NUFFNANG ADS

Monday, December 30, 2013

Nash rancang perkahwinan tahun 2014?

Selepas hampir lima tahun hidup menduda, penyanyi Nash merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasih yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu pada 2014.

Pun begitu, Nash berkata buat masa ini semuanya hanyalah sekadar perancangan namun tidak tahu sama ada ianya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

"Jika diizinkan Allah saya mahu berkahwin pada tahun hadapan. Bagaimanapun itu hanya perancangan dan berharap semua peminat doakan saya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan terdahulu, Nash telah dikurniakan tiga cahaya mata, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22 dan Mohd Shameer Nasha, 16 dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.

Majlis aqiqah, cukur jambul anak Yasmin Hani


Pelakon Yasmin Hani yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya, Noah Ismail Wong pada 12 november lalu telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul putera kesayangannya itu.

Majlis telah diadakan di kampung halaman Hani yang terletak di Kuala Selangor dengan mengenakan tema putih dan biru laut. Turut hadir ke majlis itu adalah rakan artis Aishah Sinclair yang hadir bersama anaknya, Soraya Ann.

Untuk rekod, Hani dan suami, Shaarin Razali Wong telah selamat bergelar suami isteri pada 21 Oktober 2011.

Saturday, December 28, 2013

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo, Mawar

Fizo dan Mawar gembira kerana majlis kesyukuran sempena perkahwinan mereka berjalan lancar.

Pengacara dan pelakon, Fizo Omar meraikan rakyat Kelantan yang menyokong perjuangannya dalam bidang seni tercapai selepas majlis kesyukuran sempena perkahwinannya berjalan lancar di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, dekat Kelantan, hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung.

Fizo berkata, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.

“Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan," katanya.

Neelofa nafi ditangkap khalwat



"Ini memang melampau. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis," tegas pelakon Noor Neelofa Mohd Noor berhubung laporan media hari ini kononnya dia ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP, malam Khamis lalu.

Neelofa, 24, berkata, tuduhan tidak berasas itu adalah sesuatu yang memalukan dan mencalar maruahnya sebagai wanita muslim.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai hal ini sehingga ia tersebar. Jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

"Untuk pengetahuan semua, sekarang saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian dan berharap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel terbabit," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada media, sebentar tadi.

Menerusi beberapa laporan media hari ini, pengacara program MeleTop itu dituduh ditangkap berkhalwat dengan seorang usahawan berstatus kenamaan (VIP), malam Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai kejadian itu dilaporkan.

Thursday, December 26, 2013

Emma Maembong hilang RM5,000


Hajat pelakon popular, Emma Maembong untuk membeli- belah pada malam Krismas lalu terbantut apabila dia kerugian RM5,000 selepas beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di aras bawah pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin.

Difahamkan, pelakon drama Kau Yang Terindah berusia 21 tahun tersebut dipercayai menjadi mangsa sindiket seluk saku didalangi warga asing yang sering melakukan aktiviti jahat di premis beli-belah di kawasan segitiga emas itu.

Berdasarkan kes-kes terdahulu, modus operandi sindiket tersebut terbahagi kepada tiga iaitu menyeluk saku ketika keadaan sesak, menoreh beg mangsa dan berpura-pura pengsan.


Wednesday, December 25, 2013

Hamil 4 bulan, Lisdawati tetap menawan



NAMA Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 35, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dikenali selepas membintangi filem KL Menjerit pada 2002, karier lakonan aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini terus meningkat naik.

Biarpun mendirikan rumah tangga dengan aktor berbakat besar, Fauzi Nawawi, 40 pada 2007, ia tidak sedikit pun menenggelamkan nama Lisdawati dari persada lakonan.

Lebih istimewa, biarpun sudah memiliki dua cahaya mata, Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4, Lisdawati atau mesra di sapa Lisda masih kelihatan ramping dan cantik persis seperti dia ketika masih anak dara.

Apatah lagi, dengan tugas sebagai ibu dan selebriti, tentunya Lisda mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. Tentunya kelangsingan ini dicemburui ramai wanita di luar sana apatah lagi, ada di antara wanita yang masih belum berkahwin tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan.

Tuesday, December 24, 2013

Zain - Che Ta kongsi gambar bulan madu

Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang kini sedang menikmati bulan madu di Venice dan Itali.


BERTUAHNYA pasangan pengantin baharu, Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang kini sedang menikmati bulan madu di Venice dan Itali.

Jika sebelum ini, pasangan ini pernah ke London untuk menjalani rakaman pra perkahwinan, kali ini Zain dan Che Ta mengabadikan pula kisah cinta di dua kota cinta itu.

Lihat saja gambar-gambar mesra mereka yang dimuat naik menerusi Instagram milik mereka. Baik Zain mahupun Che Ta, bebar-benar menikmati percutian indah itu.

Selain Venice dan Itali, pasangan ini turut mempunyai perancangan untuk lokasi bulan madu yang seterusnya. Che Ta menerusi temu bual bersama Zass sebelum ini pernah memaklumkan mereka juga akan ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam yang menjadi lokasi percutian idaman mereka.

Sebelum itu, saksikan sendiri foto-foto mesra mereka ketika di Venice dan Itali. Mungkin dalam beberapa hari saja lagi pasangan sama cantik, sama padan ini akan ke Rom dan Eropah pula!

Salima Af4 akui menjadi isteri ke 2


Lama tidak mendengar cerita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Salima Habibi, tiba-tiba tersebar cerita yang mengatakan, dia sudah berumah tangga baru-baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar di internet.

Sesuatu yang menarik tentang perkahwinan tersebut, Salima dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang pendakwah Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre yang sudah mempunyai tiga orang cahaya mata bersama isteri pertama.

Bertemu dengan Salima ketika majlis pelancaran Raudhah Program 2014 pada Isnin lalu, Salima tidak menyembunyikan perkara tersebut dan memberitahu, majlis perkahwinannya itu berlangsung pada 30 November lalu di kediamannya di Ipoh, Perak.

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu disembunyikan tentang perkahwinannya itu dan dia tidak kisah dengan status sebagai isteri kedua.

" Dalam hal ini, saya tidak ada masalah untuk mengaku, tetapi tidak semua yang boleh saya jelaskan demi menjaga hati keluarga dan mengelakkan daripada timbul sebarang fitnah.

" Memang benar yang kini saya sudah bergelar isteri setelah mendirikan rumah tangga dengan suami yang merupakan seorang pendakwah. Tentang status saya, memang benar saya isteri kedua.

Semuanya bermula kira-kira sebulan sebelum perkahwinan apabila ustaz yang mengajar saya bersama kumpulan Usrah Fitrah memberitahu, ada seorang lelaki yang mahu memperisterikan saya. Sebenarnya, saya langsung tidak mengenalinya dan dia merupakan rakan kepada ustaz berkenaan.

Apabila diberitahu berkenaan perkara tersebut, sudah tentu saya agak terkejut dan meminta masa untuk berfikir dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

" Saya telah melakukan solat sunat istikarah dan kemudian pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa saya bagi memberitahu perkara sebenar. Apa yang mengejutkan keluarga terus menerimanya dan lantas saya memberikan persetujuan. Sebulan kemudian kami terus berkahwin "jelasnya.

Fizo Omar sediakan 10 ekor lembu majlis resepsi di Kelantan Sabtu ini


PELAKON Fizo Omar sediakan  10 ekor lembu sempena majlis resepsinya di Kelantan pada Sabtu ini.

Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan di kampung halaman isterinya, Mawar Abdul Karim, di Pulau Pinang.

"Memang penat tetapi berbaloi untuk melihat seluruh ahli keluarga kami berkumpul.

"Saya juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang," katanya.

Untuk resepsi di ibu negara, Fizo dan Mawar bersetuju untuk mengadakannya pada 25 Januari depan di sebuah hotel terkenal.

Dalam pada itu, Fizo yang baharu pulang berbulan madu bersama isteri di Eropah memberitahu yang isterinya belum lagi ada tanda-tanda hamil.

Tindakannya memuat naik baju bayi di laman sosialnya membuatkan ramai yang beranggapan, mereka bakal menimang cahaya mata.

"Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja.

"Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya.

Monday, December 23, 2013

Syukur isteri ambil keputusan berhijab - Aoran Aziz


PELAKON terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.

 Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam.

Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.

Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna,” katanya.

Sunday, December 22, 2013

Pelakon Ellie Suriaty dipecat


Pada Disember tahun lalu, Baldev dilaporkan mahu menyaman Sharnaaz, gara-gara pelakon itu dikatakan meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas kerana ingin bertemu kekasihnya ketika itu, Shila Amzah.

Kini, Baldev mahu mengambil tindakan terhadap Ellie Suriaty Omar pula yang didakwa tidak memulangkan wang pendahuluan serta menarik diri daripada berlakon dalam filem terbaharu terbitannya, KL Cinta Mandi Toq, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Laporan tersebut menyatakan, Ellie telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM4,500 yang merupakan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan RM18,000 yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

“Kalau dikatakan saya menarik diri daripada membintangi filem itu, ia perkara yang tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Baldev yang mengambil tindakan dengan memecat saya" jelas  Ellie.

“Puncanya kerana saya tidak berpuas hati apabila tidak disediakan pengangkutan untuk mengambil pelakon ke lokasi penggambaran. Jadi, kalau dia sudah pecat, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” luahnya.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut berhubung permasalahan yang ditimbul, Ellie menceritakan semuanya bermula ketika dia hendak menandatangani kontrak perjanjian berlakon dalam filem berkenaan.

Jelasnya, pengurus produksi tersebut telah memintanya supaya terus menandatangani surat kontrak yang diberikan tanpa perlu membaca keseluruhan butiran yang terkandung dalam kontrak.

“Saya diberitahu oleh pengurus produksi itu bahawa terma kontrak itu sama seperti kontrak produksi lain. Jadi, atas kepercayaan terhadapnya saya terus menurunkan tandatangan.

“Kemudian pada hari penggambaran, saya terus menghubunginya dan bertanyakan tentang pengangkutan yang akan ambil saya di rumah, tetapi dia memberitahu pihak produksi tidak menyediakan pengangkutan,” ujarnya.

Menurutnya, akibat tidak berpuas hati dia lantas menghubungi Baldev untuk mendapatkan penjelasan. Malangnya, penerbit berkenaan terus memecatnya.

Saturday, December 21, 2013

Adakah ini bakal suami Linda Onn?

Wajah ini dikatakan calon suami Linda Onn

Adakah ini wajah yang dikhabarkan sebagai bakal suami kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn.

Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.

Media cuba menghubungi Linda Onn untuk mengesahkan perkara ini tetapi gagal.

Namun, menerusi laporan dalam sebuah akhbar, Linda mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sebelum ini, Linda juga dipercayai telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru.

Friday, December 20, 2013

Aril AF7 selamat nikah pramugari


PENYAMPAI radio ERA FM dan juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin sekitar jam 3.10 petang tadi di Kota Bharu, Kelantan.

Puteri Erma merupakan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines.

Pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran, berbalas sembilan dulang dari pihak pengantin perempuan.

Puteri Erma menerima mas kahwin berjumlah RM15,000.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskhah al-Quran dan dompet.

Sementara pengantin perempuan pula menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskhah al-Quran, minyak wangi, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin serta cek mas kahwin.

Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat du Wakaf Che Yeh, Kelantan selepas mengadakan kenduri kesyukuran di kampung Aril di Melaka.

Thursday, December 19, 2013

Dira Abu Zahar tak sedar hamil, keguguran

PELAKON dan pengacara, Dira Abu Zahar tidak sedar dirinya sedang hamil enam minggu dan mengalami keguguran pada awal bulan lalu.

Meskipun kecewa dengan kejadian itu, Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof tetap redha menerima ujian tersebut.

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran dia,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.

Berkongsi cerita atas kejadian itu, Dira memberitahu ketika keguguran, dia sedang menjalani penggambaran di Terengganu.

“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

“Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke klinik pakar untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran.

"Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,” katanya.

Dira mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas tamat penggambaran drama, Aku Bukan Dia.

Wednesday, December 18, 2013

Linda Onn pilih kerabat diraja Johor calon suami

Penyampai radio popular, Rozlindah Onn atau Linda Onn mengesahkan dia bakal berkahwin dengan kerabat diraja Johor pada 27 Disember ini.

Linda, 36, memberitahu, dia mengenali bakal suaminya yang berstatus bujang itu sejak setahun lalu dan berasa selesa dengan hubungan mereka.

"Kami akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja," katanya ketika dihubungi semalam.




Tuesday, December 17, 2013

Julia Ziegler naik pelamin tahun hadapan


“Melihat teman-teman artis lain menukar status daripada bujang menjadi isteri dan suami orang hati saya juga teringin untuk mendirikan sebuah keluarga" itulah kata-kata pelakon berwajah Pan Asia ini, Julia Ziegler yang berhasrat mendirikan rumah tangga tahun depan.

Julia berkata mungkin tiba waktunya untuk dia mendirikan rumah tangga, namun dia harus menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Kalau jodoh saya sampai awal jadi awal la saya berkahwin. Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

“Sebelum ni saya merancang untuk berkahwin tahun ni tapi nampaknya rancangan saya bakal di bawa ke tahun depan. Sebab kita merancang tapi ALLAH yang menentukan.

“Umur saya semakin tahun semakin meningkat jadi tiba masanya saya memikirkan untuk mendirikan rumah tangga dan menguruskan rumah tangga,” katanya.

Mengakui sudah mempunyai calon pilihan, Julia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut. Pernah dikatakan bercinta dengan seorang usahawan yang juga merupakan kenalan sejak lapan tahun lalu, Julia berkata, dia sangat mengharapkan sesuatu yang indah dalam hubungannya bersama si dia yang sedang bertakhta di hatinya.



Seniwati veteran, Azean Irdawaty meninggal dunia


Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) Kuala Lumpur malam ini.

Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM Kuala Lumpur jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar.

Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada 1980 itu turut disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga pada Jun 2007.

Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.

Monday, December 16, 2013

BERMADU: Sering keluar dan bersembahyang bersama - Ashraf Muslim

UMUM semestinya sudah pun mengetahui kisah pelakon, Ashraf Muslim berpoligami yang pernah mencetuskan sedikit kekecohan tidak lama dahulu.

Biarpun ramai yang mengecam tindakannya sementelah usia perkahwinan dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman masih muda, namun Ashraf mempunyai rasionalnya ketika bernikah dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Pattalung, Selatan Thailand.

Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia, jelas Ashraf, ramai pihak sudah pun boleh menerima kehidupannya kini (berpoligami).

"Saya tahu pada awalnya, ramai yang tak suka, tapi tak mengapa sebab itu hak masing-masing untuk bersuara.

"Malah saya juga lebih gemar mendiamkan diri dan saya juga tidak benarkan isteri-isteri saya buat kenyataan yang boleh memburukkan keadaan," ujarnya yang ditemui selepas majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20), Sabtu lalu.

Ashraf berkata, biarpun ada yang berpendapat tanggungjawab beristeri dua lebih besar, namun dia mempunyai cara yang tersendiri untuk berlaku adil kepada Dayana dan Sakinah.

Katanya, mereka bertiga sering keluar dan bersembahyang bersama-sama jika masing-masing mempunyai kelapangan.

"Alhamdulillah, saya ada cara saya sendiri untuk memastikan dua-dua dapat hak masing-masing.

"Ada masanya kami akan keluar bersama, solat bersama.

"Tapi masa membataskan kami untuk berjumpa selalu sebab masing-masing sibuk, Dayana ada kerja dia, Sakinah pun ada kerja dia," jelasnya.

Sunday, December 15, 2013

Siti Nurhaliza jadi nenek


DATUK Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, telah pun selamat menimang cucu pertama mereka, pada Khamis lalu.

Berita itu telah dikongsikan oleh besan mereka, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin menerusi laman Twitter beliau.

Diberi nama Ayden, bayi tersebut merupakan hasil perkahwinan anak mereka, Anas Zawawi dan Nasha Alyssa pada Disember tahun lalu.

Apa pun, tahniah kepada Siti yang sudah bergelar nenek!

Friday, December 13, 2013

Wan Maimunah selamat diijab kabul

Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran ‘ratu air mata’, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, Johor Bahru kira-kira jam 8.20 malam.

Dengan Sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.

Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH.

“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” katanya.

Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semula

Aminuddin menunjukkan gambar pegawai penyiasat yang didakwa bergambar bersama Adi Putra.

Suami Nooraida Abdul Mutalib iaitu wanita yang dikaitkan mempunyai skandal gangguan gambar lucah dengan pelakon Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra menegaskan bahawa beliau telah membuat aduan ke Bahagian Tatatertib Bukit Aman semalam kerana tidak berpuas hati dengan penyiasatan kes tersebut.

Amiruddin Osman, 56, berkata, aduan tersebut dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pegawai terbabit yang telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Pagi tadi (semalam), saya bersama isteri, Nooraida Abdul Mutalib dan peguam telah pergi ke Bukit Aman untuk membuat aduan terhadap pegawai penyiasat berkenaan.

"Saya berpendapat ada sikap berat sebelah dan tidak profesional ketika dia menyiasat kes ini.

Thursday, December 12, 2013

Kes skandal Adi Putra gugur


PELAKON Adi Putra mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasminya mengklasifikasikan kes skandal membabitkan dirinya digugurkan.

Ini bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor.

“Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan,"  katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra yang ditemani peguamnya pada sidang media itu menegaskan kes itu sudah selesai dan meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal terbabit.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Dalam pada itu, wanita terbabit juga akan mengadakan sidang media pada hari ini pada jam 3 petang di Concorde Kuala Lumpur.

Wednesday, December 11, 2013

Che Ta sah isteri Zain

PASANGAN selebriti Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, selamat diijabkabulkan tepat jam 9 malam hanya dengan sekali lafaz sahaja berwalikan adik lelakinya, Roshidi Che Wan.

Pasangan ini dinikahkan Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.

Majlis pernikahan yang berlangsung di  Setia City Convention Center itu turut dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan media.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menerima mas kahwin RM9,300 berserta wang hantaran sebanyak RM23, 200 dan cincin nikah RM93,000.

Selain itu, Che Ta yang anggun dengan persalinan serba putih turut menerima sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran  kepada Zain.

Antara selebriti yang hadir, adik Che Ta, Ayu Raudha dan suami Zaquan Adha, Mazlan Senario, dan Shasha Saidin.

Jimmy berkahwin di Thailand ?

Biarlah orang terus membuat pelbagai spekulasi kerana ia tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Bagi pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, 33, dia lebih selesa mengunci mulut mengenai statusnya yang didakwa sudah bernikah dengan janda anak satu di Thailand seperti yang heboh diperkatakan ramai ketika ini.

Lebih memburukkan keadaan, gambar Jimmy bersama wanita bertudung dipercayai isteri baru serta anaknya dengan bekas isteri yang dimuat naik di laman Twitter turut disebarkan di laman blog dan sosial.

“Saya tidak menafikan atau mengiyakan cerita yang tersebar itu. Insya-Allah, saya akan membuat sidang media khas untuk memberi penjelasan sebenar mengenai status saya apabila sampai masanya nanti.

“Maaflah, saya tak bersedia untuk mengulas lanjut mengenai status kerana banyak hati yang perlu dijaga. Berilah ruang dan peluang untuk saya bernafas semula selepas apa yang berlaku sebelum ini.

“Apapun, saya ingin menafikan gosip tersebar yang mendakwa saya dikatakan sudah berkahwin di Thailand. Jika nak berkahwin pun, pasti saya memilih untuk berkahwin di sini dan bukannya di lokasi luar negara,” katanya.

Monday, December 9, 2013

Nikah esok, Che Ta akui berdebar


TARIKH 11 Disember (esok), akan menjadi saksi penyatuan dua hati antara dua selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini dijangka diijabkabulkan di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam sekitar jam 7.30 malam.

Biarpun perkahwinan bersama Zain ini merupakan perkahwinan keduanya, Rozita atau mesra di sapa Che Ta mengakui debaran perkahwinan kedua ini lebih terasa.

Katanya, semua persiapan tela dilakukan dan dia hanya menanti majlis berinai yang akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada jam 8 malam ini.

"Sejujurnya saya sangat berdebar, berbanding perkahwinan sebelum ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok (hari ini).

"Alhamdulillah hari ini (semalam), saya hanya berehat-rehat di Ascott Kuala Lumpur yang menaja lokasi penginapan (complimentary) buat saya selama 7 hari 6 malam.

"Memang rasa teruja sebaik mendaftar masuk tadi, apabila setiap sudut bilik dihiaskan dengan bunga kegemaran saya iaitu lily dan turut ada gambar saya dan Zain," katanya kepada Zass.

Che Ta berkata, ke semua ahli keluarganya sudah berada di Kuala Lumpur dan mereka akan berkumpul di Ascott pagi esok sebelum ke majlis berinai.

Sunday, December 8, 2013

Faizal Ismail Pengacara Baru Nasi Lemak Kopi 0


Selain AG, Luqman dan Fizo, rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' menyaksikan kehadiran pengacara baru bagi menceriakan pagi anda. Beliau adalah Faizal bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI.

Kemunculan pertama kali FBI pada 1 Disember lalu di set NLKO menggantikan Fizo Omar yang sedang berbulan madu, telah mendapat respon yang sangat baik daripada penonton dan pengikut Facebook NLKO dan FBI.

Buat masa ini, FBI akan bergandingan bersama AG dan Luqman untuk melengkapkan trio NLKO pada setiap Ahad bersesuaian dengan topik-topik yang akan membincangkan mengenai isu-isu lelaki dan juga kekeluargaan.

Keletah lucu FBI dan kredibilitinya sebagai salah seorang pengacara berbakat di Malaysia pasti dapat menarik lebih ramai peminat untuk menonton program ini yang bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi di TV9.


Friday, December 6, 2013

Marsha ' Aku tak rela dimadu'


Melangkah masuk bidang seni berlandaskan bakat, apabila diiktiraf sebagai salah seorang finalis program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005, rentetan hidup Mar­sha Milan Londoh selama lapan tahun menjadi anak seni tidak sunyi dihambat kontroversi.

Namun perbualan dengan wanita berusia 28 tahun kelahiran Michigan, Amerika Syarikat kali ini menyelami dasar hati seorang perempuan yang tidak akan pernah rela bermadu.

Ketepikan seketika pegangan agamanya yang tidak tertera soal poligami, Marsha yang diketahui peminat sering mendampingi pemuda Melayu mengakui dia menentang Poligami.

“Saya memang pantang benda macam ini dan berjanji pada diri sendiri tidak mahu menjadi isteri kedua atau dimadukan. Dalam bercinta pun saya tidak boleh terima pasa­ngan berlaku curang kerana saya seorang yang setia.



Thursday, December 5, 2013

Calon Suami: Wan Maimunah pilih ahli perniagaan


Dalam kehangatan cerita perkahwinan Che Ta dan Farawahida, seorang lagi aktres serba boleh, Wan Maimunah bakal menamatkan zaman jandanya pada 13 Disember ini.

Difahamkan, majlis pernikahan Wan Maimunah akan diadakan selepas Maghrib di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru.

Menurut sumber, Wan yang berusia 50-an memilih lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Johor Bahru.

Busana perkahwinan Wan dan pasangan disediakan oleh Izla Malik dari JB dan pelamin daripada Izla Bridal.

Shila akui tidak pernah cintakan Johan

Johan bersama Shila sewaktu mesra

PEMILIK suara merdu, Shila Amzah hari ini menerusi Harian Metro meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai perasaan cinta kepada pelakon Johan As'ari.

"Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan 'bersahabat' dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza," luahnya menerusi sisipan RAP, segmen Tinta Shila Amzah.

Menjawab mengapa dia memadam kesemua gambar Johan di laman Instagram miliknya, penyanyi yang kini berada di Shanghai itu berkata, dia ada alasan yang tersendiri mengapa berbuat demikian.

Jelasnya, selepas mengetahui Johan melamar Lana Nordin, dia membuat tindakan drastik itu kerana merasakan tidak manis untuk meletak gambar peribadi bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami orang.

"Lagi pula, sebagai seorang 'sahabat', Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai," ujarnya seperti berjauh hati.

"Namun begitu, Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat 'loudspeaker' ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar," katanya.

Menerusi Tinta Shila Amzah itu juga, penyanyi berhijab ini meminta, supaya tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana artikel berkaitan Johan dan Lana.

Tuesday, December 3, 2013

Shila Sekat kehadiran Johan di Media Sosial

Shila bersama Johan sewaktu harmonis

Bermula dengan pendedahan mengenai cinta hatinya, kontroversi demi kontroversi ligat menghiasi perjalanan pelakon filem, Balada Pencinta ini.

Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari kesemua laman mikro milik penyanyi ini.

Walaupun sehingga kini, Shila masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan dengan Johan.

Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan ‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada
malam berkenaan.

Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke laman perkongsian, Youtube, malah 'teaser' yang ada turut dibuang secara tiba-tiba.

Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video ini telah ditarik balik.

Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara Johan dan Shila, baru-baru ini.

Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat spekulasi.

Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.

Monday, December 2, 2013

Salima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal





BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa’ Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Sunday, December 1, 2013

Johan dan Zizan dikatakan sering bermasam muka ?

Rozlinawaty(kiri) Johan dan Zizan Razak


HUBUNGAN dingin antara duo popular, Johan dan Zizan Razak (Jozan) bukanlah isu baharu yang diperkatakan. Sejak dua tahun lalu, ada sahaja kisah tidak enak tentang mereka.

Selain tidak sehaluan, mereka juga juga dikatakan sering bermasam muka dan enggan bekerjasama.

Lebih menguatkan dakwaan apabila mereka menolak menyertai program komedi popular, Maharaja Lawak Mega, pada musim ini.

Meskipun baik Johan mahupun Zizan sudah pun menafikan dakwaan tersebut, ia bagaimanapun tidak dapat menghentikan spekulasi yang melanda hubungan mereka.

Kesal dengan situasi itu, isteri Johan yang juga merangkap pengurus peribadi pelakon komedi itu, Rozlinawaty Ismail, 31, atau lebih dikenali sebagai Ozlyn Wati, tampil bersuara dan mendedahkan bahawa hubungan suaminya dengan Zizan Razak masih seperti dulu.

"Memang ada kalanya mereka kurang sependapat, tetapi mereka tidak pernah ambil hati antara satu sama lain dan sekiranya ada masalah mereka akan selesaikan secara baik.

"Jika ada waktu terluang, mereka akan berjumpa. Susah senang tetap bersama. Tetapi sekarang ni masing-masing agak sibuk dan jarang dapat bertemu," kata Ozlyn yang sering memberikan sokongan kepada suaminya.

Jelas Ozyln, dia dan Johan ada kalanya rimas dengan gosip yang tiada kesudahan itu. Bagaimanapun, sebagai isteri, dia sentiasa memberikan sokongan kepada Johan.

“Saya tahu siapa yang buat cerita ini. Dia juga merupakan seorang dari kawan yang saya kenali. Tak perlulah dia mencanangkan lagi perkara yang tidak betul.

"Saya nasihatkan dia supaya buka hati dan bersikap lebih profesional. Jangan cakap belakang, benda tu tak bagus, hentikan tuduhan dan fitnah,” tegasnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2