NUFFNANG ADS

Friday, March 5, 2010

Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.



Dalam diam-diam Haliza Misbun telah menyiapkan filem pertama terbitan syarikatnya, Big Productions, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.

Produk sulongnya itu mendapat reaksi positif dari pihak penapisan yang tidak memotong walau satu pun adegan, sebaliknya diberikan tanda lulus bersih dengan mendapat kategori 'U' (untuk tontonan umum).

Padahal, dalam cerita itu Haliza bukan main seksi lagi. Dalam beberapa adegan, jelas menampakkan bahagian-bahagian tertentu susuk tubuhnya. Misalnya, adegan mandi bunga di mana beliau berkemban (seperti dalam gambar yang tertera), tapi semua itu tidak dipotong.

Sudah tentulah adegan kemban itu bukan sekadar hiasan atau untuk menjadi bahan pelaris filem kerana,ia berkait rapat dengan kisah andartu.

'Mandi bunga adalah perkara biasa bagi orang perempuan, apa lagi yang lambat kahwin. Orang tua-tua percaya ia akan mempercepatkan jodoh,' kata Haliza tentang adegan tersebut kepada media.

Malahan, beliau sendiri mengaku selalu mandi bunga, sejak dulu hingga kini. 'Saya sudah banyak kali mandi. Mula-mula mak saya bawak, selepas itu saya sendiri pergi, bukan di spa tapi dengan orang yang mengamalkan perubatan tradisional. Kerana saya percaya, mandi bunga ini bukan soal jodoh saja, ia ada kaitan dengan tenaga kerana kita mandi menggunakan bunga-bungaan pelbagai warna dan bau yang harum memberikan kesegaran dan tenaga.

'Pokoknya, saya memang percaya mandi bunga akan membuat kita segar, berkeyakinan dan nampak berseri.

'Sebelum saya buat filem ini, saya mandi bunga dan saya dapat melihat hasilnya, wajah saya lain. Kalau tak percaya, bila tayangan pada 20 Mei ini tengoklah, wajah saya lain dari drama yang saya lakonkan sebelum ini,' jelas Haliza yang memberikan kepercayaan kepada MIG milik David Teoh untuk memasarkannya.

'Sama ada akan sampai ke Singapura tayangannya atau tidak, saya tidak tahu, semuanya terserah kepada David kerana saya tahu beliau lebih arif tentangnya,' ucap pelakon terkenal ini yang bakal memasuki usia 37 tahun pada 14 Mei akan datang.

Thursday, March 4, 2010

Kes Nabil : Saman akan diteruskan



Pengarah dan Penerbit Bersama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM)Aminah Raphor bertegas akan meneruskan tindakan untuk membawa kes Nabil ke Mahkamah.

Menurutnya, walaupun Nabil sudah minta maaf, kesalahan yang dilakukan oleh pelakon komedi Ahmad Nabil Ahmad tidak akan dimaafkan kerana telah melanggar kontrak dengan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd.

Dalam kontrak tersebut ada menggariskan tidak membenarkan membuat sabarang kenyataan media yang boleh menjejaskan kewibawaan syarikat dan produknya.

Sementara itu pada 14 Februari lalu, Nabil hanya membuat permohonan maaf terbuka dalam dua akhbar mingguan, termasuk Berita Minggu tetapi tidak secara terus kepada mereka selaku pengeluar filem berkenaan.

Monday, March 1, 2010

Yatt Haryati Dah Ada Cahayamata



pelakon Yatt Haryati telah selamat bersalin mendapat cahayamata perempuan pada jam 6.13 pagi kemaren.

Bayinya diberi nama Suci Hanania Malika Bt. Abdul Mutalib semasa dilahirkan seberat 3.24 kilogram demikian laporan dalam Facebook mereka.

Kami mengucapkan tahniah dengan kehadiran bayi anugerah Tuhan itu menambahkan lagi seri rumahtangga serta ceria-ceria disamping cahayamata.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2