NUFFNANG ADS

Monday, May 16, 2016

Yatt Hamzah kini Hamil dua bulan


SELEBRITI yang juga aktivis kemanusiaan, Yatt Hamzah melahirkan rasa teruja dan bersyukur atas kehamilan yang kini sudah masuk bulan kedua.

Ujar Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, dia sudah lama berdoa untuk dikurniakan cahaya mata kedua, apatah lagi anak sulungnya, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib sudah berusia 6 tahun.

“Alhamdulillah doa saya sejak lima tahun lalu telah ALLAH SWT makbulkan. Memang sejak perkahwinan sebelum ini lagi saya begitu mahukan anak lagi. Tapi tak sangka, akhirnya ALLAH SWT makbulkan doa saya.

“Nia (anak) juga sangat gembira mendengar berita ini, malah dia lebih teruja daripada suami saya. Dia juga lebih mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamatan saya. Bila cukup masa, dia akan beri saya makan ubat dan memimpin saya turun tangga,” katanya kepada Zass.

Yatt dan suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin diijabkabul pada 27 Februari lalu.

Bercerita lanjut mengenai kehamilan kedua ini, Yatt berkata, dia menyedari dirinya berbadan dua ketika majlis resepsi di Kelantan, tiga minggu lalu.

“Semasa sesi fotografi sehari selepas majlis, saya tak sempat bersarapan dan terus menjalani sesi fotografi di luar. Ketika sesi fotografi berlangsung, saya terasa sangat lapar sampai mengigil lutut.

“Selesai sahaja, kami terus pergi makan dan saya makan dengan banyak sehinggakan pihak foto juga terkejut melihat banyaknya saya makan.

“Dan disebabkan rasa lapar yang luar biasa itu, saya syak saya hamil dan saya terus membeli alat ujian kehamilan dan ia positif. Keesokannya bila pulang ke Kuala Lumpur, saya terus membuat pemeriksaan dan disahkan hamil lima minggu.

“Bagaimanapun doktor maklumkan ada luka di rahim saya dan beliau sarankan saya untuk banyak berehat,” katanya.

Biarpun disarankan supaya berehat, kata Yatt, dia sukar berbuat demikian kerana kekangan kerja.

“Saya kini dalam perancangan mengeluarkan koleksi raya Suci By Yatt Hamzah yang dijangka pelancarannya pada sebelum atau awal Ramadan ini.

“Selain itu, saya juga sibuk dengan program misi kemanusiaan untuk Syria serta menguruskan rumah tangga.

“Jadi mahu atau tidak saya terpaksa letakkan rehat ke tepi, namun saya jadi lebih berhati-hati dan tidak buat kerja berat.  Lagi pula saya jenis tak reti duduk diam.Alhamdulillah suami juga banyak membantu dan dia mula belajar masak,” katanya.

Wednesday, May 4, 2016

Sharifah Khasif berpisah cara baik


KAMI sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya,” tutur bekas suami kepada Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman, 44 ketika berbicara mengenai penceraian mereka.

Rumah tangga yang dibina antara mereka berdua pada September 2012 berakhir selepas Mohammad Hizal melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari kerana saya masih mengharapkan keajaiban berlaku,” kata Mohammad Hizal petik laporan Mingguan Malaysia.

Daripada perkahwinan bersama isteri pertama Shahrul Zakiah Mat Yusof, 44, Mohammad Hizal dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Hizal, berkata Sharifah Khasif diceraikan bukanlah kerana emosi sebaliknya mendakwa sudah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan itu.

"Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

“Saya juga masih bapa kepada anak kami, Adeer Widad yang baru berusia setahun sebulan.

“Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga pada saat jodoh akhir kami. Kami berpisah secara baik,” katanya.

Sharifah Khasif, buat masa ini belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi.

Wednesday, January 20, 2016

Fasha, Jejai sah cerai


Rumah tangga pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai akhirnya terlerai  selepas Jejai melafazkan penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

Penceraian talak satu itu dilafazkan Jejai dan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Hassan, 32, memfailkan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu.

Fasha  dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.(SH)



Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2