NUFFNANG ADS

Monday, November 27, 2017

Fattah, Fazura selamat bernikah


PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam ini.

Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.55 malam tadi dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Sebelum ini, pasangan ini membuat sidang media mengumumkan pertunangan mereka pada 13 November lalu.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut memberitahu majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Sementara itu, pihak pengurusan Universal Music, turut berkongsi berita gembira dengan pernikahan ini.

“Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin, dengan sekali lafaz,” katanya.

Sunday, November 12, 2017

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga


SELEPAS setahun kehilangan isteri, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, kembali bergelar suami apabila menikahi wanita pilihannya, Rapidah Abd Ghani, 44, dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Lokman Abd Ghani sambil disaksikan Imam 1 Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Ustaz Mohd Faisal Mohd Noor di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, pada jam 10.55 pagi tadi.

Pada upacara itu, bintang filem Panggilan Pulau ini menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala jumlah wang hantaran sebanyak RM12,000.

Pengantin perempuan pula menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000.

Pasangan mempelai tampil dengan sepersalinan rona putih bahkan majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri lebih 100  tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat .

Difahamkan, pengacara Who Wants To Be A Millionaire ini berkenalan dengan Rapidah melalui laman sosial, Facebook, sejak Ramadan lalu.

Rapidah pula seorang ibu tunggal anak empat yang juga merupakan adik kepada rakan karib Jalaluddin.

Sebelum ini, Jalaluddin kehilangan isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan akibat komplikasi pelbagai penyakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada 5 November 2016.

Ini merupakan pernikahan ketiga Jalaluddin.

Pernikahan kedua adalah bersama pelakon Ridani Ghani pada 2 Februari 1997. Namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Sepanjang 40 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini memiliki lapan anak dan 14 cucu.

Wednesday, September 6, 2017

Jihan Muse umum hamil empat bulan


PELAKON dan pelawak Jihan Muse mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan selepas setahun melangsungkan perkahwinan bersama Ungku Hariz yang juga seorang pelakon.

Berita gembira itu dikongsi Jehan ketika menjadi pengacara mengantikan Neelofa dalam rancangan hiburan Meletop malam tadi bersama Nabil Ahmad.

Menurut Jihan, beliau mengalami alahan teruk di awal kehamilan namun sudah kembali baik ketika memasuki trimester kedua.

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja.

“Kepada yang berteka-teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu,” katanya.

Menurutnya, ketika beliau di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja,  secara kebetulan watak Sabatini yang dijayakan sedang hamil dan tidak sangka beliau memang betul-betul sedang mengandung.

Jihan, 34, berkahwin dengan Ungku Hariz, 32, selepas sembilan tahun menyulam kasih.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2