NUFFNANG ADS

Sunday, April 28, 2013

Ziana Zain tidak lagi amalkan suntikan kolagen


Dari raut wajahnya, pasti tiada siapa menyangka usia penyanyi kesayangan ramai ini sudah mencecah ke angka 45 tahun.

Berketerampilan menarik juga antara faktor pelantun lagu Madah Berhelah ini sentiasa kelihatan awet muda.

Di sebalik semua itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui dia sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.

Atas dasar mahu tampak menawan sentiasa, isteri kepada Armin Zaharin Mohd Zamberi ini pernah membuat pengakuan mengambil suntikan kolagen pada wajahnya suatu ketika dahulu.

Namun, setelah sedar akan kesannya, insan seni yang dikenali sebagai Ziana Zain ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan suntikan kolagen tersebut.

"Saya antara wanita yang sangat mengambil berat mengenai kecantikan, apabila usia meningkat, kulit wajah dan bentuk badan kita turut menerima kesan.

"Ketika itu saya mulai risau dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap diri, jadi saya mencuba pelbagai inisiatif untuk memastikan diri kekal cantik seperti kini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran duta produk kecantikan Safi Rania Diamond baru-baru ini.

Jelas Ziana, pengambilan suntikan kolagen memang memberi kesan ketara kepada kulit wajahnya.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kesan jangka panjangnya, saya jadi bimbang dan terus meninggalkannya.

Saturday, April 27, 2013

Penyanyi Syurga Idaman Meninggal dunia


DATIN Arziza Mohamat, 63, isteri kepada penyanyi irama Pop Yeh Yeh, Datuk A. Rahman Hassan, meninggal dunia pada jam 11.26 malam tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zuhur.

Arziza dirawat di Hospital Kuala Lumpur berikutan beberapa komplikasi penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita kematian disampaikan oleh anaknya yang juga seorang pelakon dan pengarah, Khir Rahman menerusi laman mikro Twitter.

“Salam... 11.26 malam tadi, emak saya dah tak ada. Kembali ke rahmatullah di GH. Innalillahiwainnailaihirojiun, ” tulis Khir.

Friday, April 26, 2013

‘Tiada siapa paksa saya bertudung ’- Memey Suhaiza

MEMEY bersama Norman di sebuah restoran.

“Alhamdulillah, penampilan saya yang kini bertudung dibuat seikhlas hati bukan paksaan mana-mana pihak ataupun dipengaruhi Abby untuk menyertai parti politik.

“Saya berhijrah untuk menutup aurat sekarang atas kerelaan dan keikhlasan hati. Pun begitu, saya memang tidak sangka secepat ini diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah.

“Tak dinafikan, abang Norman pun pernah minta saya memakai tudung sebagai hadiah sempena hari jadinya pada Januari lalu. Namun ketika itu saya masih belum bersedia.

“Bagaimanapun abang cukup memahami dan dia juga tidak pernah memaksa saya.

Jadi saya sangat bersyukur kerana akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah kebaikan dengan menutup aurat,” kata pelakon, Memey Suhaiza, 24.

Kata-kata isteri kepada Norman Hakim itu sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak yang menuduh perubahannya yang bertudung sejak minggu lalu mengikuti jejak langkah pelakon, Abby Abadi, 34 untuk menyertai PAS.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2