NUFFNANG ADS

Monday, December 30, 2013

Nash rancang perkahwinan tahun 2014?

Selepas hampir lima tahun hidup menduda, penyanyi Nash merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasih yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu pada 2014.

Pun begitu, Nash berkata buat masa ini semuanya hanyalah sekadar perancangan namun tidak tahu sama ada ianya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

"Jika diizinkan Allah saya mahu berkahwin pada tahun hadapan. Bagaimanapun itu hanya perancangan dan berharap semua peminat doakan saya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan terdahulu, Nash telah dikurniakan tiga cahaya mata, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22 dan Mohd Shameer Nasha, 16 dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.

Majlis aqiqah, cukur jambul anak Yasmin Hani


Pelakon Yasmin Hani yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya, Noah Ismail Wong pada 12 november lalu telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul putera kesayangannya itu.

Majlis telah diadakan di kampung halaman Hani yang terletak di Kuala Selangor dengan mengenakan tema putih dan biru laut. Turut hadir ke majlis itu adalah rakan artis Aishah Sinclair yang hadir bersama anaknya, Soraya Ann.

Untuk rekod, Hani dan suami, Shaarin Razali Wong telah selamat bergelar suami isteri pada 21 Oktober 2011.

Saturday, December 28, 2013

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo, Mawar

Fizo dan Mawar gembira kerana majlis kesyukuran sempena perkahwinan mereka berjalan lancar.

Pengacara dan pelakon, Fizo Omar meraikan rakyat Kelantan yang menyokong perjuangannya dalam bidang seni tercapai selepas majlis kesyukuran sempena perkahwinannya berjalan lancar di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, dekat Kelantan, hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung.

Fizo berkata, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.

“Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan," katanya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2