NUFFNANG ADS

Saturday, June 16, 2012

Anzalna sahut cabaran Neelofa

 
Neelofa dan Anzalna


Industri hiburan minggu ini diasak dengan berita-berita peperangan antara dua dewi - Neelofa dan Anzalna yang lahir menerusi program Dewi Remaja 2010/2011.

Perbalahan itu dikatakan berpunca dari kenyataan Anzalna menerusi artikel bertajuk 'Anzalna bidas Neelofa' - mendakwa Neelofa sememangnya seorang yang busuk hati, selepas juara Dewi Remaja itu dikatakan mempertikai kemenangan Tasha Shila sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Ekoran daripada kenyataan Anzalna yang disiarkan menerusi sebuah akhbar tabloid Ahad lalu, Neelofa telah mengadakan satu sidang media tiga hari kemudian, menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah.

Tidak berdiam diri, Anzalna juga telah melantik peguam, Fakhrul Azman untuk mengendalikan kes ini.

"Saya serahkan segalanya kepada peguam saya untuk uruskan perkara ini dan saya akan buktikan, saya bukan pemfitnah," katanya kepada Zass.

Anzalna berkata, dia tidak berdendam dengan teraju utama Azura itu dan bersedia untuk bersemuka dan berbincang mengenai perkara ini.

Malah, andai ditakdirkan mereka digandingkan untuk mana-mana filem, drama atau sesi fotografi selepas ini, Anzalna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama.

"Dunia hiburan ini tidaklah sebesar mana dan saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan dia. Malah, sebelum ini pun, kami pernah bersua dalam majlis yang sama.

"Apa pun saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin," tuturnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2