NUFFNANG ADS

Saturday, May 21, 2016

Raja Ema bakal kahwin lagi

PENYANYI dan pelakon popular era 80-an Raja Ema mengakui bakal berkahwin dan akan bersara dari dunia hiburan.

Menurut Raja Ema, dia meracang untuk berkahwin dan akan mengumumkan berita baik itu bila sampai masanya nanti.

"Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan," katanya dipetik Media Hiburan.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, penyanyi yang popular dengan lagu Jejaka Idaman itu berkata, pada tahun 2016, dia lebih menumpukan kepada perniagaan sekarang iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan diri.

Raja Ema yang dikurniakan dua cahaya mata pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun kedua-duannya gagal.


Wednesday, May 18, 2016

Isu jejai 'masuk rumah' Fasha serah peguam, polis


PELAKON popular Fasha Sandha menyerahkan kepada polis dan peguam mengenai dakwaan beliau diganggu bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Memetik laporan Harian Metro melaporkan bahawa Fasha bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada peguam dan polis," katanya ringkas.

Terdahulu, sebuah blog hiburan menyiarkan laporan polis yang telah dibuat Fasha.

Menurut laporan itu, Fasha membuat laporan polis terhadap bekas suaminya itu kerana tidak tahan dengan sikap Jejai yang sering memasuki kediaman dia tanpa kebenaran.

Malah, Jejai juga dikatakan mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut rakan-rakan yang keluar bersama Fasha.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012, namun sekitar Januari, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun bernikah.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.



Monday, May 16, 2016

Yatt Hamzah kini Hamil dua bulan


SELEBRITI yang juga aktivis kemanusiaan, Yatt Hamzah melahirkan rasa teruja dan bersyukur atas kehamilan yang kini sudah masuk bulan kedua.

Ujar Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, dia sudah lama berdoa untuk dikurniakan cahaya mata kedua, apatah lagi anak sulungnya, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib sudah berusia 6 tahun.

“Alhamdulillah doa saya sejak lima tahun lalu telah ALLAH SWT makbulkan. Memang sejak perkahwinan sebelum ini lagi saya begitu mahukan anak lagi. Tapi tak sangka, akhirnya ALLAH SWT makbulkan doa saya.

“Nia (anak) juga sangat gembira mendengar berita ini, malah dia lebih teruja daripada suami saya. Dia juga lebih mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamatan saya. Bila cukup masa, dia akan beri saya makan ubat dan memimpin saya turun tangga,” katanya kepada Zass.

Yatt dan suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin diijabkabul pada 27 Februari lalu.

Bercerita lanjut mengenai kehamilan kedua ini, Yatt berkata, dia menyedari dirinya berbadan dua ketika majlis resepsi di Kelantan, tiga minggu lalu.

“Semasa sesi fotografi sehari selepas majlis, saya tak sempat bersarapan dan terus menjalani sesi fotografi di luar. Ketika sesi fotografi berlangsung, saya terasa sangat lapar sampai mengigil lutut.

“Selesai sahaja, kami terus pergi makan dan saya makan dengan banyak sehinggakan pihak foto juga terkejut melihat banyaknya saya makan.

“Dan disebabkan rasa lapar yang luar biasa itu, saya syak saya hamil dan saya terus membeli alat ujian kehamilan dan ia positif. Keesokannya bila pulang ke Kuala Lumpur, saya terus membuat pemeriksaan dan disahkan hamil lima minggu.

“Bagaimanapun doktor maklumkan ada luka di rahim saya dan beliau sarankan saya untuk banyak berehat,” katanya.

Biarpun disarankan supaya berehat, kata Yatt, dia sukar berbuat demikian kerana kekangan kerja.

“Saya kini dalam perancangan mengeluarkan koleksi raya Suci By Yatt Hamzah yang dijangka pelancarannya pada sebelum atau awal Ramadan ini.

“Selain itu, saya juga sibuk dengan program misi kemanusiaan untuk Syria serta menguruskan rumah tangga.

“Jadi mahu atau tidak saya terpaksa letakkan rehat ke tepi, namun saya jadi lebih berhati-hati dan tidak buat kerja berat.  Lagi pula saya jenis tak reti duduk diam.Alhamdulillah suami juga banyak membantu dan dia mula belajar masak,” katanya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2