NUFFNANG ADS

Friday, December 8, 2017

Tauke bergelar suami kali keempat


SELEPAS lima tahun menduda, Tauke (Jambu), 41, kembali bergelar suami apabila menikahi wanita pilihannya, Nadia Mohd Affendi, 28, dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Al'Itisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mohd Affendi Mohd di De’ Laman Event Space, Bukit Jelutong pada jam 11.55 pagi tadi.

Pada upacara itu, pemilik nama sebenar Zamratul Amri Zakaria ini menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin dan wang hantaran RM30,000.

Pengantin perempuan pula menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki.

Pasangan mempelai tampil dengan sepersalinan rona putih bahkan majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri hampir 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan sama cantik sama padan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung pada sebelah malam di lokasi  sama.

Ini merupakan pernikahan kali keempat Tauke. Hasil perkahwinan terdahulu, bekas peserta program Raja Lawak ini dikurniakan enam cahaya mata.

Sebelum itu, pasangan sejoli ini sudah pun mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2