NUFFNANG ADS

Monday, June 28, 2010

Que akui Linda terlalu cerewet

Que kini lebih bermakna selepas dikurniakan zuriat bernama Tengku Ratu Haidar.



LEWAT kebelakangan ini namanya dicanang dengan pelbagai spekulasi kurang sihat. Que Haidar didakwa harus berhenti berlakon kerana dipaksa isteri, Linda Jasmine yang dituduh terlalu cemburu. Pasangan yang bernikah tahun lalu ini turut dituduh pernah bergaduh di khalayak ramai. Dan banyak lagi nista yang dilempar kepada aktor hebat ini.

Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, tenang dengan segala tuduhan itu. Dia tahu, semua yang diperkata orang kurang tepat. Ini kerana hanya dirinya yang tahu hal sebenar di sebalik isu yang digembar-gemburkan. Sedikit pun Que tidak melenting. Tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, satu persatu hal dihuraikan Que.

"Cemburu dalam rumah tangga itu perlu. Kalau isteri saya mahu cemburukan saya, itu hak dia. Sebab dia isteri saya. Begitu juga saya. Saya pun cemburu kalau lelaki lain pandang isteri saya.

"Tapi kami berdua berjaya mengawal emosi cemburu itu. Jangan tuduh Linda macam-macam. Kasihan dia. Orang patut berfikir, kami datang daripada latar belakang seni yang sama. Linda juga sudah terbiasa bergaul, begitu juga saya. Jadi seharusnya tidak timbul isu dia cemburukan saya untuk berlakon dan sebagainya.

"Macam yang saya katakan tadi, kalau dia cemburu pun, dia berhak. Saya juga berhak cemburu ke atas isteri saya. Tapi kami berdua tahu batas cemburu itu dan tidak pernah membebankan sesiapa," ulas Que tenang tentang isu dirinya dicemburui Linda yang menyebabkan dia kini tidak lagi aktif sebagai pelakon.

Kata Que, keputusan untuk memperlahankan langkah dalam pentas lakonan bukan disebabkan Linda. Sebaliknya ia datang daripada dirinya sendiri. Dan kebetulan pada saat dia mengendurkan tali 'anak wayang', dia masih di puncak dan serentak itu berkahwin.

Thursday, June 24, 2010

Maya Karin, suami hadir di mahkamah



KUALA LUMPUR: Maya Karin Roelcke dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, keluar dari kamar hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka di mahkamah.

Menurut sumber mahkamah, mereka memohon untuk pendaftaran dan pengesahan perkahwinan mereka.

Peguam kedua-dua pihak juga enggan mengulas atas arahan anak guam.

Saturday, June 19, 2010

Majlis Bercukur Jambul Anak Awie

PENYANYI rock, Awie (kanan) melihat rambut anaknya Puteri Qasseh Antasha dipotong sambil dipangku isterinya, Rozana Misbun pada majlis mencukur jambul anak kelimanya dan ketiga bersama Rozana, di Restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2