NUFFNANG ADS

Friday, June 1, 2012

Gerimis Mengundang menyentuh jiwa

Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis dalam Gerimis Mengundang.





Mengambil tajuk filem dari lagu popular sekitar tahun 90-an, Gerimis Mengundang nyanyian Zamani SLAM, tidak mustahil filem ini akan menarik perhatian penonton yang bukan sahaja dari kalangan remaja.

Apatah lagi, filem ini seolah-olah mengimbau kembali lakonan Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika menerusi filem Hapuslah Air matamu pada sekitar tahun 1980-an, apabila Idham menggandingkan pelakon yang sedang meningkat naik, Kamal Adli dan pelakon dari seberang, Olivia Jensen Lubis.

Perlu diingatkan kembali, jalan cerita filem ini, tidak sama dengan teater Gerimis mengundang kerana teater itu hanya prekuel dari filem ini.

Jika anda pernah menonton teater dan merasakan babak akhir teater tersebut sangat menyentuh perasaan, bagi penulis, jalan cerita filem lebih menyentuh perasaan.

Biarpun permulaan cerita sedikit perlahan, namun babak demi babak ditambah dengan permainan emosi Kamal sebagai Zamani dan Olivia sebagai Mikha, mereka berjaya mengunci perhatian penonton untuk terus setia menyaksikan filem berdurasi satu jam 38 minit itu.

Penulis sangat kagum dengan lakonan Olivia yang begitu mantap. Setiap lontaran skrip dan permainan emosi menyebabkan penonton turut sama merasakan perasaannya.

Begitu juga Kamal, lakonan jejaka kacak ini tidak kurang hebatnya dengan permainan emosi sebagai anak yatim piatu yang telah lama hidup kesepian.

Cuma, keserasian Kamal dan Olivia kurang dirasai. Malah, ketika Zamani mengungkapkan kata cinta kepada Mikha, penonton tidak merasai perasaan itu.

Namun, apabila hampir ke penghujung jalan cerita, barulah keserasian mereka dapat dirasai.

Lebih istimewa lagi, penggambaran yang hampir 80 peratus dijalankan di Kota Kinabalu, Kundansang, Sabah akan membuatkan penonton merasa kagum dengan sinematografi serta syot yang melatari filem ini.

Naratifnya mudah difahami, ia mengisahkan Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo meninggal dunia dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah.

Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2