NUFFNANG ADS

Wednesday, June 6, 2012

Nurul akhiri zaman janda



Dengan sekali lafaz sahaja, penyanyi hitam manis, Nurul Wahab, akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47, pada jam 12.20 tengah hari semalam.

Majlis pernikahan Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 35, berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang.

Pasangan ini dinikahkan, Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan mas kahwin RM80.

Anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini, Nurul menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 bersama lima hantaran lain berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Sementara Eric yang segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal, menerima tujuh hantaran berupa iaitu sejadah, tepak sirih, sepasang kasut Pedro, senaskhah al-Quran, sehelai songket, produk penjagaan diri dan manisan.

Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Ning Baizura, Zahida Rafik dan Amy Mastura. Menariknya, majlis pernikahan pasangan ini diacarakan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Perancis.

Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Ajai, 36, pada 25 Disember 1996 dan bercerai pada 2007 serta dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah, 14.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2