NUFFNANG ADS

Tuesday, June 5, 2012

Chef Zam bantu anak Melayu menerusi Silverspoon


Chef Zam, atau nama sebenarnya, Zamzani Abdul Wahab, 42, bukan sahaja berjaya menarik penonton rancangan masakannya, malah pembabitannya dalam bidang masakan dibuktikan dengan penubuhan Kolej Antarabangsa Silverspoon (SIC) Giat mengorak langkah dalam membantu remaja yang mempunyai minat dalam bidang kulinari, SIC ditubuhkan pada 21 Julai 2010.

Kini, SIC berjaya menarik minat hampir 70 pelajar untuk mengikuti kelas yang disusun. “Saya menubuhkan kolej ini bersama dua lagi rakan kongsi. Kami turut menyediakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah,” katanya.

SIC yang terletak di kawasan strategik, Pusat Perdagangan One Puchong, ini mampu memuatkan 200 pelajar dalam satu masa.

Lengkap dengan segala fasiliti seperti, bilik kuliah, bilik komputer, dapur komersial termasuk pastri dan bakeri, ruang rehat pelajar, perpustakaan engan kemudahan internet dan restoran. Katanya, SIC menawarkan beberapa kursus pengajian, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 & 2 Seni Kulinari, SKM Tahap 1 & 2 Pastri dan Bakeri, SKM Tahap 1 & 2 Perkhidmatan Makanan  dan Minuman serta Program Skim Aprentis Industri Perhotelan.

Bukan sebarang kolej, SIC mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara, University of West London dan Universiti Johnson & Wales. Ia juga turut diiktiraf di Jabatan Pembangunan dan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

“Pengambilan sesi Julai akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.silverspoon.my,” katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2