NUFFNANG ADS

Monday, January 27, 2014

Mizz Nina tinggalkan dunia hiburan


PENYANYI Mizz Nina mula mengambil keputusan berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada 25 Oktober tahun lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Terkini, Mizz Nina, 34, melalui satu lagi fasa baharu apabila mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pula.

Anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim itu mengakui mahu berhenti menyanyi untuk memberi fokus pada ibadah dan juga perniagaannya.

Berangkat ke Mekah mengerjakan umrah bersama suami dan keluarga pada hari ini (Isnin), Mizz Nina juga berkongsi mengenai rasa hati apabila mengambil keputusan meninggalkan kerjaya nyanyiannya. Selain itu, Mizz Nina turut menyebut tentang ‘bayi pertama’nya.

"  Ini adalah perkara baharu yang saya dapati dan fahami selama saya menuntut ilmu daripada beberapa ahli agama. Pengalaman yang pernah saya lalui selama ini juga memaksa saya untuk berubah. Selepas ini saya akan mengurangkan aktiviti nyanyian. Saya tidak akan membuat persembahan dalam kalangan penonton yang bercampur. Saya hanya akan membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.

Adakah keputusan Nina ini dipengaruhi oleh sesiapa?

Tidak. Keluarga sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Begitu juga Noh, dia sentiasa menyokong keputusan saya.

Nyanyian dan tarian sudah sebati dengan Nina sebelum ini. Jadi, adakah sukar bagi Nina untuk membuat keputusan ini?

Terpulang kepada sama ada anda mahu fokus dunia atau akhirat. Saya sendiri sudah puas melalui zaman tersebut dan saya tidak menyesal meninggalkan bidang nyanyian.

Sekarang saya mahu fokus pada ibadah dan juga perniagaan pakaian Muslimah iaitu Madeena.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2