NUFFNANG ADS

Monday, August 25, 2014

Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000

PELAKON terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 38, memohon tuntutan RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, dekat sini.

Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail," katanya.

Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.

"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal.

"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,"katanya.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga Kapten Harimau Malaya bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Sebelum ini, pada 8 November 2012, pelakon tersebut memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak mereka yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

Tuntutan nafkah tertunggak tersebut difailkan pada awal Januari lalu.

1 comment:

Cikgu Abah said...

tanggungjawab sedia ada tidak dilaksanakan..sudah buat tanggungjawab baru..
wallahualam..

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2