NUFFNANG ADS

Saturday, June 9, 2012

Nur Syuhada Bercerai setelah 17 hari berkahwin




Bergelar janda dalam usia muda bukanlah status yang diimpikan oleh mana-mana wanita. Apatah lagi, inai di jari masih belum hilang. Biarpun pahit untuk ditelan, Nur Syuhada atau Adda akur apabila bekas suaminya, Ridzuan Mohammad mengambil keputusan untuk bercerai meskipun usia perkahwinan baru menginjak 17 hari.

Duka di hati, hanya Tuhan yang tahu, apatah lagi empunya diri masih belum sempat merasai nikmat bergelar isteri kecuali pada hari persandingan sahaja.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Adda mengakui reda dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan buatnya.

"Kami berkahwin pada 30 Mac lalu, dan bercerai pada 17 April. Sejujurnya, tiada apa lagi yang harus Adda katakan, cukuplah kenyataan yang Adda telah keluarkan sejak seminggu lalu.

"Adda tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak atau ada pihak yang salah faham dengan kenyataan Adda. Lagi pula, sudah hampir dua bulan kami bercerai dan Adda sendiri sudah selesa dengan kehidupan sekarang," jelasnya.

Adda yang juga ahli kumpulan Butterfl y bagaimanapun enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kekeliruan status bekas suaminya sehingga ia menjadi punca penceraian.

Namun, Adda mengakui tidak berdendam dengan bekas suaminya itu dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

"Adda tidak mendendami dia dan tidak menyesal berkahwin dengan dia. Segala perkara yang berlaku ini membuatkan Adda lebih matang. Adda doakan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang," katanya.

Tatkala di tebak adakah dia serik untuk berkahwin lagi selepas ini, Adda berkata, ia terpulang pada jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT dan tidak menolak untuk berkahwin lagi.

"Bagi Adda, kalau ada jodoh tak ke mana, jika Adda kata, Adda tidak mahu kahwin sekarang pun, jika sudah tertulis Adda akan berkahwin juga suatu hari nanti, siapa Adda untuk menolak ketentuan.

"Bagaimanapun, Adda akan lebih berhati-hati untuk memilih bakal suami selepas ini," jelasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2