NUFFNANG ADS

Friday, September 5, 2014

Farhan pilih tarikh 10.10.2014

PENGHUJUNG tahun lalu, hubungan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Nur Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi dilaporkan pernah berantakan.

Bagaimanapun, hal itu dinafikan sendiri oleh Farhan, 30, sambil menegaskan, tali pertunangan yang dijalin dengan jejaka seusianya sejak 12 Februari 2012 itu masih utuh.

Terbaharu, pasangan itu sudah menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tanggal 10 Oktober depan setelah menjalinkan hubungan cinta lebih lapan tahun.

Ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahan mereka di Kafe Anggun Fusion, Plaza Damas, Kuala Lumpur baru-baru ini, Farhan dan Rashadan menjelaskan lebih lanjut mengenai keputusan tersebut.

" selama ini ramai yang bertanyakan bilakah kami akan mendirikan rumah tangga dan pelbagai rintangan yang telah kami lalui dalam pelbagai fasa hingga hari ini. Alhamdulillah, kami akan bernikah pada pagi 10 Oktober 2014 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsinya pula akan berlangsung pada waktu malam, pada tarikh sama di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Mengapakah kalian mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan berkahwin?

" Terlalu banyak halangan termasuklah dari sudut keselesaan, masa, kerjaya dan persediaan kami berdua. Sebelum ini, Rashadan bertugas di luar negara dan saya pula sedang membina karier di Malaysia. Jadi, masa kami sangat terbatas dan komunikasi juga banyak terjejas. Alhamdulillah, kami berjaya lalui semua dugaan itu dan sepakat untuk berkahwin tidak lama lagi".Jelas Farhan.

Wednesday, September 3, 2014

Tuntutan Rita Rudaini ‘demi masa depan anak’

“Saya bukannya mata duitan ataupun materialistik sebaliknya apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk menuntut hak demi masa depan anak-anak.

“Jumlah tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak mencecah setengah juta ringgit ini difailkan selepas saya berbincang lanjut dengan peguam.

“Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk dengan tuntutan nafkah anak sebanyak RM5,392 sebulan dan untuk nafkah edah yang masih dalam perbincangan dengan peguam lagi,” kata pelakon terkenal Rita Rudaini Mokhtar, 38.



Rita ditemui di majlis pelancaran kempen dan lagu salute Malaysia yang disempurnakan Datuk Lee Chong Wei di Universiti Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Rita berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuntutan mutaah sebanyak RM300,000 dan nafkah tertunggak RM150,000 hingga menjadikan jumlah keseluruhan mencecah setengah juta ringgit terhadap bekas suaminya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Dalam laporan sebelum ini, pelakon itu memfailkan tuntutan mutaah di Mahkamah Tinggi Syariah dan sebutan semula kesnya akan berlangsung pada 11 September nanti. Manakala, tuntutan nafkah tertunggak pula sudah difailkannya pada Mac lalu.

Tuesday, September 2, 2014

Alyah, Ramli MS nikah 18 Mac lalu - JAIS

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) mengumumkan komposer terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi, Alyah telah bernikah pada 18 Mac 2013 yang lalu.

Pengarahnya, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, siasatan ke atas pasangan itu berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh Ramli MS.

“Keterangan yang diberikan oleh pihak beliau memuaskan hati Jais. Siasatan berjalan lancar berikutan kerjasama yang diberikan.

“Sebagai maklumkan umum, tarikh pernikahan mereka adalah pada 18 Mac 2013,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun, menurut Ahmad Zaharin, Jais meminta agar Ramli MS menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari Kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan itu.

“Jais sahkan Ramli MS telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan pada jam 3 petang dan dokumen yang dipohon oleh Jais telah diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Antara dokumen diserahkan adalah pasport perjalanan Alyah dan Ramli MS serta Buku Nikah Pasangan Suami dan Isteri.

“Bagi melengkapkan siasatan, Jais mohon agar Ramli MS menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari Kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan beliau,” katanya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2