NUFFNANG ADS

Tuesday, January 4, 2011

Dilarang bersentuhan



KEKOK. Itu satu patah perkataan yang diluahkan oleh dramatis berpengalaman, Ezany Nizariff bagi menggambarkan betapa hebatnya impak daripada cabaran yang dihadapinya sepanjang berlakon drama terbaru terbitan stesen TV AlHijrah, Pak Su Man yang mula disiarkan pada pukul 8.30 malam ini.

Sebagai sebuah saluran TV yang berciri Islamik, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa TV AlHijrah sebenarnya mempunyai garis panduan yang agak ketat dan harus dipatuhi oleh syarikat penerbitan drama sebelum menghasilkan sesebuah drama untuk siaran saluran TV yang mula ke udara pada 7 Disember tahun lepas itu.

Antaranya, setiap pelakon wanita diwajibkan untuk memakai tudung tidak kira untuk sebarang watak yang dilakonkan.

Pelakon lelaki dan wanita pula tidak boleh bersentuhan meskipun berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Dalam pada itu, drama Pak Su Man yang turut menampilkan beberapa pelakon baru seperti Fazren Rafi dan Ika Zulkifli itu menyaksikan Ezany bergandingan dengan Yatt Hamzah sebagai suami isteri.

"Sememangnya saya berasa agak kekok apabila berlakon di samping Yatt sebagai suami isteri tetapi pada masa yang sama kami langsung tidak dibenarkan untuk saling bersentuhan antara satu sama lain," akuinya.

Justeru, bagaimana caranya untuk Ezany menghidupkan karakter kemesraan antara pasangan suami isteri jika untuk saling bersentuhan tidak dibenarkan sama sekali?

Menurutnya, biarpun dia kekok pada awalnya, namun lama-kelamaan dia merasakan garis panduan TV AlHijrah itu sebenarnya adalah satu pendekatan yang cukup menarik.

"Tidak dinafikan garis panduan yang ditetapkan TV Al Hijrah itu agak berat tetapi untuk melihat drama ini berjalan dengan baik, maka ia semua bergantung kepada kreativiti pengarah tentang bagaimana dia akan mencorakkan drama ini supaya kelihatan lebih menarik.

"Biarpun berasa sedikit kekok, tetapi saya tidak kisah dan tetap memberikan yang terbaik untuk drama Pak Su Man kerana saya sedar ia juga boleh menyampaikan mesej dakwah kepada penonton," ujarnya.

Tambahnya, selepas ini juga dia tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon sebarang drama yang akan disiarkan melalui saluran AlHijrah, meskipun terikat dengan garis panduan tersebut.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2