NUFFNANG ADS

Tuesday, December 24, 2013

Salima Af4 akui menjadi isteri ke 2


Lama tidak mendengar cerita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Salima Habibi, tiba-tiba tersebar cerita yang mengatakan, dia sudah berumah tangga baru-baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar di internet.

Sesuatu yang menarik tentang perkahwinan tersebut, Salima dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang pendakwah Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre yang sudah mempunyai tiga orang cahaya mata bersama isteri pertama.

Bertemu dengan Salima ketika majlis pelancaran Raudhah Program 2014 pada Isnin lalu, Salima tidak menyembunyikan perkara tersebut dan memberitahu, majlis perkahwinannya itu berlangsung pada 30 November lalu di kediamannya di Ipoh, Perak.

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu disembunyikan tentang perkahwinannya itu dan dia tidak kisah dengan status sebagai isteri kedua.

" Dalam hal ini, saya tidak ada masalah untuk mengaku, tetapi tidak semua yang boleh saya jelaskan demi menjaga hati keluarga dan mengelakkan daripada timbul sebarang fitnah.

" Memang benar yang kini saya sudah bergelar isteri setelah mendirikan rumah tangga dengan suami yang merupakan seorang pendakwah. Tentang status saya, memang benar saya isteri kedua.

Semuanya bermula kira-kira sebulan sebelum perkahwinan apabila ustaz yang mengajar saya bersama kumpulan Usrah Fitrah memberitahu, ada seorang lelaki yang mahu memperisterikan saya. Sebenarnya, saya langsung tidak mengenalinya dan dia merupakan rakan kepada ustaz berkenaan.

Apabila diberitahu berkenaan perkara tersebut, sudah tentu saya agak terkejut dan meminta masa untuk berfikir dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

" Saya telah melakukan solat sunat istikarah dan kemudian pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa saya bagi memberitahu perkara sebenar. Apa yang mengejutkan keluarga terus menerimanya dan lantas saya memberikan persetujuan. Sebulan kemudian kami terus berkahwin "jelasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2