi yang harus Adda katakan, cukuplah kenyataan yang Adda telah keluarkan sejak seminggu lalu.

"Adda tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak atau ada pihak yang salah faham dengan kenyataan Adda. Lagi pula, sudah hampir dua bulan kami bercerai dan Adda sendiri sudah selesa dengan kehidupan sekarang," jelasnya.

Adda yang juga ahli kumpulan Butterfl y bagaimanapun enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kekeliruan status bekas suaminya sehingga ia menjadi punca penceraian.

Namun, Adda mengakui tidak berdendam dengan bekas suaminya itu dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

"Adda tidak mendendami dia dan tidak menyesal berkahwin dengan dia. Segala perkara yang berlaku ini membuatkan Adda lebih matang. Adda doakan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang," katanya.

Tatkala di tebak adakah dia serik untuk berkahwin lagi selepas ini, Adda berkata, ia terpulang pada jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT dan tidak menolak untuk berkahwin lagi.

"Bagi Adda, kalau ada jodoh tak ke mana, jika Adda kata, Adda tidak mahu kahwin sekarang pun, jika sudah tertulis Adda akan berkahwin juga suatu hari nanti, siapa Adda untuk menolak ketentuan.

"Bagaimanapun, Adda akan lebih berhati-hati untuk memilih bakal suami selepas ini," jelasnya.

Friday, June 8, 2012

Zack berdepan hukuman mati

Zack dibawa ke luar mahkamah selepas didakwa, semalam.




Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Thursday, June 7, 2012

Syamsul komen babak maki imam

SYAMSUL dan Zizan dalam satu adegan filem Jalan Kembali: Bohsia 2.



FILEM sentuhan Syamsul Yusof kebanyakannya tergolong dalam genre aksi kecuali filem seram Khurafat.

Terbaharu, Syamsul muncul dengan filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, 7 Jun.

Masih mengekalkan elemen pelesit rempit yang menjadi teladan kepada masalah sosial dalam sekuel pertama filem itu, menerusi sekuel kedua ini, Syamsul menyuntik elemen islamik dan juga komedi.

Mempertaruhkan bakat Nabila Huda, Salina Saibi, Zizan Razak, Sofi Jikan dan juga Syamsul sendiri selaku pengarah dan pelakon, sekuel filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu menelan kos sebanyak RM2.1 juta itu mengundang kontroversi kerana terdapat babak menghina imam masjid yang berlaku di depan masjid.

Bukan itu sahaja, kehadiran watak antagonis, Keting lakonan berkesan oleh Sofi serta komedi bersahaja oleh Zizan berjaya menghangatkan filem tersebut tetapi kerana kelantangan watak mereka berdua secara tidak langsung telah mendominasi watak-watak utama yang lain.

Menurut Syamsul, Filem Jalan Kembali: Bohsia 2 merupakan filem kritikan sosial, melihat kepada sambutan sekuel pertama dan juga selepas meneliti selera penonton yang gemarkan filem aksi, drama serta komedi saya yakin filem ini boleh diterima oleh penonton.

" Bagi saya masih relevan kerana setiap gejala sosial yang dipaparkan dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 masih berlaku dan sedang berlaku. Saya harap menerusi filem ini, selain berhibur dapat memberi kesedaran kepada mereka yang menontonnya.

Wednesday, June 6, 2012

Nurul akhiri zaman janda



Dengan sekali lafaz sahaja, penyanyi hitam manis, Nurul Wahab, akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47, pada jam 12.20 tengah hari semalam.

Majlis pernikahan Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 35, berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang.

Pasangan ini dinikahkan, Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan mas kahwin RM80.

Anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini, Nurul menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 bersama lima hantaran lain berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Sementara Eric yang segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal, menerima tujuh hantaran berupa iaitu sejadah, tepak sirih, sepasang kasut Pedro, senaskhah al-Quran, sehelai songket, produk penjagaan diri dan manisan.

Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Ning Baizura, Zahida Rafik dan Amy Mastura. Menariknya, majlis pernikahan pasangan ini diacarakan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Perancis.

Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Ajai, 36, pada 25 Disember 1996 dan bercerai pada 2007 serta dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah, 14.

Tuesday, June 5, 2012

Farid beri cincin untuk Diana





KETIKA majlis prebiu filem Jiwa Taiko yang berlangsung baru-baru ini, mata para wartawan tertumpu pada jari pelakon Diana Danielle, 21, yang tersemat sebentuk cincin di jari manisnya.

Mengakui cincin tersebut adalah pemberian kekasih hati iaitu Farid Kamil, 31, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan hadiah sempena sambutan ulang tahun percintaan mereka yang ketiga.

Berkesempatan bertemu sendiri dengan Farid dalam sebuah majlis kelmarin, pengarah dan pelakon popular itu berkesempatan menceritakan detik-detik manis sewaktu memberikan hadiah tersebut kepada kekasihnya itu.

Farid menghadiahkan cincin tersebut kepada Diana pada 1 Januari lalu sewaktu makan malam berdua di sebuah restoran. Namun, terjadi beberapa perkara menarik sebelum Diana mendapatkan cincin itu daripada saya.

Pada masa itu saya sengaja membuatkan Diana berasa dalam keadaan tertekan dan marah. Misalnya, saya ambil dia di rumah lewat sejam sehingga dia marah kepada saya sehingga tiba di restoran tersebut.

Saya sengaja berbuat begitu kerana ingin memberikan kejutan buat dirinya. Sewaktu dia sedang marah-marah terus saya hulurkan sebentuk cincin kepadanya sehingga dia mengalirkan air mata kegembiraan.

Menurutnya, Farid dia pernah menghadiahkannya seekor kuda semasa ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu. Saya ambil keputusan untuk menghadiahkannya sebentuk cincin kerana ini kali pertama saya memberikan hadiah kepadanya sempena ulang tahun percintaan kami.

Chef Zam bantu anak Melayu menerusi Silverspoon


Chef Zam, atau nama sebenarnya, Zamzani Abdul Wahab, 42, bukan sahaja berjaya menarik penonton rancangan masakannya, malah pembabitannya dalam bidang masakan dibuktikan dengan penubuhan Kolej Antarabangsa Silverspoon (SIC) Giat mengorak langkah dalam membantu remaja yang mempunyai minat dalam bidang kulinari, SIC ditubuhkan pada 21 Julai 2010.

Kini, SIC berjaya menarik minat hampir 70 pelajar untuk mengikuti kelas yang disusun. “Saya menubuhkan kolej ini bersama dua lagi rakan kongsi. Kami turut menyediakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah,” katanya.

SIC yang terletak di kawasan strategik, Pusat Perdagangan One Puchong, ini mampu memuatkan 200 pelajar dalam satu masa.

Lengkap dengan segala fasiliti seperti, bilik kuliah, bilik komputer, dapur komersial termasuk pastri dan bakeri, ruang rehat pelajar, perpustakaan engan kemudahan internet dan restoran. Katanya, SIC menawarkan beberapa kursus pengajian, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 & 2 Seni Kulinari, SKM Tahap 1 & 2 Pastri dan Bakeri, SKM Tahap 1 & 2 Perkhidmatan Makanan  dan Minuman serta Program Skim Aprentis Industri Perhotelan.

Bukan sebarang kolej, SIC mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara, University of West London dan Universiti Johnson & Wales. Ia juga turut diiktiraf di Jabatan Pembangunan dan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

“Pengambilan sesi Julai akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.silverspoon.my,” katanya.

Sunday, June 3, 2012

Pelawak tipu RM80,000?


INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan berita seorang lelaki yang juga pelawak terkenal ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan.

Suspek berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping selepas hadir memberi keterangan, Selasa lalu.

Penipuan yang dilakukan pelawak itu dikatakan membabitkan orang ramai dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjumlah hampir RM80,000.

Bagaimanapun, sehingga kini identiti pelawak berkenaan masih belum didedahkan.

Saturday, June 2, 2012

Ina dikurniakan anak perempuan




LAMA sungguh tidak mendengar khabar bekas tunang Mawi, iaitu Ina Naim yang kini berbahagia di samping suaminya yang juga penyanyi kumpulan nasyid In Team, Suhaimi.

Berita terbaru yang diterima ialah Ina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Kota Tinggi, Johor, Rabu lalu.

Kelahiran anak ketiga pasangan itu disambut dengan teruja kerana ini merupakan cahaya mata perempuan pertama dalam keluarga mereka.

Sebelum ini, Ina dan Suhaimi sudah memiliki dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2.

Pastinya yang lebih gembira ialah Ina sendiri kerana dia sememangnya sudah lama mengimpikan seorang anak perempuan.

Friday, June 1, 2012

Gerimis Mengundang menyentuh jiwa

Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis dalam Gerimis Mengundang.





Mengambil tajuk filem dari lagu popular sekitar tahun 90-an, Gerimis Mengundang nyanyian Zamani SLAM, tidak mustahil filem ini akan menarik perhatian penonton yang bukan sahaja dari kalangan remaja.

Apatah lagi, filem ini seolah-olah mengimbau kembali lakonan Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika menerusi filem Hapuslah Air matamu pada sekitar tahun 1980-an, apabila Idham menggandingkan pelakon yang sedang meningkat naik, Kamal Adli dan pelakon dari seberang, Olivia Jensen Lubis.

Perlu diingatkan kembali, jalan cerita filem ini, tidak sama dengan teater Gerimis mengundang kerana teater itu hanya prekuel dari filem ini.

Jika anda pernah menonton teater dan merasakan babak akhir teater tersebut sangat menyentuh perasaan, bagi penulis, jalan cerita filem lebih menyentuh perasaan.

Biarpun permulaan cerita sedikit perlahan, namun babak demi babak ditambah dengan permainan emosi Kamal sebagai Zamani dan Olivia sebagai Mikha, mereka berjaya mengunci perhatian penonton untuk terus setia menyaksikan filem berdurasi satu jam 38 minit itu.

Penulis sangat kagum dengan lakonan Olivia yang begitu mantap. Setiap lontaran skrip dan permainan emosi menyebabkan penonton turut sama merasakan perasaannya.

Begitu juga Kamal, lakonan jejaka kacak ini tidak kurang hebatnya dengan permainan emosi sebagai anak yatim piatu yang telah lama hidup kesepian.

Cuma, keserasian Kamal dan Olivia kurang dirasai. Malah, ketika Zamani mengungkapkan kata cinta kepada Mikha, penonton tidak merasai perasaan itu.

Namun, apabila hampir ke penghujung jalan cerita, barulah keserasian mereka dapat dirasai.

Lebih istimewa lagi, penggambaran yang hampir 80 peratus dijalankan di Kota Kinabalu, Kundansang, Sabah akan membuatkan penonton merasa kagum dengan sinematografi serta syot yang melatari filem ini.

Naratifnya mudah difahami, ia mengisahkan Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo meninggal dunia dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah.

Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2