NUFFNANG ADS

Saturday, November 30, 2013

Johan mengakui sedang bercinta dan bakal berkahwin


Laporan akhbar tempatan Johan mengakui sedang bercinta dan bakal berkahwin dengan bintang yang diberi jolokan, Pamela Anderson Malaysia itu.

Pelakon filem, Balada Pencinta, itu juga mendedahkan, dia nekad menyunting Lana pada hari ketiga perkenalan kerana desakan perasaan yang menggambarkan Lana adalah wanita yang dicarinya selama ini.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Shila sebelum ini, Johan berkata, dia hanya menganggap penyanyi itu sebagai adik.

"Seperti yang saya terangkan sebelum ini, hubungan saya dan Shila hanya seperti adik dan abang sahaja. Malah, ibu Shila yang saya anggap seperti ibu saya sendiri juga turut memberi restu.

"Shila gadis baik dan bersopan santun. Dia muda dan perjalanannya masih jauh. Shila sangat bertuah kerana keluarga sentiasa berada di belakangnya," katanya yang turut mendoakan kebahagiaan Shila di masa hadapan.

Tuesday, November 26, 2013

Zizan bawa Amira (AF) jumpa keluarga?


GOSIP terbaru dunia hiburan tanah air dipanaskan dengan kisah kononnya Zizan Razak kini sedang rapat dengan finalis AF 2013, Nadia Amira Othman.

Sebuah portal melaporkan, Zizan dikatakan bersama Amira ke negeri Terengganu baru-baru ini.

Kata orang pastinya Amira mahu berjumpa keluarga Zizan, namun mengikut info yang diterima, mereka hanya menjayakan satu penggambaran drama berjudul 'Terengganu Drift Sampai Muntah' di sana.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis jelita termasuk Juliana Evan, Emma Maembong dan Kaka.




Monday, November 25, 2013

Perkahwinan janda termahal


Majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan bersama pasangannya pelakon sensasi, Mohamad Zain Mohd. Saidin bulan depan mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM13 juta.

Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan manja Che Ta, 40, bakal melangsungkan perkahwinan paling mahal dalam sejarah tanah air yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini pada 11 Disember depan.

Beliau berkata, syarikat barangan kemas terkenal Habib Jewels merupakan penaja utama apabila sanggup menaja set barangan kemas berjumlah RM10 juta untuk perkahwinan tersebut.

Katanya, barangan kemas Habib Jewels itu akan diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Penajaan lain bernilai RM3 juta adalah daripada 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan tersebut.

“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki.

“Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

“Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai.

“Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2