NUFFNANG ADS

Tuesday, June 4, 2013

Seniman S. Shamsuddin meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Pelakon komedi terkenal era 1950-an, S.Shamsuddin atau nama sebenar, Dali Kechik, meninggal dunia di rumahnya, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, kata anaknya, Noredah Shamsuddin kepada Bernama.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem antaranya termasuklah Seniman Bujang Lapok dan Tiga Abdul.

Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.

Monday, June 3, 2013

Sepinggan nasi goreng menjadi ikatan



SEPINGGAN nasi goreng menjadi titik permulaan kepada perkenalan pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang telah sah bergelar suami isteri pada hari Ahad lalu.

Cerita yang dikongsikan sendiri oleh penyanyi kumpulan Forteen itu, pertama kali dia bertemu dengan Awin ketika menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2008.

Kata Izzue, dia ketika itu cuma seorang pembancuh air di sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan salun rambut kepunyaan Awin di Petaling Jaya, Selangor.

“Tiada istilah terhutang budi antara saya dan Awin. Saya mengenalinya sebelum bergelar artis lagi dan saya masih ingat mula-mula perkenalan saya membelanja dia sepinggan nasi goreng.

“Syukur Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar dan biarpun pada mulanya kami memilih untuk tidak bercerita kisah peribadi, selepas kami bergelar suami isteri tiada apa-apa lagi yang perlu kami selindungkan,” ujar Izzue yang ditemui usai majlis akad nikah bersama pasangannya, Awin Nurin di Dewan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, selamat menjadi suami kepada Awin atau Nurinafilah Waharudin, 31, yang merupakan pengurus peribadinya selama lebih lima tahun.

Menyarungkan sepasang busana berona putih rekaan Satris Anggun, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.

Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin, set barang kemas, sepasang baju, tas tangan Fossil, cek wang hantaran, dompet dan senaskhah al-Quran serta sejadah.

Sementara pihak pengantin wanita membalas sembilan dulang hantaran iaitu sebuah komputer riba Macbook Air Apple, sepasang baju kemeja, wangian Paco Rabanne, jam tangan Marc Jacobs, pemegang pasport, tepak sireh, kamera digital Nikon, sejadah dan al-Quran serta manisan.

Sunday, June 2, 2013

Izzue Islam, Awin Nurin selamat diijabkabulkan


PELAKON, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin yang juga pengurusnya pada jam 9.45 pagi, hari ini.

Pasangan dalam persalinan putih itu dinikahkan sendiri oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM 11,111.11.

Pelakon berusia 23 tahun ini bakal bersanding pada jam 1 petang ini dengan tema perkahwinan dalam taman.

Persalinan pengantin untuk majlis memotong kek pula telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen, Hatta Dolmat.

Izzue bertunang dengan Awin pada Jun, tahun lalu.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2