NUFFNANG ADS

Wednesday, December 3, 2014

Seniman Mustapha Maarof kritikal

Pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof, 79, yang mengalami masalah paru-paru kini kritikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di Kuala Lumpur.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke Institut Respiratori, Jalan Pahang, di sini, pada 25 November lalu apabila mengadu sesak nafas.

Beliau dipindahkan ke hospital berkenaan semalam dan kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta menggunakan alat bantuan pernafasan.

Rakan baiknya, penerbit filem N Panchacharam, 60, atau Pansha berkata, keadaan kesihatan Musthapa semakin merosot berbanding sebelumnya.

"Saya dihubungi anaknya, Rezal yang memberitahu keadaan terkini bapanya dan segera mengunjungi beliau di sana sekitar jam 1 tengahari tadi.

"Keadaannya memang tidak sedarkan diri. Saya difahamkan paru-paru kanannya sudah rosak, manakala paru-paru kiri pula dijangkiti kuman.

"Doktor sukar untuk lakukan pembedahan memandangkan berikutan usianya.

"Justeru saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik dan semoga dia cepat sembuh kerana dia seorang kawan yang baik,"katanya ketika dihubungi.


Saturday, November 22, 2014

Zizan Razak jelaskan isu saman

KES saman yang membabitkan pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak dengan bekas pengurus peribadinya, Marina Juki masih berlarutan hingga kemuncaknya melibatkan saman berjumlah RM500,000 pada 6 November lalu. Saman yang dikemukakan oleh Marina kepada Zizan itu merupakan susulan kepada tindakan Zizan yang melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani ketika bersama syarikat Wirefame Entertainment Sdn. Bhd.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 30, didapati melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain ketika perjanjian bersama Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. masih belum tamat yang mana akan berakhir pada 5 Mei 2015.

Kemelut antara mereka tercetus semenjak khabar angin penyingkiran Emma Maembong yang pernah menjadi artis naungan syarikat itu sekitar bulan Februari lalu ekoran sering bermasalah. Tambah parah apabila Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar telah bertindak membekukan akaun bank syarikat hingga menjejaskan pembayaran pendapatan artis lain.

Bertemu pada majlis sidang akhbar pengumuman pengacara dan persembahan Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zizan menjelaskan situasi yang sedang berlaku.

"Saya pernah cuba bercakap dengan pihak terbabit, namun diarahkan untuk menyelesaikan perkara yang telah berlaku menerusi peguam masing-masing. Jadi saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana hal ini membabitkan undang-undang. Risau sekiranya saya tersalah beri kenyataan dan hal menjadi lebih teruk. Lebih baik saya serahkan kepada individu yang lebih bijak (peguam) untuk menerangkan perkara ini kelak.

"Bukan saya yang saman orang, tapi saya disaman. Sekiranya ada masalah bersifat peribadi, rasanya tidak perlulah saya menyebarkan kepada orang ramai. Kalau dahulu ketika syarikat itu ditubuhkan tidak kecoh-kecoh, kenapa baru sekarang mahu memperbesarkan hal. Saya berharap niatnya baik dan tidak perlu untuk mengadakan sidang akhbar", tegasnya.

Friday, November 21, 2014

Ezad Exist ditahan reman tuduhan memiliki dadah

Perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad berlangsung dalam suasana menyentuh hati apabila isteri penyanyi itu, Nor Azeana Ramli berkali-kali mengungkap perkataan I love you so much (Saya sangat cintakan awak) sebaik Ezad tiba di Mahkamah Majistret Selayang, semalam.

Nor Azeana yang setia menunggu Ezad selama lebih satu jam sejak pukul 9 pagi turut sempat berkata, Take Care B (Jaga diri B) kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini itu selepas selesai perintah tahanan reman tersebut.

Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang kelmarin.



Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2