NUFFNANG ADS

Sunday, December 22, 2013

Pelakon Ellie Suriaty dipecat


Pada Disember tahun lalu, Baldev dilaporkan mahu menyaman Sharnaaz, gara-gara pelakon itu dikatakan meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas kerana ingin bertemu kekasihnya ketika itu, Shila Amzah.

Kini, Baldev mahu mengambil tindakan terhadap Ellie Suriaty Omar pula yang didakwa tidak memulangkan wang pendahuluan serta menarik diri daripada berlakon dalam filem terbaharu terbitannya, KL Cinta Mandi Toq, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Laporan tersebut menyatakan, Ellie telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM4,500 yang merupakan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan RM18,000 yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

“Kalau dikatakan saya menarik diri daripada membintangi filem itu, ia perkara yang tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Baldev yang mengambil tindakan dengan memecat saya" jelas  Ellie.

“Puncanya kerana saya tidak berpuas hati apabila tidak disediakan pengangkutan untuk mengambil pelakon ke lokasi penggambaran. Jadi, kalau dia sudah pecat, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” luahnya.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut berhubung permasalahan yang ditimbul, Ellie menceritakan semuanya bermula ketika dia hendak menandatangani kontrak perjanjian berlakon dalam filem berkenaan.

Jelasnya, pengurus produksi tersebut telah memintanya supaya terus menandatangani surat kontrak yang diberikan tanpa perlu membaca keseluruhan butiran yang terkandung dalam kontrak.

“Saya diberitahu oleh pengurus produksi itu bahawa terma kontrak itu sama seperti kontrak produksi lain. Jadi, atas kepercayaan terhadapnya saya terus menurunkan tandatangan.

“Kemudian pada hari penggambaran, saya terus menghubunginya dan bertanyakan tentang pengangkutan yang akan ambil saya di rumah, tetapi dia memberitahu pihak produksi tidak menyediakan pengangkutan,” ujarnya.

Menurutnya, akibat tidak berpuas hati dia lantas menghubungi Baldev untuk mendapatkan penjelasan. Malangnya, penerbit berkenaan terus memecatnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2