NUFFNANG ADS

Sunday, March 4, 2012

Ana Raffali berbulan madu di Kelantan


Penyanyi Ana Raffali yang menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini, gembira apabila hasratnya untuk berbulan madu bersama suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah di negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kenyataan.

Lebih membahagiakan pasangan yang dinikahkan pada 25 Febuari lalu kini melayari saat-saat yang paling bermakna dalam hidup dengan melakukan perkara yang sangat diidamkan setelah berada di Kelantan.

Ana yang tidak lekang daripada senyuman itu memberitahu, dia sangat teruja dan seronok dapat menghabiskan masa bersama dengan insan tersayang di negeri ini selepas bergelar suami isteri.

“Saya bercuti selama dua minggu dan dengan peluang yang ada ini saya gunakan untuk melawat sanak saudara di Kelantan. Saya sangat gembira,” katanya ketika ditemui media hari ini sempena majlis meraikan perkahwinannya di Kelantan Trade Center (KTC).

Ana Raffali yang masih dalam proses menyiapkan album barunya dengan mempertaruhkan single “Lisa Jatuh Cinta” itu juga sangat bertuah kerana dia dapat menunaikan keinginannya untuk menikmati keistimewaan masakan orang Kelatan.

“Sejak sampai di sini, pelbagai manakan tradisi orang Kelantan saya sudah makan, sedapnya menikmati hidangan nasi kerabu, nasi dagang, jeruk mame, solok lada dan banyak lagilah.

“Saya akui orang Kelantan sangat ramah dan pandai memasak,” katanya yang ayu menggayakan baju kurung berwarna gelap.

Sebagai tanda meraikan pasangan pengantin baru itu, pihak KTC menawarkan pakej berbulan madu di hotelnya selama empat hari dan turut diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Saturday, March 3, 2012

Fouziah Gous sudah punyai kekasih



Pelakon berkulit cerah dengan fizikal tinggi lampai, Fouziah Gous,usia menginjak 30 tahun
masih kelihatan cantik tatkala menyarungkan busana pelbagai fesyen yang diberikan padanya.

Mungkin sukar dipercayai wanita secantik ini masih solo walhal rakan-rakan seangkatan dengannya sudah mempunyai buah hati dan ada yang sudah berumahtangga. Sebagai wanita, pemilik nama sebenar, Nor Fouziah Mohd Gous ini turut menyimpan hasrat menjadi suri kepada seorang lelaki bergelar suami.

Tidak dapat disangkal, ramai lelaki yang mahu mendampingi pelakon yang mula mencipta nama menerusi beberapa siri drama dan filem itu sama ada orang biasa, pelakon atau orang kenamaan. Malangnya, hanya seorang yang berjaya menyentuh hati kecilnya.

Mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang, Fouziah tidak menolak kemungkinan dia akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini. Bagaimanapun, anak bongsu daripada lima beradik itu masih berteka-teki mengenai identiti jejaka tersebut. “Saya bukannya robot yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Dari segi fizikal dan mental, saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Apatah lagi saya ini jenis yang lebih pentingkan keluarga berbanding perkara lain.

“Cukuplah jika saya katakan saya mempunyai seseorang tetapi masih tahap sebagai rakan. Bagaimanapun, dia berjaya menyentuh hati saya untuk mengenalinya. “Sudah pasti lelaki yang menjadi pilihan saya adalah seseorang yang baik hati, memahami kerjaya saya, seorang yang kelakar dan dapat memberikan bimbingan agar menjadi lebih baik,” katanya.

Mempunyai impak besar ketika mula-mula menceburi bidang seni, namun sejak akhir-akhir ini semakin kurang cerita mengenai gadis manis ini kita dengar mahupun terpampang di akhbar. Adakah dia sudah dilupakan? Boleh dikatakan mempunyai pakej yang lengkap namun tidak tahu di manakah silapnya kerana beberapa filem yang mempertaruhkan bakatnya secara kasar dilihat kurang ‘menjadi’.

Bagi Fouziah, keadaan itu tidak menjadi alasan baginya untuk berhenti dari terus berlakon apatah lagi peminatnya sentiasa menantikan naskhah terbaru dari gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.

“Mungkin belum tiba rezeki saya untuk ‘meletupkan’ filem itu dengan lakonan saya. Apatah lagi watak yang diberikan pada saya adalah sama saja. Bukan mahu ‘demand’ tetapi saya sendiri bosan memegang watak yang sama, apatah lagi penonton.

“Siapa yang tidak mengidamkan untuk berlakon di layar perak cuma buat masa ini saya masih belum mempunyai rezeki untuk memegang watak mencabar. Ada juga empat atau lima tawaran memegang watak yang saya idamkan itu cuma masa tidak sesuai menyebabkan saya menolak tawaran terbabit,” tambahnya.

Fouziah yang pernah membintangi drama Sangga Saadah, Impak Maksima The Series serta filem Anak Mami, Rasukan Ablasa dan Dua Hati Satu Jiwa, tidak kisah sekiranya dia lebih banyak berlakon dalam drama bersiri mahupun telefilem berbanding filem kerana dia mementingkan karakter watak yang dipegangnya.

Bekas pramugari ini sanggup meninggalkan kerjaya terbang di langit biru hanya kerana cintanya terhadap seni. Katanya, dia juga tidak meletakkan rezekinya pada populariti tetapi hasil memuaskan. Fouziah kini sibuk dengan drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua. “Untuk musim kedua ini, saya harus memberikan lebih baik daripada musim pertama kerana maklum balas daripada peminat pada musim lalu agak baik. Sudah pasti mereka memberikan harapan yang tinggi untuk Trilogi Cinta musim kedua ini.

Friday, March 2, 2012

Penyampai radio Sharifah Aleya sah bercerai




Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2