NUFFNANG ADS

Saturday, January 4, 2014

Mila Jirin bakal kahwini VIP?


SUATU ketika dulu, penyanyi kecil molek ini pernah dikaitkan dengan seorang VIP yang berbangsa Cina, punya jet peribadi dan pernah menaja klip videonya.

Meskipun pada mulanya bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) enggan mengambil pusing dengan dakwaan itu, mamun lama-kelamaan ia semakin menjadi buah mulut orang.

Menyedari dakwaan itu akhirnya menjejaskan kredibiliti dan imejnya, Mila Jirin, 27, kemudiannya tampil memberikan penjelasan.

Menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, jelas Mila, VIP itu merupakan kenalan rapat bapanya di Pulau Pinang yang menetap di luar negara. Pengakuannya itu sekali gus meredakan gosip yang bertebaran di saat itu.

Kini, setelah beberapa tahun berlalu, Mila mengakui hatinya sudah dimiliki. Di tebak pertanyaan, apakah jejaka itu juga merupakan seorang yang berstatus VIP, Mila bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasih hatinya itu.

“Saya kenal dia dah lama, dia seorang ahli perniagaan dan kami baharu saja menjalinkan hubungan yang lebih serius.

"Saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang memahami dan tahu apa matlamat hidup saya," katanya yang mengakui jejaka itu sering memberikan sokongan padanya untuk meneruskan empayarnya menjadi selebriti dan seorang usahawan yang berjaya.

Jelas Mila, dia juga tidak mahu terlalu mencanangkan perihal mereka kerana khuatir hubungan mereka tidak menjadi. Bagaimanapun, lumrah sebagai pasangan kekasih, mereka sudah ada perancangan untuk ke arah lebih serius.

"Perancangan tu ada. Tapi saya tak mahu letak sebarang sasaran dan bercerita lebih-lebih, kerana saya tak tahu bila."

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2