Sunday, October 9, 2016
Awie bergelar suami kepada Sharifah Ladyana
PENYANYI rock Awie selamat bergelar suami kepada Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin dengan sekali lafaz pada jam 12.10 tengah hari tadi.
Menurut vokalis kumpulan Wings itu antara sebab utama beliau memilih wanita 29 tahun itu sebagai suri hatinya adalah kerana keikhlasan hatinya.
“Keikhlasan itu menambat hati saya untuk menyuntingnya. Bagi saya kebahagian ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu.
“Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya tetapi juga turut menerima anak saya tanpa sebarang syarat,” katanya kepada BH Online.
Kedua-dua mempelai memilih persalinan berwarna hitam untuk majlis mereka itu yang di buat di lokasi yang dirahsiakan atas permintaan penyanyi itu dan ahli keluarganya.
Majlis perkahwinan itu turut dihadiri oleh anak-anak Awie dan anggota keluarga terdekat. Majlis resepsi juga akan diadakan malam ini di tepi pantai dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Awie. Sebelum ini beliau pernah berkahwin dengan Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha,16 dan Puteri Aleefa Antasha, 14.
Perkahwinan kedua Awie bersama dengan Rozana Misbun pada 2006 juga tidak bertahan lama selepas tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2014. Mereka berdua dikurniakan tiga orang anak iaitu Putera Ahmad Merrah, 9; Putera Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Wednesday, October 5, 2016
Kakak Datuk Siti bernikah lagi
KAKAK kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Saida Tarudin,40, selamat dinikahkan dengan pasangannya hari ini.
Saida melangsungkan pernikahan dengan cinta hatinya, Apit atau nama sebenarnya Hafiizh Che Mat,36 yang aktif dengan kerja-kerja di belakang tabir.
Dengan sekali lafaz, pasangan sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Norhafizi Ab Rahim di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras, di sini pada jam 2.40 petang.
Saida menerima tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang dan menerima mas kahwin sebanyak RM80 berserta wang hantaran RM10,000 daripada Hafiizh.
Kedua-duanya menggayakan busana rekaan KS Entourage dan didandan jurusolek terkenal, Epie Temerloh.
Majlis tersebut diadakan secara sederhana dan tertutup membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara dan kawan terdekat sahaja.
Saida menerusi kenyataan media memohon maaf kerana majlis diadakan tanpa kehadiran pihak media atas sebab yang terlalu peribadi.
“Atas permintaan keluarga termasuk anak saya sendiri, majlis ini diadakan tanpa teman media. Benar memang terlalu ramai pihak yang perlu dijaga perasaan mereka. Apatah lagi, ia perkahwinan kedua bagi saya dan suami.
"Saya dengan penuh kerendahan hati bersama ahli keluarga lain memohon maaf di atas kesulitan ini.
“Saya menyedari hal yang baik ini memang perlu dikongsi. Apa-apa pun saya berharap, semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami. Ketika ini kita selesaikan dahulu majlis nikah. Soal ke depan, insya-ALLAH akan diadakan majlis persandingan,” kata Saida yang mengenali suaminya sejak empat tahun lalu.
Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah. Apit juga mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Saida mula menempa nama dalam industri hiburan tanah air apabila menyertai program realiti Akademi Fantasia musim keenam.
Wednesday, September 7, 2016
Fara Fauzana batal nikah 17 September ini
PENGACARA terkenal, Fara Fauzana dilaporkan membatalkan majlis pernikahannya yang dirancang 17 September ini atas sebab peribadi, lapor sebuah portal.
Akui sukar dengan keputusan itu namun menurut Fara, alasan pembatalan itu tidak boleh dikongsi dengan umum.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.
“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi,” katanya yang memetik laporan Mstar Online.
Sebelum ini, Fara mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafiz.
Dalam pada itu, Fara memberitahu keputusan itu diambil setelah beliau memikirkan semasak-masaknya selain memohon petunjuk daripada ALLAH SWT dan keluarganya.
“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan ALLAH dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
LOGO RADIOKITA

LOGO