NUFFNANG ADS

Tuesday, June 26, 2012

Keluarga Aziz Sattar tolak kunjungan Seniman





Ahli keluarga seniman Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis,tolak kunjungan anggota Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran,  di Hospital Ampang, tengah hari semalam, .

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2