NUFFNANG ADS

Thursday, April 3, 2014

Pakaian Shila Amzah Dikecam Peminat

Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti nyanyian di China sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila pakaian yang dikenakan dilihat tidak bersesuaian dengan imej yang dibawanya.

Pelantun lagu 'Masih Aku Cinta' ini telah tampil pelik dengan  skirt pendek bersama 'legging' warna kulit yang menampakkan seakan-akan dia hanya memakai skirt sahaja ketika tudung masih sempurna di kepala.

Media Hiburan Online berpendapat, pemakaian Shila ini sememangnya tidak sesuai dengan imej yang dibawanya selain boleh memberi perspektif negatif tentang cara menutup aurat khususnya dikalangan wanita Islam.

Diharapkan Shila boleh mempelajari sesuatu daripada perkara ini sekali gus boleh tampil dengan imej yang lebih sopan pada masa hadapan seiring dengan bakat yang dimilikinya.

Wednesday, April 2, 2014

Kerana MH370: Kedudukan Shila merudum

ANTARA aksi Shila dalam I Am A Singer ketika menyampaikan lagu Mandarin

Menduduki tangga pertama dalam minggu ke-10 program realiti I Am A Singer di China, kedudukan penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah tiba-tiba merudum ke tangga keenam pada minggu berikutnya.

Difahamkan, penyanyi berusia 24 tahun yang semakin popular di China itu diboikot pengikut program realiti popular berkenaan berikutan ketidakpuasan hati rakyat China terhadap cara pihak berkuasa negara ini mengendalikan misi mencari pesawat Penerba­ngan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Memang mengejutkan kerana persembahan Shila dengan lagu Rolling In The Deep pada minggu ke-10 program terbitan Hunan TV dua minggu lalu itu bukan saja mendapat pujian tetapi memperoleh undian terting­gi daripada penonton termasuk juri, sekali gus meletakkan dia di kedudukan pertama.

Namun pada minggu ke-11 yang juga pusingan separuh akhir, Shila yang membawakan lagu Yang Chong tersingkir ke kedudukan keenam.

Ibu Shila, Fauziah Sarman ketika dihubungi berkata, Shila sendiri menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370.

“Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamat­kan peserta tertentu.

“Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan ­dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu teruja nak bergambar,” katanya.

Tuesday, April 1, 2014

Erra & Engku Emran Sambut Hari Lahir Aleesya

Pujian seharusnya diberikan kepada Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran yang tetap 'sporting' apabila sanggup meluangkan masa bersama-sama untuk menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran anak tunggal mereka, Engku Aleesya yang kelima, baru-baru ini.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan di laman sosial, mereka tidak kekok untuk bergambar bersama malah kelihatan seperti sebuah keluarga yang bahagia sekali.

Lebih menarik, menerusi akaun Instagramnya, Engku Emran turut mengucapkan ucapan hari lahir untuk Aleesya dengan memuat naik fotonya bersama Erra ketika di awal perkahwinan mereka.

Tahniah Media Hiburan ucapkan kepada Erra dan Engku Emran kerana tetap bersikap profesional demi memastikan kebahagiaan anak mereka.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2