NUFFNANG ADS

Friday, July 30, 2010

Saya setia hanya kepada Ekin - Mawi

BIARPUN belum dikurniakan anak, Ekin mendakwa mereka tetap bahagia sebagai suami isteri.


KUALA LUMPUR - "Saya setia kepada Ekin seorang!" Itulah penjelasan juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengenai gosip hangat kononnya beliau sudah berkahwin lagi.

Mawi hairan bagaimana gosip beliau berkahwin lagi itu tersebar di kalangan wartawan hiburan sejak beberapa hari lalu.

"Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini.

"Semua ini di luar kawalan saya,'' jelas Mawi ketika dihubungi di sini semalam (30-7-2010).

Saturday, July 24, 2010

Memey diminta berhenti berlakon??


MEMEY Suhaiza, 22, terlihat matang sebelum usianya. Dia sering bercumbu dengan perasaan, emosi malah sikap toleransi.

Dalam senyuman yang tidak pernah tawar, dia mengaku dirinya menjeruk perasaan itu seolah-olah ia telah sebati dengan jasad dan jiwanya.

"Banyak sangat dan kalau saya terus bermain dengan perasaan itu, saya mungkin tidak boleh memberi komitmen terhadap kerjaya.

"Hakikatnya saya manusia biasa yang masih muda tetapi sudah tua dengan pengalaman," akui Memey dalam nada lembut.

Katanya lagi, insiden terjeruk perasaan itu lebih menjurus kepada hubungannya dengan sang kekasih bernama Norman Hakim.

Akur bahawa khalayak masih meletakkan kesalahan di bahunya atas keruntuhan rumah tangga pertama Norman dengan pelakon Abby Abadi, Memey berpegang pada kata-kata bahawa apa yang berlaku sudah berlaku dan sejarah itu tidak mungkin dapat dipadam atau diperbetulkan kembali.

Sudah dibawa angin cerita 24 Julai adalah tarikh penggabungan hati Norman dan Memey. Difikir-fikirkan kembali kalau benar ia berlaku, semalam Memey sah bergelar suri di hati Norman.

Bagaimanapun, takdir mereka bertemu jodoh belum tiba pada tarikh tersebut.

Terlihat klise namun pasangan ini berkata, kesibukan menghalang mereka daripada bersatu.

Friday, July 16, 2010

Maya Karin Kembali Solo ??

TINGGAL KENANGAN. Perkahwinan pasangan bahagia Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali berakhir apabila mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.

Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.

Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.

Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2