NUFFNANG ADS

Tuesday, July 6, 2010

Nasriah: Dia Bukan Suamiku Lagi



KUALA LUMPUR: “Saya tak mahu komen lebih-lebih sebab kami sudah tidak ada (hubungan) apa-apa lagi. Tolonglah doakan saya yang baik-baik,” kata dramatis, Nasriah Ngasri berhubung gosip kemunculan orang ketiga menjadi penyebab perceraiannya dengan Abdul Wafi Hassan atau Wafi.

Nasriah atau lebih dikenali sebagai Anne, 26, berkata dia ada mendengar gosip sedemikian tetapi tidak mahu terlalu memikirkannya kerana masalah membabitkan dirinya sudah selesai.

“Saya tidak mahu membesar-besarkan perkara ini biar apapun gosip yang muncul kerana masalah saya selesai. Perkara terpenting dalam hidup saya sekarang anak dan karier saya.

“Saya sendiri mempunyai banyak rancangan demi masa depan anak dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Cermin Dua Muka di Perlis sejak awal bulan lalu.

Anne bagaimanapun berharap Wafi dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada anak mereka.

“Itu saja harapan saya supaya masa depan anak kami terjamin,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni menafikan dia menjadi punca perceraian Anne dan Wafi.

Noni memberi kenyataan itu selepas ruangan pojok Metro Ahad, Cerita Artis Kita (CAK) melaporkan desas-desus kononnya bekas suami kepada seorang dramatis yang baru saja bercerai menemui cinta barunya dengan seorang bintang program realiti televisyen yang turut dikatakan menjadi punca perceraiannya.

Malah `bintang realiti' yang merujuk kepada Noni dan bekas suami dramatis itu dikatakan pernah dilihat keluar bersama ke sebuah kelab di Bandar Sunway, Petaling Jaya, dalam keadaan mesra sebelum berita perceraian itu dilaporkan media.

Noni menjelaskan pertemuan mereka di kelab berlaku secara tidak sengaja dan bukannya dirancang lebih awal.

“Saya ke kelab itu kerana ingin bertemu abang angkat saya bernama Eric yang bermain keyboard dan membuat persembahan di kelab itu. Malah, kebanyakan anggota kumpulan itu teman lama yang sama-sama menyanyi di kelab sebelum saya menyertai AF lagi.

“Justeru, tujuan saya ke sana tiada langsung kaitan dengan Wafi. Bagaimanapun, terlanjur saya mengenalinya sebelum ini melalui seorang teman yang sama-sama dengan saya ketika di AF dulu, kami duduk bersembang,” jelasnya.

Sunday, July 4, 2010

Mohd Meraih RM100,000


JUARA Mentor 4, Mohd bersama Protege Ziana Zain bersama trofi kemenangan, dalam konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi. Sebagai juara, Mohd menerima hadiah kontrak rakaman bersama syarikat Monkey Bone serta wang tunai RM100,000 dan trofi. Mentornya juga menerima jumlah wang sama selaku pemenang.

Saturday, July 3, 2010

Ayu rancang bertunang



KUALA LUMPUR: Selepas kakaknya dikatakan menemui jejaka idaman hati, Ayu Raudhah pula mengesahkan dirinya bakal mengikat pertunangan dengan kekasihnya yang juga penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini saya mengaku memang kami merancang untuk bertunang dalam masa terdekat tetapi tarikhnya belum dapat dipastikan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Yang boleh saya katakan di sini, kami mungkin bertunang tahun ini juga. Kami perlu berbincang bagi mencari tarikh sesuai untuk majlis itu,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurutnya, dia juga belum berbincang untuk memilih lokasi bagi mengadakan majlis itu tetapi semuanya bergantung kepada jadual kerjaya masing-masing.
“Saya belum dapat katakan mengenai lokasinya kerana kami belum menetapkannya lagi... kini hanya menunggu untuk memilih tarikh sesuai dan kemudian baru memilih tempatnya pula.

“Dia (Mohd Zaquan Adha) kini sibuk dengan kerjaya, termasuk untuk pasukan Negeri Sembilan dan kebangsaan, saya pula dengan penggambaran drama bersiri atau telemovie.

“Kami perlu mencari ruang sesuai untuk berbincang mengenai pertunangan kami,” katanya yang baru selesai menjalani drama bersiri ‘Janji Kekasih’ untuk siaran di TV3.

Ayu Raudhah, 25, yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan sebelum ini sering menjadi perhatian kerana dikaitkan dengan Mohd Zaquan Adha yang turut mempunyai peminatnya tersendiri selepas menjadi tunjang kepada pasukan bola sepak kebangsaan, terutama ketika merangkul pingat emas Sukan Sea di Laos, tahun lalu.

Mohd Zaquan, 23, kelahiran Seremban, Negeri Sembilan kini sibuk menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadapi cabaran Sukan Asia di Guangzhou, China pada November depan serta Piala AFF di Hanoi, Vietnam serta Jakarta, Indonesia, Disember nanti.

Sebelum ini akhbar pernah melaporkan Ayu Raudhah mengakui menyukai Mohd Zaquan Adha kerana dia penyayang dan berwajah manis serta menyifatkannya lelaki terbaik untuknya, manakala penyerang pasukan kebangsaan itu pula menyatakan cintanya hanya untuk aktres itu.

Jelas Ayu Raudhah lagi, dia akan memaklumkan pihak media jika semua berjalan lancar dengan tarikh dan tempat berlangsungnya majlis itu ditetapkan.
“Kita mahu buat benda baik, buat apa nak disembunyikan dan saya akan beritahu apabila kami mencapai kata sepakat. Buat masa ini kami baru merancang untuk bertunang.

“Mengenai perkahwinan pula saya tidak dapat menjangka bila akan diadakan, biar selesai dulu pertunangan antara kami ini dan majlis pernikahan pula dibincangkan kemudian,” katanya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2