NUFFNANG ADS

Thursday, December 11, 2014

Amelina belum sedia berduet

SETELAH digemparkan dengan kehadiran semula ratu dangdut popular Amelina dalam industri seni, timbul pula cerita  yang mengatakan pelantun lagu Asyik itu bakal menjalinkan kerjasama dengan seorang lagi penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu.

Berita tersebut pernah disiarkan di sebuah akhbar tempatan yang memuatkan kenyataan Mas Idayu bahawa dia akan berduet dengan Amelina sempena kemunculan semula penyanyi itu.

Mengulas mengenai perkara itu, empunya nama Nurazlina Amir Sharifuddin ini berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan artis termasuklah Mas Idayu.

“Saya tidak pernah tahu-menahu mengenai perkara ini, malah buat masa sekarang saya hanya menumpukan perhatian kepada single solo pertama saya.

“Itu pun lagu tersebut adalah kerjasama saya bersama Ajai,” jelasnya.

Tambah penyanyi berusia 40 tahun ini, jika diberikan peluang dia memang ingin bekerjasama dengan artis lain tetapi daripada genre berbeza.

“Apa pun saya perlu melihat respons peminat terhadap single solo ini terlebih dahulu. Jika semuanya baik dan berjalan lancar barulah saya akan pergi ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Menjawab desas-desus mengatakan hubungannya dengan Mas Idayu yang kurang baik, kata Amelina, dia tidak pernah berselisih faham dengan pelantun Selangit itu.

“Ia hanya tanggapan segelintir pihak. Sejak dulu ada sahaja pihak yang cuba melagakan kami.

“Memang kami kurang rapat tetapi tidaklah ke tahap bermasam muka,” katanya lagi.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2